Sebagai ibu bapa kita tak terlepas dari membuat silap. Ada kalanya perkataan yang kita sebut tanpa niat mungkin hanya sekadar gurauan tetapi kata-kata itulah sebenarnya doa. Sebab itulah orang alim sentiasa berpesan agar sebutlah yang baik-baik supaya menjadi doa yang baik untuk anak-anak.

“Jadi Banduan Sebab Buas” Kata-Kata Tu Doa, Hati-Hati Lah! Sebut Yang Baik-Baik

Ada satu hari tu saya hantar gambar Aisya yang sedang berada di dalam baby cot kepada grup WhatsApp keluarga beserta kapsyen dengan nada bergurau-senda.

“Jadi Banduan Sebab Buas” Kata-Kata Tu Doa, Hati-Hati Lah! Sebut Yang Baik-Baik

Sekali mak saya terus tegur perbuatan saya itu. Dia minta saya cakap yang baik-baik saja dengan anak, tarik balik perkataan yang saya cakapkan dan suruh minta maaf balik dengan Aisya.

“Jadi Banduan Sebab Buas” Kata-Kata Tu Doa, Hati-Hati Lah! Sebut Yang Baik-Baik

Aiyak! Serius pula mak saya ni. Saya reply dengan emoticon saja tak mampu nak cakap apa-apa. Hehe!

IKLAN

Bila masuk bulan Ramadhan ni, terbeleklah kitab Fadhilat Ramadhan. Dalam hadith ke-6 bab Kelebihan Ramadhan, Maulana Zakariyya mensyarahkan berkenaan satu penyakit yang sering terjadi di kalangan kita, khasnya wanita. Dalam keadaan marah dan runsing kita terbiasa mendoakan keburukan untuk anak-anak dan orang lain.

Di sisi Allah SWT, ada sesetengah waktu yang khusus untuk penerimaan doa. Akibat kejahilan kita, kita tidak pernah terfikir dalam tak sedar musibah yang menimpa anak kita pada hari ini adalah perkara yang kita sendiri telah minta dalam doa kita.

Wahai ibu bapa,

Kita mungkin penat bekerja dan berpuasa. Balik rumah nak kena sambung masak lagi untuk berbuka. Lepas tu berkejaran untuk solat tarawih pula. Balik masjid, sambung mengemas di dapur. Esok pagi bangun awal sediakan sahur. Itu belum campur ibu yang menyusu anak sampai tak cukup tidur.

IKLAN

Jujurnya dalam bulan Ramadhan kita banyak kehilangan tenaga. Kadang-kadang kesabaran kita diduga. Akibat perubahan jadual waktu di bulan puasa, perangai anak-anak jadi semakin mengada-ngada.

Lalu kita pun teremosi sehingga terlepas dalam berkata-kata saat menegur mereka. Walhal kita tak pernah pun sesekali memaksudkannya.

 

IKLAN

Namun kawan, bulan ini bulan Ramadhan. Setiap waktu amat berharga yang doanya Allah kabulkan. Takut silap haribulan, ‘doa’ kita kepada anak yang tak pernah disangka-sangka itu Allah perkenankan. Sesallah kita di hari kemudian.

Moga-moga di bulan ini kita banyakkkan berdoa agar Allah SWT memelihara lisan kita. Agar yang sentiasa keluar adalah yang baik-baik saja.

Credit: Bijen Mohd

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI