Ads

Tanda Bahaya Bayi Baru Lahir, 9 Simptom Serius Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang!

Saat pertama kali menimang cahaya mata, perasaan teruja memang tak dapat digambarkan. Segalanya terasa indah, namun dalam masa yang sama, ibu ayah juga perlu lebih peka kerana bayi baru lahir sangat sensitif dan mudah terdedah kepada risiko kesihatan.

Bagi ibu ayah yang baru pertama kali melalui pengalaman ini, memang normal jika masih dalam fasa belajar memahami setiap tangisan dan perubahan pada si kecil. Tapi ada beberapa tanda bahaya bayi baru lahir yang tidak boleh diabaikan.

Jika bayi menunjukkan simptom ini, jangan tunggu lama. Segera dapatkan rawatan doktor demi keselamatan mereka.

Tanda Bahaya Bayi Baru Lahir, 9 Simptom Serius Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang!

1. Tidak Buang Air Besar

Bayi yang tidak membuang air besar selepas 24 jam berada di rumah perlu diberi perhatian. Ini mungkin petanda masalah seperti usus tersumbat atau perkembangan dubur yang tidak sempurna.

Kebiasaannya, najis bayi yang menyusu badan akan berubah daripada hitam kepada hijau tua, manakala bayi susu formula pula berwarna kuning atau coklat. Jika tiada perubahan langsung, segera rujuk doktor kerana ini antara tanda bahaya bayi baru lahir.

2. Pernafasan Tidak Normal

Pernafasan bayi memang lebih laju berbanding orang dewasa, sekitar 40 hingga 60 kali seminit.

Namun jika kurang daripada 40 atau melebihi 60 kali seminit, atau bayi nampak tercungap-cungap, ini boleh jadi tanda masalah serius. Jangan tunggu, terus dapatkan pemeriksaan doktor.

Ads

3. Tali Pusat Kemerahan atau Bernanah

Tali pusat bayi perlu dijaga agar sentiasa bersih dan kering. Biasanya ia akan kering dan tanggal dalam tempoh satu hingga tiga minggu.

Jika kawasan sekeliling menjadi merah, bengkak, berbau atau bernanah, itu tanda jangkitan. Bayi perlu dibawa ke klinik segera!

Tanda Bahaya Bayi Baru Lahir, 9 Simptom Serius Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang!

4. Kerap Menangis Tanpa Henti

Bayi yang baru lahir sudah tentu tidak dapat meluahkan apa yang mereka rasa. Jika anda mendapati si manja kerap menangis berterusan walaupun sedang diberi susu, pasti ada sesuatu yang tidak kena dan ini juga boleh menjadi tanda bahaya bayi baru lahir.

5. Mata Berair dan Bernanah

Mata bayi yang mengeluarkan nanah boleh berlaku akibat jangkitan, terutama selepas proses kelahiran.

Ads

Walaupun boleh dibersihkan dengan kapas dan air suam, jika berlarutan atau semakin teruk, pemeriksaan doktor sangat diperlukan. Dapatkan rawatan dan pemantauan doktor segera.

6. Demam Kuning Yang Berpanjangan

Jaundis adalah perkara biasa pada bayi, namun jika ia berlaku dalam 24 jam pertama selepas lahir atau berlarutan lebih daripada dua minggu, ia sememangnya perlukan rawatan lanjut dari yang pakar.

Segera bawa bayi untuk pemeriksaan lanjut kerana ini boleh menjadi tanda bahaya bayi baru lahir yang memerlukan rawatan segera.

7. Kulit Bayi Jadi Biru dan Lebam

Bayi yang baru lahir mungkin menunjukkan tangan dan kaki yang sedikit kebiruan jika mereka berasa sejuk. Walau bagaimanapun, jika kulit berterusan biru sehingga menyebabkan sukar bernafas, itu merupakan tanda bahaya yang ibu ayah perlu tahu.

Namun jika seluruh badan atau bibir menjadi biru dan bayi kelihatan sukar bernafas, ini adalah tanda kecemasan yang perlu tindakan segera.

Ads

8. Kekejangan atau Sawan

Jika sawan bayi disebabkan oleh demam, anda boleh memberi ubat penurun demam mengikut sukatan yang disyorkan doktor.

Namun, jika keadaan bayi mengalami sawan tetapi tidak disebabkan oleh demam, anda perlu segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Tanda Bahaya Bayi Baru Lahir, 9 Simptom Serius Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang!

9. Tidak Mahu Menyusu

Bayi yang menolak susu, sama ada susu ibu atau formula, adalah tanda yang perlu diberi perhatian.

Keadaan ini boleh menyebabkan dehidrasi dan bayi menjadi lemah dengan cepat, serta termasuk dalam tanda bahaya bayi baru lahir.

Peranan Penting Naluri Ibu Ayah

Sebagai ibu ayah, naluri anda sangat penting. Jika rasa ada sesuatu yang tidak kena, percayalah pada ‘rasa’ tersebut.

Jangan bertangguh atau berharap keadaan akan pulih sendiri. Lebih baik bertindak awal daripada menyesal kemudian. Kesihatan bayi adalah keutamaan, setiap saat sangat berharga. Jangan terlambat!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Pusat Perkhidmatan Autisme Bangi Dibuka, Ibu Bapa Boleh Mula Daftar Anak!

Pusat Perkhidmatan Autisme Bangi kini dibuka untuk pendaftaran. Ketahui perkhidmatan, kategori umur dan manfaat intervensi awal untuk anak autism.