Cipta momen gembira dengan anak bukan perkara yang sukar. Kadangkala tak perlu pun nak pergi ke tempat mahal, asalkan papa dan mama ada bersama-sama ia sudah cukup membahagiakan anak.

Melihat cara pelakon dan usahawan Betty Rahmad menghabiskan masa bersama suami dan anak tersayang bercuti secara berkhemah memang sangat mengujakan.

Ibu kepada Ardy Wira ini berkongsi video percutian mereka sekeluarga di tepi pantai dengan cara berkhemah. Yang menarikanya peralatan perkhemahan serta perkakasan yang dibawa semuanya lengkap dan selesa.

Betty Rahmad Kongsi Momen Bawa Anak Camping Lengkap Macam Rumah Siap Ada Tandas & Selesa

Menariknya, khemah mereka turut dilengkap ruangan tidur, tempat memasak, tandas dan macam-macam lagi kelengkapan yang nampak selesa. Tiada lagi klise bercuti secara berkhemah tidak selesa untuk bawa keluarga terutama anak kecil.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Camping setup 
One time investment, lifetime happiness.
Ramai yang request nak tengok setup & list barang apa nak bawa untuk camping. Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha! Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti ada lah yang comment itu ini, takpelah kitorang yg bawak & kitorang yang pack kan

Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dari pergi sampai balik. Dalam video ni je lah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemah sebagai content Selalu i mampu tolong setup dalam khemah je!

One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy & ready dalam keadaan apa sekalipun. Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah.

IKLAN

Oklah korang bukan peduli pun apa i tulis korang nak link je kan?  Nanti i share dalam highlight

Tapi benda paling penting korang kena ada is suami yang pandai pasang khemah dan pandai semua benda. Kalau takde takpe, carilah tempat yang boleh sewa khemah dah siap ok!

IKLAN

Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Betty Rahmad Kongsi Momen Bawa Anak Camping Lengkap Macam Rumah Siap Ada Tandas & Selesa

Sumber: bettyrahmad

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents atau channel Telegram Pa&Ma https://t.me/majalahpama sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI