
Ketip kuku adalah antara aktiviti kehidupan harian yang agak mencabar untuk dilakukan bersama anak kecil.
Anak lari, meronta tak mahu dan kekhuatiran anak tercedara semasa meronta, membuatkan ramai antara kita memilih untuk ketip kuku anak kecil semasa tidur.
Tapi, tahukah anda banyak sangat kebaikan mengetip kuku anak kecil dalam keadaan anak tersebut sedar?

Anda boleh cuba mulakan ketip kuku anak kecil semasa mereka sedar bermula usia 6 bulan.
Antara kebaikannya termasuk:
1. Meningkatkan “engagement” anak. Penglibatan anak dengan aktiviti pengurusan diri adalah sangat bagus dalam membantu merangsang perkembangan sosial komunikasi anak-anak.
2. Meningkatkan fokus dan daya perhatian anak. Jika anda duduk dalam posisi seperti dalam gambar yang saya tunjukkan, anda akan bantu anak belajar fokus kepada aktiviti mengetip kuku. Anak akan tengok satu-satu kukunya dipotong.
3. Membantu perkembangan fungsi kongnitif anak. Anak akan berfikir, berasa ingin tahu dan belajar memahami perkaitan tubuh badannya dengan persekitaran. Kuku yang dipotong akan jatuh. Boleh dipegang dan perlu dibuang. Anak belajar kemahiran analitikal.
4. Merangsang perkembangan bahasa anak apabila anda menyebut “potong kuku” sambil mengetip kuku anak. Anda boleh saja sebut dengan nada nyanyian untuk meningkatkan penglibatan dan minat anak anda.
5. Mengurangkan sensitiviti sensori “tactile” anak bila dimulakan dari usia bayi.
✨Tips: Duduk dalam posisi seperti dalam gambar semasa potong kuku, boleh bantu anak lebih mudah untuk fokus pada aktiviti potong kuku.

TAPI!!! ANAK SAYA TAK MAHU POTONG KUKU!
It’s okey mama-mama,ayah-ayah sekalian.
Cuba perlahan-lahan.
Ajak anak nyanyi lagu “finger family” ke, atau nyanyi saja la apa pun lagu jari jemari untuk tarik perhatian anak anda.

1 hari dapat 2 kuku pun OK masa awal-awal. Esok sambung lagi.
Cuba dan cuba lagi teruskan. ???
Sumber: OT AisyahRozalli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Setiap Pagi Dalam Kereta, Saya Akan Baca Al-Quran..” – Ahsan Dinobatkan Juara Tilawah Al-Quran

Rutin harian mengaji al-Quran di dalam kereta menjadi kunci kejayaan luar biasa buat Muhammad Ahsan Mohd. Masnawi, 11 tahun, apabila dinobatkan sebagai Johan Tilawah al-Quran Lelaki Sekolah Rendah sempena Mahrajan al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Peringkat Kebangsaan 2025.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang, Perak ini menyifatkan sesi ‘kelas bergerak’ bersama ayahnya, yang juga seorang ustaz, sebagai antara pengalaman paling bermakna dalam hidupnya.
“Setiap pagi dalam kereta, saya akan baca al-Quran dan ayah akan betulkan tajwid dan taranum saya. Kadang-kadang kami dengar rakaman bacaan qari terkenal di Perak,” katanya.
Walaupun pada awalnya latihan dalam kereta agak mencabar kerana kesuntukan masa, Muhammad Ahsan berkata, ia menjadi rutin harian yang membantunya lebih yakin dan lancar membaca al-Quran.
“Latihan dalam kereta itu mula-mula agak mencabar sebab masa singkat, tapi bila dibuat setiap hari, saya rasa lebih yakin dan lancar,” ujarnya selepas majlis penutup MQSS yang dirasmikan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad di Politeknik Merlimau.
Anak sulung daripada dua beradik ini mula mendalami ilmu taranum sejak usia lapan tahun dan turut berguru dengan beberapa qari terkenal selain ayahnya sendiri.
Pentas Mencungkil Bakat & Cinta kepada Kalamullah
Dr. Mohd. Azam menyatakan bahawa penganjuran MQSS bukan sekadar medan mencungkil bakat pelajar dalam seni bacaan al-Quran, tetapi juga sebagai platform penting untuk menyemai rasa cinta terhadap kalamullah sejak usia muda.
“Kita mahu pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mendalami ilmu agama untuk membentuk peribadi yang seimbang,” tegas beliau.
SUMBER: KOSMO!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
5 Sikap Anak Kembar Kena Ambil Tahu Untuk Elak Bergaduh. Ibu Ayah Kena Tahu Pendapat Pakar Ini

Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu sikap anak kembar terutamanya untuk mengelak mereka bergaduh apabila wujud perselisihan pendapat. Pastinya menjadi ibu bapa yang mempunyai anak kembar pastinya mencabar. Ini kerana kasih sayang terbahagia dua atau berganda. Bukan mudah untuk disiplin anak kembar terutamanya jika mempunyai kembar tiga atau empat. Jom selidiki informasi oleh Dr Abdul Halim Masnan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak supaya anda tahu cara mengendalikan anak kembar ini.
Tingkah laku yang baik atau buruk yang ditunjukkan anak kembar ini sebenarnya boleh mengudang kepada pergaduhan. Jadi ia memerlukan tindakan yang berhemah daripada ibu bapa untuk memastikan mereka adalah pasangan adik beradik yang baik sampai akhir hayat.
Kenali lima karektor si kembar untuk anda melakukan tindakan yang betul apabila menghadapi situasi seumpanya.
1.Tidak mahu berkongsi barang
Perkara ini bukan setakat berlaku kepada anak kembar, malahan kepada anak-anak yang mempunyai jarak umur yang rapat antara umur setahun sehingga empat tahun. Kanak-kanak dipengaruhi kecenderungan emosi mahu dimiliki seorang diri dan tidak mahu bermain bersama. Sebab itu, apabila anak kembar yang seiras ini bermain, pastinya akan memiliki perasaan tidak mahu berkongsi dalam aktiviti pembelajaran atau permainan tertentu di sebabkan ciri perkembangan emosi dan tahap tingkah laku yang boleh berubah-ubah pada setiap masa.
Tindakan ibu bapa:
Penting untuk mereka mengenali diri mereka yang unik ini, dilahirkan pada hari dan tempat yang sama, dengan ciri rupa serta anggotabadan yang hampir sama, dalam tempoh waktu kelahiran yang agak rapat. Ibu bapa perlu bijak dalam mengendalikan aktiviti bermain secara perkongsian berhemah ini dengan menjadikan mereka sebagai sahabat sejati. Penjelasan kepada anak mengenai keistimewaan diri mereka, sama ada memperkenalkan abang yang lahir dulu, atau adik yang lahir kemudian, perasaan mesra dan kasih sayang perlu disemai selalu. Ini adalah penting pada awal perkembangan mereka supaya mereka mempunyai sifat adik beradik atau sahabat karib yang mempunyai nilai bertolak ansur dan berkongsi barangan bersama antara abang atau kakak dengan adik kembarnya.
2.Cemburu
Memang diakui cemburu antara sifat normal bagi kebanyakan kanak-kanak dalam apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi bila cemburu itu melibatkan kasih sayang ibu bapa dan perhatian anak-anak kembarnya. Kadang kala dalam keadaan yang tidak disengajakan, ibu bapa melebihkan abang atau kakak daripada adiknya. Juga berlaku adik dilebihkan daripada abang atau kakaknya. Perhatian pula lebih kepada kehendak seseorang anak kembar yang inginkan sesuatu atau dihargai. Bila perkara tersebut tidak dipenuhi, perasaan cemburu semakin menjadi-jadi.
Tindakan ibu bapa:
Cemburu boleh dikawal. Seperti juga situasi berkongsi barang, cemburu juga perlukan perhatian dan kebijaksanaan ibu bapa mengendalikan aktiviti di rumah. Sebagai contoh, ibu yang melihat abangnya mendapat hadiah dalam pertandingan mewarna, tidak lupa juga menghargai bersama adik kembarnya itu. Menganggap bahawa usaha telah dilaksanakan, cuma nasib tidak menyebelahi adiknya, peranan ibu bapa menghargai segala usaha anak-anak kembar ini secara bersama adalah amat digalakkan. Seperti nasihat orang dulu-dulu, hari ini hari abang, esok mungkin hari adik pula. Kejayaan dirai, kegagalan harap dapat mencuba lagi.
3. Krisis identiti
Krisis identiti boleh berlaku dalam kalangan anak kembar jika mereka tidak didedahkan dengan mengenal diri mereka sendiri. Mereka beranggapan pasangan kembarnya adalah pesaing yang boleh memenangkan hati kedua ibu bapanya. Konflik ini akan menyebabkan mereka merasa tidak dihargai, kurang penghargaan kendiri, sering murung atau memberontak pada bila-bila masa jika tidak ditanggani dengan sebaiknya. Walaupun ada sesetengah pihak beranggapan kembar seiras ini mempunyai sifat atau perwatakan yang hamper sama, tetapi mereka tetap manusia yang perlukan perhatian seadilnya.
Tindakan ibu bapa:
Ibu bapa perlu bijak melihat sesuatu situasi yang kurang baik atau tegang. Jika salah seorang daripada kembar tersebut dalam keadaan murung atau marah, pengendalian situasi tenang perlu diadakan. Mereka perlu bekerjasama, bermain bersama, ke padang bersama dengan pengawasan kita. Jadikan mereka sebagai partnership yang bertanggungjawab, dalam apa jua tugasan yang kita atau mereka tentukan. Sebab mereka mempunyai kelebihan kecenderungan minat yang sama atas dasar jantina dan umur untuk melakukan aktiviti secara bekerjasama dengan lebih baik dan sempurna. Bila perasaan tanggungjawab dan ambil berat berlaku sesama adik beradik, apa juga yang melibatkan masalah dalam diri adik atau abang dapat diselesaikan bersama tanpa bantuan ibu bapa. Sikap ambil berat juga menjadi kunci kepada mengelakkan dari berlakunya krisis identiti bila mana masalah boleh diatasi secara bersama.
4. Sikap berbeza
Tingkah laku adik beradik kembar ini selalunya dikatakan mempunyai sikap yang hampir sama. Ada pihak yang menyatakan mereka ini mempunyai sikap dan minat yang sama. Seperti cerminan diri antara satu sama lain. Persepsi ini sebenarnya kurang tepat, kerana walaupun mempunyai paras rupa dan anggota yang sama, tingkah laku sebenar tidak secara langsung mempengaruhi tindakan mereka yang sama pada setiap saat dan ketika. Sebab itu, bila adik atau si kakak berpelakuan negatif, sikap tersebut tidak mempengaruhi kembarnya secara langsung. Faktor persekitaran yang bersifat individual memungkinkan tingkahlaku yang berbeza boleh ditunjukkan oleh kembar seiras ini. Contohnya, pengaruh gadget, media massa, rakan sebaya dan tindakan ibu bapa atau penjaga yang boleh menyebabkan sikap yang ditunjukkan oleh anak kembar ini boleh jadi berbeza.
Tindakan ibu bapa:
Penting untuk menjadikan mereka sebagai role model yang baik bagi setiap pasangan ini. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Perlakuan yang baik yang dilakukan oleh salah seorang adik kembar, diterangkan kepada pasangannya. Biar meraka memahami bahawa perbuatan baik sangat disukai orang dan Tuhan. Sikap buruk yang dilakukan oleh pasangan perlu ditegah dan ditegur cara berhemah, dan dijelaskan bersama-sama. Perbanyakkan cerita berkaitan kisah tauladan yang baik supaya mereka sedar akan kepentingan berakhlak mulia.
5. Persaingan dalam pelajaran
Persaingan boleh berlaku dalam setiap adik beradik, sama ada mempunyai jantina yang sama atau sebaliknya. Bagi anak kembar pula, disebabkan faKtor belajar di tempat yang sama, persaingan pasti akan wujud. Apabila salah seorang kembar mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran tertentu, sudah pasti pasangannya terasa tercabar atau tidak berpuas hati. Walau bagaimanapun, ada juga pasangan kembar yang tiada masalah berkaitan persaingan pelajaran, malah merasa bangga dengan pencapaian pasangannya disebabkan ikatan adik beradik yang baik.
Tindakan ibu bapa:
Seperti yang telah diterangkan berkaitan emosi kanak-kanak yang berbeza-beza walaupun kembar seiras, kebijaksanaan ibu bapa dan guru yang mengendalikan aktiviti mereka sangat dititikberatkan. Sebagai penjaga dan pendidik kepada aktiviti anak kembar ini, faKtor kelebihan yang dimiliki oleh salah seorang mereka, perlu dijelaskan dengan sebaiknya. Anugerah tuhan kepada setiap orang adalah berbeza. Mereka perlu diberikan kefahaman yang sebaiknya berkaitan pelajaran yang perlu dilakukan bersama-sama untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dapat diraih. Sifat mengambil berat berdasarkan role adik atau abang, menjadikan keunikan yang mereka miliki ini dapat diperbaiki bersama sama ada di rumah atau di prasekolah
MESTI TAHU
Kembar seiras
Tahukah anda, kembar seiras diibaratkan cerminan diri antara satu sama lain. Secara umumnya, faktor fizikal dan psikomotor yang dimiliki kembar seiras yang hampir sama ini menunjukkan kehebatan yang Maha Kuasa menciptakan makhluknya. Mereka juga akan menunjukkan kecenderungan berpakaian atau fesyen yang sama, minat terhadap permainan yang sama, cerita kartun yang sama dan makan kegemaran yang sama. Tetapi apa yang lebih menakjubkan ada dalam kalangan kembar seiras ini mempunyai faktor kognitif atau pemikiran yang hampir sama. Ramai dalam kalangan anak kembar mempunyai faktor kecenderungan minat terhadap aktiviti yang sama, mencapai keputusan pelajaran yang hampir sama sehingga ke peringkat pengajian tinggi serta bidang kerjaya yang sama!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila Anak Bercakap Pelat, Jangan Buat Tak Tahu. Kemungkinan Anak Ada Masalah Lidah Pendek

Anak anda pelat bercakap? Lidah anak saya pendek ke? Ok untuk pengetahuan ibu bapa, lidah pendek atau ‘tongue tie’ sering dikaitkan dengan kanak-kanak bercakap pelat atau lambat bercakap. Masalah ini berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah terlalu pendek.
Ia akan menghadkan pergerakan lidah dan akan mengganggu fungsi lidah.
Empat fungsi utama lidah ialah untuk percakapan, penyusuan, percernaan serta melakukan aktiviti sosial. “Jika lidah anak anda didapati tidak berfungsi secara normal, perlu di bawa berjumpa doktor untuk rawatan awal.

Menurut Dr Ezzairy M.Sallih, beberapa tanda anda boleh perhatikan pada anak adalah seperti berikut:
- Anak anda pelat dalam bertutur
- Bayi menghadapi masalah ketika menghisap puting
- Puting ibu mudah luka dan melecet
- Karies gigi. Ini berlaku kerana lidah tidak dapat menjalankan fungsi normal membersihkan sisa makanan celah gigi
- Mulut berbau akibat pengumpulan sisa makanan
- Untuk anak yang semakin membesar, akan ada sifat inferiority dengan kawan-kawan.
Bawa jumpa doktor, kalau ada tanda-tanda di atas. Ada siapa-siapa pernah hadapi situasi seperti ini?
Jika ibu bapa ada anak yang mengalami situasi ini, jangan berlengah lagi. Lagi anak besar mungkin akan menjejaskan keyakinan dirinya untuk bersosial.
Selain berjumpa doktor, mungkin terapis pertuturan dan bahasa juga boleh membantu. Buat yang terbaik demi masa depan anak.
Sumber: Dr Ezzairy M.Sallih (Doktor Hidung, Telinga, Tekak)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


