“Biji Kembang Semangkuk Wajib Ada Di Rumah” Rasa Macam Air Masak, Batuk Anak Cepat Sembuh

Share

Biji kembang semangkuk ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina sebagai penyejuk dan turut digunakan untuk merawat masalah berkaitan gastrousus serta memberi kelegaan kepada ketidakselesaan tekak.

Keajaiban tumbuhan ini adalah apabila direndamkan di dalam air, ia akan mengembang hingga 8x ganda dan membentuk jisim agar-agar berbentuk tidak sekata yang berwarna coklat kemerahan.

Menurut perubatan tradisional Cina, penggunaan Malva nut adalah untuk:

  • Mengeluarkan haba daripada paru-paru
  • Mengubati sakit tekak
  • Menangani ketoksikan
  • Menenangkan usus

Jadi bagi mereka yang mengalami gejala seperti suara serak, batuk kering, sakit dan tekak kering kerana haba panas dalam paru-paru, sembelit, sakit kepala dan mata merah, disarankan mengambil kembang semangkuk.

Al Fateh batuk.

Tokmi (mak mentua saya) pernah berpesan, minum air rendaman kembang semangkuk ni bagus untuk minum waktu batuk atau gatal tekak.

Kaedah ini merupakan kaedah perubatan tradisional Cina.

Memang kami selalu pastikan stok biji kembang semangkuk ini sentiasa ada di rumah supaya air rendamannya boleh diminum bila-bila masa.

Kebiasaannya, saya akan rendamkan biji kembang semangkuk dengan air panas dalam cawan dan campurkan dengan air masak biasa ke dalam botol.

 

Bila direndam, saiznya akan mengembang sehingga 8 kali ganda dan ianya akan mengembang menjadi seperti jelly.

Anak-anak saya sebut air jelly. Hehe.

Rasa dan baunya okay saja, lebih kurang rasa dan bau air masak. Insya-Allah mudah nak suruh budak-budak ni minum.

Nisbah air rendaman adalah: 1 biji kembang semangkuk : 1 air botol besar

Lebih menarik lagi, antara manfaat lain yang ada pada air rendaman kembang semangkuk ini adalah ianya juga bagus untuk masalah sembelit.

Kan bagus kalau saya tahu kebaikan yang satu ini waktu Al Fateh sembelit masa umur setahun lebih dulu.


Biasalah, bila tengok anak menangis ni mak dia pun ikut menangis sama. Haha.

Biji kembang semangkuk ini saya beli di Giant semalam, boleh cuba sebagai remedi untuk rawat anak-anak yang batuk nanti.

Kredit:Syahida Nasution

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN