Agak-agak apa perasaan anda sebagai ibu bapa bila dapat tahu anak tiba-tiba membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak secara online? Nak marah, menangis atau gelak?
Jika ketiga-tiga perasaan ini ada pada anda, bermakna itulah perasaan yang dialami oleh seorang ibu, Sharifah Nur Adleen apabila anak keduanya, Muhammad Azil Azeez, 4 tahun telah membuat pesanan makanan tanpa pengetahuannya.
Diam-diam anak buat pesanan makanan
Berkongsi bersama Pa&Ma, Sharifah memberitahu kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu (13 November) ketika dia sedang menidurkan anak ketiga yang berusia setahun. Waktu itu, memang Azeez sedang tengok cerita kartun di telefon.
“Biasanya jika saya nak tidurkan adiknya, Azeez akan tengok sekejap cerita kartun di telefon saya untuk elak dia membuat bising. Cuma pada hari kejadian tu, dia ada beritahu “Mama, Azeez lapar..”
“Tapi saya kata tunggu adik tidur dulu baru saya akan baginya makan. Tak sangka pula dalam tempoh 15 minit tu, dia diam je sambil tengok telefon dan akhirnya tertidur dengan sendiri.
Ads
“Selepas dia tidur, tak lama kemudian tiba-tiba bunyi hon motosikal dari luar pagar rumah. Saya keluar untuk tengok siapa yang datang dan pelik tengok dua orang rider Food Panda datang untuk hantar makanan.
“Terkejut jugalah sebab nampak banyak plastik di tangan masing-masing. Saya cakap tak ada buat pesanan apa-apa pun. Jadi bila tengok saya macam keliru, mereka berdua tanya ini rumah Puan Sharifah ke? Saya kata betul..Tapi lagi sekali saya cakap tak ada buat pesanan.
“Waktu itu saya kata tunggu sekejap sebab nak tengok telefon. Bila saya ambil telefon di tangan Azeez yang sedang tidur memang sah dia yang buka aplikasi tu dan membuat tempahan,” katanya.
Ads
Perlu bayar lebih RM200
Tambahnya lagi, waktu tu terus terduduk depan pintu dan menjerit “MasyaAllah..Anak.. apabila tengok jumlah pesanan sekali dengan bayaran. Saya saling berpandangan dengan rider Food Panda.
“Dia orang siap tanya macam mana ni puan, banyak ni… Saya ingatkan orang yang beli ada buat kenduri ke sedekah ke. Masa tu saya terus tergelak sambil menitis air mata. Nak salah mereka pun sebab itu yang mereka dapat tempahan.
Ads
“Jadi saya tetap membayarnya dengan jumlah RM226.76 dengan 12 bungkus tomyam seafood, satu bungkus sup tulang, dua bungkus kerabu daging dan empat bungkus sup daging. Pandai pula dia buat cash on delivery tu.
“Mujurlah ada cash dalam beg dan kebetulan saya berniaga online. Kalau tak, memang tak tahulah. Nak marah Azeez pun sebab benda dah jadi.
Sharifah memberitahu dengan kuantiti yang banyak, memang tak mampu untuk dihabiskan satu keluarga. Jadi waktu itu, nasiblah ada jiran yang sudi membeli dan selebihnya saya sedekahkan.
“Sekarang memang saya dah uninstall aplikasi tu dulu untuk elak kejadian tak diingini lagi. Saya pun tak sangka dia boleh buat tempahan. Mungkin dia perhatikan setiap kali saya tekan untuk buat tempahan makanan mereka.
“Sebelum ini seminggu sekali saya akan reward anak-anak dengan makanan yang mereka minta kalau mereka buat sesuatu yang baik. Jadi selalulah guna aplikasi tersebut,” akhirinya yang menetap di Kuching, Sarawak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Panggilan kecemasan pada bomba terpaksa dibuat setelah seorang suami rasa tidak sedap hati setelah isterinya yang sedang berpantang mendiamkan diri dan mengunci dari dalam bilik.
Situasi ini cukup mendebarkan kerana setelah dipanggil beberapa kali, isteri tidak menyahut. Bimbang sesuatu yang tak diingini berlaku, anggota bomba telah datang untuk menyelamatkan isteri.
Baru lahirkan bayi kembar 11 April
Ketika sampai di rumah berkenaan, ibu yang sedang berpantang itu telah pun bertindak luar kawalan dengan cuba menjerut lehernya sendiri menggunakan kain yang diikat pada jendela di dalam sebuah bilik di Jalan Pasir Hor, Kota Bharu pada Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumbuh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah berkata, wanita berusia 38 tahun itu baru melahirkan anak kembar pada 11 April lalu.
Beliau berkata, wanita berkenaan terlebih dahulu bertindak berkurung dalam bilik dan mengunci pintu.
“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 12.29 tengah hari apabila suami mangsa memberitahu isterinya telah menguncikan diri dari dalam bilik.
“Sebaik tiba di rumah itu, kita berusaha memanggil wanita berkenaan tetapi tidak diendahkan. Oleh kerana itu, anggota bomba terpaksa bertindak memecahkan pintu bilik menggunakan ‘paratech rescue tool’,” katanya.
Terbaring atas katil dengan muka pucat
Beliau berkata, sejurus berjaya membuka pintu, wanita berkenaan didapati berada dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan muka yang pucat.
“Melihat kepada situasi tersebut, kita tidak menolak kemungkinan mangsa cuba membunuh diri,” ujarnya.
Gambar Hiasan
Isteri pernah cuba bertindak luar kawalan
El Taraff berkata, mengikut dakwaan suami, wanita berkenaan sebelum ini pernah cuba berbuat demikian, bagaimanapun gagal.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan selanjut,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang lelaki dikenali sebagai @TuanAmin telah mengundang sebak ramai apabila berkongsi detik memilukan di TikTok saat beliau mencium berkali-kali jenazah dua bayi perempuannya yang merupakan pasangan kembar sebelum dikebumikan.
Menerusi perkongsian video yang tular, lelaki tersebut dilihat mendukung erat kedua-dua bayinya dalam perjalanan ke tanah perkuburan, sambil ditemani isteri tercinta dan ahli keluarga terdekat. Suasana penuh hiba dan pilu jelas terasa dalam setiap gerakan dan tangisan yang terakam.
“Alhamdulillah. Dua puteri kembarku kembali ke rahmatullah. Terima kasih Allah atas pinjaman buat diriku dan isteriku yang terindah ini. Moga berjumpa di syurga nanti, anak-anak,” tulisnya di ruangan kapsyen TikTok itu.
11 Tahun Penantian, Takdir Allah Mendahului Segalanya
Difahamkan, pasangan ini telah menanti selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata. Namun, harapan dan kebahagiaan itu hanya seketika apabila kedua-dua bayi mereka disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan. Ujian besar itu diterima pasangan ini dengan penuh redha dan ketabahan.
“Doakan kami dan semua ibu bapa TTC (Trying To Conceive),” tambah lelaki tersebut lagi dengan penuh pengharapan.
Netizen Tumpang Rasa dan Doakan Kekuatan
Perkongsian menyayat hati itu bukan sahaja meraih jutaan tontonan, malah dihujani ribuan komen yang meluahkan simpati, sokongan, dan doa agar pasangan ini terus kuat mengharungi ujian hebat ini.
Antara komen yang menyentuh hati termasuk,
“Salam takziah. Semoga diberi peluang memiliki zuriat lagi. Jangan putus asa,” “..baby rainbow otw amin.. salam takziah..” “Salam takziah tuan. Moga Allah kurniakan rainbow baby selepas ni”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang cakap mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Begitu juga anak lelaki kepada pengacara versatil, Dayah Bαkαr iaitu Achbar Muhammad Fahri yang sering menjadi tumpuan ramai kerana mempunyai perwatakan ceria, ramah dan pandai buat orang gelak seperti ibunya.
Meskipun baru berusia dua tahun, gelagat lucu dan comel Fahri sering mencuit hati sesiapa sahaja yang melihat. Ini kerana sebelum itu, Fahri pernah buat drama tak mahu pergi sekolah dan memanggil ibunya dengan nama Dayah sahaja dek kerana selalu dengar orang sekeliling pangil nama tersebut.
Bukan itu saja, rata-rata warga maya terhibur melihat gelagat Dayah dan Fahri yang sentiasa ceria dan ada saja yang mereka lakukan sehingga buat orang ramai ternanti-nanti video dua beranak ini.
Terbaru, perkongsian mengenai Fahri sekali lagi mencuit hati ramai dimana Dayah mengajar anaknya menyebut nama penuhnya.
Pada mulanya Fahri hanya dapat menyebut nama ayah Dayah iaitu Bαkαr sahaja, namun berhasil menyebut nama penuh ibunya buat kali kedua.
Reaksi Fahri yang berjaya menyebut nama ibunya dengan betul membuatkan ramai gerαm dengan kecomelannya. Seolah-olah dia dapat satu kepuasan dapat menyebut dengan betul dan jelas.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.