Nak ambil hati isteri sebenarnya tidaklah sesusah mana. Faham apa yang mereka inginkan dan sentiasa ambil berat apa yang mereka lakukan setiap hari disamping membimbing dan menasihati setiap masa. Isteri sebenarnya inginkan perhatian dan bimbingan daripada kepimpinan yang sempurna.
Kalau isteri berkecil hati, ambil tahu dan tanya apa kemahuan isteri. Bukan ikut sahaja tetapi berbincang. Begitu juga jika isteri penat, suami kenalah membantu ringankan bebas isteri.
Cara yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew ini patut kita jadikan contoh. Bidadarinya masam lima minit pun Ustaz Ebit susah hati. Betapa pentingnya bagi beliau untuk menjaga hati isteri tercinta. Suami wajib contohi!
Ads
Sunnah Nabi saw balik dari mana-mana beri hadiah buat bidadari dan keluarga. Tadi balik dari Johor. Cepat-cepat wasap florist. Sampai KL terus ambil dan sorokkan dari bidadari saya.
Suka sangat walau kecil kejutan wat bidadari. Sebab bunga ni tak dapat bayar pun susah bidadari saya. Dunia ini sangat singkat tapi melihat bidadari saya tersenyum ubat bagi hati ini. Senyuman mak ayah. Senyuman bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini. Terima kasih Allah.
Ads
Melihat bidadari masam 5 saat jer saya susah hati. Berusaha dan fikir apa nak buat bahagiakannya. Kadang cuma video call or call dengar bidadari saya cerita. Itu jadi ubat buatnya. Saya susah hati bila bidadari cuma reply k.
Ads
Jangan memandang rendah kesedihan bidadari hidup kita. Mereka dah tak ada sesiapa dalam hidup mereka. Migrain demam urus rumahtangga dan anak-anak. Mereka setia ikhlas mencintai suami. Mereka perlu seseorang dengar mereka.
Sesekali buat kejutan walau sekuntum bunga atau mesej cinta yang ikhlas. Kongsi doa dan bimbing mereka dengan solat dan sunnah Nabi saw seharian. Biar mereka bina kekuatan dalam diri anak dengan iman. Happy Anniversary.
Sekecil apa pun yang berlaku kat anak, isteri mesti orang pertama yang akan perasan. Suami selalu yang terakhir. Ini lumrah dalam hidup mana-mana pasangan yang dah mempunyai anak.
Tapi bagi bapa yang jenis peka apa saja perubahan yang berlaku pada anak mesti dia juga cepat perasan.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai hebatnya naluri seorang ibu.
Semalam tangan aisy tersepit dalam ruangan penapis mesin pengering baju. Kecil je ruangan tu, boleh pula masuk tangan lepas keluar tak lepas. Aduh!
Cuba punya cuba akhirnya boleh juga keluar tangan motel dia tu. Menangis juga la masa tangan tersepit tu tapi bila dah dapat lepas dia ok main macam biasa.
Kita pun tak rasa apa-apa la. Tak nampak pun ada luka.
Dari semalam, saya yang jaga aisy sendiri. Dari pagi sampai malam saya yang mandikan, tidurkan tak nampak langsung ada luka ni.
Kalau nak di kira aktiviti dari semalam sudah 4 kali saya mandikan, 4 kali juga saya pakaikan baju, 2 kali saya tidurkan, jumlah keseluruhan 10 kali saya duk belek tangan dia tapi tak sekali pun perasan 3 kesan luka ni.
Isteri baru sekali pagi ni tidurkan aisy dah nampak,
” Bang kenapa tangan aisy ni luka? ”
Mulanya tak ingat, lama kelamaan baru teringat,
” Oh ni mungkin kesan tangan tersepit dalam mesin pengering baju ”
Macam mana isteri boleh nampak dulu sedang dari semalam kita yang urus anak.
Tak puas hati, saya pun tanya isteri.
” Macam mana boleh nampak luka tu? ”
Isteri pun menjawab,
” Ntah tergerak nak tengok ”
Menakjubkan! Hebatnya naluri seorang ibu.. inilah bukti kehebatan yang ada pada ibu dan tak ada pada seorang ayah.
Tak semena-mena sedang sedap makan hati boleh tergerak pula nak tengok tangan anak.
Tak semena-mena minda boleh beri arahan pada mata untuk tengok tangan bukan kaki.
Tak semena-mena emosi boleh terjentik untuk rasa risau akan keselamatan anak.
Betullah apa yang orang kata.
Perkataan yang keluar dari mulut ibu ini adalah satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku.
Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Oleh itu, bagaimana kita hormat dan dengar cakap pada ibu kita begitu juga kita kena didik anak-anak supaya hormat dan dengar pada ibu mereka.
Mohd Fhais
Jadi anak yang baik maka mudah jadi suami dan ayah yang baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ibu bapa dengan kehadiran bayi dalam hidup pastinya amat dinantikan pasangan berkahwin. Tetapi adakah anda bersedia dengan perubahan dalam kehidupan selepas mempunyai cahaya mata?
Kelahiran bayi dan dunia keibubapaan
Mungkin anda dan pasangan berasa sudah bersedia menerima kedatangan cahaya mata dalam fasa kehidupan. Tetapi percayalah dunia keibubapaan adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
Ya, si comel yang lahir pastinya memberikan kegembiraan pada anda. Namun dalam masa yang sama anda akan berasa dicabar, mampu membuatkan anda menangis dan pelbagai situasi lain.
Setiap mereka yang bergelar ibu bapa pasti akan mengalami perubahan dalam kehidupan. Sudah tentu ia berbeza daripada apa yang mungkin anda alami dan sentiasa menguji tahap kesabaran anda.
Perubahan dalam kehidupan selepas kelahiran bayi
Siapa yang tidak bahagia dengan kelahiran bayi, tetapi adakah anda bersedia berdepan perubahan dalam kehidupan yang selama ini mungkin aman dan teratur?
Berikut dikongsikan antara 9 perubahan dalam kehidupan yang pasti dialami oleh mereka yang memegang gelaran mommy daddy.
Masa anda berkaitan dengan si comel
Jika dahulu masa anda adalah dengan tugasan kerja dan pasangan, namun setelah mendapat cahaya mata, segalanya adakah berkenaan dengan si kecil.
Masa tidur si kecil yang baru lahir adalah 18 jam dan dalam tempoh itu adanya waktu untuk menyusu, menukar lampin dan pelbagai perkara lagi.
Bagi mereka yang baru bergelar ibu bapa, sudah tentu akan berasa sedikit tertekan dengan perubahan ini. Bersabarlah!
Biasanya selepas minggu pertama yang kelam kabut, anda sudah boleh menguruskan masa dengan lebih baik. Dont give up, mommies!
Menjadi ahli persatuan
Tahniah! Anda kini telah sah menjadi ahli persatuan kelab keibubapaan. Jangan pelik jika mungkin ketika di taman, ada yang bertanyakan tentang bayi anda atau mungkin bos anda turut ingin mengetahui keadaan si manja.
Anda mungkin akan melihat pelbagai gaya keibubapaan, namun usah terikut dengan orang lain.
Pilih gaya yang sesuai buat anda dan pasangan. Lama-kelamaan anda pasti akan dapat membangunkan 1 gaya keibubapaan yang sesuai dengan jiwa anda berdua.
Perubahan dalam hubungan
Sudah tentu dengan kelahiran bayi, akan berlaku perubahan dalam hubungan anda dan pasangan. Pasti akan wujud rasa seperti dipinggirkan jika pasangan anda lebih banyak meluangkan masa dengan si kecil.
Anda mungkin berasakan ia sesuatu yang normal, apatah lagi kerana si kecil sudah tentu memerlukan lebih perhatian berbanding pasangan. Tetapi untuk jangka masa panjang, ia boleh memberikan impak yang tidak sihat.
Maka pastikan anda berdua tetap meluangkan masa bersama. Mungkin pada ketika si manja sudah nyenyak tidur, anda boleh duduk berbual bersama sambil menikmati minuman coklat panas. Itu pun sudah mencukupi.
Syif malam
Pasti anda pernah mendengar nasihat supaya anda tidur sepuas-puasnya sebelum bayi anda lahir dan percayalah itu adalah nasihat yang perlu anda ikuti. Kenapa?
Sebaik sahaja si comel dilahirkan, usah berangan untuk mendapat tidur malam yang nyenyak tanpa gangguan. Usah risau, ia bukan 1 perkara yang akan kekal.
Biasanya selepas si kecil dapat membiasakan diri dengan persekitaran, tidur malam anda menjadi lebih baik.
Pada waktu siang, usah cuba melakukan sebarang tugasan rumah ketika si comel sedang tidur. Gunakan masa ini untuk berehat dan berbaring. Penting untuk anda mendapatkan waktu rehat yang mencukupi.
Kunjungan tetamu
Berita kehadiran si comel pastinya akan mengundang kunjungan tetamu ke rumah anda. Pastinya mereka mahu melihat bayi anda dan akan ada banyak perkongsian cerita tentang bagaimana mereka membesarkan anak mereka.
Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan tetamu anda sihat dan mencuci tangan sebelum memegang si kecil. Usah pedulikan anggapan individu tentang permintaan anda itu kerana ia adalah untuk keselamatan si kecil juga.
Jika anda berasa penat, ketahuilah anda boleh untuk mengatakan tidak dan meminta tetamu untuk berkunjung pada masa yang lain. Jangan sehingga anda tertekan dengan kehadiran tetamu.
Dapatkan bantuan
Bergelar ibu selepas kelahiran bayi tidak bermakna segala tanggungjawab membesar dan menjaganyal tergalas di bahu anda sahaja. Tetapi ia adalah tanggungjawab bersama.
Jangan malu untuk meminta bantuan pasangan anda menjaga si kecil bila diperlukan. Sekiranya anda adalah ibu atau bapa tunggal, mintalah bantuan daripada ahli keluarga terdekat atau rakan baik anda.
Rasa bersalah adalah normal
Setiap ibu bapa pasti mahu menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun adakalanya anda merindui kehidupan masa bujang atau sebelum bergelar parents. Aduh….rasa bersalah pula.
Bertenang dan usah bimbang kerana anda tidak keseorangan. Apa yang anda alami adalah 1 perkara normal untuk mempunyai keinginan berehat daripada menjaga bayi. Ia bukan bermakna anda tidak sayangkan anak.
Kesilapan? Tidak mengapa
Dalam dunia realiti, peraturan keibubapaan adalah mudah, iaitu lakukan apa yang berkesan. Anda tidak perlu mengikut peraturan yang tidak memberi kesan kepada anda.
Jika anak anda lebih mudah tidur sambil menyusu, biarkan sahaja. Selagi ia tidak mendatangkan bahaya kepadanya. Jika wujud sebarang kemusykilan, terus tanyakan kepada pakar dan bukan merujuk kepada Dr Google semata-mata.
Tiada lagi privasi
Selepas anda mempunyai anak, usah berangan untuk mempunyai masa bersendirian di dalam bilik air. Anda akan mempunyai teman bilik air yang setia.
Sama ada anda atau pasangan perlu bersedia dengan kehadiran penonton. Jangan marahkan mereka, ini adalah masa mereka mempelajari tentang penggunaan bilik air. Jadi tunjukkan contoh yang baik!
Bersedia alami perubahan
Kehadiran dan kelahiran bayi pastinya akan mengubah kehidupan anda dan pasangan. Tetapi anggaplah ia sebagai 1 pengalaman yang tidak ternilai dan hargailah setiap detik-detik bersama si manja.
Tiada istilah ibu bapa yang sempurna dalam dunia keibubapaan. Selagi anda berasakan apa yang anda lakukan adalah terbaik untuk si kecil, teruskanlah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Dazrin Kamarudin dan isteri, Fazulin baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata lelaki 3 bulan lepas. Nama putera sulung mereka ialah Dasuki yang membawa maksud cahayaku keindahanku.
Bagi sesetengah ibu bapa, mereka tidak suka anak mereka terdedah dengan orang ramai, malah tidak suka ramai yang memegang anak tersebut. Lain pula dengan Champion Fear Factor ini, Dazrin menjelaskan bahawa dia tidak kisah jika orang ramai ingin memegang anaknya.
“Bagi saya, tiada masalah untuk sesiapa sahaja pegang anak saya. Sebab lumrah orang akan datang untuk pegang baby, Cuma kalau mereka tak sihat saya nasihat kan dia suapaya tak pegang dasuki. Saya nak Dasuki biasa dengan orang ramai.”
“Tapi sebelum pegang Dasuki, saya akan pastikan kalau ada yang kotor kita nasihatkan dia bersihkan tangan, sebab baby mudah terkena jangkitan. Kalau dia tak sihat kita akan avoidkan Dasuki daripada terdedah dengan persekitaran.”
“Dasuki akan lebih banyak berehat di rumah dan kita tak akan bawa dia keluar sehingga dia sihat. Sebab sekarang banyak penyakit-penyakit yang bahaya untuk kanak-kanak. Jika membahayakan kesihatan anak, kami akan elakkan.”
“Saya biasakan Dasuki dengan orang ramai sebab saya memang sentiasa akan bawa Dasuki ketika saya bekerja. Saya akan bawa isteri, pembantu dan Dasuki sekali ke mana saja kami pergi. Jadi Dasuki perlu biasa dengan keadaan ini.”
“Kadang-kadang kerja saya memerlukan isteri dan anak bersama. Kami banyak memenuhi jemputan ke majlis-majlis terbuka. Jadi saya akan bawa mereka bersama ke majlis tersebut. Dasuki pun sangat baik dan selesa dengan orang ramai. Sesiapa saja boleh pegang Dasuki. Saya dan Faz tidak akan halang.”
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.