Seksa rasanya bila melihatkan bayi comel kita sukar bernafas kerana selesema yang berpanjangan. Jangan biarkan sahaja, bantu anak kita untuk lebih selesa. Apa caranya?
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, bantu bayi untuk menjadi lebih selesa dengan penggunaan tiga alatan ini. Wajib ada!
Bayi ialah nasal breather. Maksudnya bayi cuma tahu bernafas melalui hidung sahaja. Bila bayi semakin besar barulah dia belajar untuk bernafas melalui mulut juga.
Sebab itu bila bayi kecil kena jangkitan selesema dan batuk, mereka merengek teruk.
Bayangkan satu-satunya laluan pernafasan mereka dan tersumbat. Jadi mereka merengek dan menangis sebab tak dapat bernafas dengan baik.
Ads
Untuk bayi pramatang, hidung yang tersumbat tu boleh buatkan mereka jadi biru dan berhenti bernafas.
Tiga cara ni dapat legakan bayi yang hidungnya tersumbat:
Ads
1. Guna Normal Saline Nasal Drop
Boleh beri 1 titis nasal drop setiap 3-6 jam pada setiap satu lubang hidung bayi.
2. Guna nasal spray seperti Sterimar
Selepas spray diberi, hingus akan meleleh keluar. Lap hingus yang dah keluar dan baiki yang masih ada boleh disedut keluar menggunakan baby nasal aspirator.
Ads
3. Pakai baby nasal aspirator.
Nasal aspirator ada dalam pelbagai bentuk. Saya cadangkan beli dan simpan satu di rumah. Bila hidung dah tak tersumbat, barulah bayi rasa lega. Tidur pun nyenyak.
Pakar bedah pediatrik beri amaran jika botol susu tak bersih bukan isu kecil yang boleh dipandang remeh. Nampak macam isu kecil cuma botol susu. Tapi dalam dunia bayi yang sistem imun dia masih rapuh, benda sekecil itu boleh jadi punca tragedi besar.
Baru-baru ini, pendedahan seorang guru taska tentang keadaan puting botol yang berkulat dan berkeladak benar-benar mengejutkan ramai. Apa yang lebih membimbangkan, masih ada yang anggap ia sekadar perkara remeh.
Hakikatnya, kebersihan botol susu bukan soal cerewet atau tidak. Ia soal keselamatan. Soal nyawa.
Perkara ini turut ditegaskan oleh pakar bedah pediatrik, Dr Daniel yang memberi amaran bahawa membiarkan puting botol dalam keadaan tidak bersih boleh membuka ruang kepada jangkitan serius pada bayi.
Ikuti penjelasan doktor pakar ini:
Ibu bapa jangan ambik ringan, kalau botol susu tak dibasuh dgn bersih, anak anda ada kemungkinan boleh kena keracunan makanan, sehingga najis berdarah.
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh mengambil ringan tentang kebersihan botol susu. Jika botol susu tidak dibasuh dengan bersih, ada kemungkinan bayi anda boleh mengalami keracunan makanan yang serius, termasuk najis berdarah. Saya baru-baru ini menghadapi kes di klinik yang boleh menjadi pengajaran penting bagi semua ibu bapa, terutamanya yang baru kali pertama memiliki anak.
Seorang pasangan yang sibuk membawa bayi mereka yang kurang daripada sebulan ke klinik, melaporkan anak mereka tidak sihat. Selepas pemeriksaan, saya mendapati terdapat darah dalam najis bayi tersebut. Keadaan itu bukanlah kritikal, tetapi menunjukkan tanda-tanda penyakit yang perlu diambil serius.
Setelah berbincang dengan ibu bapa, saya mendapati bahawa mereka tidak mempunyai teknik yang betul dalam mencuci botol susu. Mereka hanya membilas botol selepas penggunaan, tanpa menyedari bahawa sisa susu yang mengandungi protein boleh menyebabkan jangkitan kuman jika tidak dibersihkan dengan sempurna. Kuman yang bercambah akan masuk ke dalam perut bayi dan menyebabkan keracunan makanan, di mana najisnya akan mengandungi darah. Ini dikenali sebagai disenteri.
Menurutnya lagi, hakikatnya, jika jangkitan bakteria menjadi serius, bayi boleh mengalami dehidrasi teruk, jangkitan usus yang agresif, malah sepsis iaitu jangkitan kuman yang merebak ke seluruh badan.
Dalam kes tertentu, keadaan ini boleh jadi sangat cepat dan membahayakan nyawa kerana sistem imun bayi, terutama bawah 3 bulan, masih belum matang sepenuhnya.
Apa yang bermula dengan botol tak dicuci sempurna, boleh berakhir dengan kemasukan ke wad.
Nasihatnya lagi, Dr Daniel menjelaskan adalah sangat penting untuk memastikan bahawa botol susu bersih dengan cara yang betul. Pastikan untuk merendam dan mensterilkan botol dalam air panas dan mengikuti panduan kebersihan yang tepat. Banyak maklumat berguna boleh didapati di YouTube dan blog mengenai cara mencuci botol susu dengan betul bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Supaya perkara ini tak berlaku, ini langkah yang WAJIB dibuat setiap hari:
Bilas dengan air kosong tak cukup. Sisa susu mengandungi protein dan lemak — ini medium terbaik untuk bakteria membiak.
✔ Gunakan berus khas botol
✔ Cuci setiap bahagian termasuk puting, ring dan penutup
✔ Terbalikkan puting dan gosok bahagian dalam
Jangan campur dengan pinggan mangkuk dapur. Gunakan bekas khas untuk botol bayi supaya tak terdedah kepada bakteria dari makanan mentah.
Untuk bayi bawah 6 bulan, proses pensterilan sangat digalakkan.
✔ Rendam dalam air mendidih sekurang-kurangnya 5 minit
atau
✔ Gunakan steam sterilizer
Pastikan botol kering sepenuhnya sebelum simpan.
🚩 Warna bertukar kekuningan
🚩 Ada tompok hitam (tanda kulat)
🚩 Melekit walaupun dah cuci
🚩 Bau pelik
Puting botol bukan barang tahan lama. Tukar setiap 2–3 bulan atau lebih awal jika rosak.
Segera bawa anak jumpa doktor jika bayi:
⚠ Najis bercampur darah
⚠ Muntah berulang
⚠ Kurang menyusu
⚠ Lesu atau tak aktif
⚠ Demam
Jangan tunggu “ok sendiri”.
Kadang kita penat. Kadang kita kejar masa. Tapi bab kebersihan botol susu ini bukan ruang untuk kompromi. Bayi tak mampu pertahankan diri mereka. Kita yang jadi benteng pertama.
Botol susu nampak kecil. Tapi impaknya boleh jadi besar. Kesedaran ini mungkin nampak remeh hari ini, tapi ia boleh menyelamatkan nyawa esok.
Menyusu tapi tidak kenyang dan kelihatan tidak puas antara tanda-tanda yang diperhatikan ibu ini walau pun berat bayinya naik. Tongue tie pada bayi punca ibu ini alami masalah puting melecet & luka hingga fobia untuk menyusukan!
Mungkin ramai yang tidak mengambil kisah perihal ini. Walhal ia adalah simptom penting yang perlu diberikan perhatian bagi bayi yang mengalami tongue tie. Jika dibiarkan ia boleh menyebabkan masalah pertuturan pada masa akan datang.
Perkongsian Puan Noorinora tentang bayinya, Audi Imran yang pernah mengalami tongue tie ini boleh dijadikan panduan kepada ibu-ibu lain. Berikut ialah perkongsian beliau;
Hi semua. Ramai tanya Odi buat procedure ape siang tadi, Odi sebenarnya buat procedure release tongue tie.
Korang ingat tak Nora ada share yang nipple Nora luka last week? Selalunya kalau luka ke ape cepat je baik tapi this time lambat sangat baik and Odi susah sangat nak menyusu macam dia tak kenyang. Selalu dia latch okay je tapi start dari luka tu dia susah nak latch.
PUTING LUKA LAGI & BAYI KURANG KENCING SEPERTI BIASA
Sampai lah baru2 ni nipple Nora luka and melecet. Mula2 Nora rasa sebab Nora baru start pump and Odi dah semakin besar dia latch pun ganas and kuat kekiri ke kanan so bila bergesel dengan tongue tie dia tu makin teruk la lukanya. Mula2 takde fikir sangat tapi bila Nora notice pampers dia tak basah macam biasa and Odi asyik2 nak susu Nora dah agak dia tak kenyang. Sampai tahap Nora stress sebab yelah kita sakit and sore, baby pulak tak kenyang memang menangis teruk dengan Arin.
PAKAR LAKTASI SARANKAN TONGUE RELEASE
Nora mintak nasihat pakar lactaction Dr Shahirah and dia pun suggest Nora release tongue tie Odi. Dr Shahirah suggest Dr Zain di sebuah hospital di Bangsar sebab anak2 Dr Shahirah pun before this tongue tie jugak and pernah perform procedure ni dengan doctor Zain. Harini terus set appointment dengan Dr Zain. Cost tadi di hospital nak release tongue tie ni tepat2 RM500. Termasuk consultation, procedure and ubat.
PROSEDUR RINGKAS TAK SAMPAI DUA SAAT!
Procedure dia simple and cepat je. Dr Zain clipkan tongue tie sikit dia macam benang je and before that spraykan ubat kebas dekat Odi. Takde tidurkan Odi ke ape just a simple procedure tanpa bius, prosedur yang tidak sampai dua saat ini tidak mengeluarkan setitis darah pun mungkin juga disebabkan tisu tali di bawah lidah itu masih lembut.
Bayi yang baru berusia tiga bulan memang kerap menangis. Jika tangisan terlalu kerap dan berlanjutan, bayi mungkin mengalami kembung perut. Bagaimanakah cara yang betul untuk menghilangkan masalah kembung?
Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali yang berusia kurang daripada enam bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa, pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Antara punca masalah kembung perut adalah:
1. Cara memberi bayi susu
Cara menyusu dengan botol (jika bayi menyusu susu formula) yang tidak betul iaitu terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan perut kembung. Bayi mesti disendawakan selepas menyusu.
2. Kerap menangis
Bayi terlalu kerap menangis, terlalu aktif kerana rangsangan berlebihan pada hari tertentu turut menyebabkan masalah kembung perut.
3. Susu tidak hadam
Penghadaman susu yang kurang sesuai menghasilkan banyak gas.
Kaedah urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut dan teknik urutan seperti infant massaging boleh membantu melegakan bayi dan dia kembali selesa.
Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan ada cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar. Namun, jika masalah kembung perut disebabkan oleh penyakit yang serius, jangan berlengah untuk membawa bayi berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.