Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang jatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium bulan lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan mengabaikan anak kandungnya.
Bagaimanapun, wanita berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak lelakinya berusia lima tahun tujuh bulan, telah mengabaikannya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh kanak-kanak itu.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Jalan Lebuh Raya Selayang-Kepong di sini antara jam 9.40 hingga 10.48 pagi, 17 November lalu.
Ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.
Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar ikat jamin ditetapkan pada kadar rendah.
“Saya hanya seorang suri rumah, perlu menyara seorang lagi anak berusia empat tahun dan tidak mempunyai pendapatan malah suami saya pula bekerja sebagai penghantar. Sejak kehilangan anak, kesihatan saya tidak stabil jadi saya mohon mahkamah dapat beri ikat jamin yang rendah,” katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, hakim Nor Rajiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
“Mahkamah turut meletakkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan, sebulan sekali.
Ads
“Tertuduh juga dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan,” katanya sebelum menetapkan 13 Januari 2022 untuk sebutan semula kes.
Pada 17 November lepas, media melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak.
Susulan itu, polis menahan ibu saudara kanak-kanak malang itu bagi membantu siasatan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“You jangan nangis…daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!” Itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh penyanyi Allahyarham Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos lalu.
Rakaman perbualan terakhir Siti Sarah bersama suaminya pelawak Shuib diselitkan dalam video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman Youtube pada Jumaat.
Menurut Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, lagu dalam MV tersebut merupakan rakaman nyanyian semasa Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di MATIC, Kuala Lumpur kira-kira tiga tahun lalu.
“Enam hari selepas pemergian arwah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.
“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ditidurkan.
“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.
“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.
Dalam rakaman perbualan terakhir yang dikongsi itu, Shuib meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri berdepan ujian penyakit tersebut.
Sedih sangat dengar suara Shuib dan arwah Sarah dalam video muzik di minit 4:52. Kita yang mendengar pun sebak dan boleh mengalir air mata, apatah lagi Shuib.
“Ibu..satu step ni je you kena lepaskan..you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyAllah lepas ni kita tengok baby kita.
“Ibu..sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut.
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur akibat Covid19.
Arwah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia 8 bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.
Selain Ayash, tiga lagi anak arwah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini genap 7 tahun misteri kehilangan MH370 pada tahun 2014 yang masih segar dalam ingatan semua. Awal pagi 8 Mac mencatat sejarah pahit buat negara apabila pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dalam perjalanan ke Beijing, China telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara. Sehingga kini kesemua anak kapal dan penumpang masih belum ditemui.
Kehilangan pesawat MH370 memberikan kesan yang sangat berat buat ahli keluarga mangsa termasuklah isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, iaitu Puan Intan Maizura Othaman. Puan Intan berkongsi tentang mimpi anaknya yang merindui ayahnya.
Iman suddenly woke up as she terkejut i masuk bilik dia.. They both went to sleep as early as 9 or 9.30pm.. Its my daily rutin to go and check on her and adiks room also to switch off the AC and bed light before I go to bed. With a teary eyes she said..
” Iman jumpa papa and papa pesan kat Iman TO BE STRONG NO MATTER WHAT” 😔😔..
she said again ” sebelum tidur, Iman doa dgn Allah Iman nak jumpa papa dalam mimpi”😔😔 then i said, baca Al Fatihah utk papa please and she angguk and she said she already did.
Rindu yang tiada penghujung untuk anak2 Rain Hasnan… Kalau lah ada kubur untuk dilawati, alangkah indahnya ❤️.. Hanya Allah yang tahu..
They always said nak jumpa papa dalam Syurga.. Tak sabar nak jumpa papa.. Semoga Allah sentiasa berikan kebahagian untuk anak2 ini.. Entah la.. these few days bersilih ganti anak2 ni mimpikan papa..
Each time after solat, tak lekang anak2 ini baca Al Fatihah untuk papa.. Semoga Allah sentiasa pelihara papa anak2 ini.. Aaminn2 ❤️❤️❤️.. We all been missing you B
Mengimbas kembali detik hitam ini, Puan Intan Maizura berkongsi bagaimana beliau melalui ujian ini tambahan dirinya yang sarat hamil anak kedua ketika itu.
Intan Kuat
Intan kuat : Ya, Itu yang slalunya statement orang akan cakap bila jumpa dengan Intan.. Alhamdulillah, makin ramai yang cakap, makin kuatlah Intan tu… Doa yang baik2 sure akan jadi punya… Alhamdulillah, syukur2.. Terima kasih
Menangis Tak Henti-henti
Intan tak menangis? :Yes intan menangis tapi sekarang dah jarang sangat2, penat dah nak menangis pon.. buat apa nangis selalu, tak elok jugak.. Gambar ni adalah gambar yang Iman ambik pada 8hb March 2014, terbukti betapa kembangnya dan merahnya hidung intan dek kerana menangis tak henti2 satu hari tu..
Masa Ni Sarat Mengandung 7 Bulan
Itulah kali pertama dalam hidup Intan menangis hingga mata putih jadi merah.. urat2 mata pon stress agaknya.. Makan? Intan makan jugak tapi tak teringat pon mengunyah nasi, tapi Intan ingat Intan telan nasik… Ye lah, tak makan kang diri tengah sarat kan.. anak pulak tak dapat zat!! haihhhh macam2..tapi seriusly mmg tak rasa lapar langsung..Penangan dek kerana sedih dan tidak ketahuan nak buat apa.. Masa ni mengandung 7 bulan, tapi otak pon tak center.. bila orang tanya intan cakap 5bulan.. tapi dua bulan lagi nak beranak .. hayoooooo apa daaaaaa.
Semuanya Pinjaman Semata
Esok harinya baru emosi dan kekuatan slowly bertambah.. Berkat kesedaran yang bahawa semuanya Allah dah tentukan.. Semuanya pinjaman semata.. Orang cakap ujian itu rahmat, tapi mana rahmatnya?? I memang xnampak pon rahmatnya awal2 tu.. ye la diri ni jahil.. bodoh dan sombong kerana taknak cari ilmu.. Ujian dan musibah datang kerana kita LALAI!!
Allah Nak Kita Kembali Pada-Nya
Allah nak kita kembali padaNya. lama kelamaan satu demi satu rahmat yang terbentang depan mata dan terus membuatkan diri ini sedar dan percaya rahmat itu lebih luas sebenarnya.. Ujian Allah berikan, datang jugak jalan penyelesaiannya .. Macam mana nak nampak semua tu? Pertamanya kena redha, tawakal, ikhtiar dan sabar.. Akhirnya PERCAYA dengan kuasa Yang Maha Esa.. Jangan bersangka buruk dengan Allah.. remember that!
Tiba Masanya Untuk Bersalin
Hosp Putrajaya tetap dihati. tq doc and nurses, u guys the best. Dola doli mmg bukan pilihanku . Anyway 2mnts lepas tarikh bersejarah tu Intan dah di scheduled kan utk C-sec pada May 19th 2014.
Doktor Tanya Mana Husband?
Ingat lagi masa tu Dr Hazim tanya, you sorang? And i said aah doc. I sorang. Where’s your husband? I trus cakap, dia hilang doc, sambil tersengeh.Then dia mcm terkejut hah? hilang?& i pon cakap la yada yada yada yada, so now Dr Hazim pon tahu yg patient dia skrg dalam kondisi yg maybe stabil maybe tak.
Dlm app yg lain pulak i berterus terang dgn doc yg i nak c-sec & menjadikan ini adalah c-sec i yang ke 2. i told him i taknak lalui contraction etc and surprisingly doc mmg nak suggest csec for me &he chose 19 may utk operate i but date tu he wasn’t around coz dia pegi umrah. ganti la doc Dr Hamidah. yeayy happy & i pon berlalu sambil tersengeh lagi.
tiba masanya i masuk wad, 18hb may, as usual my family mmg protective & makesure takde sapa pon nangis depan i. itu syaratnya kalau nak lawat intan. so my fren dtg melawat, bwk makanan n kitaorg berkelah dlm wad tu.bergelak sakan mcm hari raya.
Tiba Saat Nak Melahirkan, Sedih Tak? Sedih Tapi Positive
Sampai masanya nak bersalin, nurse dtg and i sengeh lagi. excited nak lahirkan muhammad. Sedih tak? sedih tapi tak rasa maybe positive vibe drp org sekeliling. nobody dare to cry in front of me & dat makes me very happy. i masuk OT, doc cucuk blakang, bius separuh badan and they start to cut me open. mata i tertumpu pada plat besi yg ada reflection tu.. hihihi nampak doc bukak perut i.
Sambil Zikir-Zikir Masa Nak Melahirkan
wow amazing! sambil zikir2 i layan diaorg dok gegar2 perut i, tetiba dgr budak nangis, hah muhammad la tu. ya Allah, kuat nau dia menjerit dlm OT tu.. nurse dtg and tunjuk bebird muhammad, sah BOY! Alhamdulillah, big boy okay 3.8kg. then doc jahit balik and everything’s done! i was pushed into recovery room and rest skejap lepas tu dah terjaga depa tolak masuk wad. dapat la tgk si muhammad dah mandi. muka cino, mata bukak lak tu.
Ditemani Zikir-Zikir Allah
Well itulah ceritanya.di temani zikir2 Allah di OT room & supportive fam & frens mainkan peranan besar. Guys, Think of this, kalau u rasa u susah, ramai lg kat luar sana 10x susah drp u. Banyakkan muhasabah diri kita, mintak pertolongan-Nya. In shaa Allah
Never Underestimate The Power & Strength That You Have
Wanita oh wanita, happy wanita day to each and everyone of you.. Keep your head up and walk and move forward! Take the negative and turn it into positive! Never underestimate the power and strength that you have!! Salute!!
Penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sehingga kini belum dapat dikesan dan kesemua mangsa belum ditemui.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, hari ini.
Kanak-kanak malang itu terjatuh ke dalam terowong berkenaan sejak lima hari lalu, memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat namun ia berakhir dengan menyayat hati.
Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
“Susulan kemalangan tragis mengorbankan nyawa kanak-kanak, Rayan Oram, Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa kanak-kanak itu yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi,” menurut kenyataan terbabit.
Rayan jatuh ke dalam perigi kosong sedalam 32 meter di kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen, Selasa lalu.
Terdahulu, pasukan penyelamat dilaporkan berjaya mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit pada waktu malam selepas melakukan penggalian sejak beberapa hari lalu.
Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.
Susulan itu, orang ramai yang menanti perkembangan operasi terbabit dilihat mula bersurai. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan sehingga media tempatan melaporkan kenyataan pihak istana.
Sepanjang operasi menyelamatkan Rayan, pihak berkuasa sebelum ini menyatakan mereka tidak dapat menentukan nasib kanak-kanak malang terbabit.
Rayan dilaporkan terjatuh dalam perigi berkenaan pada petang Selasa lalu, yang mana insiden itu mengundang simpati masyarakat Maghribi dan dunia keseluruhannya.
Perigi hanya seluas 45cm
Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.
Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.
Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.
Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan. – AFP
(Credit pic to owner)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!