“Bertambah Seorang Umat Rasulullah” Farhatul Fairuzah Selamat Bersalin Anak Pertama!

Share

Tahniah diucapkan buat johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV yang berkongsi kegembiraannya kini sudah pun bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam.

Menerusi Instagramnya, Farhatul atau mesra disapa Farha, 24, yang mendirikan rumah tangga Bersama jejaka pilihannya, Mohammad Ilham Amri pada Disember tahun lalu memuat naik sekeping gambar bayi lelakinya.

“Alhamdulillah. Dengan rasa syukur, Farha telah melahirkan anak sulung pertama pada 9 Rabiul Awwal 1447H bersamaan 2 Sept 25, Hari Selasa.

“Bertambah seorang umat Rasulullah S.A.W pada bulan yang mulia Rabiul Awwal,” tulisnya ringkas.

Farha yang kini bergelar ibu juga turut memohon doa agar perjalanan anak kecilnya itu dipermudahkan malah menjadi anak yang soleh dan taat pada perintah Allah dan Rasul.

“Doakan ya semua anak ini menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan Rasul. Membawa umat cinta pada Allah dan Rasul Nya.

“Doakan jua buat Farha dan suami dapat menjaga amanah ini sebaiknya. Aminn mudah mudahan,” kongsi Farha menerusi kapsyennya.

Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut setia johan Tilawah Al Quran ini turut mengucapkan ucapan tahniah dan mendoakan perjalanan Farha sebagai ibu dipermudahkan.

Terdahulu, Farha mendirikan rumah tangga bersama seorang mutawif, Mohammad Ilham Amri pada 14 Disember tahun lalu.

Published by
SRM