Perkongsian video anak kepada pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae yang dimuat bapanya mendapat pujian ramai.
Jika sebelum ini Rina tampil dengan video mukbang ketika makan namun video Rina yang menguruskan dirinya sendiri kita sedang makan dipuji wargamaya.
Aksi dan gelagat Rina yang mengemas ketika baru selesai makan itu dikongsikan oleh bapanya melalui kamera CCTV rumah mereka.
Apa yang menariknya pastinya sifat berdikari Rina yang bukan hanya membersihkan makanannya bahkan mengelap meja malah turut membawa pinggan makanannya ke dapur.
“Dah boleh cari rumah sendiri,” tulis Ryzal menerusi kapsyennya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kerenah Rina yang dianggap bijak walaupun baru berusia tiga tahun.
Warganet turut memuji cara didikan Ryzal dan Maryam sehingga menjadikan Rina menjadi anak yang disiplin dan pandai berdikari.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Setiap ibu bapa tentu mengimpikan anak belajar dalam persekitaran sekolah yang selamat, selesa dan mampu membantu mereka berkembang secara menyeluruh. Bukan sekadar mengejar keputusan akademik, sekolah juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, emosi, keyakinan serta kesejahteraan anak-anak.
Bermula minggu depan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Program Reformasi Sekolah bagi melonjakkan mutu pendidikan negara melalui perubahan budaya, ekosistem dan tahap profesionalisme seluruh warga sekolah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, menerusi program berkenaan, sebanyak 10 sekolah di setiap daerah akan dipilih sebagai projek rintis bagi mengangkat mutu pendidikan serta meningkatkan kemenjadian murid.
Menurut beliau, setiap daerah akan memilih lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah untuk dibangunkan sebagai sekolah terbaik di daerah masing-masing.
Setiap sekolah yang terpilih juga berpeluang menerima peruntukan sehingga RM100,000 bagi melaksanakan pelbagai inisiatif pembaharuan berdasarkan keperluan dan perancangan sekolah masing-masing.
“Setiap daerah akan mengangkat 10 sekolah, iaitu lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah yang harus menjadi sekolah terbaik di daerah masing-masing.
“Saya sudah melalui beberapa sesi bersama sekolah-sekolah ini dan nampaknya masing-masing cukup bersemangat kerana tawaran kita adalah sehingga RM100,000 bagi setiap sekolah untuk melakukan pelbagai perubahan dan reformasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Fadhlina menegaskan bahawa reformasi sekolah bukan sekadar melibatkan usaha menaik taraf kemudahan fizikal atau menambah teknologi baharu di dalam bilik darjah.
Sebaliknya, reformasi sebenar memerlukan perubahan menyeluruh terhadap budaya kerja, pemikiran, kaedah pengajaran serta cara seluruh warga sekolah bekerjasama dalam membangunkan potensi murid.
“Reformasi ini tidak boleh ambil jalan singkat. Contohnya, memasang pendingin hawa di semua sekolah atau meletakkan papan pintar di setiap kelas, itu bukan reformasi.
“Reformasi ialah perubahan budaya, perubahan ekosistem dan perubahan mentaliti yang harus digarap oleh seluruh warga sekolah untuk menaikkan martabat sekolah menjadi sekolah terbaik,” katanya.
Beliau berkata, usaha reformasi berkenaan turut merangkumi pembaharuan dalam kaedah pengajaran, pemerkasaan kesejahteraan mental warga sekolah, penyelesaian isu buli serta memastikan kebajikan seluruh komuniti sekolah terus diperkukuhkan.
Bagi ibu bapa, pembaharuan seperti ini amat penting kerana pengalaman anak di sekolah bukan hanya bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Persekitaran yang positif, hubungan baik antara guru dan murid serta budaya sekolah yang sihat turut mempengaruhi emosi, keyakinan dan minat anak untuk belajar.
Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti pendidikan negara secara mampan melalui penglibatan aktif guru, pentadbir, murid, ibu bapa serta komuniti setempat.
Dalam pada itu, Fadhlina turut merakamkan penghargaan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian susulan pelancaran Garis Panduan Sekolah Selamat dan Polisi Perlindungan Murid.
Menurut beliau, garis panduan komprehensif berkenaan merupakan antara usaha penting dalam meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan sekolah, selain memastikan hak dan kebajikan murid sentiasa diberikan keutamaan.
“Kita tidak mahu sekolah dari segi keselamatan, guru-guru kita terus dipersoal, anak-anak kita terus dipinggirkan apabila kita bercakap soal kepercayaan masyarakat terhadap sekolah kita.
“Sebab itu garis panduan ini adalah garis panduan yang komprehensif meliputi semua isu di sekolah,” katanya.
Pelaksanaan garis panduan ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah menangani pelbagai isu dengan lebih tersusun, termasuk keselamatan fizikal murid, kes buli, gangguan, kecuaian serta perkara yang boleh menjejaskan emosi dan kesejahteraan anak-anak.
Bagi ibu bapa, sekolah yang terbaik bukan hanya sekolah yang mencatatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Sekolah juga perlu menjadi tempat anak berasa selamat, dihargai, dilindungi dan diberikan ruang untuk berkembang mengikut potensi masing-masing.
Melalui Program Reformasi Sekolah ini, ibu bapa pastinya berharap perubahan yang dirancang benar-benar dapat dirasai oleh murid, bukan hanya berlaku di atas kertas. Peruntukan yang diterima juga diharapkan dapat digunakan secara berkesan untuk membina persekitaran pendidikan yang lebih baik, selamat dan menyokong perkembangan anak secara menyeluruh.
Kehidupan bergelar seorang ibu ternyata banyak merubah diri pelakon dan pengacara paling ceria, Ain Edruce secara totalnya.
Lebih-lebih lagi kini cahaya mata sulungnya, Soraya sudah semakin membesar dan sudah pun ke sekolah. Keletah cilik Soraya yang kini berusia tiga tahun itu semakin memperlihatkan daya kelasakkannya.
Berkongsi cerita mengenai perjalanannya menjadi seorang ibu, Ain yang turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial yang diserikan oleh susu kambing Karihome meluahkan rasa bahagia dan nikmatnya kehidupan bergelar ibu.
Walaupun pernah hilang dan tenggelam dalam diri sendiri kerana terlalu asyik memberi focus kepada buah hatinya di awal kelahiran Soraya, Ain kini bagaimana pun makin bijak memperuntukkan waktu buat dirinya sendiri.
“Perubahan tu lebih kepada waktu untuk kepada diri sendiri. Bila dah ada Soraya agak kelam kabut sikit sebab tak biasa dengan kehidupan baru.
“Masa mula-mula dulu Ain pernah rasa stress sebab tak ada masa langsung untuk diri sendiri. Almost rasa macam hilang diri sendiri, sebab lebih kepada nak jadi ibu.
“Tapi nasib baik ada suami yang sangat supportive. Tiap kali dia nampak Ain penat sangat, dia minta Ain berehat, pergi jogging dan sebagainya macam Ain pernah buat dulu.
“Cara Ain lepas adanya Soraya kalau nampak dia tidur, Ain cepat-cepat cari waktu untuk diri sendiri,” kata Ain berkongsi sisi keibuannya.
Ceria bertambah bila ada Soraya
Namun perubahan paling nyata kata Ain, jika dulu hanya dia menceriakan suasana di rumah tapi kini watak utama itu sudah pun terisi dan diambil oleh Soraya yang rupanya sama keletah gila-gila seperti ibunya.
Tidak hairanlah Soraya kini bukan hanya menjadi penyeri buatnya dan suami bahkan penceria suasana ketika berada di rumah.
“Sejak ada Soraya rumah Ain tak pernah senyap. Sebelum ini Ain lah yang akan jadi badut dalam rumah tapi sejak ada Soraya dia ambil alih tugasan itu. Rumah Ain memang sangat ceria,” tambahnya.
Berkongsi karektor Soraya yang kini semakin membesar, akui Ain, Soraya boleh dikatakan meniru
“Soraya macam perangai Ain sikit. Tapi dulu sebelum sekolah dia seorang yang sangat pemalu tapi bila sudah sekolah ini dia berubah dan boleh nampak perbezaan dekat dia sebab sudah pandai bersosial dengan kawan-kawan.
“Macam mana orang tengok Ain, macam itulah juga perangai Soraya. Sebiji photostat, tak ada yang kurang,” tambahnya lagi.
Pengalaman buat Ain berjaga-jaga
Peristiwa Soraya yang terkena serangan sawan benar-benar meninggalkan kesan mendalam pada selebriti ceria ini sehingga dia kini sentiasa berjaga-jaga lebih-lebih lagi bila Soraya demam.
“Ain sebenarnya sedih sangat waktu itu sebab tengah kerja. Lagi pula pagi sebelum Soraya terkena sawan Ain sebenarnya ada cakap pasal sawan ini dengan suami. Instinct seorang ibu.
“Sehingga kini pun Ain dan suami sentiasa berjaga-jaga kalau Soraya demam. Pengalaman ini mengajar Ain dan suami,” luahnya lagi.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.