Didik anak mengikut zaman, tetapi zaman ini adalah zaman yang ‘menakutkan’ buat Hanis Zalikha. Yusuf tidak didedahkan dengan gajet.
Menjadi kebiasaan di mana-mana, bayi dan kanak-kanak diberikan gajet untuk ‘didiamkan.’ Namun aktres Hanis Zalikha, mendidik anak perlu mengikut peredaran zaman tapi zaman ini menakutkan baginya sebagai ibu.
BILL GATES PUN BAGI ANAK GAJET BILA 14 TAHUN KE ATAS
Umur berapa nak bagi anak gajet? Entah. Taknak bagi boleh tak. Geram baca Bill Gates and other tech giants dekat Silicon Valley pun bagi anak diorang gajet bila anak diorang cecah 14tahun ke atas. Padahal diorang yang cipta benda2 camni. Tapi diorang pun beranggapan yang gajet dan easy access to things ni sangat harmful.
NAK DIDIK IKUT ZAMAN, TAPI ZAMAN INI MENAKUTKAN
Kita macam mana? Takut anak ketinggalan? Tak up-to-date? We are so clueless kesiannya kita. Takde resepi atau formula yang betul-betul terbukti selamat dalam pada menyediakan anak menghadapi masa depan. Kita nak didik anak mengikut zaman, tapi berada dalam zaman yang menakutkan.
Ads
KINI HANYA TV CHANNELS UNTUK YUSUF,
Ramai tanya what is our stand with Yusuf and gadget. Just like all parents, kita pun tengah navigate our way through it, mula-mula try cara ni, pastu cuba cara tu pulak. Macam-macam. But for now, we only allow channels on TV. So dia takde pilihan nak suruh kita tukar2. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan cokelat Apollo terbang banyak2 kat angkasa.
YUSUF BANYAK BELAJAR TATABAHASA DI BABY TV
P/S: Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ.
Zaman sekarang, aktiviti anak-anak untuk bermain sangat terhad. Biasanya bila duduk dalam rumah, televisyen dan gajet yang akan jadi peneman anak untuk hilangkan rasa bosan.
Kalau dilihat kesan jangka panjang ini akan membantutkan perkembangan diri anak. Sepatutnya anak perlu melakukan aktiviti yang dapat merangsang kemahiran motor halus dan kasar serta kemahiran deria.
Mereka sepatutnya keluar rumah, berjalan di taman dan bersosial dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak kecil harus mampu melontar bola, melompat, berlari dan bernyanyi. Namun disebabkan kekangan sekarang, semua itu tak dapat dilakukan.
Jadi bagi memberi rangsangan untuk anak, pilihan busy board salah satu cara untuk elak ketagihan gajet. Apakah itu busy board? Ia adalah satu papan yang diletakkan aksesori dan peralatan dengan fungsi yang berbeza yang dapat membuatkan kanak-kanak sibuk dan terhibur.
Pengunaan busy board ini telah digunakan secara meluas di negara luar dan diakui keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak sama ada kanak-kanak normal, hiperaktif atau lembam. Ia juga dapat melatih anak-anak berfikir untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh bagaimana untuk membuka mangga mengunakan kunci, bagaimana membunyikan loceng basikal, menyalakan lampu dan macam-macam lagi. Di samping itu, ia juga mampu membentuk anak yang lebih kreatif, kritis dan inovatif.
Busy board sesuai untuk bayi seawal usia 6 bulan dan ke atas atau apabila anak anda sudah belajar untuk duduk dan menunjukkan minat pada barang-barang rumah seperti alat kawalan jauh, pintu, suis dan lain-lain. Menariknya ia sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Berikut perkongsian Puan Suhaiza Sa’at yang membuat busy board buat anak-anaknya dengan cara mudah. Busy board ni terpulang pada ibu bapa nak letakkan barang apa, asalkan memberi keseronokan pada anak.
Ummi decide nak buat busy board untuk anak-anak bujang ummi. Peralatan semua dah ada, so terhasillah busy board dari kertas kadbod 2 lapis ni.
Busy board terdiri daripada:
-zip -snap button -tali pinggang -ring -velcro -selak pintu -selak pintu macam pintu hotel tu (sorry tak tau nama) – buka pintu, ada gambar famili -roda 3 -lampu pulas -keyboard -cermin
-tutup botol (penutup attach dgn botol via tali) -towel bulu -rumput tiruan -span basuh pinggan -lampu tekan -opener kotak susu -opener wipes (bila buka, ada gambar anak2) -container ubat -pompom track by tissue role
Sekurang-kurangnya dalam 30 minit anak bermain dengan busy board ni cukup untuk melatih kemahiran motor, selain memberi masa dan ruang untuk ibu melakukan kerja rumah. Cubalah!
Membeli barang kemas ini bukan sekadar untuk perhiasan dan cantik semata-mata bahkan kini emas menjadi satu pelaburan paling bijak untuk kita lakukan sebagai perancangan kewangan keluarga di masa hadapan.
Pun begitu satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mengenai hukum membeli emas secara ansuran ini patut kita elakkan. Ada baiknya kita mengumpul wang dahulu daripada membeli secara ansuran.
Ini penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Hj. Abdullah mengenai hal ini.
Soalan Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.
Ringkasan Jawapan Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapar dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Setiap anak dilahirkan dengan cahaya dalam dirinya. Ada yang menyerlah dalam akademik, ada yang hebat dalam sukan, dan ada pula yang jiwanya berbicara melalui seni – seperti tarian. Dalam video Modern Dance Versi Cheerleader oleh kumpulan Bintang Kecil, kita disapa dengan semangat luar biasa kanak-kanak yang bukan sahaja menari dengan penuh tenaga, tetapi juga dengan keyakinan yang luar biasa. Namun di sebalik semua itu, ada satu kuasa yang menggerakkan mereka – sokongan ibu bapa.
Bayangkan dunia seorang anak tanpa sorakan dari ibu dan ayah. Ibarat pentas yang gelap tanpa cahaya. Setiap kali seorang anak naik ke pentas, melangkah ke kelas tarian, atau hanya menari di ruang tamu rumah, saat itu mereka sedang mengumpul keberanian. Dan apabila ibu bapa hadir dengan senyuman, tepukan dan kata semangat – mereka percaya bahawa apa yang mereka lakukan itu bermakna.
Sokongan tidak perlu mewah. Cukup dengan bertanya, “Hari ni seronok menari?” atau berkata, “Mama bangga dengan kamu.” Kata-kata ini mungkin ringkas, tetapi kesannya mendalam. Ia membina semangat, dan yang paling penting – ia memberitahu anak kita bahawa mereka tidak keseorangan.
Untuk ibu bapa yang mahu menyokong anak-anak dalam seni, ini beberapa panduan yang boleh memulakan langkah pertama:
Anak-anak Bintang Kecil bukan hanya menari, mereka memberi inspirasi. Mereka menunjukkan bahawa walaupun kecil, mereka mampu menyalakan semangat besar. Melalui latihan, kerja berpasukan, dan disiplin, mereka belajar bahawa kejayaan tidak datang sekelip mata – ia lahir daripada usaha dan sokongan berterusan.
Setiap gerak tari mereka mencerminkan harapan. Setiap senyuman adalah bukti bahawa mereka percaya pada diri sendiri – kerana ada yang percaya pada mereka terlebih dahulu.
Ibu bapa yang budiman, jangan pernah meremehkan kuasa pujian dan pelukan. Dunia anak-anak ini sedang dibentuk setiap hari – oleh kata-kata kita, tindakan kita, dan masa yang kita luangkan bersama mereka.
Bukan semua anak mahu jadi penari, tetapi setiap anak mahu dirai. Dan apabila kita percaya kepada mereka, mereka mula percaya bahawa dunia juga akan memberi ruang untuk mereka bersinar.
Kerana hakikatnya, setiap anak adalah bintang – dan kita, ibu bapa, adalah langit tempat mereka bersinar tinggi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!