Ketip kuku adalah antara aktiviti kehidupan harian yang agak mencabar untuk dilakukan bersama anak kecil.
Anak lari, meronta tak mahu dan kekhuatiran anak tercedara semasa meronta, membuatkan ramai antara kita memilih untuk ketip kuku anak kecil semasa tidur.
Tapi, tahukah anda banyak sangat kebaikan mengetip kuku anak kecil dalam keadaan anak tersebut sedar?
Anda boleh cuba mulakan ketip kuku anak kecil semasa mereka sedar bermula usia 6 bulan.
Antara kebaikannya termasuk:
1. Meningkatkan “engagement” anak. Penglibatan anak dengan aktiviti pengurusan diri adalah sangat bagus dalam membantu merangsang perkembangan sosial komunikasi anak-anak.
Ads
2. Meningkatkan fokus dan daya perhatian anak. Jika anda duduk dalam posisi seperti dalam gambar yang saya tunjukkan, anda akan bantu anak belajar fokus kepada aktiviti mengetip kuku. Anak akan tengok satu-satu kukunya dipotong.
3. Membantu perkembangan fungsi kongnitif anak. Anak akan berfikir, berasa ingin tahu dan belajar memahami perkaitan tubuh badannya dengan persekitaran. Kuku yang dipotong akan jatuh. Boleh dipegang dan perlu dibuang. Anak belajar kemahiran analitikal.
4. Merangsang perkembangan bahasa anak apabila anda menyebut “potong kuku” sambil mengetip kuku anak. Anda boleh saja sebut dengan nada nyanyian untuk meningkatkan penglibatan dan minat anak anda.
5. Mengurangkan sensitiviti sensori “tactile” anak bila dimulakan dari usia bayi.
Ads
✨Tips: Duduk dalam posisi seperti dalam gambar semasa potong kuku, boleh bantu anak lebih mudah untuk fokus pada aktiviti potong kuku.
Ibu bapa mana yang tak risau bila anak lambat cakap. Tambah lagi bila lihat anak orang lain yang seusia anak kita dah petah berkata-kata. Di campur pula dengan pandangan sinis orang sekeliling, buatkan mak ayah dah mula tak senang duduk.
Setakat rasa bimbang tapi tiada tindakan mak ayah dikira masih gagal untuk membantu anak. Nak tahu macam mana kita boleh berusaha untuk anak bercakap, perkongsian ibu ini, Ezzaty Suffian sangat membantu.
Finally, lepas berbulan-bulan zaty dan husband cuba try and adjust macam-macam cara untuk bantu fayyadh bercakap. Hari ni zaty nampak fayyadh dah mula tunjukkan improvement. Huuu, mengalir air mata. Terharu, gembira, bersyukur.
Memang takde cara shortcut untuk buatkan fayyadh ringan mulut boleh bercakap. Tiga benda je yang zaty buat kat fayyadh :
1) selesaikan semua isu sensori fayyadh.
✔Fayadh geli pijak pasir, kitorang buka kasut fayyadh setiap kali dia main kat taman permainan.
✔telinga fayyadh oversensitive dengan bunyi-bunyian, kitorang simpan tv kat dalam stor
✔fayyadh gayat dengan rocking horse dan buaian, zaty bawa rocking horse pergi rumah adik. Lepastu suruh anak sedara naik dan main depan fayyadh.
Bila fayyadh tengok, dia jadi teringin nak naik juga. Hari-hari dia buat latihan sendiri, beranikan diri naik rocking horse tu sampai dia berjaya atasi rasa gayat.
✔fayyadh ada masalah dengan body awareness, kitorang beli exercise ball untuk dia hempaskan badan dia atas bola tu. zaty amalkan urut badan fayyadh 2 kali sehari.
Sekarang yang belum setel ialah isu masuk, jilat dan gigit objek dalam mulut. zaty tengah struggle nak selesaikan masalah sensori yang ni.
2) sembang dan sembang dan sembang dengan fayyadh.
✔zaty sembang dan apapun perkara dengan fayyadh. Kalau mandi, sembang pasal berus gigi, sabun, rambut, dan segala anggota badan.
✔bila makan, zaty sembang dan tanya fayyadh tentang apa yang dia makan. Bagitahu dia ini ayam, itu ikan, sayur, telur, senduk, pinggan, cawan.
✔bila fayyadh tengah main, zaty akan take part at least 3-5 minit. Sambil fayyadh main, sambil zaty perhati dan buat cerita berdasarkan apa yang dia tengah main.
Contoh : Kereta fayyadh warna kuning. Kereta jalan laju sangat. Kereta langgar dinding. Kereta turun bukit. Sambil-sambil buat sound effect nak bagi jalan cerita tu jadi menarik.
3) Selalu bagi arahan dan buat aktiviti sama-sama dengan fayyadh.
✔suruh fayyadh ambil tuala, ambil kereta, letak baju dalam bakul. Everything yang mudah. Selagi fayyadh mampu buat, zaty akan suruh dia buat. Mula-mula satu arahan je.
✔Sekarang dah boleh bagi 2 arahan dalam satu masa. Contoh : Fayyadh, buka baju lepastu letak baju dalam bakul.
✔Buat aktiviti sama-sama. Sidai baju sama-sama, makan sama-sama, main educational toys sama-sama. Kalau banyak masa free, zaty buat aktiviti sampai habis dengan dia. Kalau tak sempat sangat, zaty ambil 3-5 minit join aktiviti yang dia buat.
zaty tak pernah letak apa-apa target kat fayyadh. Sebab zaty tak tahu sejauh mana keupayaan fayyadh nak atasi speech delay dia. Yang zaty tahu, hari-hari zaty kena usaha buat something untuk bantu fayyadh selesaikan masalah sensori dia.
In the same time zaty kena tambah dan tambah sebanyak yang boleh kosa kata (vocab) install masuk dalam otak fayyadh. Sebab tu sekarang mulut zaty lebih riuh-rendah kat rumah kalau nak banding dengan dulu. Always bercerita dan bertanya dengan fayyadh.
Kalau kalian ada anak yang senasib dengan fayyadh, pesan zaty satu je. Jangan sesekali kita putus asa. Kita buat training hari-hari dengan dia, walau nampak macam takde hasil, itu sebenarnya ilusi kita semata.
Teruskan latihan. Jangan berhenti. Kalau taknak stress, jangan letak apa-apa target pada anak. Just go with the flow. Sooner or later, dia akan tetap tunjukkan improvement yang bakal buatkan kita rasa sangattt kagum, bangga dan bersyukur yang teramat sangat.
Yang penting ada PROGRESS dan IMPROVEMENT dari anak kita.
Dengan 1 syarat mudah. Jangan “rasa-rasa” pasal perkembangan/masalah anak. Bila dah RED FLAG je, terus bawa anak jumpa pakar/therapist untuk screening dan diagnose apa masalah anak.
Diikuti pula dengan latihan berterusan (dengan panduan therapist) sama ada di pusat terapi atau di rumah. Last but not least, jangan lupa doa dan tawakal kita perlu sentiasa dihantar kepada Tuhan Raja sekalian alam.
Makan bersama anak memang mencabar, lagi-lagi situasi di restoran apabila makanan dah terhidang, perut mak ayah dah bekeroncong tetapi anak meragam nak berdirilah, nak memanjatlah, nak keluar dari kerusi bayi lah dan sebagainya. Memang pening kepala.
KERUGIAN ANAK MAKAN “DENGAN” GADGET
Alat paling mudah untuk mendiamkan anak adalah gadget. Ya, gadget memang memudahkan tetapi dalam masa yang sama amat merugikan anak. Nampak macam remeh, “Alaa makan je, sekejap sahaja”.
Tapi, cuma mak ayah muhasabah kembali. Dalam sehari-harian pergi kerja, balik kerja, makan, gosok baju, lipat baju, basuh baju, urus anak dan sebagainya, waktu bila yang sebetul-betulnya mak, ayah dan anak menghadap satu sama lain, bercakap dan berkomunikasi tanpa gangguan lain?
Ya, waktu makan.
Selalunya, waktu makan bersama keluarga (family meal time) adalah waktu paling banyak komunikasi antara satu sama lain disebabkan waktu lain masing-masing sibuk bekerja + gangguan tv dan gadget.
Kenapa saya kata rugi jika anak biasa makan dengan gadget, kerana waktu makan adalah waktu untuk anak belajar:
1. Makan.
Normal apabila anak memasuki fasa perkembangan emosi dan sosial “Autonomi vs Malu” (Psychosocial Development) semasa 18 bulan hingga 3 tahun, anak akan berminat nak belajar makan sendiri. Maka, waktu ini adalah fasa emas untuk mak ayah ajar anak skil makan dan minum.
Untuk belajar skil makan, anak perlu perhatikan cara mak ayah pegang sudu dan garfu, cara nak kaut makanan dan seterusnya anak cuba berlatih makan sendiri.
Bersepah dan comot itu normal. Selagi anak tak berlatih skil makan dengan belajar makan sendiri menggunakan sudu atau tangan, selagi itu anak akan makan bersepah. Belajar makan sendiri juga sama penting dengan belajar menulis ya.
Percayalah, anak akan rasa sangat happy bila dapat makan bersama mak ayah. (Walaupun bersepah)
2. Komunikasi.
Bila masuk bahagian komunikasi, ada banyak sangat komponen yang anak rugi bila makan dengan gadget. Gadget tak ajar komunikasi dua hala, anak cakap tapi gadget tak reply (melainkan cakap dengan talking tom).
Ada kajian dilakukan tentang kepentingan makan bersama keluarga (Importance of Family Mealtime) terbukti apabila anak makan bersama mak ayah tanpa gangguan (gadget, TV) membantu anak untuk belajar bersosial dan menjadi seorang yang hebat berkata-kata.
Jadi, sebenarnya waktu makan adalah waktu yang paling baik untuk anak belajar komunikasi dua hala, bahasa badan, ekspresi muka, intonasi suara dan sebagainya. Sayang sangat jika mak ayah tak guna waktu ini dengan sebaiknya.
3. Deria rasa.
Deria rasa anak yang baru mula makan (6 bulan keatas) sangat sensitif disebabkan deria ini adalah deria yang paling “kuat” bagi bayi. Jika dari awal anak dah diperkenalkan dengan gadget atau tv terutamanya waktu makan, hal ini akan menyebabkan anak tak fokus dengan rangsangan deria rasa yang diberikan sewaktu makan.
Kita yang dewasa pun bila tengok wayang sambil makan popcorn, kadang-kadang khusyuk sangat sehingga tak perasan dah makan 1 kotak popcorn. Apatah lagi anak yang masih kecil, bila kita berikan rangsangan visual dan bunyi semasa makan boleh menyebabkan anak tak fokus dengan rangsangan deria rasa dan bau. Sehingga deria rasa kenyang pun anak tak rasa.
Hal ini yang menyebabkan anak termakan lebih dari keperluannya (overeating) dan menyebabkan risiko obesiti di masa akan datang sekiranya menjadi habit anak
Tentang gadget + obesiti memang dah banyak kajian dilakukan, makan sambil tengok gadget memang terbukti menyebabkan risiko obesiti tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa.
Jadi, bagi mak ayah yang belum terjebak beri anak gadget semasa makan, elakkan dan elakkan sebelum ia jadi habit.
Kalau yang dah terjebak, jadikan gadget sebagai pilihan terakhir untuk menenangkan anak di meja makan. Cakap memang senang, tapi realitinya memang susah, ya saya faham
Terima kasih, sila SHARE sekiranya bermanfaat untuk diri dan orang lain.
Sumber:
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home TherapyKERUGIAN ANAK MAKAN “DENGAN” GADGET
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Selamat ulang tahun kelahiran yg kedua buat anakndaku tercinta! Syukur Ya Allah, antara salah satu nikmat rezekiMu yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.
“Bila dikurniakan zuriat yang sihat dan membesar dengan baik dan membahagiakan semua orang.
“Selama 4 tahun perkahwinan menanti dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat dan akhirnya Allah izinkan pada 29 Dec 2017 (Jumaat).
“Betapa gembiranya aku saat melihat dan menyambut sendiri zuriat yg aku nantikan selama ini. Subhanallah hanya Tuhan saja yg tahu perasaan aku ketika itu.
“Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang bapa yang aku impikan selama ini, melihat anak membesar depan mata sendiri adalah satu nikmat perjalanan hidup yang sangat bernilai dan moment yang terindah dalam hidup aku.
“Namun perancangan Allah itu adalah sebaik baik perancangan, 10 Julai 2019, dah tertulis jodoh aku dan Mawar berakhir disitu ketika Cik Yam berusia 1 tahun 6 bulan dan kami memilih untuk berasingan dan dari status suami isteri bertukar menjadi sahabat dan co-parenting kepada zuriat kami Cik Yam.
“Ye lah, tiada siapa pun yang inginkan perpisahan, tapi berlakunya dengan izin Allah dan semestinya Allah ada perancangan yang terbaik utk kami semua,” luahnya.
Selain itu, Fizo menyatakan tanggungjawab terhadap Maryam tidak pernah diabaikan malah sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang daripada kedua belah keluarga.
“Alhamduliilah Cik Yam membesar dengan baik dan mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada kedua-dua belah pihak.
“Cik Yam adalah seorang anak yang sangat bijak dan seolah olah dia memahami situasi Mama dan Daddy nya.
“Setiap kali tiba giliran untuk menjaganya, dia sangat memahami dan tiada masalah untuk bermalam dan tinggal bersama walaupun ketiadaan sebelah pihak. Syukur alhamdulillah.
“Aku yakin dan percaya dengan perancangan Allah yang akan memberikan yang terbaik kepada hambaNYA dan Dia juga akan menjaga dan mengatur segalanya yang terbaik untuk semua.
“Di hari lahir zuriat aku ini, aku hanya mampu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada bekas isteri @mawar_karim kerana pengorbanannya mengandung dan melahirkan zuriat aku.“Walau apa pun yg terjadi jasanya itu tetap aku hargai sampai bila bila.
“Tiada lain yg aku pinta, semoga Allah memelihara zuriat aku ini dan jadikanlah Cik Yam anak yang solehah, dan taat kepada kedua ibubapa, terutamanya ibu yang melahirkan kamu di dunia ini. Selamat Hari Lahir Cik Yam,” tulisnya lagi.
Jodoh Fizo dan Mawar putus di tengah jalan apabila pasangan itu bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup Fizo dan Mawar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Sumber: ig Fizo Omar & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.