Pelakon dan pengacara Mira Filzah mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto terkini dengan ‘baby bumpnya’ yang kecil meskipun usia kandungannya sudah mencecah tujuh bulan.
Menerusi instagramnya, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memuat naik foto terkini tersebut untuk tatapan umum.
Malah seorang jurusolek selebriti terkenal, Yna Sakinah turut berkongsi foto terkini ketika selesai menyolek wajah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu di akaun instagram miliknya.
“Alhamdulillah kandungan dah masuk 7 bulan. Sekarang Kina pun dah start borak pasal mak-mak je.
“Semoga mama Mira dan baby sihat walafiat. Dipermudahkan urusan bersalin. Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Sementara itu, diruangan komen foto Mira, ramai yang teruja melihat seri ibu mengandung dan perutnya yang comel itu.
“Cantiknya..berseri preggy mommy..”
“Aaaaa baby bump so cute laaa..”
“Alooo perut cute betul, masyaAllah..”
“Patut la orang tak nampak perutnya..sampai nak beranak dah pun..untunglah perut kecil..”
Ads
“Ya Allah 7 bulan dah. Alhamdulillah. Moga sihat sempurna selamat hendaknya, dan dipermudahkan segalanya..”
Tidak kurang juga ramai yang berseloroh membandingkan keadaan mereka sewaktu hamil tujuh bulan dengan keadaan perut Mira sekarang.
Bukan itu saja, walaupun tinggal beberapa bulan je lagi fasa kelahiran bayi, bentuk badan Mira tak banyak berubah. Nampak maintain je dari sebelum hamil hingga dah makin dekat due.
Ads
Kredit: IG Mira Filzah & IG Yna Sakinah
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kencing kotor dikenali sebagai jangkitan kuman dalam saluran kencing. Jangkitan ini biasanya didapati oleh golongan wanita kerana golongan ini mempunyai saluran pembuangan air kecil yang sangat pendek dan sangat mudah dijangkiti kuman.
Kenapa ibu hamil senang dijangkiti kuman dan kencing kotor? Ikuti penerangan dari pegawai perubatan, wanita dan kehamilan, Dr. Muhammad Izzat;
“Apesal doktor ni, tak abes-abes menyusahkan jer! datang follow up je nak air kencing, datang follow up je pegi suruh kencing dalam botol ni. kalau tak kencing tak boleh ke?? Ini nak masuk toilet pun beratur panjang” – Rungut seorang ibu muda
“alahhhh… awak ikut je lah ape doktor tu nak”
“abang faham tak? Saya ni bukannya ada kencing kotor. kalau tak sakit tak payah la sibuk-sibuk nak check”
“kencing saya pun jernih jer macam air paip, tak tahu la kenapa doktor tu sibuk sangat nak tengok air kencing! “ – Bentak ibu muda itu lagi.
‘Menyusahkan’ – itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan oleh ibu muda tersebut. Ternyata perkataan itu amatlah menyakitkan dan pahit untuk ditelan, namun yang demikian penggunaan nya sangat tidak tepat dalam konteks ini.
Betul ke pemeriksaan air kencing secara berkala ini sebenarnya memang menyusahkan ibu? Adakah kencing kotor ini bermakna air kencing berkeladak dan mempunyai sampah sarap, seperti dakwaan ibu muda tersebut?
Jom ikuti penerangan saya mengenai kencing kotor ketika hamil:
Kenapa wanita hamil lebih senang kena kencing kotor?
-ketika hamil, banyak perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan ibu, lebih-lebih lagi pada sistem perkumuhan air kencing yang menyebabkan si ibu senang untuk mendapat jangkitan pada salur kencing.
-Isipadu pundi kencing bertambah dan otot-otot pada pundi kencing menjadi kurang tegang. 90% ibu mengalami perkembangan pada salur ureter disebabkan tindakan hormon progesteron yang tinggi ketika hamil dan juga tekanan daripada rahim yang membesar menyebabkan pengaliran air kencing menjadi perlahan sekaligus memudahkan bakteria terkumpul dan bermulalah jangkitan pada salur kencing
– 70 % ibu mengandung pula mempunyai gula dan protein dalam air kencing, memudahkan bakteria berkembang dan memulakan jangkitan pada salur kencing
– bila melakukan hubungan kelamin ketika hamil, salur kencing urethra terkadang tercedera menyebabkan bakteria dari vagina memasuki salur kencing
-Vagina boleh menjadi tempat takungan bakteria dari salur pencernaan kerana kedudukannya yang rapat dengan rektum dan usus besar, Maka bakteria dari rektum atau usus besar ini boleh memasuki salur kencing melalui urethra yang telah tercedera.
-Umur ibu yang meningkat, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kencing kotor juga
-ketidaknormalan pada sistem perkumuhan air kencing, atau ibu mempunyai penyakit kencing manis – lagi senang untuk dapat kencing kotor ini
Apa akan berlaku jika kencing kotor tidak dirawat?
– saiz bayi kecil ( Low birth weight ) berat bayi kurang 2.5kg – Bayi lahir tak cukup bulan/pramatang ( kurang 37 minggu ) – ibu boleh mengalami masalah darah tinggi ketika hamil/ pre-eclampsia -Anemia ( kekurangan sel darah merah yang membawa oksigen untuk ibu ) -Jangkitan pada air mentuban bayi ( chorioamniotis )
Yang prihatin terhadap ibu-ibu hamil,
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & kehamilan
Setiap pasangan yang berumah tangga pasti menyimpan impian untuk bergelar ibu dan ayah. Begitu juga dengan pasangan manis, penerjun negara kesayangan ramai Nur Dhabitah Sabri dan suaminya, pelawak serta pengacara, Jiggy Masin.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Baru-baru ini, sumber terdekat memaklumkan, Dhabitah mengalami keguguran kandungan pertamanya. Berita duka ini walaupun tidak dihebahkan secara meluas, pastinya menyentuh hati ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Menurut sumber hibglam, kandungan Dhabitah masih di peringkat awal. Namun, sebagaimana kita semua tahu, walau baru seketika, kasih sayang seorang ibu terhadap janin dalam rahimnya tetap mendalam.
Lebih memilukan, impian Dhabitah untuk menimang cahaya mata pertama terpaksa ditangguhkan. Namun, pasangan ini tetap reda dan percaya setiap yang berlaku adalah aturan Allah yang penuh hikmah.
“Belum rezeki kami… tapi kami percaya Allah tahu apa yang terbaik,” itulah kata-kata yang diluahkan sumber mewakili pasangan ini.
Untuk makluman ibu-ibu Pa&Ma, sebelum ini Dhabitah baru sahaja menamatkan misi mewakili Malaysia di pentas Sukan Olimpik Paris yang berlangsung September lalu. Pastinya tanggungjawab besar itu memerlukan komitmen tinggi, mental dan fizikal.
Selepas tamat temasya tersebut, ramai perasan Dhabitah memperlahankan rentak, tidak seaktif biasa. Rupanya, dalam diam, dia menyimpan berita gembira yang cukup bermakna buat dirinya dan suami.
Namun, aturan Tuhan siapa kita untuk menolak. Keguguran ini pastinya pengalaman perit buat Dhabitah, lebih-lebih lagi untuk seorang wanita muda yang pertama kali mengandung.
Alhamdulillah, menurut sumber yang rapat dengan pasangan ini, kesihatan Dhabitah kini semakin baik. Malah, dia dijangka memulakan rutin latihan sukan dalam masa terdekat.
Semoga Rezeki Anak Datang Lagi
Kami di Pa&Ma sentiasa mendoakan agar Dhabitah dan suami terus kuat, dan semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik, insyaAllah dengan kehadiran cahaya mata satu hari nanti.
Buat pasangan yang pernah mengalami keguguran, ketahuilah anda tidak keseorangan. Ambil masa untuk sembuh, jaga emosi, dan yakinlah Allah tidak pernah menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susahnya nak mengandung! Masalah sukar hamil sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan baik suami atau isteri. Apa sebabnya? Banyak penyebabnya yang mama perlu tahu.
Ada kalanya, ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan anda untuk membina keluarga. Jika anda menghadapi masalah untuk hamil, berikut 9 tugasan yang anda perlu lakukan sebelum berjumpa dengan pakar fertiliti.
1. ‘Betulkan’ berat badan dan kualiti diet anda.
Anda mungkin mempunyai masalah untuk hamil dan kebarangkalian tinggi mendapat komplikasi kehamilan tertentu jika anda kurang atau terlebih berat badan. Ini bukanlah masa yang tepat untuk anda menghilangkan berat badan atau ‘memenuhkan’ perut anda dengan makanan yang tidak sihat – anda dan bayi anda perlukan diet yang sihat.
2. Ambil vitamin pranatal harian bersama asid folik.
Asid folik (folat) adalah sejenis bentuk vitamin B9. Penting untuk wanita hamil dan mereka yang mahu hamil mendapatkan asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran serius (NTD – kecacatan tiub neural) pada otak dan saraf tunjang bayi. Jika anda menggunakan vitamin lain atau suplemen herba, berhenti mengambilnya dan minta nasihat daripada doktor anda.
3. Berhenti merokok dan elakkan alkohol.
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol dengan segera jika anda sedang mencuba untuk hamil. Merokok dan minum minuman keras boleh menjejaskan kesuburan anda dan meningkatkan risiko mendapat bayi pramatang dan berat badan waktu lahir rendah. Ingatlah bahawa perokok kedua adalah lebih berbahaya, jadi elakkan diri anda menjadi perokok kedua. Penyalahgunaan dadah juga boleh mengurangkan kesuburan anda.
4. Berwaspada pada kekeliruan kitaran haid.
Kebanyakan wanita menganggap bahawa kitaran haid mereka adalah 28 hari dan mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka. Sebenarnya, panjang kitaran boleh berubah. Ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan. Sperma boleh hidup selama tiga hari dalam serviks anda. Jadi, anda boleh melakukan hubungan kelamin sebelum hari ovulasi anda untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
5. Hilangkan tekanan.
Jika anda memberitahu rakan-rakan dan keluarga yang anda sedang ‘mencuba’, kebanyakan daripada mereka akan menasihati anda untuk relaks dan biarkannya berlaku sendiri. Malangnya, ia lebih mudah diperkatakan daripada dibuat. Stres memberikan anda impak negatif, baik secara fizikal dan mental. Anda mungkin memerlukan beberapa kaunseling atau terapi untuk mengurangkan tahap stres anda.
6. Dapatkan tidur malam yang lebih baik.
Jadual tidur yang tidak tentu boleh mempengaruhi kitaran menstrual anda. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan stres pada tubuh, sekali gus menghuru-harakan sistem imun anda. Anda boleh berisiko mendapat jangkitan, yang boleh membahayakan kitaran reproduktif anda.
7. Mendapat cukup hubungan kelamin.
Kebanyakan individu percaya dengan mengehadkan kekerapan seks boleh ‘menjimatkan’ sperma dan dapat membantu wanita untuk hamil dengan mudah. Ini mungkin juga betul, tetapi tidak melakukan hubungan kelamin banyak hari juga bukanlah idea yang baik.
8. Jangan mengabaikan vaksinasi.
Mendapatkan vaksin pra-kehamilan yang sesuai boleh membantu anda melindungi kesihatan tubuh anda dan bayi. Penyakit tertentu boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi anda jika anda mendapatnya semasa hamil. Jadi, jika anda sedang merancang untuk hamil, sila pastikan vaksinasi anda adalah terkini. Beberapa vaksin yang diperlukan untuk bakal ibu adalah vaksin MMR (measles, mumps dan rubella), vaksin cacar air, vaksin Hepatitis B dan A, dan vaksin Pneumococcal.
9. Berjumpa dengan doktor.
Anda perlu membuat temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan fizikal penuh sebelum mula hamil. Beritahu doktor anda mengenai sebarang ubat yang anda ambil untuk memastikan ianya selamat diambil jika anda hamil. Jangan lupa untuk memberitahu tentang kemungkinan bahaya persekitaran anda di tempat kerja.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.