Pernah satu kali semasa kelas, seorang ibu tiba-tiba bersuara, “Ala puan, belajar teknik semua ni tak berguna pun kalau suami tak nak tolong. Last-last kita juga yang buat semua”.

Biarlah Tuan Punya “Breast” Yang Buat Keputusan. Anak Kita Berbeza, Diri Kita Berbeza, Cara Hidup Tak Sama

BIARLAH TUAN PUNYA ‘BREAST’ YANG BUAT KEPUTUSAN 

Paling best, suaminya ada di sebelahnya! Suaminya hanya jeling ikut ekor mata. Saya? terus jadi emm..

Pernah juga seorang pelanggan yang sudah keletihan dek ragam anak yang enggan lena kecuali bila mengempeng, berkata, beliau menunggu masa hingga habis pantang untuk peluang ‘melarikan diri’ hadiri sesi konsultasi bersama saya. Katanya,

“Mak saya tak setuju bila tahu saya nak belajar dengan puan. Katanya nak belajar apa? Memang macam ni lah baby. Memang macam ini lah bila jadi ibu. Mana ada cara lain ”

Juga, pernah sekali semasa sesi Skype, tiba-tiba ibu kepada pelanggan saya menjengah skrin:

Ibu pelanggan: “Kau buat apa ni? ”

Pelanggan: ” Tengah cakap dengan konsultan tangisan bayi ni ha. Nak belajar pasal baby nangis”

IKLAN

Ibu pelanggan: “Ahh..merepek la semua ni ” sambil berlalu pergi.

Saya gelak besar saja sebab lihat riak wajah ibu pelanggan. Tak berkenan sungguh dia nampaknya

Salah Tanggapan

Sebahagian dari kita masih lagi merasa ‘ibu’ itu perlu tahu dan pasti tahu buat bayi diam dan tidur. Maka, pantang saja bayi menangis, pasti segera saja bayi di hulur kepada ibu, nombor satunya. Ibu kan ada ‘breast’? Itu kan tempat makan dan tenang dan tidur bayi? Jadi tentulah ibu boleh buat semuanya!.

Jangkaan begini membuat ramai ibu rasa bersalah, lembik, keliru, tak bagus dan bermacam lagi perasaan negatif bila dia sebenarnya memang tak tahu dan tak mampu nak diamkan dan tidurkan anaknya sendiri.

IKLAN

Jika pun ya ‘breast’ si ibu berkesan untuk semua tugas: makan + tenangkan + lenakan, ibu juga manusia yang ada hadnya.

Tentu sekali TIADA masalah untuk ibu melaksanakan semua tugas ini menggunakan ‘breast’ mereka yang magik. Pengikut lama page ini juga pasti tahu saya antara ibu yang selesa membiar anak minum+tenang+tidur di dada.

Ketika itu anak saya baru seorang dan ada ‘bibik’ pula. Tambahan, saya ini pantang dapat bantal. Tak kira berapa kali terjaga atau tidur posisi bagaimanapun untuk memudahkan anak dapat melekat di dada, tiada masalah untuk saya lena.

Biarlah Tuan Badan Yang Membuat Keputusan

Namun, anak kita berbeza, kita berbeza, cara hidup kita berbeza dan cabaran hidup kita berbeza.

IKLAN

Maka, amat malang bila ada ibu yang berani mengaku ‘ tak tahu’ atau ‘tak mampu’ dan bersuara mahu mendapatkan bantuan, dia di nafikan, di kritik atau tak diendahkan.

Ada seorang ibu bertanya;

” Betulkah kalau kita bagi anak guna puting dan ajar dia tidur sendiri tanpa perlu asyik dengan mak itu macam tak sayang anak?

Saya tanya ibu tersebut , ” Puan sayang tak anak puan? ”

Segera dan beria dia menjawab, ” Sayang!..”

Saya beritahunya, ” Perasaan puan itu sudah cukup. Tak perlu benarkan orang lain tentukan perasaan puan pada anak sendiri ”

Diri ibu, perasaan ibu, emosi ibu, tubuh ibu dan ‘breast’ ibu, biarlah tuan punya badan yang buat keputusan. Orang sekeliling sokonglah, dengarlah, cuba fahamlah. Itulah sekurang-kurangnya yang anda boleh buat jika anda tak dapat nak bantu lebih dari itu.

Sumber: Baby Language

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI