Anak umpama penyeri dalam kehidupan pasangan suami isteri. Boleh dikatakan, anak juga sebagai penguat ikatan antara pasangan.

Setiap orang semestinya mengimpikan zuriat sendiri, tidak kira yang baru ataupun sudah lama berkahwin.

Bertahun-Tahun Menunggu Zuriat, Akhirnya Wanita 74 Tahun Dapat Kembar Guna IVF

Setelah sekian lama menunggu cahaya mata, suatu yang menakjubkan buat seorang wanita yang berusia 74 tahun menjadi individu tertua di dunia melahirkan anak kembar di sebuah hospital di India pada 8 September lalu.

Mangayamma yang berjaya hamil melalui Persenyawaan In Vitro (IVF) bersalin secara pembedahan caesarean atas bantuan empat orang doktor ketika proses bersalin di Ahalya Nursing Home di bandar Guntur, Andhra Pradesh.

Bertahun-Tahun Menunggu Zuriat, Akhirnya Wanita 74 Tahun Dapat Kembar Guna IVF

Ketua prosedur pembedahan itu, S Umashankar berkata, ibu dan bayi kembar itu dalam keadaan sihat dan baginya ini merupakan keajaiban dalam perubatan.

Terdahulu, Mangayamma yang tidak dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin selama 54 tahun memberitahu dia bersama suaminya Y Raja Rao menemui pakar IVF pada tahun lalu dan bersetuju untuk membantu mereka mendapatkan anak.

Bertahun-Tahun Menunggu Zuriat, Akhirnya Wanita 74 Tahun Dapat Kembar Guna IVF

IKLAN

Setelah melalui beberapa proses ujian, doktor mengesahkan dia boleh hamil dan kelahiran ini amat menggembirakan kerana Tuhan telah mengakbulkan doanya.

Tiga pasukan doktor turut ditubuhkan untuk memantau kesihatan, nutrisi dan jantungnya. Manakala 10 doktor bekerjasama selama sembilan bulan untuk menjaganya dan dia turut menjalani imbasan tetap sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Bertahun-Tahun Menunggu Zuriat, Akhirnya Wanita 74 Tahun Dapat Kembar Guna IVF

Rawatan lazim untuk ketidaksuburan

Ibu bapa yang masih belum mempunyai zuriat, diharapkan tidak berputus asa kerana dengan teknologi perubatan yang maju masa kini, pelbagai cara boleh dibuat untuk mendapatkan cahaya mata.

IKLAN

Bertahun-Tahun Menunggu Zuriat, Akhirnya Wanita 74 Tahun Dapat Kembar Guna IVF

Pa&Ma kongsikan antara rawatan yang dapat membantu untuk mendapatkan zurit dengan Bantuan Teknologi Reproduktif (ART).

Dengan ART, proses persenyawaan tidak berlaku seperti biasa semasa melakukan hubungan intim, sebaliknya ia berlaku dengan campur tangan saintifik. Terdapat beberapa jenis ART, seperti di bawah:

Rawatan pembenihan In vitro – IVF

Jika satu telur tidak cukup untuk sperma, maka dengan IVF, masalah ini hampir dapat diselesaikan. Telur diletakkan ke dalam uterus wanita, sekali gus meningkatkan peluang untuk persenyawaan. Kaedah ini boleh dilakukan di luar, iaitu di dalam makmal, dengan tiub tiruan. Sebaik sahaja telur telah disenyawakan, ia akan dimasukkan ke dalam uterus wanita. Kaedah ini boleh meningkatkan peluang untuk hamil lebih daripada seorang bayi memandangkan proses ini melibatkan lebih daripada satu telur.

IKLAN

Bertahun-Tahun Menunggu Zuriat, Akhirnya Wanita 74 Tahun Dapat Kembar Guna IVF

Suntikan Sperma Intracytoplasmic – ICSI

Berbanding membiarkan sperma pergi ke telur secara semula jadi, rawatan ICSI adalah kaedah di mana sperma disuntik terus ke dalam telur di makmal. Telur yang disenyawakan kemudian ditempatkan semula ke dalam uterus wanita. Melalui kaedah ini, keupayaan untuk sperma menembusi telur tidak lagi perlu dibimbangkan, sebaliknya satu-satunya perkara yang tinggal adalah persenyawaan.

Permanian/ Penyuntikan mani

Permanian atau penyuntikan mani memerlukan kurang tindakan berbanding dengan kaedah yang lain, kerana ia hanya bermaksud suntikan sperma. Semasa tempoh ovulasi wanita, sperma akan disuntik ke dalam uterus. Beberapa ubat sering digunakan untuk meningkatkan jumlah sperma.Bertahun-Tahun Menunggu Zuriat, Akhirnya Wanita 74 Tahun Dapat Kembar Guna IVF

Ketidaksuburan boleh jadi amat memberi tekanan kepada si penghidapnya. Jadi, adalah lebih baik jika anda mempersiapkan diri untuk menghadapinya memandangkan kaedah-kaedah yang dinyatakan belum tentu memberikan hasil yang anda harapkan. Malahan, kosnya juga adalah tinggi. Oleh itu, rancanglah dengan pasangan anda dan doktor bagi melihat sejauh mana anda boleh berusaha untuk menanganinya.

ARTIKEL BERKAITAN [Bayi Nak Tumbuh Gigi, Cuba Sejukkan Teether Untuk KurangkanGatalGusi]

SUMBER: Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI