Bila dah masuk hujung tahun, pasti ramai yang membuat persiapan untuk pulang ke kampung. Pelbagai persiapan dibuat termasuklah menempah hotel atau homestay sebagai tempat menginap ketika di kampung nanti.

Namun pasti ada yang tidak senang jika mengetahui ada di antaranya memilih untuk tinggal di hotel. Bukan kerana tidak suka rumah di kampung, tapi ini sebabnya yang perlu anda fikirkan.

Jangan Kecam Kalau Nampak Ada Suami Bawa Isteri Duduk Hotel Balik Kampung, Semuanya Sebab Aurat!

Kalau ada adik-beradik, anak saudara sudah berumahtangga dan sesekali berkumpul ramai di kampung check in homestay atau motel murah, berusahalah tidak kecam dan perli-perli.

Benar. Rumah itu dahulunya membesar bersama-sama dari bayi sehingga dewasa, tapi bila sudah berumahtangga ada pasangan tambahan pula kalau ibu menyusu sangat perlu ruang privasi untuk berehat dan menyusu anak.

 

Apalagi kalau anak-anak kecil yang ramai, terkadang nak selak pakaian duduk mengadap dinding usaha nak tutup aurat masa menyusu tapi baby pula memusing kuak lentang kuak rama-rama. Ada yang meragam menangis beriya nak suruh ibu baring untuk selesa.

IKLAN

Benar. Rumah itu dahulunya boleh sahaja bersesak adik beradik yang ramai, bila sudah berumahtangga ada ipar duai agak susah nak jaga aurat terutama lepas keluar tandas, takkan nak berkemban tuala pula lagi-lagi kalau dah ada anak dara.

Sepupu sepapat ramai, ada sudah bujang ada sudah anak dara tak boleh lagi nak bertepuk tampar sayang macam kecil main kahwin pondok-pondok belakang rumah nenek sambil cari biji getah buat main congkak dan kutip cendawan di pokok getah selepas hujan berhenti. Ada ikhtilat yang perlu dijaga.

Kalau 20 tahun dahulu, kita rasa meriahnya rumah datuk nenek boleh tidur ramai-ramai di beranda atau ruang tamu, hari ini kita dengar banyaknya kisah anak-anak gadis yang pernah kena gangguan seksual oleh ahli keluarga sendiri.

Tengah malam tidur separa mati sebab penat lari siang hari, tak sedar selimut terselak nampak aurat lalu pula pakcik lepas balik dari lepak di kedai kopi. Gegar juga iman walau anak saudara sendiri.

IKLAN

Tidur lambak di ruang tamu terutama anak dara atau ibu dara sendiri is a big no. Susah nak pelihara aurat. Dah penat seharian di dapur, tidur tak sedar aurat dah buka. Takkan nak bertudung sentiasa tambah pula musim panas kan.

Kadang ada yang ‘segan’ nak balik rumah mertua kerana susah nak jaga aurat.
Benar. Bukan selalu nak berkumpul ramai-ramai. Boleh saja sepanjang siang malam berkumpul di rumah ayah bonda nanti nak tidur menginap di homestay atau motel murah, bukan kerana berlagak tak mahu berpanas bertudung sekali sekala tetapi aurat juga sangat perlu dijaga.

Kalau tidak, masakan kita dengar datuk membaham cucu. Bapa saudara seks grooming anak saudara. Sepupu sama sepupu terlanjur.

IKLAN

Mungkin 20 tahun lalu kita anggap tak mengapa, lalu hari ini kita terpaksa mengubati mangsa-mangsa yang melalui ujian emosi untuk merawat mental mereka yang trauma.

Jangan ulangi kelam kisah pada masa hadapan. Anak dara atau bujang teruna, masing-masing perlu dipisahkan. Ibu ayah ambil cakna, kerana kita mahu sekeluarga masuk Syurga.

Bercakap yang baik atau diam.

Kredit: Insyirah Soleha

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Jangan Kecam Kalau Nampak Ada Suami Bawa Isteri Duduk Hotel Balik Kampung, Semuanya Sebab Aurat!

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI