Biar Menangis Sekarang Daripada Kita Menangis Kemudian. Jawapan Siti Sarah Kenapa Dia Tegas Didik Anak

Share

Biar anak menangis sekarang, daripada kita menangis kemudian hari. Prinsip ini menjadi pegangan Siti Sarah dalam mendidik ketiga-tiga anaknya Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Menurut Siti Sarah, mendidik anak sangat besar cabarannya. Sebab tu anak-anak perlu diajar dengan peraturan sejak mereka kecil. Bukan semata-mata niat untuk menghukum tetapi untuk mengajar mereka supaya lebih berdisplin.

“Mungkin orang tengok cara saya dengan anak tegas tapi itulah diri saya sebenarnya. Sebagai ibu bapa kita kena bertindak sebagai ibu ayah. Saya tak mahu anak-anak rasa mereka selesa dengan apa yang dilakukan.

“Jika betul mereka buat salah, saya akan memberi hukuman yang sesuai dengan usia mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu bila buat lagi perkara yang sama, hukuman itulah akan diterimanya.

“Contohnya jika anak tak dengar cakap saya dan Shuib, permulaannya saya akan bagi amaran. Jika anak tetap ingkar, memberi pengajaran cara terakhir.

“Saya akui pernah memberi hukuman dengan meletakkan anak diluar rumah dan merotan dengan tujuan untuk mengajar. Mungkin orang tengok cara saya ini kasar tapi hakikatnya saya mahu anak-anak tahu apa yang betul dan salah,” katanya.

Di sebalik ketegasan mendidik anak, Sarah akui dia sangat loving. Sebab tu bila mereka buat silap sekalipun, perkataan I Love You akan sentiasa diucapkan untuk memastikan mereka faham yang saya betul-betul nak mereka jadi anak yang baik.

“Bila mereka menangis nak bermanja saya layankan je. Tapi bila buat salah itu yang saya betul-betul kena ajar.

“Macam Shuib pula, dia tak akan masuk campur bila saya marah anak tapi hanya sebagai pemerhati. Jika tindakan yang saya lakukan tak jalan, barulah Shuib akan lakukan sesuatu. Formulanya kami tak akan marah sekaligus,” jelasnya.

IKLAN