Anak lelaki jangan dimanjakan berlebih-lebih. Biar anak kita matang dan dewasa sebelum usianya kerana dia bakal memikul satu tanggungjawab yang besar kelak. Bukan saja pada dirinya bahkan keluarga, mak ayah, adik beradik, isteri serta anak-anaknya satu hari kelak.
Sejak kecil lagi biasakan anak lelaki kita dengan pelbagai perkara. Ini antara tujuh nasihat yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Raziq buat anak lelaki kita. Biar dia jadi lebih matang!
7 nasihat yang anak lelaki kita sangat perlukan
1. Wahai anakku. Sembahlah Allah semata. Jauhi dirimu daripada menjadikan harta, wanita dan pangkat sebagai berhala dalam hidupmu
2. Wahai anakku. Lindungilah adik beradikmu kerana kamu diberikan kekuatan jasmani melebihi adik beradik perempuanmu. Lindungilah mereka, sayangilah mereka setelah ketiadaan ibu ayahmu.
Ads
3. Wahai anakku. Hormatilah mereka yang lebih berusia daripadamu. Walau terkadang mereka menyakiti dirimu tetapi ketahuilah bahawa memuliakan orang yang lebih dewasa itu lebih utama.
4. Wahai anakku. Muliakan kawan kawanmu. Jangan pernah tindas dan buli mereka yang lebih lemah daripadamu kerana memuliakan orang itulah kekuatan dan merendahkan orang lain itulah kehinaan.
Ads
5. Wahai anakku. Berpegang teguhlah dengan Al Quran dan Sunnah kerana di zamanmu ini akan banyak berlaku kekacauan dan kerosakan akidah. Musuhmu tidak lagi menyerang fizikalmu tetapi musuhmu akan tetap menyerang fikiran dan peganganmu.
6. Wahai anakku. Jagalah matamu dan jagalah nafsumu daripada melihat yang haram kerana di zaman ini aurah dan maruah tersangatlah mudah dan murah.
Ads
7. Wahai anakku. Walau apa pun terjadi taatilah ibu dan ayahmu kecuali ibu dan ayahmu menyuruhmu berbuat yang mungkar. Walau mungkin ibu dan ayah banyak kelemahan dan kekurangan tetapi ibu dan ayahmu tetap sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik untuk dirimu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lumrah kanak-kanak suka berlari, melompat, memanjat dan menjerit. Kadang-kadang penat melihat gelagat mereka yang tak duduk diam, tak tahu erti penat dan mungkin ianya memberikan anda rasa sakit kepala tetapi itu tandanya anak papa mama berada dalam fasa perkembangan yang baik!
Diam mereka hanyalah pada waktu tidur. Situasi ini pasti akan dirasai oleh semua yang bergelar ibu bapa kan?
Melompat, Memanjat, Berlari Antara Sikap Normal Anak Kecil:
– Melompat dari satu tempat ke satu tempat yang lain
– Memanjat tangga, grill pintu, kerusi dan meja
– Memanjat ibu ayah
– Berlari satu rumah
Jika sikap ini ada pada diri si kecil anda, jangan terlalu bimbang kerana ianya normal dan tanda perkembangan positif untuk si kecil.
Luangkan Masa Ke Taman Untuk Anak Salurkan Tenaga
Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin, luangkan masa dan rajinkan diri untuk membawa anak-anak ke taman bagi menyalurkan tenaga dengan cara yang betul.
Cara ini membolehkan anak-anak meneroka sekeliling kerana lumrah kanak-kanak suka meneroka dan rasa ingin tahu yang tinggi.
Keperluan Berdikari (Autonomy) Anak Perlu Di Layan
Kanak-kanak mempunyai keperluan berdikari (Autonomy) mereka dan perlu selalu untuk melayan keperluan berdikari mereka agar dapat membesar dengan sihat fizikal dan mental.
GSC X AIR SELANGOR HYDRO RUN
Sebagai usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan, Golden Screen Cinemas (GSC) dan Air Selangor menganjurkan Hydro Run yang akan berlangsung pada 26 November 2022 bermula 7.00am hingga 12.00pm bertempat di IOI City Mall, Putrajaya (Symphony East).
Bagi yang ingin meluangkan masa bersama anak-anak di hari minggu, acara ini sangat sesuai untuk anda sekeluarga. Pendaftaran boleh dibuat di SINI. Tiket terhad, daftar segera sebelum terlambat! Tiket boleh didapati sehingga hujung minggu ini sahaja.
Bukan hanya dapat mengeratkan ‘bonding’ bersama keluarga, malah mama papa juga turut membawa pulang hadiah seperti:
Dewasa/Kanak-kanak:
– X1 Baju Dri-fit
– X1 Goodie Bag
– X1 Finisher Medal
– X1 Tiket Mechamato Movie
Pakej Keluarga:
– X4 Baju Dri-fit
– X1 Goodie Bag
– X4 Finisher Medal
– X4 Tiket Mechamato Movie (2 Dewasa, 2 Kanak-kanak)
Kod promo tiket Mechamato movie akan dihantar melalui e-mail dalam tempoh 48 jam selepas pembayaran.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya Water & Wind Tunnel, Bubble Attack, Mechamato World dan banyak lagi yang boleh di cuba bersama yang tersayang!
Selain itu, si kecil anda dapat merasai sendiri pengalaman bermesra bersama Mechamato, Boboiboy dan kawan-kawan lain sambil menikmati popcorn dan menyertai pelbagai lagi permainan yang menarik sekaligus dapat membantu meningkatkan keyakinan diri mereka.
Untuk maklumat lanjut, mama papa boleh layari SINI . Jangan lepaskan peluang untuk bergembira di GSC X AIR SELANGOR HYDRO RUN!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon popular, Yana Samsudin mendedahkan bagaimana caranya mendidik anak supaya menguasai 3 bahasa sejak bayi dan tambahan dua lagi bahasa yang bakal dipelajari anaknya, Aisy Mateen 5 tahun.
Perkongsian tersebut dibuat melalui laman instagram Aisy Mateen dengan memuatnaik satu video.
Mateen paling suka subjek matematik..
Tapi mateen lebih suka kira dalam inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa melayu dia agak lambat sikit.
Didedahkan 3 Bahasa Sejak Bayi
Sebab masa baby lagi dah dedahkan 3 language.. bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin. Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa arab dan jawi..
Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudan segala proses nya…
Nak Pandai Ikut Potensi Diri Anak
Ingat Mateen , mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian Mateen dengan anak anak yang lain . Mommy nak Mateen pandai ikut potensi Mateen sahaja.
Semoga berguna untuk masa hadapan bila mommy takda nanti… #MaaflahMommyIkutCaraMommy hihihihi.
Tambahnya lagi Aisy Mateen sekarang hanya belajar di rumah (home schooling) sahaja. “Cikgu Mandarin Mateen datang rumah, tak kisah la kita berjalan 2 meter je hantar anak”
Yana Samsudin mendirikan rumahtangga bersama Fadzil dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Aisy Mateen yang berusia 5 tahun dan Aura Aisy Sofea yang kini berusia 7 bulan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimana nak bantu anak yang bakal masuk darjah satu tahun depan lancar membaca dan boleh memahami apa yang diajar? Ni antara soalan yang ramai ibu bapa tanya kerana risaukan anak akan ketinggalan dalam pembelajaran nanti.
Bagi menjawab persoalan ini, Puan Ashikin Hashim yang juga Pengetua Genius Aulad Saujana Utama ada penjelasannya. Dengan jawapan ini akan memberi sedikit kelegaan buat ibu bapa.
Disebabkan tiada pembelajaran secara formal maka ia menjadi cabaran yang besar kepada ibu bapa untuk membantu anak belajar membaca.
Apa yang perlu ibu bapa buat?
1. Ibu bapa jangan terlalu panik. Ambil ini sebagai cabaran yang positif.
2. Lihat apakah cara yang dapat bantu anak kita. Jika ada online dari tadika, usahakan untuk anak ikutinya, jika mampu untuk upah home tutor maka tiada halangan, atau boleh sahaja ibu bapa mengajar sendiri di rumah.
3. Jika mengambil keputusan untuk memgajar sendiri anak apa yang perlu ada?
– buku belajar baca sama ada fonik atau suku kata.
– alat bantu mengajar yang lain
– senarai aktiviti yang boleh bantu anak
4. Perhatikan anak samada ada masalah pembelajaran atau tidak. Rujuk pakar seperti terapis dan doktor. Tapi jika anak normal, boleh berkomunikasi, faham arahan, boleh melakukan rutin independently, inshaAllah anak pasti boleh baca dengan aktiviti yang merangsang pembacaan anak.
Ibu ayah..
Panik atau menyalahkan mana-mana pihak tidak akan dapat membantu anak kita. Ambil langkah sekarang. Bantu anak kita.
Nak pembelajaran yang seronok, jangan hanya tumpu kepada buku tetapi buat aktiviti yang menyeronokkan.
Normal ke kalau umur 4 – 6 tahun masih tak boleh baca?
Pertamanya periksa dulu. Dia tak boleh baca langsung. Atau boleh sikit-sikit.
Lepas tu – yang dikatakan tak boleh baca ni BOLEH BERCAKAP TAK? FAHAM ARAHAN TAK?
Jika anak boleh bercakap, komunikasi bagus, faham arahan, pandai pakai baju, pandai naik tangga, pandai berkawan, pandai cuci lepas buang air..
Tapi satu je dia masih belum boleh iaitu MEMBACA, percayalah, anak anda bukan tak boleh baca, anak anda bukan lambat, anak anda bukan tak pandai.
Dia hanya berumur 5 tahun. Bukan 25 tahun. Seorang anak kecil perlukan proses. Dia takkan belajar semua benda dalam satu masa.
Nak sesuai dengan sekolah baru pun anak ambil masa. Nak berkawan dengan kawan baru pun anak ambil masa. Dan kita masih TAK SABAR nak anak pandai baca???
Bila anak dirasakan tiada progress maka kita rasa anak tak maju. Anak tak pandai.
Walhal KITA YANG TAK FAHAM PROSES itu sedang berlaku. Kita tuduh anak dan juga sekolah.Maaf cakap.
Kita seksa perasaan anak kita. Anak dah berkawan. Dah ada kawan baik. Tahun depan nak cari sekolah baru. Nanti anak kena sesuai dengan tempat baru. Ambil masa lagi.
Lepas pindah dia akan pandai baca tak?
SUDAH TENTU!!!!
Sebab PROSES TELAH DAN SEDANG BERLAKU. 6 tahun akan jadi mudah untuk dia sebab dia dah pernah belajar. 5 tahun bukan dia tak pandai tapi dia SEDANG PROSES. Dan kita pun akan cakap sekolah baru BAGUS sekolah lama TAK BAGUS.
Mak-mak..
Membaca bukan satu-satunya benda yang anak kena belajar.
Saya pernah ada beberapa orang anak murid yang masih belum pandai baca tapi berani berhadapan dengan orang ramai atas pentas, boleh hafal skrip, hormat guru, ada belas ihsan terhadap kawan. MashaAllah.
Ya membaca penting, tapi bukan dengan meminggirkan kemahiran yang lain.
Ini perkongsian yang pernah saya buat sebelum ini.
Tip Peringkat Awal Membaca | Bukan Dengan Buku???
Biar benar Teacher Ashikin. Kalau tak guna buku macam mana nak pandai baca ya?
Di sinilah silap kita. Kita sangka nak anak pandai baca buku, kita ajar dia membaca hanya dengan guna buku. Ini silap besar.
Apa akan berlaku bila kita hanya guna buku sahaja?
1. Anak akan dikatakan cepat BOSAN.
2. Anak akan dikatakan asyik MAIN.
3. Anak akan dikatakan LAMBAT belajar.
Ini adalah tuduhan yang tidak adil kepada seorang anak kecil. Buku bukanlah semata-mata sumber yang kita ada untuk mengajar anak membaca.
Anak belajar melalui bermain. Dan melalui bermain itulah sebenarnya dia boleh membaca. Bagaimana ya?
Mari saya bantu anda. Sebelum nak anak pandai baca, kena ada SYARAT dulu. Apakah ia?
1. Jangan GOPOH atau tergesa-gesa nak anak pandai baca. Anak kita bukan ROBOT. Mereka manusia biasa yang perlukan ruang dan masa untuk belajar.
2. Jangan BANDING kan anak kita dengan anak orang lain. Sedangkan di kalangan adik beradik pun dah berlainan inikan pula anak jiran. Anak kita punya upaya dan kekuatannya yang tersendiri. Jadi, BANTU lah mereka.
3. Jangan TAK TAHU bahawa membaca ini adalah satu proses. Ia bukan berlaku secara tiba-tiba atau anak lahir terus pandai. Ia juga tidak berlaku dengan pantas saat anak masuk tadika. Proses ini panjang dan kompleks. Berlainan mengikut keupayaan anak. Maka BERSABARLAH.
4. Jangan INGAT tadika anak tempat SEPATUTNYA anak pandai baca. Guru hanya pemudah cara tetapi IBU BAPA lah guru PERTAMA dan RUMAH pula sekolah UTAMA. Jadi proses membaca seharusnya bermula dari Rumah.
4. Jangan LUPA siapa yang bagi kita pandai? Ya…ALLAH. Setelah kita berhempas pulas nak pandaikan anak, yang bagi pandai sebenarnya bukan kita tapi ALLAH. Kita minta kepada Allah supaya diberikan kita kekuatan dan ilmu dalam mendidik anak kita. Jika anak kita punya masalah, bawalah kepada yang pakar.
Baik. Ini langkah-langkah yang perlu kita ambil dan mulakan seawal mungkin jika mahu anak ON TRACK. Maksudnya bukan nak minta anak pandai baca umur 2 atau 3 tahun ya. Jika 6 tahun atau darjah 1 pun masih BELUM LANCAR, ia masih belum dikira LAMBAT.
Anak saya yang pertama boleh membaca pada umur 4 tahun. Yang kedua pada umur 5 tahun tapi yang ketiga hanya lancar pada umur 7 tahun. Namun mereka kini berada pada tahap ilmu dan keupayaan yang baik mengikut umur mereka.
Saya pernah bertanya kepada seorang OCCUPATIONAL THERAPIST, pada umur berapakah kita perlu risau jika anak masih belum tahu membaca langsung? Beliau berkata pada hujung tahun DARJAH 1.
Jadi, jika anak sekarang baru 4 tahun dan masih belum tahu membaca, ITU NORMAL.
Jika anak sekarang 5 tahun dan masih belum tahu membaca, ini juga masih NORMAL.
Jika anak sekarang 6 tahun dan masih belum lancar membaca, ini juga NORMAL.
Cuma bila anda atau guru mereka mendapati yang anak anda perlukan pemeriksaan pakar kerana sebab-sebab kesihatan dan masalah pembelajaran contohnya, bawalah berjumpa pakar.
Jom kita mula ajar anak membaca cara santai dan tidak STRES.
Mulakan dari bayi lagi. Bagaimana? KOMUNIKASI DAN INTERAKSI dengan anak. Jangan mulakan dengan SKRIN. Maksudnya jangan perkenalkan GAJET. Belum tiba masa.
Ajar anak membaca bukan hanya dengan tunjuk buku semata-mata. Bila kita sempitkan skop membaca hanya dengan buku maka kita tak banyak dapat nak bantu anak kita. Sebenarnya banyak sangat sumber yang boleh bantu dia. Seperti BERCERITA atau BACAKAN BUKU (bacakan buku ya bukan suruh anak baca buku sebelum dia tahu membaca. Beza tu 🙂 ) dapat membantu anak meningkatkan KOSA KATA nya. Bila kosa kata anak banyak, maka bila belajar baca akan jadi mudah. Sebab dia dah kenal banyak bunyi huruf dan banyak kenal benda.
KOMUNIKASI dengan anak sekerap yang mungkin. Ini saya sudah sebut serba sedikit tadi. Walaupun bayi, biasakan bercakap dengannya. Bila anak dah semakin besar berbuallah dengan mereka ketika shopping, ketika pakaikan baju, ketika bermain, ketika memasak, ketika bawa kereta. Komunikasi akan jadi terbantut atau terhalang jika kita hanya berikan anak GAJET.
MAIN, MAIN, MAIN. Berilah peluang dan ruang secukupnya untuk mereka bermain. Bila main anak akan belajar banyak benda termasuklah mengumpul kosa kata, membina ayat, menyoal, menjawab soalan, berinteraksi dengan orang sekeliling. Inilah antara kunci bagi memudahkan proses membaca.
BACAKAN BUKU. Ini pun saya dah sebut di atas tadi. Bacakan buku ini sangat POWERFUL. Selain boleh tambah kosa kata anak, ia juga dapat tambah ilmu pengetahuan am anak. Dan yang paling best dapat rapatkan hubungan kita dengan anak.
Manfaatkan waktu sebelum anak tidur. Iaitu sebelum anak sampai ke peringkat DEEP SLEEP atau tidur lena. Berbuallah (berbual lagi? ) dengan anak. Masa ini sangat bagus untuk nak menasihati anak. Anak dalam keadaan paling relax dan mufah dengar kata.
Inilah peringkat pertama untuk anak-anak membaca. Tiada guna apa-apa metod nak bagi anak pandai baca. Mulakan dengan KOMUNIKASI dengan anak.
BERBUAL; BERCERITA; BACAKAN BUKU dan MAIN
Masa inilah anak-anak kumpul perkataan. Masa inilah anak-anak dibiasakan mendengar pelbagai perkataaan.
Jadi, bila sampai peringkat kenal suku kata, anak tak akan terkejut. Mereka dah biasa dengan pelbagai perkataan dan bunyi. Jadi ia memudahkan proses membaca berlaku.
Kita belajar Fun-fun je. Jangan stress. Janganlah guna buku 24 jam. Anak-anak belajar secara hands-on dan bermain.
Belajarlah juga membaca dari tanda jalan, tajuk akhbar, label, senarai barang, poster dan sebagainya.
InshaAllah jika anak kita tiada masalah kesihatan dan pembelajaran, anak kita pasti boleh baca. Kuncinya SABAR dengan proses ini, KONSISTEN dengan usaha dan YAKIN dengan hasilnya nanti.
Selamat mendidik dengan kasih sayang.
Kredit: Ashikin Hashim
Pengetua Genius Aulad Saujana Utama
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!