Benarlah masa tu terlalu pantas bergerak. Anak yang terasa seperti baharu dilahirkan semalam, hari ni dah membesar. Boleh berlari, melompat. Mulut pun bising mengalahkan burung murai! Sesungguhnya fasa mereka membesar inilah yang membuatkan kita sebagai ibu bapa bahagia selalu.
Biar sepenat mana kita pulang dari pejabat, bila pulang sahaja ke rumah terubat rasa letih saat memandang wajah si manja. Apatah lagi bila mereka saling berkejaran untuk mendapatkan kita dahulu untuk berpeluk. Kemudian kena dengar pula cerita apa yang berlaku sepanjang hari yang mahu dikongsikan. Seronok sangat!
Perkongsian dari pengguna laman Facebook, Ariff Ismail, tentang hal ini sedikit sebayak memberi kesedaran kepada kita.
LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK
Bila anak makin membesar ni masa terasa sangat laju. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun. Jasad kecil yang di sambut dulu kini dah menjangkau usia 2 tahun. Makin lincah makin keletah.
Ads
Pandai merajuk, pandai ikut apa yang kita cakap, makin mesra dan keletah yang tak kan pernah buat kita kering gusi dan terhibur. Masa kecil ni lah masa terbaik untuk kita luangkan masa bersama mereka.
Banyak lakukan aktiviti luar bersama anak anak untuk ajar mereka ” explore ” sesuatu yang baru. Dia nak pegang pasir biarkan, mereka nak masuk dalam air biarkan. Mereka sedang belajar sesuatu yang baru.
Bila kita luangkan masa bersama anak, waktu terasa begitu laju bergerak. Rasa macam baru satu malam pergi bercuti, tapi hakikat nya dah 4 hari tanpa kita sedar waktu berlalu. Tawa, tangis, gurau senda serta ragam anak menjadi pengubat keletihan kita.
Rasa setiap detik dan waktu begitu berharga. Bila dengan anak ni, kita rasa nak hari hari bercuti bersama mereka. Mencipta memori indah bersama anak. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak.
Tak perlu kita berhabis beribu ringgit, anak ni kita bawa pergi main tepi pantai pon mereka dah seronok. Nak bawak melancong keluar negara macam Che Ta belum lah mampu lagi. Bawa bercuti dalam Malaysia pon jadi lah.
Ads
Yang penting ” moment ” bersama mereka. Kenangan yang sangat indah bila boleh luang masa dengan anak. Jangan bagi alasan ” tiada masa ” dan ” kurang mampu “. Esok esok mereka dah besar mereka cakap tak ada masa dan tak ada duit nak jenguk kita jangan tanya kenapa!
Cara penjagaan anak lelaki dan anak perempuan memang tidak sama. Anak lelaki memerlukan ibu bapa lebih fokus dan lebih tenaga untuk menjaganya berbanding anak perempuan kerana kebiasaanya anak perempuan memang patuh pada arahan.
Anak lelaki memang sifat semula jadinya yang lebih suka meneroka dan aktif berbanding anak perempuan. Ibu bapa perlu faham kerenah dan gelagat anak lelaki secara lebih mendalam. Puan Nik Asma berkongsi bagaimana tip untuk memahami kerenah anak lelaki menerusi perkongsian di facebook.
TIPS UNTUK PAHAM KERENAH ANAK LELAKI KITA YANG COMEL.
Minggu lepas pegi seminar technic reading by Founder Little Caliph, Teacher Fari. Dia ajar technic cepat membaca dan ajar juga perbezaan anak lelaki dan perempuan.
Sedikit tips nak kongsi utk kita para ibu ayah yg ada anak laki.
Jangan sekali2 bezakan anak lelaki dan anak perempuan. Beza dari segi kepandaian ke, cara belajar ke, mana lagi pandai ke anak laki ke anak pompuan ke, no no. Jangan bezakan. Cara anak laki belajar pun tak sama macam cara anak pompuan blaja. Totally different.
Meh kita baca kat bawah cara anak laki dengan anak pompuan belajar cemana.
1. Anak perempuan bila balik sekolah, kita tanya dia, belajar apa kat skolah, dia blh jawab belajar lukis bunga, belajar abc, sekian2.
Anak laki kalo kita tanya, dia pun jawab entah. Tak pun dia jawab solat. Semalam tanya jawab solat jugak, kemarin pon solat jugak. Memang takde belajar benda lain ke, haha. Aku try tanya Hamzah, belajar apa kat sekolah, dia jawab belajar makan. Laaaa patutla besar, belajar makan je kat skolah ye. Hahahaha
2. Anak laki lebih kepada mechanical function. Tu yg kalau tengok budak2 lelaki, suka melompat, bergerak, berlari. Kadang kita panggil dia suruh duduk sebelah kita sekejap, dia datang duduk, lepas 5 saat dia hilang. Ini memang nature budak lelaki. Jangan expect dia macam anak perempuan, duduk diam2, baik2, no no. Boys will always be boys. Masa bergerak tulah dia belajar. Perempuan, masa duduk diam tulah dia belajar. Boys oh boys..
3. Anak yang lahir bulan 1 dan bulan 12, atau awal tahun dengan akhir tahun, kita tak boleh compare tahap pembelajaran dia, kerana semestinya yang lahir bulan 1 tu dah banyak progress dari yang lahir bulan 12.
Yang lahir bulan 1 tu by the time bulan 12, dia dah boleh berlari dah, yg bulan 12, baru keluar dari perut maknya, terkebil2 pandang syiling. Botol susu pun tak reti pegang lagi. takkan nak compare yang dah berlari dengan yang tak pandai pegang botol susu lagi. Haha
4. Sebenarnya anak laki ni bila belajar dia suka benda bergerak, dia suka hands-on(pegang2, experiencing benda tu), suka eksperimen. Xmacam girl, girl ni kita bagi latih tubi pun dia boleh siapkan. Boy kita bagi latih tubi, selalunya tak siap. Tapi endingnya, latih tubi tak siap pun last jadi jugak orang, keje jugak kat sirim, eh sirim tetiba. Haha kesimpulannya, anak laki ni die bukan tak pandai. Dia pandai, tapi learning method dan teaching method untuk anak laki berbeza dengan anak perempuan. Patutla hanzalah tu suka betul main2 pasir, kalo mandi dalam bilik air tu, habes die campur ubat gigi ngan sabun shampoo sume(habes duit mami nakkkk). Pak dia kata nak jadi ahli kimia kot. Suka main campur2 sume benda. Eksperimen kuat sangat. Mainan elok2 pun dibukaknya sebab nak amik magnet kat dalam mainan. Takpelah hanzalah, dulu mami ayah tak paham. Dah pegi seminar, barulah paham. Patutlah hanzalah macam tu.
Pengajaran no 4 ni, kita nak didik anak kena ada ilmu. Kalu takde ilmu, tu yang jadi nak marah2 anak, tak paham anak, suka melabel anak nakal, padahal sebab ilmu tak cukup.
Hari2 doa kat Allah mintak nak anak pandai, nak anak pandai bukan Allah bagi *ting* magic. Terus pandai. Tak, tak, tak. Nak anak pandai, terimalah segala macam eksperimen, cubaan itu ini yang dia akan buat, dan main dalam proses Allah nak jadikan dia anak yang pandai seperti doa yang kita minta. *insaf mok
5. Masa belajar, anak perempuan duduk tepi tingkap takpe. Anak laki, jangan bagi duduk tepi tingkap. Ingat tak tadi, anak laki ni dia suka benda bergerak. Tu yang bila cikgu ajar, dia tak boleh fokus, pasal banyak gangguan tepi tingkap, kucing lalu dia pandang, burung terbang dia pandang, lipas, cicak segala jenis binatang dan manusia yg lalu dia pandang. Tu yg masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Make sure anak laki kita, bila belajar suruh cikgu letak dia kat depan. Tengah2. Haha skema gitu. *kena make sure sg
6. Ada tak kejadian bila kita menjerit panggil anak laki, dia macam buat2 tak dengar? Sebenarnya, bukan dia buat2 tak dengar. Dia memang tak dengar. Rasa macam eh tipu takkan tak dengar. Kuat kot bunyi takkanla tak dengar. Ye mmg dia tak dengar.
Kajian menunjukkan anak laki tak boleh dengar bunyi yang berfrekuensi tinggi. Jeritan mak tu frekuensi tinggi la tu. Kalau suara bapak dia yang garau tu, tak yah jerit pun, laju je dia dengar. Macam mencabar keimanan mak je tau, ingatkan pura2 tak dengar. So mak2 kalau nak panggil anak laki, memang kena pegi dekat dia, lalu panggillah baik2, nescaya dia akan dengar. Tak caye boleh buat eksperimen. Anak pompuan, rasanya dua2 dia dengar. Hahahah jerit pun dia dengar, pelan2 pun dia dengar.
*Girls can hear 10x better than boys. Oh no wonder.
Contoh lagi, kalo anak nangis, lagi2 yg suara nak dekat sama tu, (laki dan perempuan). Mak2 boleh tau yang nangis tu yg mana. Ptutlah, aku boleh tau suara maira ke uzair yg nangis. Dengar suara sekilas sudah ku tahu uzair yg nangis. Tanya suami kito, dia ada ‘kot2’ maira kot, uzair kot. Haha xpe yang, sy paham dah.
7. Bila kita marah boys suruh keep quite and sit down. Cuba perati berapa lama boleh keep quite tu. Mesti kejap je, tiba2 5 saat dia start cuit kawan dia. Teacher fari kata tu memang nature dia. Tak boleh duduk diam. Memang macam tu.
Penah tengok tak budak laki hafal quran macam mana, sambil hafal sambil bergerak, makin lama makin nak tunduk, macam nak sujud dah gayanya ke depan ke belakang. Oh patutla…. kadang tengok sampai heran, semua duk menghafal gaya gitu. Sape penah nampak mesti boleh recall. Hahahaha
Ada lagi, penah tengok tak budak laki solat? Kejap cuit kawan, pastu sambung solat, main tolak2 guna punggungla, tolak kawan sebelah kiri, tolak kawan sebelah kanan. Sampai rasa eh tak leh solat diam2 ke. Budak perempuan elok je solat diam2. Pakai telekong elok2, ikot setiap step. Budak laki, boring jap klua saf main lari2 jap, rakaat nak abes, baru dia masuk saf balik. Takut kena rotan ngn ayah lettew.
Kalau girls, masa makan pun duduk elok2 je, masa rehat, rehat ngan kawan sama2, buka bekal, sit down, lepastu TALK, and TALK, and TALK and TALK seperti tiada hari esok.. haha Sebab tula para suami, korang kena layan isteri bercakap, sebab yeah, girls memang suka bercakap. Thats their nature like forever. Kalau korang tak layan isteri bercakap, tu yg dorang bercakap di fb tu. KRT dan segala jenis mak nenek tu u name it.
Ok sekian, saja share untuk para ibu yang anak boys ramai macam kita ni. Tc Fari pun anaknya 4boys, patutlah dia paham sangat.
Lepas seminar, aku telah menjadi ibu yang baru. Hhahhaha. Yg lebih paham nature anak2. Tiba2 anak bising dlm kete, suruh diam. Diam 5 saat, tiba2 dengar dorang gelak terkekek2 tengah main cuit2. Laaaa memang betol tak boleh duk diam hahahahhaha sabo jela.. Allah hantar anak2 untuk tarbiah mak ayah apa itu erti sabar sebenar.
Orang kata mendidik anak lelaki besar cabarannya. Perangai pun lebih lasak dari anak perempuan. Kebiasaannya bila ibu bapa ada anak lelaki berderet, akan riuhlah rumah.
Sebagai ibu bapa, anda adalah ibu bapa hebat. Tak kiralah dikurniakan semua anak lelaki atau pun ada seorang, dua atau pun lebih. Setiap rezeki anak dah ditetapkan dan bagaimana kita mencorakkannya penting untuk masa depannya.
Apa yang dikongsikan oleh Puan Dilla Hanif mungkin boleh menjadi motivasi buat semua ibu bapa kerana anak lelaki anda boleh jadi HEBAT antara yang terhebat. Percayalah!
KEPADA ANDA YANG ADA ANAK LELAKI
Orang kata penat jaga anak lelaki sebab tak duduk diam lari sana sini. Bukan setakat berlari, tapi bergusti pun boleh. Haiihhh.. orang kiri kanan pun perli-perli.
Biarlah dia main lumpur sampai kotor, dia aktif tak henti, kerana anda harus percayalah 1 hari nanti, apa yang dia dapat kini, dia gantikan dengan kejayaan yang bererti.
Sebenarnya banyak kelebihan buat anak lelaki yang ramai tak tahu tapi ALLAH dah beri.
Sejak dalam kandungan 9 bulan 10 hari. Dialah harapan ibu ayah dan keluarga. Jadi bimbinglah dan sayang dia agar berjaya dan gembira.
Ramai juga yang kata, anak lelaki tak reti duduk diam. Baguslah tu. Bila tak duduk saja dan menganyam, jangan disuruh diam sampai ke malam. Takut nanti badminton pun tak tahu genggam.
Anak lelaki ni dia kuat emosi. Tambah bila pelukciumnya tak henti. Di selit kasih sayang ayah mithali dan jangan terkejut satu hari nanti bila anak yang aktif lari sana sini inilah akan disayangi masyarakat dan planet bumi.
Jadi jangan pukul dan maki anak lelaki kerana dia tak putus membentuk diri untuk dia kumpul dan punya identiti. Bukan saja buatkan ibu ayahnya happy tetapi menjadi saham akhirat buat mommy daddy.
Apa-apa pun ingat dialah anak lelaki mithali. Jangan biar dia main dan lari sendiri. Ciumlah dia berulang kali serta ucapkanlah kata sayang dan rindu lagi dan lagi, agar dia terus rasa dihargai kerana mempunyai ibu dan ayah yang terbaik.
Tahniah buat anda yang punya anak lelaki kerana mereka yang akan imamkan solat 5 waktu kita dan menantu kita nanti. Jangan rasakan anak lelaki sebagai bebanan biarpun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
Bila dah masuk hujung tahun, pasti ramai yang membuat persiapan untuk pulang ke kampung. Pelbagai persiapan dibuat termasuklah menempah hotel atau homestay sebagai tempat menginap ketika di kampung nanti.
Namun pasti ada yang tidak senang jika mengetahui ada di antaranya memilih untuk tinggal di hotel. Bukan kerana tidak suka rumah di kampung, tapi ini sebabnya yang perlu anda fikirkan.
Kalau ada adik-beradik, anak saudara sudah berumahtangga dan sesekali berkumpul ramai di kampung check in homestay atau motel murah, berusahalah tidak kecam dan perli-perli.
Benar. Rumah itu dahulunya membesar bersama-sama dari bayi sehingga dewasa, tapi bila sudah berumahtangga ada pasangan tambahan pula kalau ibu menyusu sangat perlu ruang privasi untuk berehat dan menyusu anak.
Apalagi kalau anak-anak kecil yang ramai, terkadang nak selak pakaian duduk mengadap dinding usaha nak tutup aurat masa menyusu tapi baby pula memusing kuak lentang kuak rama-rama. Ada yang meragam menangis beriya nak suruh ibu baring untuk selesa.
Benar. Rumah itu dahulunya boleh sahaja bersesak adik beradik yang ramai, bila sudah berumahtangga ada ipar duai agak susah nak jaga aurat terutama lepas keluar tandas, takkan nak berkemban tuala pula lagi-lagi kalau dah ada anak dara.
Sepupu sepapat ramai, ada sudah bujang ada sudah anak dara tak boleh lagi nak bertepuk tampar sayang macam kecil main kahwin pondok-pondok belakang rumah nenek sambil cari biji getah buat main congkak dan kutip cendawan di pokok getah selepas hujan berhenti. Ada ikhtilat yang perlu dijaga.
Kalau 20 tahun dahulu, kita rasa meriahnya rumah datuk nenek boleh tidur ramai-ramai di beranda atau ruang tamu, hari ini kita dengar banyaknya kisah anak-anak gadis yang pernah kena gangguan seksual oleh ahli keluarga sendiri.
Tengah malam tidur separa mati sebab penat lari siang hari, tak sedar selimut terselak nampak aurat lalu pula pakcik lepas balik dari lepak di kedai kopi. Gegar juga iman walau anak saudara sendiri.
Tidur lambak di ruang tamu terutama anak dara atau ibu dara sendiri is a big no. Susah nak pelihara aurat. Dah penat seharian di dapur, tidur tak sedar aurat dah buka. Takkan nak bertudung sentiasa tambah pula musim panas kan.
Kadang ada yang ‘segan’ nak balik rumah mertua kerana susah nak jaga aurat. Benar. Bukan selalu nak berkumpul ramai-ramai. Boleh saja sepanjang siang malam berkumpul di rumah ayah bonda nanti nak tidur menginap di homestay atau motel murah, bukan kerana berlagak tak mahu berpanas bertudung sekali sekala tetapi aurat juga sangat perlu dijaga.
Kalau tidak, masakan kita dengar datuk membaham cucu. Bapa saudara seks grooming anak saudara. Sepupu sama sepupu terlanjur.
Mungkin 20 tahun lalu kita anggap tak mengapa, lalu hari ini kita terpaksa mengubati mangsa-mangsa yang melalui ujian emosi untuk merawat mental mereka yang trauma.
Jangan ulangi kelam kisah pada masa hadapan. Anak dara atau bujang teruna, masing-masing perlu dipisahkan. Ibu ayah ambil cakna, kerana kita mahu sekeluarga masuk Syurga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!