Bersalin secara pembedahan kedengaran mengerikan kerana ramai bimbang tentang cara yang betul menjaga luka jahitannya. Untuk makluman anda, sebenarnya, luka pembedahan caesarean dan luka semasa bersalin normal, tidak jauh beza daripada segi rawatan dan penjagaannya.
Kedua jenis luka bersalin ini menyakitkan dan perlu dijaga dengan baik kerana terdapatnya risiko jangkitan kuman jika tidak dirawat dan dijaga dengan sempurna.
Lakukan pergerakan daripada awal
Menurut kajian, pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan major boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Malah, pada masa yang sama, ia turut mengurangkan risiko darah daripada menjadi beku.
Jarang sekali benang jahitan terbuka sekiranya anda bergerak. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan jururawat atau ahli keluarga apabila anda mahu bangun daripada katil atau bergerak selepas pembedahan. Malah, beberapa hari awal setelah kelahiran anda masih memerlukan bantuan untuk bergerak.
Ambil makanan berzat
Tubuh kehilangan bendalir, mineral dan protein semasa proses kelahiran. Jadi, anda perlu menggantikannya untuk kembali sembuh. Makan makanan yang mengandungi banyak protein seperti daging, ayam, ikan dan buah-buahan kerana ia kaya dengan mineral.
Sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Lobak merah mengandungi antioksidan berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli pula ada zat besi yang mampu meningkatkan tahap hemoglobin.
Ads
Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan anda mengalami sembelit dan menyukarkan proses perkumuhan. Keadaan ini akan memberikan tekanan pada perut dan luka pembedahan yang boleh menyebabkan anda berasa sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari tetapi diambil sedikit demi sedikit dalam satu-satu masa.
Ambil suplemen
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada ibu yang bersalin secara normal. Kehilangan darah ini menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh berkurangan lalu menyebabkan luka lambat sembuh.
Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meningkatkan paras hemoglobin dalam tubuh dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan.
Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya bagi memastikan anda berasa selesa dan lebih senang bergerak.
Ads
Menyusu susu ibu eksklusif
Menyusu susu ibu terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, tubuh akan mengeluarkan hormon oksitosin yang membantu proses pengecutan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
Terdapat posisi penyusuan khusus untuk ibu caesarean menyusukan anak. Jadi, pelajari dan praktikkan agar anda dan bayi sama-sama selesa sepanjang sesi penyusuan berlangsung.
Pastikan luka kering dan bersih
Untuk tempoh masa tertentu, biarkan luka terdedah kepada udara selepas anda mandi. Paling tidak pun, gunakan alat pengering rambut untuk mengeringkan bahagian berkenaan. Jangan sesekali menggaru luka atau menyapu sebarang jenis ubat tanpa mendapat saranan daripada doktor. Dibimbangi ia boleh menyebabkan risiko jangkitan kuman.
Ads
Memakai bengkung
Anda boleh menggunakan khusus untuk ibu bersalin caesarean jika mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk digunakan bagi mengurangkan kesakitan di bahagian pembedahan terutamanya semasa batuk dan bersin.
Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang.
Hindari aktiviti menyakitkan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh menimbulkan kesakitan. Jadi, cuba elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.
Elak ubatan tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat. Ada sesetengahnya boleh memberikan kesan sampingan seperti mengganggu proses pengecutan rahim dan boleh menjadi punca pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang. Jika mahu mengamalkan ubat tradisional, dapatkan nasihat doktor dahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli memaklumkan anak perempuannya, Ayra Aryssa yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat penyakit inflamasi salur darah kini dah semakin beransur baik dan dibenarkan pulang ke rumah.
Namun Amyra memberitahu, kesan daripada penyakit Kawasaki itu, Ayra kini berdepan dengan masalah jantung kesan jangkitan virus tersebut.
Perkembangan terbaru itu telah dikongsikan oleh Amyra di instagramnya setelah Aryssa dibenarkan keluar wad.
“Alhamdulillah.. Aryssa boleh discharge hari ni. Virus dah tiada tetapi akibat dari virus ini, kini jantung Aryssa ada sedikit air dan saluran darah ke jantung bengkak.
“Tiada apa yang kritikal, mudah-mudahan Aryssa boleh sembuh sepenuhnya. Insyaallah,” tulisnya.
Amyra dan suami, Amar Baharin juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang tak putus mendoakan kesejahteraan buat anak kedua mereka itu.
“Terima kasih banyak-banyak kepada SEMUA yang doakan Aryssa,” tulisnya.
Sebelum ini, Amyra memaklumkan Aryssa telah mengalami demam panas dengan suhu mencecah lebih 40 darjah celcius. Selepas dimasukkan ke hospital barulah tahu punca sebenar demam anaknya yang terlalu tinggu suhunya.
Kredit: IG Amyra Rosli, Amar Baharin
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila melihat bayi baru lahir, tentu anda pernah tertanya-tanya mengapa bentuk kepala bayi semuanya berbeza. Ada yang berbentuk bulat dan ada yang lonjong. Benarkah proses bersalin mempengaruhi bentuk kepala bayi?
Sememangnya bentuk kepala bayi baru lahir yang berbeza-beza dipengaruhi oleh proses bersalin yang dilalui oleh ibu. Perbezaan bentuk kepala bayi memang disesuaikan dengan bentuk dan ukuran ketika lahir, saat dia masuk ke laluan kelahiran. Ini kerana tengkorang bayi terdiri daripada beberapa tulang lembut yang belum sempurna.
Bagi ibu yang melalui proses bersalin secara semula jadi, ketika bayi masuk ke saluran kelahiran yang sempit, tulang-tulang tersebut akan disesuaikan mengikut ukuran kepala. Bentuk kepala bayi pun boleh menjadi memanjang atau lonjong kerana disesuaikan dengan bentuk jalan kelahiran. Tetapi ibu tidak perlu bimbang, kerana biasanya beberapa hari kemudian, bentuk kepala bayi akan kembali ke bentuk asal.
Bagaimanapun bayi yang dilahirkan secara pembedahan caesarean tidak akan mengalami bentuk kepala yang lonjong. Proses bersalin secara pembedahan tidak melalui jalan kelahiran semula jadi dan tidak menyesuaikan dengan bentuk saluran kelahiran. Oleh itu bayi ini mempunyai bentuk kepala yang bulat.
Ada juga bayi yang melalui proses bersalin normal dengan bantuan alat seperti vakum untuk menarik kepala keluar, mempunyai bentuk kepala seperti bengkak (benjolan) tetapi ia bersifat sementara sahaja.
Posisi tidur bayi baru lahir turut boleh menyebabkan perubahan bentuk kepalanya. Oleh itu sebaiknya ibu mengubah posisi tidur bayi. Misalnya, ketika bayi sudah tidur, tiarapkan bayi kerana kepalanya boleh menjadi bentuk bulat.
Jika anda terbiasa menidurkan bayi dengan menggunakan penggendong bayi, ia juga antara faktor penyebab kepala bayi tidak bulat. Untuk mencegahnya, ibu boleh merenggangkan ikatan gendongan ketika menidurkan bayi. Ubah posisi agar tidak terlalu lama pada posisi yang sama tetapi pastikan sentiasa menjaga keselamatan bayi.
Ketika bayi tidur, elakkan daripada dia hanya menghadap satu sisi sahaja. Ibu boleh mengubah posisi tempat tidur bayi agar dia terbiasa untuk berubah posisi tidur dan membantu bayi mengubah arah pandangan dari sisi kanan ke sisi kiri atau sebaliknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suntikan vaksin Bacillus Calmette–Guérin atau BCG akan diberikan kepada semua bayi. Ekoran tularnya isu luka suntikan vaksin BCG, penjelasan daripada doktor ini boleh dijadikan panduan.
Tular gambar tentang luka BCG ini. Saya cuma berminat nak beri pendidikan untuk penjagaan luka suntikan BCG.
Suntikan BCG (Bacillus Calmette–Guérin) adalah vaksin terhadap penyakit Tuberkulosis(TB). Ia diberi pada bayi.
INFO SUNTIKAN VAKSIN BCG
Suntikan ini diberikan kepada bayi seawal lahir bagi mencegah dari kuman mycobacterium tuberculosis. Kuman ini umumnya menyebabkan Batuk Kering (pulmonary tuberculosis). Tapi tujuan suntikan ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman ini pada selaput otak bayi. Ia mencegah tuberculous meningitis. Sekiarnya bayi tidak diberikan vaksin ini dan dijangkiti, lebih separuh dari bayi akan cacat otak kekal manakala 1 dari 5 bayi akan mati.
SUNTIKAN DILAKUKAN PADA KULIT
Suntikan BCG ini dibuat secara transdermal (pada kulit), di bahagian lengan (atau lower deltoid) bayi. Ada sebab kenapa kawasan ini dipilih.
Antara salah satu komplikasi suntikan BCG adalah lymphadenopathy iaitu bengkakan kelenjar limfa.
Jika suntikan dibuat terlalu tinggi kawasan bahu, maka terdapat risiko kelenjar di leher dan tulang selangka yang akan membengkak.
Suntikan di lengan pula menyebabkan bengkak kelenjar di bahagian ketiak. Lebih selamat dari bengkakan kelenjar di leher.
PEKA KAWASAN SUNTIKAN KERANA SENTIASA BERUBAH
Selepas suntikan sehingga beberapa bulan selepas suntikan diterima, perubahan akan berlaku dalam tempoh 12 minggu. Keprihatinan ibu bapa dalam memantau luka suntikan perlu untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik.
Ibu bapa perlu peka pada kulit di kawasan suntikan BCG. Berikut adalah perubahan kulit yang akan berlaku pada kawasan suntikan BCG pada masa-masa berbeza.
Bintik kemerahan pada kawasan suntikan yang akan hilang pada hari ke-2 atau ke-3.
Timbul bintat keras pada kawasan suntikan pada minggu ke-2 atau ke-3 selepas suntikan.
Bintat tadi akan melepuh dan mengeluarkan nanah pada minggu ke-6 atau ke-8 selepas suntikan.
Luka sembuh dan meninggalkan parut menjelang minggu ke-12 selepas suntikan.
LEPAS SUNTIK PERLUKAH DISAPU MINYAK ANGIN?
Dr Kamarul turut berkongsi 6 cara yang tepat bagi ibu bapa boleh lakukan untuk menjaga luka suntikan.
Tahu tak macam mana nak jaga luka suntikan BCG anak-anak agar tak berlaku komplikasi? Mudah sahaja!
Pastikan luka kering dan bersih.
Tak usah tampal plaster
Jangan sapu minyak atau herba pada luka.
Jangan garu atau picit bintat/gelembung luka.
Jika bernanah, tutup dengan kain kasa dan tampal pelekat di tepi kain kasa.
Jika ada bengkakan besar pada luka atau di bawah ketiak anak, bawa anak untuk diperiksa doktor.
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual...