top seleb

Sekaya manapun seseorang itu kasih sayang memang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Oleh kerana itu, Chef Selebriti dan juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob akui walau sesibuk mana pun dirinya, beliau akan ambil peluang untuk pulang ke rumah demi menjenguk anak-anaknya.

Menurut Fazley dia percaya hubungan yang rapat dengan anak-anak adalah perlu dan perlu dijalinkan sejak usia anak-anak masih lagi kecil.

Biar Miskin Harta, Tapi Kaya Kasih Sayang Berpanjangan. Hubungan Rapat Dengan Anak Perlu Dijalin Sejak Dari Kecil – Datuk Fazley

Ia penting supaya anak-anak tidak berasa janggal atau kekok untuk memegang dan mengucup ibu ayah walaupun di khalayak ramai.

Tambahnya lagi, biarlah hidup miskin harta namun kaya dengan kasih sayang yang berpanjangan. Itulah yang membuatkan dirinya begitu akrab dengan anak-anak.

IKLAN

“Alhamdulilah setiap peluang saya dapat untuk balik ke rumah dan menjenguk anak-anak, saya akan buat. Sebab saya percaya hubungan yang rapat dengan anak-anak adalah sangat perlu dari kecik. @fieradzfazley @elliefazley

“Supaya bila besar nanti mereka tak janggal untuk pegang tangan kita dan kucup pipi kita walaupun depan khalayak ramai.

“Biar kita miskin harta, tapi kaya kasih sayang yang berpanjangan. Setuju tak?,” tulisnya

IKLAN

Menerusi entri tersebut Fazley memuat naik video saat pulang ke rumah dan dikucup anaknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dan terinspirasi dengan cara didikan Fazley.

IKLAN

Biar Miskin Harta, Tapi Kaya Kasih Sayang Berpanjangan. Hubungan Rapat Dengan Anak Perlu Dijalin Sejak Dari Kecil – Datuk Fazley

Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 12, Ahmad Fieradz Shah, 11, Ahmad Firudz Shah, 9 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 3.

Dalam perkembangan lain, Fazley menunjukkan skil luar biasa apabila mencipta kek replikasi dari bentuk span basuh pinggan Scotch-Brite Scrub Dots Sponge.

Sumber: Gempak & IG Fazley Yaakob

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI