Biarlah Orang Kata Cerewet Pun, Kalau Anak Tak Sihat Hanez Suraya Tak Senang Duduk

Share

Biarlah orang kata mama cerewet sangat pun, tapi hakikatnya untuk kesihatan anak semua itu tak dihiraukan. Lagi-lagi dengan penularan virus HFMD yang semakin membimbangkan.

Begitu juga dengan pelakon Hanez Suraya yang bimbang dengan penularan virus HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) pada anak perempuannya, Putri Aleesya apabila dia mendapati ada ulser di dalam mulut anakya.Hanez bagaimanapun bersyukur kerana Aleesya bebas daripada penyakit itu.

“Dapat je tahu Aleesya ada ulcers dalam mulut terus paranoid bawak pergi hospital check. Lagi sekarang tengah virus HFMD.

“Bila dah check darah Alhamdulillah takde symptoms tu. Cuma ulcers sebab panas,” tulisnya menerusi entri di laman Instagram (IG) miliknya.

Selain itu, Hanez turut meminta ibu bapa di luar sana supaya lebih berjaga-jaga supaya virus tersebut tidak terus merebak.

“Tadi baru dapat berita ada yang kena terus tak berani nak hantar Aleesya ke school.. Takut…… so ibu bapa di luar sana, check lah tapak tangan, kaki, lidah anak-anak ya.

“Kadang2 ada 1 spot je dah bole merebak teruk. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin,” tulisnya lagi.

Kredit: ig Hanez Suraya

IKLAN