Photo by RODNAE Productions from Pexels

Rawatan IVF tak berjaya, tentu sahaja membuatkan pasangan suami isteri yang mencubanya rasa kecewa dan sedih. Maklumlah kos rawatan IVF (In Vitro Fertilization) bukan murah harganya.

Belum lagi ditambah perasaan sedih kerana telah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga. Ada pasangan yang sudah menanti lebih daripada 20 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

Kebanyakan pasangan TTC atau dalam bahasa perubatan bermaksud “trying to conceive” tentu sahaja berharapkan rawatan IVF sebagai jalan terakhir untuk mereka mendapat cahaya mata.

BACA: Tak Pernah Putus Asa, Elizad Bakal Buat IVF Kali Kedua. Warganet Doakan “Semoga Dipermudahkan Urusan.”

Namun, sebagai manusia kita hanya mampu berusaha dan merancang kerana yang menentukannya tetap sahaja atas kuasa dan kehendak Allah SWT.

Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Kesuburan, Dr Maiza Tusimin bila rawatan IVF tak berjaya, pasangan TTC janganlah terus berputus asa. Sebaliknya rawat perasaan kecewa tersebut dengan beberapa tip berikut:

Bila Rawatan IVF Tak Berjaya, Ikut Tip Disaran Doktor Pakar Kesuburan Ini
Photo by RODNAE Productions from Pexels

Bila IVF/ FET tak sukses…

IKLAN

1. Rehat & Rawat
‘IVF – the rollercoaster ride’ bagi #ttccouple. Berikan diri masa utk rehat, rawat & sembuh, fizikal & mental. Tak salah utk cuba rawatan yg boleh kurangkan stres e.g akupunktur – asalkan ia tidak memudaratkan & dijamin bersih / sterile. Tak perlu rushing untuk ke IVF yg berikutnya.

2. Plan Strategi Baru
Buat perancangan baru sebelum melangkah ke IVF / FET yang seterusnya. Tengok balik faktor yg boleh diubah semasa IVF yg dulu e.g : berat badan. Plan sebaiknya utk ‘free’ kan diri dari kerja @ apa2 saja yg boleh ganggu fokus, emosi & mental sebelum ke IVF/ FET yg seterusnya.

3. Join Support group #ttc
Jangan jadikan masalah kesuburan satu ‘taboo’. Boleh jadi support group dapat membantu. Hanya perlu connect & communicate. Agak ‘cliche’..tapi hanya mereka yg pernah melalui IVF akan faham apa sebenarnya yg dilalui & dirasai.

4. Pemurnian spiritual
Tak kisah apa jua agama, kembali lebih hampir kepada Sang Pencipta. Sucikan jiwa dgn doa, solat & jangan lupa bersedekah… tak kisah dalam apa jua bentuk – doa, duit, ilmu, bantuan.

IKLAN

5. Bila Ready…GO!
Tiada specific timing untuk next IVF / FET . Most IVF Doc akan suggest to rest for 1 or 2 month, but mostly will also said..’whenever you’re ready’. Jadi bergantung kepada apa yg ‘membatasi’ pesakit..seperti umur yg meningkat, masa yg suntuk, rawatan kanser atau tahap kesihatan pesakit. Yang penting, kedua2 hubby & honey ready.

Semoga semua pasangan yang belum dikurniakan zuriat tidak cepat berputus asa dan terus bersemangat untuk berusaha. Yang penting rujuk kepada doktor pakar untuk sebarang perkara membabitkan kesuburan anda.

Sumber: dr.maiza

IKLAN

Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/

 

Bila Rawatan IVF Tak Berjaya, Ikut Tip Disaran Doktor Pakar Kesuburan Ini

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik sahaja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk mendapatkan e-book istimewa ini!

Bila Rawatan IVF Tak Berjaya, Ikut Tip Disaran Doktor Pakar Kesuburan Ini

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI