Walau pun sudah berpisah, penyanyi dan pelakon Fiza Halim mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami demi menjaga anak-anak.
Ferra Aryanna, 10, dan Feeya Adyrra berusia sembilan tahun tahun adalah anak daripada perkahwinan pertama Fiza dengan bekas suaminya, Ahmed Farriq yang berpisah pada 2010. Fiza telah memuatnaik foto bekas suami yang bersama isteri dan anak-anaknya yang melawati Fiza dan bayi. Dia juga berharap hubungan baik ini dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat.
fizaabdhalimTq to Ummi ame,daddy ayed,kak ferra,kak feeya,kak icha,abg ayden & kak yati… krn dtg melawat baby kat rumah… seronok td rasa.. meriah rumah…Nnt senang2 dtg lg tau…
Ads
Tq Allah for this lovely relationship…hope berpanjangan sehingga ke akhir hayat kami semua…Biarlah kami kekal bahagia sebegini demi menjaga anak2 syurga kami…Biarlah hubungan baik kami ni kekal sampai ke syurga Mu Ya Allah…Love all…
Posting Fiza yang baru bersalin anak ketiganya pada 24 September lalu ini mendapat reaksi postif daripada follower yang gembira melihat kebahagian keluarga ini.
Ads
Fiza juga turut memuatnaik foto bayinya yang belum pernah didedahkan. Ia merupakan repost daripada isteri bekas suaminya yang turut memaparkan nama bayi iaitu Aleena.
Memang biasa bila dah bergelar ibu ayah kita akan kerap bercakap kata larangan “jangan” pada anak. Tapi lagi kita kata “jangan” lagi kerap anak buat.
Ada pendapat pakar pendidikan kanak-kanak yang tidak menggalakkan ibu bapa daripada terlalu kerap menggunakan kata “jangan” pada anak kerana dikatakan boleh membantutkan perkembangan si kecil.
“Habis tu kalau tak boleh cakap jangan, nak biarkan je ke anak buat salah?” Tentu itu antara kata-kata dari ibu bapa yang kurang bersetuju atau keliru apa perkataan yang boleh digantikan dalam situasi yang memerlukan kata “jangan”.
Perkongsian daripada Puan Shuhadah Khalil ini boleh dijadikan panduan bersama supaya dapat mendidik anak dengan lebih baik.
Semenjak dua menjak ini saya sering ditanya soalan,
“How to say No without saying No to the kids?”
Dan seminggu dua ini juga saya banyak melihat situasi di mana ada ibu kerap berkata “No no no” pada anaknya, sambil jari telunjuk bergerak ke kiri ke kanan.
Kesiannya si anak.
Tak dinafikan, dulu masa anak soleh kecil lagi saya kerap guna perkataan NO.
Sehinggalah saya baca satu artikel Inggeris (websitenya saya tak ingat), tentang kesan sebutan No pada anak.
Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN..
1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau Jangan itu. Contoh, “jangan lari” anak dengar lari. “Jangan sentuh”, anak dengar sentuh. “Jangan pukul”, anak dengar pukul.
Sebab itu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan?
2. NO ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semuaaaa perkara di sekeliling mereka.
3. Kita bertambah stress! Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau Jangan. Yang ini, penulis itu tak sebut. Cuma dari pengalaman saya, memang boleh rasa level stress naik sikit demi sikit bila kita kerap sebut No/Jangan.
4. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila kita marah, maka kita rugi 60 saat untuk rasa bahagia. Malah, kita ragut 60 saat rasa gembira si anak.
Itu kalau kita marah dalam tempoh 60 saat. Kalau lebih dari itu, maka kita dah rugi banyak masa untuk rasa bahagia.
Jadi, apa saya buat dan apa yang dicadangkan oleh penulis adalah berikan arahan yang kita nak anak buat untuk kita. Bukan arahan yang kita nak anak buat untuk diri dia.
Dan selebihnya, ibu-ibu bapa-bapa kena lebih kreatif cipta ayat arahan positif.
Nota 1: Beri arahan yang mudah, ringkas dan padat.
Nota 2: Otak ibu atau ayah kena lebih cepat dari mulut yang mahu berkata-kata. Saya memang pening kepala memikirkan ayat sesuai dengan situasi anak, supaya saya tidak sebut NO. Mencabar!
Nota 3: Nak latih tukar ayat ini bukan sehari dua, seminggu dua, sebulan dua. Berbulan-bulan lamanya baru biasa. Jadi, sabar wahai ibu ayah.
Kelebihan bermain ‘cak’ dengan bayi, rangsang anak jadi bijak. Bermain dengan bayi bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mempunyai banyak manfaat untuk perkembangan mental dan emosi mereka. Salah satu permainan yang paling mudah tetapi sangat bermanfaat adalah permainan ‘cak’.
Permainan ini melibatkan menyorokkan muka dengan tangan atau objek lain dan kemudian menunjukkan muka semula sambil berkata “Cak!” atau “Peekaboo!” dalam bahasa Inggeris. Meskipun ia nampak sederhana, permainan ini mempunyai banyak kelebihan dalam merangsang perkembangan bayi.
1. Melatih Komunikasi Terawal
Senyuman dan ketawa adalah salah satu cara terawal manusia berhubung sesama sendiri. Ia bagaikan sebuah bahasa tanpa sempadan tidak mengira usia dan bangsa seseorang.
Tiada apa yang lebih menenangkan selain melihat senyuman si kecil, apatah lagi apabila mereka sudah mula bersuara dan ketawa. Memang riuhlah rumah dengan ketawanya yang comel!
Senyuman juga adalah tanda bayi dapat merespon terhadap persekitaran selain menjadi cara si kecil menunjukkan bahawa dia senang dengan kehadiran kita. Dengan senyumanlah juga hubungan boleh menjadi lebih erat.
2. Meningkatkan Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial bayi merupakan asas utama baginya dalam membentuk corak komunikasi yang positif. Selain berbual dan bernyanyi untuknya, bermain “cak” juga adalah medium untuk bayi belajar untuk mewujudkan hubungan sosial dengan orang lain.
Bermain “cak” dengan bayi memerlukan tumpuan sepenuhnya terutama sekali ‘eye contact’. Mungkin pada awal kelahiran, bayi menunjukkan kurang respon dan lebih mudah terkejut. Lama-kelamaan, dia mula belajar untuk mengagak apa yang berlaku.
Dengan sentiasa meluangkan masa dengannya, kemahiran komunikasinya juga akan berkembang dengan baik. Bayi juga lebih bijak dalam mentafsir dan meniru emosi yang ditunjukkan oleh orang sekeliling.
3. Mengajar Bayi Mengenal Diri & Persekitaran
Menurut pakar psikologi, bayi sering menganggap dirinya dan ibu sebagai seorang individu yang sama. Semakin kita kerap bermain “cak” disertai dengan senyuman dan sentuhan, dia semakin lama mengerti bahawa dia dan ibunya adalah dua orang yang berbeza.
Hal ini dapat disedari apabila bayi menyentuh ibunya, dan ibunya pula memberi tindakbalas selanjutnya; contohnya ketika bayi mula menyentuh bahagian mata atau menarik rambut ibu.
Bayi juga mula bijak membuat perbandingan antara dirinya dengan orang lain dan mula untuk mengingat persekitaran serta orang di sekelilingnya. Dengan kesedaran ini, dia lebih giat untuk meneroka persekitaran dan menjadi lebih lincah lagi sebaik dia sudah boleh bergerak ke sana ke mari.
4. Merangsang Deria Bayi
Permainan mudah juga memberi kesan positif pada perkembangan derianya; lebih-lebih lagi jika ramai yang meluangkan masa dengannya. Walaupun bayi baru lahir dilihat kurang merespon, sebenarnya mereka amat mudah diajak bermain “cak”. Hanya dengan hanya menggunakan tapak tangan dan ekspresi muka yang lucu, keseluruhan deria mereka dapat dirangsang.
Dengan rangsangan bunyi atau visual, rangsangan bayi boleh menjadi lebih tajam dan peka. Bila bayi semakin besar, anda boleh mempelbagaikan cara bermain permainan ini dengan mereka supaya lebih mencabar, contohnya bermain sembunyi-sembunyi.
5. Meningkatkan Kecerdasan Memori
Bayi yang baru lahir sering menganggap jika kita hilang dari pandangan, sentuhan, atau pendengarannya bermakna kita tiada dengannya. Sebab itulah bayi mudah menangis apabila ibu hilang daripada pandangan. Permainan sebegini mampu membantu mereka memahami konsep kehadiran seseorang atau objek.
Ini bermakna kebolehannya untuk menyimpan memori dan corak pemikirannya semakin berkembang. Semakin kita rajin bermain “cak” dengannya, mereka mampu memahami dan mengingat bahawa ibu masih ada dengan mereka. Oleh sebab itu, bayi yang baru lahir elok diperkenalkan dengan permainan sebegini.
Permainan ‘cak’ bukan sahaja mudah dan menyeronokkan, tetapi ia juga memberikan banyak manfaat kepada perkembangan mental, emosi, dan sosial bayi anda. Dengan hanya beberapa minit bermain setiap hari, anda boleh membantu merangsang perkembangan otak bayi dan membina asas yang kukuh untuk kemahiran yang lebih kompleks di masa hadapan.
Dengan meluangkan masa dengannya, bayi bukan sahaja dapat melatih rangsangan minda serta kemahiran sosial, malah dapat memupuk kasih sayang dan rasa prihatin. Jadi, jangan ragu-ragu untuk bermain ‘cak’ dengan bayi anda dan nikmati detik-detik berharga ini bersama mereka!
Bila anak buat salah, jangan cepat nak bantu. Biar anak belajar dari kesilapan sendiri. Ini yang penting! Malah semua ibu bapa telah memahami bahawa anak-anak di didik secara bermain di usia tujuh tahun ke bawah. Ketika anak berada di usia disiplin atau apabila dah menginjak ke alam sekolah rendah, latih anak-anak bertanggungjawab dengan hasil usaha mereka secara beransur-ansur.
Izinkan mereka silap. Izinkan anak menerima kesan kelalaian mereka seperti menyepahkan rumah, tidak menyiapkan kerja rumah, atau tertinggal buku yang patut dibawa ke sekolah.
Benarkan mereka merasa kecewa ketika gagal kerana tidak mengulangkaji pelajaran. Jika mereka tertinggal bekal, jangan berkejar ke sekolah untuk menghantar!
Elakkan menjadi ibu ayah yang ‘micro manage’ segala urusan anak sehingga mereka kekurangan pengalaman dalam mendepani cabaran kehidupan.
Lebih berat jika ibu ayah hanya fokus agar anak mendapat A dalam pelajaran, sehingga anak-anak tertinggal ruang meneroka seluruh dimensi dan potensi sebagai insan.
Ruang untuk anak belajar
Pada usia ini, kesilapan anak adalah ruang pendidikan yang berkesan. Ikuti tiap kesilapan dengan bimbingan dan dorongan. Jangan pula ruang mendidik itu dirosakkan dengan tuduhan dan celaan.
Anak yang dibenarkan/dibiasakan mengurus kesilapan dan kekurangannya ketika di peringakt awal lagi akan lebih matang dan bertanggungjawab ketika menempuh usia sekolah rendah dan menengah.
Hakikatnya, di usia menengah, kebanyakan anak-anak telah dewasa. ‘Expectation’ atau harapan pihak sekolah dan masyarakat luar telah menjadi lebih besar berbanding sebelumnya.
Ketika ini mereka harus mampu menduga kesan pilihan mereka hari ini dalam menentukan kejayaan hari esok. Mereka juga harus sedar pentingnya kerja keras dalam menempuh dunia nyata.
Memahami konsep sebab dan akibat ini memudahkan anak menjadi bertanggungjawab. Ia sangat penting sebelum mereka menghadapi dunia pekerjaan, apalagi alam perkahwinan.
Untuk itu, ketika mereka masih di umur disiplin, di usia sekolah rendah, izinkan anak silap. Pimpin mereka dengan kata-kata positif agar mereka menerima kesan kesilapan dan belajar memperbaikinya. Inilah jalan yang dapat membantu anak menjadi bertanggungjawab. Izinkan anak silap.