Si comel Isaac Raes, anak pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson yang kini berusia hampir setahun terus mencuri perhatian semua.
Mana tidaknya, ada sahaja aksi dan gelagat Isaac yang sentiasa menceriakan kehidupan ibu dan ayahnya.
Menginjak usianya setahun, Isaac semakin aktif selepas mula ‘dapat kaki’ untuk berjalan. Makin lincah pergerakan Isaac di rumah.
Kini si comel Isaac pula demam untuk terus membesar. Menerusi perkongsian Zahirah di Insta Storynya, anak kesayangannya itu kini sedang tidak sihat dan mengalami demam selesema.
“My usually happy boy is not feeling well,
“Doktor kata cuma musim selesema. Isaac cuma perlukan ubat dan rehat yang mencukupi,” tulisnya berkongsi di kapsyen.
Ads
Dalam pada itu, Zahirah juga memohon doa semua agar anak kesayangannya itu cepat-cepat sihat seperti sediakala.
“Doakan Isaac cepat-cepat sihat seperti biasa,” tulisnya menerusi Insta Story.
Ads
Jelas video yang dikongsikan olehnya kelihatan Isaac begitu tidak selesa malah merengek di dukungan Zahirah.
Malah kata Zahirah lagi, ketika dirinya tidak sihat inilah, Isaac semakin bertambah manja dan melekat 24 jam dengannya.
“Ololo extra manja boy. Kesian my baby demam,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen video yang dikongsikan oleh sebuah kelab peminat Zahirah dan Aiman, ternyata wargamaya menyifatkan Isaac demam hendak membesar malah turut mendoakan agar si comel Isaac cepat-cepat sembuh.
Ads
Semoga Isaac cepat-cepat sihat dan kembali ceria seperti dahulu.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam posting di Instagramnya semalam Fazley bukan sahaja mengucapkan Selamat hari ibu kepada ibu dan isteri tersayangnya tetapi juga kepada ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansur.
Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya
Sebagai seorang anak, Fazley yang sememangnya dikenali sebagai seorang anak yang amat menyayangi ibunya tetap menghormati ibu mertuanya Datin Rosmah Mansur.
Walaupun hubungan mereka agak ‘tegang’ apatah lagi selepas Fazley dan isterinya Azrene membuat pendedahan tentang perbuatan Rosmah terhadap mereka selama ini di media sosial baru-baru ini namun atas dasar hormat hubungan ibu dan anak (dengan isterinya) beliau membuat perkongsian tersebut.
Manusia mana tak buat salah
Mungkin akibat terikut nafsu amarah yang sekian lama dipendam membuatkan suami isteri ini berani membuat pendedahan terbuka mengenai apa yang berlaku ke atas mereka selama 13 tahun hidup berumah tangga.
Namun bila keadaan sudah tenang, keberanian membuat kemaafan secara terbuka patut diberikan pujian. Memang tak seharusnya mereka berkongsikan segala aib dan kesalahan yang dilakukan oleh wanita bergelar ibu tersebut.
Keputusan Fazley untuk berkongsi ucapan hari ibu kepada ibu mertuanya mendapat pujian daripada segelintir netizen.
Semoga hubungan mereka sekeluarga akan kembali bertaut dan jadikan semuanya sebagai pengajaran. Pasti ada hikmah yang tersembunyi daripasa semua yang berlaku. InshaAllah.
Dilahirkan dengan autisme ringan membuatkan Muhammad Ammar Qayyim yang berusia 11 tahun masih berperangai keanak-anakan seperti kanak-kanak tadika.
Tidak seperti rakan sebayanya, kanak-kanak yang mesra dipanggil Ammar Qayyim itu masih memakai lampin pakai buang untuk membuang air besar dan menyusu botol ketika tidur malam.
Malah, apabila berborak dengannya dapat dikesan pemikiran dan tutur katanya juga tidak seperti rakan sebaya sebaliknya berperwatakan kanak-kanak berusia lima atau enam tahun.
Namun, apa yang membanggakan anak bongsu daripada dua beradik ini memiliki kelebihan istimewa apabila mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran seawal usia lapan tahun.
Masih Berbotol Susu & Tak Mampu Uruskan Diri
Menurut ibunya, Saadiah Saad, 50, meskipun berusia 11 tahun anaknya masih tidak mampu menguruskan diri sendiri termasuk masih berbotol susu.
“Kalau perasan tingkah lakunya tidak sama macam umurnya. Sepatutnya umur 11 tahun rancak bercerita dan bercakap, tetapi dia macam kanak-kanak sekolah tadika.
“Dia masih tidak boleh uruskan diri, segalanya masih perlukan bantuan, contohnya kita masih kena arahkan ambil buku, ambil beg itu ini.
“Sampai sekarang pun, balik sekolah dan waktu malam hendak tidur dia mahu menyusu botol,”
Pakar Sahkan Anak Mereka Lewat Empat Tahun Dari Usia Sebenar
Katanya, dia dan suaminya, Nazeri Arshad, 47, menghantar anak mereka bertemu pakar sebelum disahkan perkembangan kanak-kanak itu lewat empat tahun dari usia sebenar.
“Dari segi fizikalnya dia nampak normal, tetapi pada umurnya 11 tahun dia berperangai macam kanak-kanak empat tahun ke belakang termasuk komunikasinya kurang, kosa kata tidak banyak selain tidak boleh proses atau memahami apa orang tanya.
“Pada peringkat permulaan doktor tidak boleh diagnosis masalahnya melainkan menganggap masalah dialaminya sebagai perkembangan lewat, tetapi makin meningkat umurnya barulah doktor sahkan dia ada autisme ringan.
“Secara peribadi, pada mulanya sukar untuk saya terima, ibu bapa mana yang tidak terasa apatah lagi ini kali pertama terjadi dalam keluarga kami, tetapi hidup perlu diteruskan.
SAADIAH dan Nazeri tidak pernah berputus asa dalam membesarkan Ammar.
“Kami positif mungkin Allah sudah pilih ada anak syurga macam ini. Saya selalu berdoa bila al-Quran sentiasa berdamping dengannya, semoga Allah sentiasa menjaga dirinya,” katanya.
Kelebihanya Mula Dikesan
Sementara itu, Nazeri berkata, kelebihan Ammar Qayyim menghafaz mula dikesan selepas pakar sebuah pusat rehabilitasi mengesan kecenderungan dan mengesyorkan belajar di Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia.
“Seminggu dia belajar di ADH, ramai ustaz kagum dengannya kerana boleh menghafaz al-Quran pada usia baru mencecah tujuh tahun ketika itu.
“Mereka menguji hafazannya, Ammar Qayyim mampu sambung ayat seterusnya dan boleh meneka surah apa dan ayat ke berapa dengan tepat,” katanya.
Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Jangan Cepat Putus Asa
Katanya, ibu bapa yang memiliki anak istimewa jangan cepat putus asa sebaliknya kenali dan sokonglah kecenderungan anak hingga berjaya.
“Memang ada perancangan untuknya melanjutkan pelajaran dalam bidang tafsir dan ilmu hadis di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) yang ada menawarkan bidang pengajian untuk pelajar tahfiz tahap syahadah.
“Ada pelbagai cadangan daripada ustaznya termasuk hantar ke Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Arab Saudi, tetapi sebagai ibu bapa kami belum sampai sejauh itu kerana tahu kemampuan anak kami lebih-lebih lagi belum pandai berdikari,” katanya.
‘Ammar Qayyim pelajar yang hebat’
Kelebihanya Anugerah Luar Biasa Dari Allah
Kelebihan dimiliki Muhammad Ammar Qayyim, 11, anugerah luar biasa kurniaan Allah, namun faktor kejayaan kanak-kanak istimewa itu mampu menghafaz 30 juzuk didorong oleh kesabaran dan komitmen tinggi keluarganya.
Pengasas Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin berkata, Ammar Qayyim muncul huffaz termuda pernah dilahirkan ADH sejak penubuhannya pada 2007 kerana melepasi ujian peringkat tertinggi tahfiz, syahadah tahun lalu.
Beliau berkata, pihaknya mengesan kelebihan Ammar Qayyim ketika kanak-kanak itu berusia lapan tahun sebelum meminta guru sekolah terbabit membimbingnya dengan betul.
“Apabila mengetahui kelebihannya itu, saya minta gurunya membimbingnya, malah semua guru tahfiz diberikan tugasan menyemak keseluruhan 30 juzuk hafazannya berjumlah 6,236 ayat daripada 604 muka surat dengan teliti.
“Alhamdulillah, walaupun perangainya masih kebudak-budakan, anak ini berjaya buktikan kemampuannya membaca dari juzuk satu hingga 30 selama enam hari dengan kesalahan 14 saja pada ujian program syahadah yang kita lakukan tahun lalu.
“Untuk makluman, kita sasarkan seseorang boleh ke program syahadah paling kurang 15 kesalahan saja, maknanya Ammar Qayyim hebat kerana sudah melepasi tahap itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di ADH Taman Putra Kajang di sini.
Menurutnya, faktor terbesar kejayaan Ammar Qayyim kerana dorongan dan sokongan keluarganya selain berkat istiqamah tenaga pengajar ADH.
Faktor Kejayaan Ammar Adalah Usaha Ibu Bapanya
“Antara faktor penting dalam kejayaan Ammar Qayyim ini adalah usaha, saya tengok usaha ini dilakukan ibu bapanya sangat hebat termasuk komitmen mereka.
“Saya tahu, mungkin kanak-kanak autisme seperti Ammar Qayyim ada kerenahnya termasuk sukar ke sekolah, tetapi ibu bapanya mempunyai kesabaran tinggi menghantar anak mereka menuntut ilmu.
“Ternyata Allah tidak sia-siakan pengorbanan mereka itu dengan terhasilnya sesuatu sangat hebat ini yang bagi saya juga satu kebanggaan kami di ADH,” katanya.
Sementara itu, guru penyelaras akademik sekolah rendah ADH, Nor Atiqah Abd Aziz berkata, mereka tidak mengukur pencapaian akademik Ammar Qayyim dengan pelajar lain.
“Kita tidak boleh bandingkan pencapaian akademik Ammar Qayyim dengan pelajar sebayanya kerana dia istimewa, namun tahun demi tahun memang ada kemajuan.
“Dia boleh membaca, menulis bahasa Melayu, Inggeris dan Arab dan Jawi cuma dia tidak boleh proses apa yang dibaca kena penjelasan lanjut dari guru.
“Dulu, dia tidak boleh membezakan kelas akademik dan tahfiz, tetapi kini dia sudah boleh bezakan keduanya.
“Paling penting, kemahiran sosial dan komunikasi bersama rakan dan guru semakin bertambah baik malah dia kini tidak lagi makan bersuap seperti saat pertama memasuki sekolah ini dulu,” katanya.
Rata-rata netizen berbangga dan kagum dengan ibu bapa dan anak ini.
Isteri walaupun dia tak minta apa-apa daripada suami, jika sesekali diberi hadiah atau belanja apa-apa yang disukai pasti berbunga-bunga hati. Tak semestinya yang mahal pun, asalkan ikhlas daripada suami.
Sebab itu orang kata, bila isteri dapat keluar shopping beli barang dapur sebulan sekali pun dah gembira sangat, apatah lagi dapat kejutan yang lagi besar. Cuma bagaimana suami menghargai isteri, terpulang dan ikut kemampuan. Tak perlu ikut orang kerana kita yang tahu kewangan keluarga. Jika suami ada lebih apa salahnya bagi lebihkan.
Berikut perkongsian saudara Azizul Azli Ahmad yang banyak berkongsi tip dan ilmu kewangan di facebooknya.
Depan saya ada pasangan suami isteri, sama tolak troli di Mydin petang tadi.
“Nanti kita buat kek sama sama ini ya”, sambil masukkan luxury moist cake dan cocoa powder kedalam troli.
Manis cara dia santuni isteri. Kita mungkin nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi kekalkan santuni isteri dengan baik waktu begini.
Kita mungkin tak semewah orang boleh bawa isteri ke Habib Jewel. Dapat bawa isteri ke pasaraya, santuni dia nak beli apa sahaja.
Dah lama sangat kita anak-anak terkurung dirumah. Jika masih ada kemampuan, berapalah sangat harga bagi tepung kek sahaja.
Saya suka pasangan ini, semua yang isterinya ambil, dia susun baik-baik dalam troli. Sesekali sembang nak masak apa bila minum petang.
Tak semua isteri ada moment moment begini, suami sediakan keperluan cukup buat keluarga. Ada suami baik, jaga dan hargai mereka.
Isteri juga setiap hari masak buat kita, ia proses yang meletihkan dan lama. Bila dapat keluar bersama beli barang begini. Tanyakan apa yang dia perlukan.
Belikan sahaja, tawarkan apa yang lebih baik buatnya. Saya carikan Caramel latte buat isteri bila selesai semua.
Kawan kawan, adakala mereka malu nak meminta. Mereka faham kondisi kewangan kita saat ini.
Jangan mengalah kawan, tinggikan ego kita. Kita lelaki, kerja cari rezeki, sediakan kediaman dan makanan adalah tanggujawab kita.
Berjuanglah. Pedulikan semua bencana ini, sediakan apa yang kita mampu buat keluarga. Agar mereka tahu kita ayah dan suami yang akan dikenang dalam doanya.
Berbaktilah selagi sihat dan ada usia. Melihat kawan-kawan sakit dan dijemput ‘pergi’. Sudah cukupkah kita berbakti buat keluarga sendiri.
Berjuanglah dan santuni keluarga kita waktu begini. Kita mungkin tak boleh jadikan mereka kaya, tetapi kita boleh berikan mereka bahagia.
Tiap kali pulang ke rumah, belilah sesuatu buat mereka. Ada nilai kasih sayang hanya bersama gorengan di tepi jalan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!