Hari ini masuk hari keenam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan, masih berbaki 8 hari lagi yang harus dilaksanakan oleh rakyat Malaysia agar terus duduk dirumah #stayathome supaya kita semua mampu menangani wabak Covid-19 ini.
Menurut CoronaTracker.com, jumlah yang dijangkiti virus setakat ini berjumlah 1,306. Jumlah yang telah sembuh 139 dan angka kematian hari ini meningkat 1 menjadikan keseluruhan angka kematian sebanyak 11 orang.
Adakah langkah PKP ini berjaya, jika tidak adakah bilangan hari bakal ditambah? Walau apapun kita patut bersyukur kerana kita diberi peluang untuk duduk dirumah dan menjaga ahli keluarga kita sedangkan para pejuang (frontliner) bermati-matian melawan wabak ini demi kita semua. Hargailah mereka ini
Sumber gambar: Facebook Mohd Fhais
Bersyukur la kita masih lagi dapat tidur sepuas-puasnya atas katil empuk, ada orang hanya tidur 4 jam sehari itu pun tidur di atas lantai keras.
Bersyukur la masih lagi dapat peluk cium anak setiap pagi, setiap petang, setiap malam. Ada anak yang hanya peluk teddy bear sebagai ganti, dah berhari-hari tak jumpa mak ayahnya.
Bersyukur la hari ni kita bangun pagi masih lagi boleh bebas nak buat apa, ada orang yang di bekukan cuti, ada orang yang di kerah bekerja 18 jam sehari, ada orang yang di paksa cari penyakit.
Bersyukur la hari ni kita masih lagi boleh bergurau senda dengan pasangan dan anak di rumah, ada orang terlalu burnout dan depress untuk bergurau lagi. Yang di tagih cuma tidur.
Ads
Bersyukur la kalian.
Ada orang hanya bersyukur tak di jangkiti sehingga ke hari ni kerana setiap hari mereka jumpa, sentuh dan saring orang yang sakit. Risiko di jangkiti sangat tinggi.
Tanpa mereka ini, benteng pertahanan pertama kita akan hilang.
Tanpa mereka ini, risau nanti lebih ramai anak yang akan kehilangan mak ayah mereka.
Ads
Tanpa mereka ini, kita bakal hilang semua kebebasan kita.
Mereka tak minta banyak. Cuma mahu kita duduk di rumah dan jangan keluar rumah. Sampaikan mereka sanggup merayu simpati supaya kita duduk di rumah.
Jika prihatin duduk la di rumah. Jika simpati duduk la di rumah. Jika sayang ahli keluarga duduk la di rumah.
Ads
Buat pertama kalinya dalam sejarah. Nasib kita di tentukan dengan kemampuan kita untuk tidak berbuat apa-apa langsung.
Kalau fail juga tak tahu la nak cakap apa. Huh!
Saya Mohd Fhais cakna dan prihatin dengan nasib para frontliner kita.
Apa sahaja yang dikongsi oleh selebriti terkenal, Noor Neelofa Mod Noor pasti tular dan mendapat perhatian ramai terutama tentang cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal yang kini berusia 4 bulan.
Selebriti yang juga usahawan terkenal ini pernah berkongsi tempat tidur bayinya di laman Instagram dan sekali lagi meraih perhatian warga maya kerana tempat tidur Muhammad Bilal dianggarkan hampir RM16 Ribu.
Pendedahan harga katil bayi tersebut di buat oleh warga maya selepas membuat pencarian harga katil tersebut di salah sebuah aplikasi e-dagang terkenal.
Rata-rata terkejut dengan harga katil tersebut. Ada juga yang berpendapat selebriti tersebut mampu untuk memilikinya memandangkan Neelofa antara usahawan jutawan yang berjaya.
Kegembiraan bertukar tragedi yang tak disangka-sangka. Begitulah nasib menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, selepas tangannya digigit oleh seekor singa ketika melawat sebuah zoo di Muhafazah Ibb di Yaman.
Tangan kiri terpaksa dipotong
Memetik laporan Gulf News, tangan kiri kanak-kanak ini terpaksa dipotong selepas digigit seekor singa. Mangsa ketika kejadian dipercayai bertindak memasukkan tangannya ke dalam sangkar haiwan tersebut sebelum insiden hitam itu berlaku.
Bapa kepada kanak-kanak ini sewaktu kejadian itu berlaku dikatakan sedang sibuk mengambil gambar anaknya.
Bapa koma terkejut lihat tangan anak digigit
Apa yang lebih mengejutkan, bapa pula dilaporkan koma selepas melihat tangan anaknya yang digigit sebelum mereka berdua dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
Mengulas lebih lanjut, penyokong hak asasi manusia mengecam tindakan pihak pengurusan zoo berkenan yang didakwa tidak menghiraukan aspek keselamatan pelawat terutamanya kanak-kanak yang lebih berisiko tinggi.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai yang masih ingat kejadian yang sungguh menyayat hati berlaku pada arwah adik Afiq yang diperlakukan tanpa perikemanusiaan oleh suami pengasuh sendiri sehingga meninggal dunia.
Terbaru menerusi perkongsian ibu arwah adik Afiq, dah sebulan anak syurga ini pergi menghadap ilahi. Walaupun begitu, perjuangan untuk menuntut keadilan demi Afiq akan diteruskan.
Melalui luahan hati Puan Robiatul Adawiah, dia menceritakan kronologi kes yang berlaku pada anaknya dari awal dapat berita tentang Afiq tak sedarkan diri sehinggalah saat menghembuskan nafas terakhir.
27/5/21 genap sebulan peristiwa yang paling menyayat hati kami sekeluarga. Kat bawah ni wasap suami saya dengan pengasuh. Wasap 27/4 malam, 28/4 baru balas. Saya cuba call, tapi telefon dia tutup. Sikit pun dia tak tanya keadaan anak saya.
27/4/21 pada pukul 3.44pm saya masih di tempat kerja dapat satu panggilan dari pengasuh (IDA) “biey, datang Hospital Sungai Buloh sekarang, Afiq tak sedar”.
Dengar je anak tak sedar dunia gelap tiba-tiba. Kawan satu office je tahu macam mana saya waktu tu. Terus call suami, pergi terus ke Hospital Sungai Buloh menaiki motor. Bayangkan masa tu tengah hujan kami redah je. Kenapa la hospital yang paling jauh kau bawa. Hospital yang dekat ada, KJMC, PPUM, Hospital Shah Alam semua ni dekat dengan rumah. Saya tinggal kat Lembah Subang, dia pergi hantar Hospital Sungai Buloh.
Dah la jauh lepas tu Hospital Sungai Buloh ni khas untuk pesakit Covid sahaja. Dah tengok anak saya dah tak bernyawa kenapa dia tak terus call saya? Boleh dia cakap dia tak terfikir nak call saya. Sepanjang-panjang perjalanan dari rumah ke Sungai Buloh boleh kau cakap tak terfikir nak call aku??? Aku Ibu dia Ida. Apa yang kau cakap ni Ida??? Lepas doktor terima anak saya baru dia call saya.
Anda baca sendiri la wasap yang dia cakap kalau call ambulance lambat. Apaa??
Jadinya kereta kau lagi laju dari ambulance ya. Hebat!!!! Bayangkanlah kami pergi naik motor pun tak boleh nak cilok, jem sangat. Dia yang naik kereta tu macamana. Ke kereta boleh terbang? Waktu puasa start pukul 1 memang jem sangat-sangat.
Lepastu kau cakap laki kau buat CPR. Oh, pandai ya penagih dadah buat CPR. Sampai je Hospital Sungai Buloh dengan yakinnya kau cakap anak aku masih ada. Macam kau pulak doktor.
Jantung dah berhenti masa sampai hospital
Jumpa jer dengan nurse, nurse cakap tak boleh masuk nak tengok baby. Kami video call je dengan doktor kat dalam nak tengok anak. Terima kasih doktor bagi kerjasama. Doktor cakap masa dia terima anak saya tu jantung dah berhenti. Lepas buat CPR 10 minit baru ada balik. Entah dari pukul berapa lagi jantung anak saya berhenti. Yang serahkan baby kepada doktor tu laki dia ya, bukan pengasuh. Entah mana kau Ida masa tu.
Lepas nurse ambil semua detail dengan saya dia masuk ke dalam. Ida bagitahu nak pergi tengok anak kat laki dia kat bawah. Nurse keluar tanya mana pengasuh? Saya call Ida tanya kat mana? Tanpa rasa bersalah cakap dah kat bazar Ramadan. YA ALLAH, yang tengah kritikal tu anak asuhan kau, bukan anak kucing.
Otak dah rosak sebab oksigen tak sampai
Malam tu doktor scan cakap otak baby dah rosak sebab oksigen tak sampai. Luluhnya hati kami. Alhamdulillah, tengah malam doktor bagi masuk untuk jaga baby tapi atas risiko sendiri sebab kami dikelilingi dengan pesakit covid kat zon kritikal. Hati ibu mana tak sedih tengok anak dah tak bergerak penuh dengan wayar.
Adik tak pernah sakit, tak pernah demam tiba-tiba tengok adik dah tak bergerak macam ni. Mana tak meraung ibu dengan ayah. Malam tu kami bergilir-gilir jaga sebab salah seorang je boleh masuk.
Tak sempat kami buat report, doktor dulu buat report sebab tak tahu punca lagi kenapa anak saya jadi macam tu. Tengok la apa pengasuh tu cakap, dia tak tahu kenapa tiba-tiba tak bernyawa. Padahal laki kau yang bunuh. Laki kau pun buat macam orang tak tahu apa-apa.
Afiq tiada respon, doktor minta izin cabut alat pernafasan
Pagi 28/4 kami balik sekejap untuk tukar pakaian. Datang balik pukul 7 lebih. Doktor bagitahu tiada perkembangan yang baik dari semalam. Jantung adik makin lemah, darah makin kurang. Dah bagi ubat yang paling kuat, tapi tiada respon. Doktor berbincang dengan kami, untuk tak nak bagi baby sakit lagi kami terima doktor nak kurangkan 1 per 1 ubat.
Lepas kurangkan ubat, doktor cakap ambil masa lama lagi kalau macam ni, kesian baby. Doktor nak cabut alat bantuan pernafasan, kami redha. Pukul 12.18pm 28/4/2021 Muhammad Afiq Rizqin pergi meninggalkan kami. Masa ni kami masih tidak tahu punca kematian anak syurga kami.
30/4/2021 selepas bedah siasat baru terbongkar segalanya. Anak kami lemas sebab mulut dan hidung ditutup dan di saluran najis ada kesan koyakan sebab diliwat. Kami redha dengan ujian ini tapi kami akan fight untuk anak syurga kami.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!