Kemunculannya sering dinantikan, tambahan pula baru-baru ini pelakon cantik jelita, Nur Fazura baru sahaja melahirkan cahaya mata pertamanya yang diberi nama Nur Fatima Aisya.
Walaupun masih lagi dalam berpantang, pelakon Gol & Gincu ini tetap tampil anggun selepas dua minggu bersalin.
Berkongsi di Instagram miliknya, Fazura memaparkan sekeping foto membawa Fatima ke Hospital semalam. Berbusana simple namun tetap menawan, perkongsian tersebut ternyata mengubat kerinduan peminat untuk menatap wajah Fazura.
“Out for a quick hospital visit only today. Stay safe everyone,” tulis Fazura
Ternyata kemunculan suri hati kepada pelakon, Fattah Amin itu mengundang perhatian para pengikutnya yang rata-ratanya memberikan respon di ruangan komen.
Ramai yang terpesona dan memuji kecantikan dan susuk tubuh langsing Fazura walaupun baru dua minggu menjalani proses berpantang. Malah ada juga yang mengatakan dia masih cantik persis anak dara.
Ads
Ads
Selain memuji kecantikan Fazura, ramai juga pengikut yang tidak sabar untuk menunggu pasangan ini berkongsi wajah puteri mereka Fatima.
Bila isteri selesai bersalin, para suami kena ambil tahu tentang beberapa perkara penting yang berlaku kepada isteri mereka. Proses bersalin mengambil masa yang panjang dan menyakitkan ibu hamil akan meninggalkan pelbagai kesan fizikal dan emosional kepada mereka.
Jadi, sebagai suami anda perlu beri sokongan kepada isteri untuk menghadapi perubahan tersebut. Kalau tak tahu, kena ambil tahu apa perkara yang memberi kesan mendalam kepada isteri dan bantulah meringankan bebanan isteri.
5 benda suami nak kena tahu tentang isteri yang lepas bersalin ( post partum )
1. Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.
2. Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.
3. Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.
4. Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).
Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
– Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa
– Batuk darah
– suhu badan naik
– sesak nafas
Bahaya ke pulmonary embolism ni?
– Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!
5. Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.
Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.
p/s : Tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye
Sembelit Ketika Dalam Pantang? Mama Boleh Cuba Minuman Ini, Boleh Juga Bantu Turunkan Berat Badan
Sembelit di kalangan ibu-ibu dalam pantang, ramai juga yang mengalaminya. Tidak kira ibu-ibu yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan masalah sembelit ini memang sangat menyiksakan.
Selain melakukan senaman ringan, mama juga boleh cuba minuman ini. Perut kenyang, tiada masalah sembelit malah susu untuk bayi pun banyak. Bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan pun sesuai amalkan minuman ini ye.
Nak cuba? Ini resipinya untuk 1 hidangan (sekali minum).
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
1 gelas susu ( saya pilih susu berkrim sebab rasa lagi lemak. Jika nak lagi bagus, guna susu low fat.)
CARA-CARA:
1. Potong kecil buah kurma dan buah epal. Epal jangan dibuang kulit kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit sangat bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
2. Masukkan susu dan buah-buah yang dipotong tadi ke dalam pengisar. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. (dalam gambar tidak dimasukkan ais). Kemudian masukkan serbuk kayu manis ceylon.
3. Kisar sampai semua bahan menjadi halus. JANGAN TAPIS. Minum semua sekali.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati. Minuman ini boleh diamalkan setiap hari pada waktu malam atau bila-bila sahaja yang anda suka.
Siapa yang tidak terkesan dan rasa kehilangan bila sekian lama bersama kita dan banyak membantu dan kini tiba masanya untuk berpisah. Satu kesedihan yang amat dirasakan.
Inilah yang dikongsikan oleh Lisa Surihani setelah habis berpantang 44 hari bayi ketiganya beberapa hari yang lalu.
Menerusi Instagramnya, Lisa berkongsi rasa dan kesedihan itu. Kata Lisa, Confinement Lady atau CL yang dipanggilnya Mak Budi itu cukup banyak membantunya untuk menguatkan kembali tenaganya selepas habis berpantang.
Paling terkesan kata Lisa, Mak Budi begitu menyenangkan mereka sekeluarga dan berterima kasih kepada pusat berpantang pilihannya itu kerana banyak membantunya dan bayi.
“Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga @lavenderconfinementcare. Dari waktu hamil trimester kedua, liaise bersama Puan Aishah, yang mengaturkan semua dengan amat sopan dan baik sekali dan mengikuti langkah-langkah atas sebab keadaan sekarang bagi memastikan keselamatan semua.
“Terima kasih Aishah, kerana membantu dan menyenangkan keadaan bagi saya sekeluarga sebaik mungkin. Pengalaman pantang yang amat baik bagi saya dan anak.
“Alhamdulillah dikurniakan CL yang baik, Mak @budisampir, servis dijalankan dengan baik, tp Mak Budi buat lebih walaupun tidak diminta,” kongsinya.
Namun kata Lisa lagi, sikap lemah lembut dan kelakar Mak Budi membuatkan mereka sekeluarga jadi mesra malah akan merindui gelak tawanya yang sekian lama membantu.
“Perwatakan santai, lemah lembut tapi kelakar buat kami sekeluarga jadi biasa dengan Mak Budi. Banyak membantu keadaan saya bukan sahaja dari segi physical, tetapi mental dan emosi juga.
“Banyak memori untuk dikenang dan ketawa bila ingat kembali. Terima kasih juga kerana menjaga dan menyayangi Yunos macam cucu sendiri sepertimana Mak Budi sayang dan ingat pada baby-baby customer lain.
“Kami akan rindu kehadiran Mak Budi dan gelak tawa sampai mata berair sama Mak Budi,” kongsi Lisa.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahata mata ini juga turut sama mendoakan kesejahteraan Mak Budi sekeluarga.
“Selesai ini, saya du’akan moga Mak Budi dan Team Lavender sentiasa di bawah perlindungan Allah swt, moga dikurniakan barakah, rahmah, dan afiah sentiasa,” kongsi Lisa lagi.
Melalui entri yang sama juga, Lisa juga turut berkongsi beberapa keping gambarnya bersama Mak Budi yang disimpan sebagai kenang-kenangan. Ternyata bukan hanya menjaga bayi dan Lisa bahkan Mak Budi juga rupanya turut sama melayan kedua anak Lisa yang dilihat bermain dan menghabiskan masa bersama-sama.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @lisasurihani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa ibu ayah agar anak dipermudahkan belajar lengkap dengan bacaan Arab, rumi, maksud serta panduan memohon ilmu bermanfaat, kefahaman dan akhlak mulia menurut Islam.