bf guna

Mimpi ngeri buat seorang ibu yang menyusu badan adalah apabila si kecil sudah mula tumbuh gigi. Dalam fasa ini, bayi cenderung untuk mengalami gatal gusi dan gemar ‘mengasah’ giginya. Salah satu caranya dengan menggigit puting payudara ibu.

Apakah cara yang boleh dibuat sekiranya masalah ini berlaku? Sakit memang sakit, tapi ibu harus bertenang dan lakukan beberapa perkara ini untuk memujuk byi supaya ‘melepaskan’ puting payudara anda.

Ikuti perkongsian dari Kanselor Laktasi, Syafawati Noorhafizah, tentang cara terbaik untuk melakukannya.

Bila Ada 3-4 Batang Gigi, Ibu Rasa Nervous Waktu BF. Bayi Suka ‘Mengasah’!

Bayi Suka Menggigit! Apa Nak Buat?

1. Jangan menjerit

Apabila ibu menjerit saat digigit, bayi menyangkakan bahawa ibunya seronok seolah-olah sedang bermain. Jadi bayi tidak merasakan perbuatan itu adalah salah malah menyeronokkan.

Di situasi lain pula, apabila ibu menjerit bayi akan merasa terkejut seperti telah dimarahi oleh ibunya. Ini boleh membuatkan bayi merajuk dan trauma untuk menyusu lagi.
Jadi, sekiranya digigit perkara pertama ibu perlu ingat adalah supaya jangan menjerit.

Artikel Lain: [Tak Ada Susu Badan, Tapi Suami Boleh Bantu Isteri BF. Urut Sikit Pun Dah Rasa Syok!]

2. Slow talk

Melalui penyusuan susu ibu, bonding antara ibu dan bayi sangat kuat. Gunakan kelebihan ini untuk slow talk dengan bayi. Beritahu mereka kenapa tidak boleh menggigit. Gunakan emosi ibu kerana ia boleh sampai kepada bayi juga. Pandang ke mata bayi dan luahkan apa yang ibu rasa.

Seperti contoh; kesian mummy sakit kena gigit, tak sayang mummy ye? Kalau mummy sakit nanti macam mana nak menyusukan baby?

Bila Ada 3-4 Batang Gigi, Ibu Rasa Nervous Waktu BF. Bayi Suka ‘Mengasah’!

IKLAN

3. Picit hidung

Sejurus bayi menggigit, ibu terus picit hidung bayi.
Apabila ibu berbuat demikian, bayi tidak dapat bernafas melalui hidungnya dan secara automatik bayi akan melepaskan gigitan di dalam mulut untuk bernafas.

4. Alihkan perhatian

Selalunya ibu sudah boleh mengagak tanda-tanda bayi hendak mengigit.
Jadi ibu boleh cuba alihkan perhatian bayi pada masa itu.

Contohnya; ibu bermain dengan membelai2 tangan bayi, ibu bercerita pada bayi.

5. Demo rasa sakit

Ibu juga boleh demo pada bayi bagaimana rasa sakit akibat digigit supaya bayi juga faham kenapa tidak boleh menggigit.

Contohnya; ibu menggigit manja jari bayi.

IKLAN

Artikel Lain: [Misi Buat Stok & 2 Tahun penyusuan. Ibu Ini Kongsi Petuanya. Senang Sangat!]

6. Berhenti

Jalan terakhir jika bayi masih menggigit, hentikan sesi penyusuan.
Ibu boleh gunakan jari kelingking untuk keluarkan nipple dari mulut bayi.
Dan seterusnya memulakan semula proses penyusuan sekali lagi.

Bila Ada 3-4 Batang Gigi, Ibu Rasa Nervous Waktu BF. Bayi Suka ‘Mengasah’!

Selain tip yang diberikan seperti di atas, ada beberapa cara lain yang mungkin membantu para ibu berdepan dengan tabiat anak suka menggigit sewaktu menyusu. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda pratikkan:

1. KETAHUI PUNCA

Kenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan bayi suka menggigit. Salah satu kemungkinan yang boleh diandaikan ialah bayi berasa kecewa kesan daripada gagal memperoleh susu seperti yang diingininya. Sekiranya itu adalah puncanya, anda perlu merangsang payudara agar aliran susu adalah lancar bagi memenuhi keperluan bayi.

IKLAN

Dalam usaha melancarkan aliran susu, apa yang boleh anda lakukan ialah menuam payudara menggunakan tuala yang telah direndam ke dalam air suam terlebih dahulu. Pada masa yang sama lakukan urutan khas payudara.

2. BERALIH PAYUDARA

Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan mengalihkan bayi daripada payu
dara yang sedang digigitnya kepada payu dara yang lainnya. Lakukannya secara perlahan-lahan agar ia tidak mendatangkan kecederaan kepada puting.

Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh membiarkan bayi buat seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.

3. SELESAKAN POSISI

Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benar-benar memberikan keselesaan kepada
bayi dan diri anda juga.

Jika anda mendapati bayi kelihatan tidak selesa dengan posisi yang diguna pakai, segera ubah posisi lain agar ia tidak sesekali mengganggu proses penyusuan yang sedang
Berlangsung.

4. LERAIKAN DENGAN JARI

Apabila anda seakan-akan mahu menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payu dara. Namun, anda diingatkan agar tidak meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari kelingking terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting yang sekaligus mengurangkan rasa sakit akibat puting yang melecet.

5. GIGIT SESUATU

Berikan bayi alat-alat lain untuk dia gigit. Contoh terbaik ialah teether. Paling tidak pun tuala kecil yang telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat-alat seperti ini amat berguna kerana ia boleh digunakan untuk memenuhi keinginan bayi menggigit.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI