Biasakan anak untuk makan cendawan kalau kita susah nak bawa anak keluar dapatkan cahaya matahari setiap hari.
Kenapa cendawan? Ikuti perkongsian dari doktor ini
1.Dalam cendawan ada kandungan vitamin D. Tak kisah lah apa jenis cendawan pun, memang ada kandungan vitamin D. Terutama cendawan yang dijemur bawah cahaya matahari.
2. Tingkatkan metabolism anak untuk kekal bertenaga dan happy selalu sebab ada kandungan vitamin B12
3. Sumber zat besi yang tinggi untuk pembinaan sel darah baru anak
Ads
4. Kuatkan sistem imun anak, maka akan kurang risiko untuk tak sihat
5. Tinggi antioksida untuk melawan rasikal bebas dalam badan anak
6. Ada juga kandungan kalsium untuk kuatkan tulang anak
Ads
7. Tinggi selenium dan bagus untuk sistem pundi kencing anak
Banyak kan kebaikan yang anak boleh dapat dari cendawan je. Anak saya dulu, susah sangat nak makan cendawan. Diorang tak minat langsung.
Tapi sebab saya wajibkan setiap minggu mesti ada masakan cendawan. Tak kisah lah anak nak makan ke taknak. Saya buat jugak.
Ads
Biar dia tengok saya tak putus asa buat masakan yang ada cendawan. Bukan anak tak suka. Tapi anak belum suka.
Semalam, pertama kali dengan rela hatinya anak-anak saya makan cendawan seketul, tak kisar hancur pun cendawan tu. Happy betul saya, sebab usaha selama ni dah membuahkan hasil.
Korang boleh cuba jugak k.
Anak bukan tak suka, cuma dia belum suka. Tugas kita lah ibu ayah, untuk bagi anak suka sesuatu makanan tu. ❤️ Sama-sama kita cuba ya, insyaAllah.
Ibu bapa galakkan anak makan ikan. Ia sangat bagus untuk perkembangan sistem saraf dan sel otak. Ikan merupakan sumber makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein, asid amino, omega-3, methionine, tyrosine, lysine, tryptophan, dan sebagainya.
Protein yang terkandung dalam ikan sangat mudah untuk dicerna berbanding dengan yang ada dalam daging. Ikan mengandungi beberapa jenis bahan-bahan lemak seperti lipid yang merupakan asid lemak tak tepu. Asid lemak ini adalah baik untuk tubuh dan mengelakkan lemak dalam darah, yang menjurus kepada obesiti.
Sesetengah ikan mengandungi banyak vitamin, seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B12, dan vitamin D. Ikan juga mengandungi pelbagai mineral, terutamanya kalsium. Malahan, kandungan kalsium dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding daging.
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan. DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak.
Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.
Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting.
Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:
Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.
Tuna
Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.
Informasi di atas tentang ikan boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut khasiat dan sebab perlu makan ikan.
Sebagai ibu bapa tolong jangan ambil mudah bab pemakanan anak. Jika salah bagi makanan yang tak sepatutnya kepada anak ia jadi puca anak degil dan malas!
Jarang kita tengok kanak-kanak tak makan gula-gula, coklat dan aiskrim. Sejak mula diperkenalkan dengan makanan pejal, anak anda tak tahu pun apa rasanya makanan manis tersebut. Sebenarnya bila mereka mula kenal ‘jajan’ itu?
Lupa pula, kita sendiri sebenarnya yang memperkenalkan makanan tersebut kepada anak-anak. Lepas itu bila mereka sudah ketagih makanan tak menyihatkan itu kita pula yang bising dan larang mereka memakannya.
Perkongsian tentang keburukan pengambilan makanan dan minuman tidak berkhasiat di kalangan kanak-kanak patut diberi perhatian oleh para ibu bapa. Ingatlah yang anak-anak suci dan bersih. Kitalah yang mencorakkan warna mereka. Jadi, coraklah dengan warna yang indah termasuk dalam bab pemakanan.
Anak ialah apa yang mereka makan
Ibu bapa yang ada anak kecil, jika anak-anak masih bersih daripada makanan dan minuman tidak berkhasiat, JANGAN SESEKALI DEDAHKAN mereka dengan makanan dan minuman perosak itu.
+ Jangan sesekali MEMULAKAN memberikan jajan, keropok, aiskrim
+ Jangan sesekali MEMULAKAN memberikan air-air manis
+ BILA DAH MULA sekali, akan ada kali kedua, ketiga keempat dan seterusnya.
+ Pergi kedai jangan biasakan diri membeli jajan untuk anak-anak. Mereka akan meminta-minta lagi dikemudian hari
+ Kawal pemakanan anak-anak dari segi pengambilan kalori, gula dan sebagainya
Anak kami dah biasa makan dan minum, macam mana nak buat ye?
Biar lambat asal buat
Nasihat kami mudah je
+ Mulakan dengan KURANGKAN minuman dan makanan manis untuk anak-anak khususnya minuman coklat. Sebab apa coklat sahaja?.
+ Sebab jarang anak-anak minum neskepe, teh dan kopi.
+ Majoriti dirumah ada minuman coklat bukan? Dan Coklat yang dijual di pasaran banyak yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Maka kurangkan dahulu. Jangan terus tak bagi sebab anak-anak akan memberontak kerana minuman manis telah sebati dengan diri mereka.
Ikuti pula dengan kurangkan pengambilan, minuman bergas, bergula, dan bersusu pekat (selain susu segar)
Kemudian boleh ikut perlahan-lahan asingkan jajan, aiskrim dan gula.
+ Amik masa sikit. Takpe. Ikut pepatah omputih, “Better late than never”
+ Terangkan pada mereka makanan dan minuman itu tak elok untuk kesihatan.
+ Tunjukkan kesan-kesan buruk yang terjadi pada diri mereka seperti gigi yang rosak, badan gemuk dan sebagainya
+ ULANG
+ ULANG
+ ULANG
+ ULANG-ULANG Nasihat anak-anak. Jangan putus asa
+ Lepas dan perlahan-lahan berjaya kurangkan, perlahan-lahan tarik pula. Lama-lama anda boleh ucap bye bye pada makanan dan minuman tersebut
+ Bila dah berjaya, JANGAN sesekali dibawa masuk dalam rumah tayang depan anak.
Kami tahu ramai ibu bapa memberikan anak-anak kecil mereka minuman malt coklat Mi*o.
+ Tahukah anda minuman malt coklat Mi*o tidak dibenarkan untuk diminum oleh anak-anak prasekolah (majoriti umur 5-6 tahun)? Ini bukan rekaan. Pekerja lori Mi*o sendiri menyatakan minuman ini tidak boleh diminum oleh murid-murid prasekolah semasa mereka datang kat sekolah. Katanya nak minum juga itu tanggungjawab cikgu prasekolah yer…
+ Tapi kita dirumah masih menyajikan minuman tersebut untuk anak-anak kecil. Malah ada yang siap membawa bekal.
+ Coklat-coklat lain pun sama. KURANGKAN
+ Coklat memang memberikan tenaga, sesuai untuk orang yang mahu kekal aktif.
+ Tetapi dalam masa sama ia mengandungi gula yang tinggi. Kerana hakikatnya Koko Asli tidak semanis air coklat yang telah diproses
+ Mungkin OK untuk orang dewasa, tidak ok untuk anak-anak kecil.
Makanan manis punca anak bermasalah
BERINGATLAH
+ Elok makanan yang anda beri, maka eloklah perkembangan tubuh dan minda mereka
+ Tak elok makanan yang anda beri, meranalah mereka
Apa yang mereka makan mempengaruhi diri mereka
+ Jangan tanya kenapa anak-anak anda susah masuk belajar
+ Malas
+ Degil
+ Hiperaktif
Badan risiko
+ Gemuk
+ Kencing manis
+ atau lain-lain penyakit di usia muda
+ Tepuk dada, tanya diri sendiri makanan apa yang anda beri pada mereka sejak kecil.
Jagalah kesihatan mereka semasa kecil ni. Kesian woo anak bila dah bersekolah nanti badan dah obes, belajar pun susah masuk, degil, takut2 dibahan..hurm..
Jiran-jiran, mak pak sedara, atau sapa2 yang baca tolonglah JANGAN BAGI ANAK-ANAK KAMI atau ANAK ORANG LAIN gula-gula, jajan apa benda tu semua.
Sumber: Facebook Ibu Bapa Prihatin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bayi sudah mula makan makanan pejal, ibu kena jauhkan 5 jenis makanan daripada mereka sebab belum masanya lagi untuk makan.
Macam-macam menu yang ibu teruja hendak sediakan. Memang baguslah kalau ibu bersemangat untuk memasak sendiri makanan untuk si manja tapi dalam keterujaan jangan lupa ambil tahu apa jenis-jenis makanan yang nampak macam menyihatkan tetapi sebenarnya tak sesuai lagi untuk bayi.
Ini kerana bayi masih belum memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi. Berikut senarai makanan yang tidak sesuai lagi untuk bayi.
1. Jus
“Eh, bukan jus minuman yang berkhasiat ke?” Tentu itu yang anda fikirkan. Tetapi kajian dilakukan oleh pakar pemakanan membuktikan bahawa jus adalah salah satu makanan yang tidak sihat bila diminum oleh bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses membuat jus menyebabkan buah kehilangan semua nutrisi yang baik. Sebaiknya bagi bayi anda makan buah tanpa perlu dijadikan jus.
2. Minuman dalam kotak
Kadangkala tanpa sedar kita bagi anak minum air kotak yang dikatakan berkhasiat untuk si kecil. Sebenarnya anda silap, ia sama sekali tak berkhasiat, bahkan kandungan gula yang ada dalamnya sangat tinggi serta berisiko merosakkan gigi si kecil.
3. Biskut
Bila anak sudah pandai makan kita kadangkala tak perasan tersuap dia biskut yang bukan khusus untuk bayi. Jangan pandang remeh kerana kebanyakan biskut yang dijual di pasaran mengandungi terlalu banyak gula dan garam yang masih belum sesuai diambil oleh bayi. Kandungan gula yang terlalu berlebihan boleh mengganggu pertumbuhan gigi bayi serta berisiko obesiti. Kalau nak bagi makan biskut, lebih baik buat sendiri yang pastinya kita tak tambah gula di dalam adunan (boleh ganti dengan buah kurma lenyek sebagaia perasa manis).
4. Makanan diproses
Makanan diproses atau makanan segera biasanya telah melalui proses pengolahan yang sangat panjang dengan penambahan pelbagai bahan pengawet (untuk tahan lama) dan perisa seperti garam dan gula. Jadi anda boleh bayangkan berapa banyak khasiat dari makanan asal tersebut yang terbuang dan hilang sepanjang proses tersebut.
5. Jeli
Jeli memang kelihatan sesuai untuk bayi makan sebagai pemanis mulut. Tapi, awas walaupun teksturnya lembut dan mudah ditelan bayi tetapi kandungannya yang terdiri daripada gula, perasa dan pewarna tiruan tidak bagus untuk kesihatan bayi.
Mengajar anak makan makanan sihat dan berkhasiat bermula sejak mereka kenal makanan. Bila sudah terbiasa makan yang sihat-sihat tak adalah bila besar nanti anak suka makan jajan sahaja dan tak berselera makan makanan yang berkhasiat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!