Menjadi seorang ibu merupakan tugas yang amat mulia dan tanggungjawabnya pula berat. Ibulah yang akan memastikan setiap keperluan ahli keluarga di penuhi. Ibu juga lah tulang belakang setiap ahli keluarga. Begitulah perkongsian daripada Farizal di laman facebook.
Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.
Tapi mak saya cakap, “Biar anak yg sakit, jgn mak yg sakit”. Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap mcm tu.
Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, baru saya faham apa yg mak saya cuba sampaikan.
Ads
BIAR ANAK SAKIT, JGN MAK YG SAKIT.
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yg sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah, segalanya jadi kucar kacir. Sesungguhnya benar sekali.
Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jgn risaukan anak belum makan. Sbb mak yg kena bertenaga. Jgn tunggu masa sesuai utk makan, sbb seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli utk semua isi keluarga, belilah & makan sendiri. Contohnya, teringin sgt nak makan aiskrim Connetto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jgn rasa bersalah. Jgn rasa pentingkan diri. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utk menikmatinya, mungkin lebih dari kita. Doakan rezeki anak² dimudahkan.
Ads
Sbg mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yg sama, tugas yg sama, rutin yg sama. Memasak, membasuh, mengemas, mencuci, mengajar, mendidik, membebel, semua tu tugas mak, tiada yg terkecuali. Carilah me time sendiri. Jgn tunggu me time itu datang, sbb ia takkan datang.
Tak perlu jadi sempurna utk segalanya. Hidup ini bukan utk jadi sempurna, tapi utk dinikmati & menyimpan bekalan utk hari kemudian. Jgn peduli kata orang sbb org bercakap takkan pernah berhenti. Puaskan hati sendiri, bukan utk org lain.
Ads
Hidup utk memberi, tapi simpan sikit utk diri sendiri. Bukan kerna pentingkan diri tapi kerana kita manusia, ada kelemahan, kita tahu penat. Berehatlah jika nafas dah makin laju, jgn paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yg diminta, tiada yg peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak utk membantu.
Moga mak² diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah swt & diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sbg MAK.
Kredit: Farizal Radzali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hancurnya hati bila anak tunjuk kelakuan tak baik dan biadap. Mungkin ibu ayah sendiri tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca-puncanya.
Menggunakan perkataan kasar dan negatif, berkelakuan ganas, tidak hormat peraturan, tidak menghormati pasangan antara perlakuan yang diperhatikan oleh anak-anak dan tanpa kita sedar dia akan meniru perbuatan ini.
Anak akan belajar menghina ibu, bila mereka nampak si ayah menghina ibu. Anak akan belajar melawan ayah, bila nampak ibu banyak melawan ayah.
Anak akan mengarah-ngarah ibu bila nampak ayah selalu mengarah-ngarah ibu. Anak juga akan belajar berdalih dan menipu bila nampak mak ayah selalu berdalih dan menipu.
Sebaliknya, anak akan patuh cakap ayah bila nampak ibu patuh cakap ayah.
Dan anak akan ikut rajin tolong ibu bila nampak ayah selalu rajin tolong ibu.
Tolong.
Jaga tingkah laku kita dengan pasangan. Cuba jadi seseorang yang kita nak anak jadi.
Kelmarin tular mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan bersendirian di sebuah premis ikan bakar, di Alai, Melaka.
Difahamkan, ahli keluarganya secara tidak sengaja telah tertinggal kanak-kanak terbabit lalu beredar meninggalkan premis berkenaan kira-kira jam 9.30 malam.
Pemilik kedai ikan bakar berkenaan, Irsyad Zainal, 32, berkata, melihat keadaan kanak-kanak itu yang ketakutan dia bertindak mendukungnya sambil cuba mencari ahli keluarganya.
“Disebabkan pelanggan yang ramai, saya tidak tahu kanak-kanak itu datang dengan pelanggan yang mana.
“Saya hampir membuat laporan polis kerana tiada siapa yang datang mengambilnya sebelum menerima panggilan daripada bapa kanak-kanak itu selepas hampir dua jam,” katanya.
Irsyad berkata, sebelum kejadian, ibu bapa kanak-kanak yang dipercayai datang dari Kuala Lumpur itu menjamu hidangan makanan laut di kedainya bersama ahli keluarga.
Dakwanya, kira-kira jam 12 tengah malam bapa kanak-kanak itu yang berusia 39 tahun akhirnya datang dan mengambil anaknya.
“Kanak-kanak itu selamat diserahkan kepada bapanya dan saya juga turut mengambil nombor kad pengenalannya sebagai langkah berjaga-jaga bimbang berlaku sesuatu kerana ketika dia datang anaknya sudah tidur.
“Sejak 18 tahun berniaga, inilah kali pertama saya berdepan dengan situasi ini. Tidak sangka ia menjadi perhatian selepas ada pelanggan yang menularkan di laman sosial. Bukan niat saya untuk mensensasikan hal ini,” katanya.
Terdahulu, kisah kanak-kanak itu menjadi bualan netizen selepas tular di twitter apabila seorang pengguna laman sosial memuat naik kejadian dengan keterangan, “Gempar!!!! Dah kenyang makan ikan bakar, keluarga terlupa anak tertinggal sehingga ketiduran atas meja!!!!!.”
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Achey menyanyi dalam nada suara yang perlahan dan bukannya kuat dan lantang seperti biasa.
Nampaknya bila sudah bergelar ayah, memang automatik boleh berubah menjadi insan yang lebih baik.
Tiara Zinnirah yang comel
Semuanya demi ingin memastikan anak tersayang mendapat yang terbaik.
Ramai netizen rasa terhibur dengan gelagat Achey yang lucu menyanyi dalam nada suara perlahan sampaikan ada yang menyamakan suara Achey dah tak kuat macam speaker!
Netizen Cadangkan Susukan Baby
Sebagai tanda sokongan dan gembira melihat Achey dan isteri sudah mempunyai anak angkat, ramai netizen memberikan cadangan agar Tiara diberikan susu ibu oleh isteri Achey untuk menjaga hubungan mereka menjadi halal.
Pasangan ini telah mengambil anak angkat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan rezeki mempunyai anak sendiri.
Ternyata kehadiran bayi yang bernama Tiara ini benar-benar membuatkan Achey dan isteri bertambah bahagia.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.