Perkongsian video anak kepada pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae yang dimuat bapanya mendapat pujian ramai.
Jika sebelum ini Rina tampil dengan video mukbang ketika makan namun video Rina yang menguruskan dirinya sendiri kita sedang makan dipuji wargamaya.
Aksi dan gelagat Rina yang mengemas ketika baru selesai makan itu dikongsikan oleh bapanya melalui kamera CCTV rumah mereka.
Apa yang menariknya pastinya sifat berdikari Rina yang bukan hanya membersihkan makanannya bahkan mengelap meja malah turut membawa pinggan makanannya ke dapur.
“Dah boleh cari rumah sendiri,” tulis Ryzal menerusi kapsyennya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kerenah Rina yang dianggap bijak walaupun baru berusia tiga tahun.
Warganet turut memuji cara didikan Ryzal dan Maryam sehingga menjadikan Rina menjadi anak yang disiplin dan pandai berdikari.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Dalam dunia keibubapaan moden, bila sebut tentang Sindrom Asperger, ramai ibu bapa terus terbayang anak yang tidak pandai bercakap, suka menyendiri atau sukar dikawal emosi. Tapi tahukah anda, spektrum autism itu sangat luas?
Di hujung spektrum itu, ada satu kategori yang dipanggil Sindrom Asperger iaitu sejenis high-functioning autism yang sering disalah anggap sebagai “anak pelik” atau “anak terlalu genius tapi tak pandai berkawan”.
Kanak-kanak dengan sindrom ini memiliki tahap intelektual normal atau tinggi, namun berbeza dari segi cara berkomunikasi, memahami emosi orang lain dan menyesuaikan diri dalam situasi sosial.
Bagi ibu ayah yang ada anak kecil (usia 0–6 tahun), tanda-tanda Sindrom Asperger kadang nampak halus dan mudah terlepas pandang. Antara ciri yang boleh diperhatikan ialah:
Walaupun begitu, anak dengan Sindrom Asperger sebenarnya mempunyai kelebihan luar biasa — daya fokus tinggi, pemikiran logik yang tajam dan kebolehan menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif. Mereka cuma melihat dunia dengan perspektif yang berbeza.
Salah satu contoh terbaik ialah Greta Thunberg, gadis dari Sweden yang kini dikenali di seluruh dunia kerana perjuangannya menyelamatkan bumi. Greta ialah seorang aktivis alam sekitar dan juga ahli pasukan Global Sumud Flotilla (GSF) kumpulan aktivis antarabangsa yang lantang memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan untuk Palestin.
Greta didiagnosis dengan Sindrom Asperger sewaktu remaja. Dia sendiri mengakui, sindrom itu bukan kelemahan malah disebut sebagai “superpower” yang memberinya keupayaan fokus tinggi dan kejujuran mutlak terhadap kebenaran.
Bagi Greta, dia tidak mampu berpura-pura. Bila dia nampak ketidakadilan atau kemusnahan alam, dia bercakap dan bertindak tanpa peduli pandangan orang lain. Keberaniannya membuktikan bahawa autisme bukan penghalang untuk mencipta perubahan besar.
Baru berusia 15 tahun, namun nama Muhammad Umair Alwi Shahrul Nizam mula tular apabila menyatakan hasrat untuk menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.
Menurut laporan Harian Metro, di sebalik wajah tenangnya, Umair sebenarnya menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD) tahap ringan serta ADHD namun dalam masa sama mempunyai IQ yang tinggi.
Ibunya, Fatimah Muzaffar, berkongsi bahawa Umair sudah menunjukkan tanda luar biasa sejak kecil. Pada usia dua tahun, dia mampu menyusun ratusan kepingan puzzle, dan ketika empat tahun, minatnya terhadap astronomi mula terserlah.
Bukan itu saja, Umair pernah menjuarai pelbagai pertandingan dan menghasilkan lukisan 3D menggunakan teknologi komputer, dimuat naik ke YouTube hingga menjana pendapatan sendiri. Namun, yang paling menyentuh hati ialah cara dia menggunakan pendapatan itu untuk tujuan amal disalurkan kepada NGO antarabangsa bagi membantu penduduk Gaza.
Ibunya menceritakan, baru-baru ini Umair meluahkan rasa kagum melihat aktivis GSF termasuk Greta Thunberg yang berani ke Palestin. Apabila ditanya, “Kalau Umair diberi peluang, nak pergi ke Gaza tak?” Umair menjawab, “Nak.”
Lalu ibunya bertanya lagi, “Umair tak takut mati?” Jawapan Umair tenang, tapi menikam kalbu: “Tak.”
Menurut ibunya, anak autistik seperti Umair ini hatinya lurus, polos dan tidak terikat dengan cinta dunia. Dia tidak mengimpikan barangan mewah, malah hasil pendapatannya banyak disalurkan kepada adik-adik dan kerja amal.
Fatimah akui reda sekiranya suatu masa nanti anaknya memilih untuk syahid di jalan Allah.
Kisah Umair dan Greta mengajar kita satu perkara penting — bahawa setiap anak dilahirkan dengan potensi tersendiri. Sebagai ibu ayah, kita perlu belajar melihat di sebalik ‘kelainan’ itu dan bantu anak menyerlahkan keistimewaan mereka.
Berikut beberapa tip berguna untuk ibu bapa yang mungkin sedang membesarkan anak dengan ciri Sindrom Asperger:
myata, setiap anak adalah istimewa, cuma cara mereka menzahirkan potensi itu berbeza. Kadang-kadang, anak yang kelihatan “lain” itulah yang mampu ubah dunia dengan cara mereka sendiri.
Greta melawan demi bumi. Umair berjuang demi Gaza. Dan mungkin, anak kecil di rumah anda juga sedang membina kekuatan yang belum kita nampak hari ini. Yang penting lihat dengan mata kasih, bukan mata perbandingan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umur baru 2 tahun, Noah Ariz sudah hafal sifir 1 hingga 10. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tiga bulan mengejutkan ramai apabila berjaya menghafal sifir dari satu hingga 10 secara spontan dan lancar, tanpa sebarang pendedahan awal kepada bahan pembelajaran formal.
Ibunya, Najwa Abd Ghafar, 34 tahun, yang merupakan pensyarah Sains Komputer di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor, berkata bakat luar biasa anaknya, Noah Ariz Amirul Mukminin, mula dikesan seawal usia satu tahun lima bulan apabila anak kecil itu menunjukkan minat yang mendalam terhadap nombor serta pola kiraan.
“Ketika itu, dia sering menyebut nombor dan dapat mengingati urutan dengan sangat baik. Apa yang mengejutkan, beberapa minggu sebelum Aidilfitri, saya terdengar dia membaca sifir dua secara lancar dalam kereta,” kata Najwa.
Menurutnya lagi, pada ketika itu Noah sedang duduk bersamanya dalam kereta dan tiba-tiba menyebut sifir dua hingga habis, satu tindakan yang langsung tidak dijangka.
Kini, Noah mampu menghafal semua sifir dari satu hingga 10 dengan lancar, dan pencapaian ini datang tanpa paksaan atau latihan rasmi daripada ibu bapanya.
Najwa yang tinggal di Seri Kembangan, Selangor, berkata bahawa kebolehan anaknya itu timbul secara semula jadi. Malah, pada peringkat awal, mereka tidak mendedahkan Noah kepada animasi pembelajaran. Namun setelah menyedari potensi yang dimilikinya, Najwa mula memperkenalkan pelbagai bahan bantu belajar seperti kad imbas, buku, permainan berkaitan pengiraan dan kartun pendidikan seperti ‘Number Blocks’.
“Saya tak pernah paksa dia belajar. Kalau saya sebut nombor dan dia ikut serta, itu tandanya dia berminat. Tapi kalau dia tidak respon, saya biarkan saja. Pembelajaran berlaku melalui permainan dan aktiviti harian,” katanya.
Ketika ditanya mengenai amalan ketika hamil, Najwa menjelaskan bahawa tiada sebarang rutin istimewa diamalkan. Namun, pada masa itu beliau sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD dalam bidang Sains Komputer yang banyak melibatkan pembacaan dan penulisan akademik. Beliau berpendapat aktiviti tersebut mungkin secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan awal anaknya.
Dari segi pemakanan pula, Noah kurang menggemari makanan manis dan lebih cenderung kepada buah-buahan. Najwa juga berusaha mengelakkan pemberian makanan tidak sihat kepada anaknya.
Walaupun Noah menunjukkan keistimewaan dalam bidang matematik, Najwa dan suaminya belum membuat sebarang perancangan konkrit mengenai masa depan anak mereka. Buat masa ini, mereka lebih selesa memantau minat dan kebolehan Noah secara semula jadi.
“Setiap anak ada kelebihan tersendiri. Bagi kami, apa yang penting adalah menyokong minat Noah supaya dia dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan tanpa tekanan,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Kunci bahagia dalam rumah tangga sudah pastinya adalah saling mengambil berat dan paling penting pastinya tanggungjawab dan amanah buat pasangan dilaksanakan dengan sebaiknya. Penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid turut berkongsi tip rumah tangga malah menitipkan pesanan khas buat para suami.
Menurut perkongsian Ustaz Don di Instagramnya, keperluan seorang isteri haruslah dipenuhi terlebih dahulu kerana ia kewajipan seorang suami. Dan adakalanya suami tidak perasaan dalam hal sebegini.
Inilah yang dikongsikan oleh bapa kepada empat cahaya mata ini lagi. Jom ikuti pesanan beliau.
4 KEPERLUAN ISTERI YANG PERLU DIPENUHI DAN RAMAI SUAMI TAK PERASAN
1-Keperluan fizikal Ini asas. Rumah, pakaian, makan minum dan kebajikan. Tidak perlu mewah, mencukup sekadar ada sehingga membuatkan isteri rasa selamat, selesa, tenang dan tenteram.
2-Keperluan akal Merujuk kepada ilmu pengetahuan. Isteri perlu dididik dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu agama. Kalau suami tidak dapat mengajar sendiri, berilah izin atau galakan kepada isteri untuk hadir ke majlis ilmu, daftarkan ke mana-mana seminar untuk dia menambah ilmu.
3-Keperluan emosi Ini merujuk kepada mengisi tangki emosi isteri dengan memberi kasih sayang sewajarnya, memberi perhatian, menjadi pendengar yang baik, tidak membebani isteri dengan kerja rumah, bertolak ansur dengan kepenatannya, sama-sama menguruskan anak-anak.
4-Keperluan mental Antara keperluan mental adalah dalam bentuk sokongan perasaan, pemahaman situasi, kebersamaan dikala ada tekanan dan meredakan kebimbangan isteri dengan apa jua ketakutan yang dia hadapi.
Dan paling penting dalam keperluan mental adalah keperluan untuk meraikan. Meraikan apa? Meraikan hari istimewa yang ada kaitan dengan isteri termasuklah meraikannya sempena Hari Wanita pada bulan Mac ini.
Jadi kepada para suami, atau sesiapa sahaja, sentiasa ambillah peluang untuk meraikan pasangan kita, kawan kita atau diri sendiri.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.