Orang tua-tua dulu selalu cakap tak pakai selipar atau main tanah serta tak basuh bersih, cacing boleh masuk di tapak tangan dan kaki. Mungkin bagi sesetengah orang, tak percaya tapi hakikatnya memang berlaku cacing boleh masuk melalui kulit.
Pengalaman ibu ini yang melihat sendiri kejadian yang berlaku pada anaknya boleh dijadikan peringatan bersama. Menurut Puan Murni Hassan, kejadian yang berlaku pada anaknya ini langsung tak terfikir sama sekali. Bila nampak depan mata sendiri baru tahu hal ini.
Kisah tangan Adam masuk cacing…
Sebelum nak puasa hari tu balik kampung, biasalah Adam kalau balik kampung seronok dia boleh main pasir. Memang main sungguh-sungguh laa pasir tu. Pasir yang orang buat rumah pun main, pasir tanah gambut pun dia main siap korek-korek dengan tangan lagi.
Murni bagi main tu sebab sebelum ni ok je tak ada masalah. Tapi kali ni tak. Balik je ke KL lepas 3 hari tu dia kata gatal-gatal tangan dia. Murni tengok macam ada biji merah, ingatkan kena gigit nyamuk. Letaklah ubat gamat.
Dia kata sakit juga. Pujuk-pujuk dia ok. Keesokannya haaa ambil nampak macam dalam gambar di bawah tu, sebab ada dot-dot menjalar. Tapi husband Murni tak caya tu cacing, tapi Murni ni firasat kuat tu memang CACING !!!
Ads
Alhamdulillah selepas pergi beberapa klinik dapat ubat cacing untuk 3 hari makan dan cacing di tangan pun dah mati. Syukurlah tak ada apa-apa jangkitan kat lain.
Hari ke 6 Adam makan ubat albendazole dan dalam hari ke-11 dah kering. Cacing tu mati sendiri dan doktor kata nanti kulit akan mengelupas.
Ads
Hingga kini Adam dah fobia nak main pasir, terpijak pasir pun cepat-cepat suruh mommy basuh. HAAA baru dia tahu erti serik. Syukur Ya Allah.
Masa kejadian itu kasihan sangat. Malam-malam Adam tak lena tidur asyik mengetap gigi, mengigau tangan sakit, perut macam tak cerna makanan dan berat badan pun menurun.
Ads
Sebagai ibu saya nasihatkan semua ibu bapa agar sentiasa beringat setiap kali anak main pasir. Pastikan anak basuh tangan bersih-bersih. Jangan jadi macam anak saya ni.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kementerian Kesihatan Malaysia mengalakkan agar pemberian susu ibu diberikan secara eksklusif kepada bayi dari lahir sehingga berusia enam bulan. Tetapi tidak semua ibu mempunyai keupayaan untuk menyusukan bayi mereka jadi perlu diberikan susu formula.Dalam kes lain, mungkin ketika sudah ‘berpisah’ susu badan, ibu ayah akan mencarikan susu formula untuk anak.
Jika dilihat di pasaran, ada banyak jenis susu formula yang boleh kita jumpa. Sekiranya anak-anak perlu minum susu formula, pasti ibu ayah menjadi keliru untuk memilih yang terbaik untuk mereka. Tambahan pula, setiap susu kelihatan sama dan khasiatnya juga tidak jauh berbeza. Pun begitu, terdapat banyak kriteria yang perlu dilihat oleh ibu ayah sebelum membeli susu formula buat si manja.
Susu formula memang ada banyak jenama tetapi ada empat jenis susu formula di pasaran iaitu susu formula berasaskan susu lembu, susu formula protein dihidrolisis, susu formula berasaskan soya dan susu kambing.
Susu formula berasaskan susu lembu
Biasanya jika anak anda tiada sebarang masalah alahan maka susu formula ini boleh menjadi pilihan. Susu lembu tidak disyorkan sebagai minuman bagi bayi di bawah umur setahun kerana kandungan zat besi dan vitamin C yang rendah.
Susu formula dihidrolisis
Ia direka khas untuk bayi yang mempunyai masalah alahan atau intoleransi terhadap susu lembu. Bayi yang alah terhadap susu lembu, protein dalam susu akan menyebabkan reaksi alahan. Dia akan sukar menghadam laktosa atau gula yang terkandung dalam susu lembu. Susu ini berasaskan susu lembu tetapi protein dalam susu telah dihidrolisis menjadikan ia bebas laktosa dan bayi yang ada intoleransi terhadap susu lembu boleh menghadamnya dengan mudah.
Susu formula berasaskan soya
Sementera susu berasaskan soya diperbuat daripada kacang soya. Ia diubah suai dengan penambahan vitamin, mineral dan nutrien untuk menjadikannya sesuai sebagai susu formula. Susu formula jenis ini hanya boleh diberi kepada bayi selepas mendapat nasihat daripada doktor yang memeriksa anak tersebut. Susu formula soya tidak digalakkan diberi kepada bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu kerana biasanya mereka juga akan alah terhadap soya. Susu formula soya juga berisiko merosakkan gigi bayi dalam jangka masa panjang kerana ia mengandungi sirap glukosa.
Susu formula berasaskan susu kambing
Kini lebih banyak pengeluar susu telah mengkomerisialkan susu kambing kerana khasiatnya yang dipercayai lebih baik untuk tumbesaran anak.
Jika anda membaca label pada tin susu formula tentu anda akan terbaca beberapa khasiat tambahan yang ada dalam kandungan susu iaitu DHA, ARA, prebiotik dan probiotik. Tetapi anda sendiri tak tahu apa fungsi khasiat tersebut kepada si kecil.
Asid lemak omega 3 (DHA dan ARA)
Nutrien asid lemak omega 3 (Docosahaexaenoic Acid – DHA dan Arachidonic Acid – ARA) dikatakan penting untuk perkembangan kognitif memberangsangkan pada bayi dan penglihatan yang baik. Bayi menyerap nutrien ini sama ada melalui plasenta atau susu ibu (sebab itu susu ibu makanan terbaik untuk bayi!) mengumpulkan zat-zat ini dalam mata dan otak mereka dalam trimester ketiga (dalam kandungan ibu) dan semasa dua tahun pertama hidup mereka. Tetapi ibu jangan pula terpengaruh dengan label susu formula yang mendakwa kandungan DHA dan ARA mereka lebih tinggi adalah yang terbaik.
Menurut pakar pemakanan, kandungan lebih banyak nutrien tersebut dalam susu formula tidak bererti ia adalah susu yang terbaik. Biasanya susu formula yang mempunyai kandungan DHA dan ARA lebih tinggi akan lebih mahal harganya. Sebaiknya berikan anak anda menu harian yang kaya dengan khasiat DHA dan AA secara semula jadi seperti ikan dan makanan laut lain bagi meningkatkan pengambilan nutrien tersebut. Jadi, jumlah DHA dan AA dalam susu formula tak perlu dirisaukan sangat.
Nutrien ini penting untuk menghasilkan persekitaran usus yang sihat serta membantu mengurangkan jangkitan dan risiko alahan. Probiotik adalah bakteria baik yang membantu penghadaman dalam usus. Prebiotik pula menyediakan keadaan yang sihat untuk pertumbuhan bakteria tersebut.
Anda tidak boleh memberi susu formula bayi usia setahun kepada bayi yang baru berusia enam bulan. Walaupun ia susu tetapi kandungannya tidak sesuai untuk usia mereka. Pastikan anda beli susu formula mengikut peringkat usia anak anda. Susu formula untuk bayi enam bulan berbeza komposisi vitamin dan mineralnya berbanding susu formula untuk bayi usia setahun.
Ini kerana sistem penghadaman bayi masih belum sempurna untuknya menghadam susu formula yang dirumus untuk kanak-kanak usia setahun ke atas. Jangan abaikan label kategori usia bayi ketika membeli susu formula anak. Jangan kerana nak cari susu yang murah anda abaikan hal itu.
Kadangkala kita tidak tahu mungkin anak akan suka atau tidak susu formula tersebut dan paling penting adakah dia berisiko mengalami sebarang alahan atau masalah seperti kembung perut, sembelit, ruam jika minum sesuatu produk susu formula. Oleh itu elakkan daripada terus membeli susu formula bersaiz besar untuk si manja.
Sebaiknya dapatkan sampel susu tersebut untuk dicuba oleh anak atau jika tiada sampel, belilah dalam saiz yang kecil. Dengan cara ini, anda dapat membuat pilihan tanpa perlu membazir.
Ada ibu bapa yang mungkin terikut-ikut atau terpengaruh dengan kawan-kawan yang mengesyorkan beli susu jenama tertentu untuk anak. Perlu diingatkan yang setiap bayi mempunyai tahap penerimaan yang berbeza antara satu sama lain. Tak semestinya jika susu A itu sesuai untuk anak orang lain maka ia juga bagus untuk anak anda. Sebaiknya tanyalah kepada doktor kanak-kanak yang memeriksa kesihatan anak anda.
Jangan mudah terpengaruh dengan harga susu formula yang mahal. Ini kerana harga yang malah bukan penentu ia adalah yang terbaik. Kadangkala jenama yang terkenal dan mahal itu kelihatan hebat kerana faktor pengiklanan dan pemasarannya. Paling penting sekali pilih jenama susu yang sesuai dengan bajet kewangan anda kerana si kecil bukan minum susu sekotak sahaja sebulan.
Kebiasaannya si kecil cenderung untuk kuat minum susu dan ini meningkatkan risiko kemungkinan dia boleh mengalami penambahan berat badan secara mendadak jika minum susu secara berlebihan dalam sehari. Ini kerana dalam susu formula terdapat pelbagai kandungan gula tambahan yang sangat tinggi. Sekiranya berat badan bayi anda naik mendadak selepas minum sesuatu jenama susu formula maka anda perlu menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau menukar jenama lain.
Untuk pengetahuan para ibu bapa, sebenarnya jika anak sudah berusia setahun ke atas, mereka tak perlu bergantung kepada susu formula lagi. Sebaiknya mereka perlu mendapatkan nutrien dan zat makanan dari sumber semula jadi melalui menu makanan seimbang setiap hari. Contohnya dapatkan sumber kalsium dari yogurt, keju dan lain-lain. Jika anak nak minum susu berikan sahaja susu segar yang lebih mudah diberi dalam cawan.
Amalan berpantang memang menjadi amalan tradisi masyarakat (wanita) melayu selepas melahirkan anak. Namun amalan berpantang yang ketat sebenarnya membahayakan si ibu dari segi fizikal dan emosi.
Ada pelbagai amalan seperti si ibu tidak boleh minum air yang banyak, tidak boleh mandi dan sebagainya. Amalan ini jika diamalkan boleh mengakibatkan komplikasi lain ketika berpantang. Ikuti perkongsian dari doktor ini.
Ini adalah uterus atau rahim. Gambar pertama ialah rahim wanita yang masih subur (pra-menopos). Gambar kedua ialah rahim wanita yang dah menopos. Perhatikan perbezaan saiznya.
Gambar 1: Rahim wanita pra menopos. Ia bersaiz 3 ke 4 x 2.5 inci.
Gambar 2: Rahim wanita pasca menopos. Ia bersaiz separuh dari rahim wanita subur. Nampak tak semakin tua bukannya rahim kita semakin mengembang tetapi semakin mengecut.
Jika wanita menopos mempunyai saiz rahim seperti wanita subur, ia adalah tak normal, malah boleh menandakan rahimnya berpenyakit (fibroid, kanser).
Jadi bagus kah wanita subur ambil suplemen mengecutkan rahim? Kan rahim kecut tu bermakna rahim yang dah menopos?
Rahim boleh mengembang hingga memuatkan sebesar-besar muatan (janin, uri, ketuban) sewaktu mengandung dan akan kembali ke saiz normal iaitu 3 x 2.5 inci dalam masa 6 minggu dengan sendiri.
Rahim boleh kembali kuncup ke saiz asal dan keluar bersih darahnya tanpa urutan, bertungku, jamu dan sebagainya. Itulah kehebatan organ ciptaan Tuhan.
Amalan seperi urutan, bertungku dan berbengkung hanyalah untuk memberi sokongan emosi kepada ibu selepas bersalin. Jadi ibu boleh berehat, terasa disayangi dan diberi perhatian.
Namun amalan berpantang yang ketat boleh menjadi pedang dua mata yang memberi tekanan emosi dan fizikal kepada ibu lepas bersalin.
Bukan itu saja, ia berpotensi membawa maut kepada ibu. Menyekat air minuman boleh menyebabkan dehidrasi dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan jamu boleh menganggu fungsi hati ibu dan bayi menyusu serta memburukkan lagi jaundis bayi.
Berbengkung terlalu ketat dan berbaring sepanjang masa boleh menyebabkan pembentukan darah beku seterusnya kematian mengejut.
Berpada-padalah.
Sokongan fizikal dan emosi untuk ibu adalah penting untuk mengurangkan risiko post partum depression dan post partum psychosis.
Pelakon dan usahawan terkenal, Tya Arifin bimbang dengan kesihatan anak sulungnya, Arif Jiwa yang kerap mengalami masalah sukar untuk bernafas dan bersin-bersin. Hal ini dikongsi olehnya menerusi sebuah posting di Instagramnya.
Sebelum ini Arif memang suka ada masalah susah nafas, bersin bersin. Suka datang suka pergi dan datang lagi 😅
Tya yang juga merupakan menantu kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza berkongsi bahawa dia sudah melakukan pelbagai rawatan tetapi keadaan anaknya masih sama sehinggalah dia mengambil keputusan untuk membuat ujian alahan.
Pergi ke klinik, ingatkan batuk or selseme. Minumlah ubat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi.
Karna tak puas lagi, so datanglah ke dokter allergic untuk test.
Jadi buat test allergic pada susu ke, cheese ke, kacang ke, coklat, sampai hewan peliharaan pun ditest, tu yang kenapa belakang arif titik titik.
Alhasil, Arif memang allergic DEBU / Dusk.
Kena selalu liat: 1. kebersihan carpet, bantal, langsir. 2. Kena tukar 5-7 hari sekali 3. Bantal setiap hari dijemur panas atau dicuci. 4. Elakkan tempat berkarpet.
Ibu kepada anak dua ini juga tersilap menyangka bahawa selama ini anaknya alahan terhadap produk diary sehinggalah keputusan ujian alahan menunjukkan anaknya langsung tidak mempunyai alahan terhadap makanan.
Dia turut menasihati agar ibu bapa lain agar membuat ujian pengesahan alahan supaya dapat mengenalpasti masalah sebenar.
Jadi ibu ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasian Arif selama ini kena menahan makan coklat cheese etc 😜😅 ternyata debuuu je.
good news for him.
Semoga bermanfaat ibu ibu…
Tambah Tya lagi, kos rawatan yang dilakukan lebih kurang RM1000 dan dilakukan di sebuah hospital terkemuka di Ibu Negara.
Wah ramai yang alami hal sama ternyata, tya buat di Dr Kent Woo , Gleaneagles. Buat skin test allergic. Cost RM 700-RM 1k, boleh cakap Arif jiwa punya test
Warga maya turut berkongsi pengalaman yang sama. Ada juga yang menasihati para ibu supaya melakukan ujian alergik jika anak mengalami tanda-tanda sama supaya anda tahu punca sebenar.
@tyaarifinnw tq tya for sharing. My kid pon sama until now xbagi makan anything dairy.. sian dia kalo abg sama kakak dia makan 😌
yatiekitchen Alhamdullillah go for the right Dr❤️
innfilet Yuppp.. mmg kena buat test alergik utk pastikan masalah yg betul.. anak buah sy since 3 bulan eczema.. Alhamdulillah di usia dia 5 tahun berjumpa #Shiruto
zurina_r My 2nd dotter 9yo; debu, COKLAT, almond, cow milk & bulu kucing. Akak buat her allergic test during her 6m old
Info Alahan Hama:
Alahan hama adalah tindak balas alergi terhadap pepijat kecil yang biasanya hidup dalam habuk debu rumah. Tanda-tanda alergi ini termasuk yang menyerupai demam hay, seperti bersin dan hidung berair.
Ramai orang yang mengalami alahan hama atau habuk juga mengalami tanda-tanda asma, seperti nafas berbunyi dan kesukaran bernafas.
Antara gejala biasa untuk alahan hama adalah:
Sekiranya alergi hama anda menyumbang kepada asma, anda juga mungkin mengalami:
Hama alahan boleh berkisar dari tahap yang ringan hingga teruk. Kes alahan hama yang ringan boleh menyebabkan hidung tersumbat, mata berair dan bersin.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.