Bila ada adik baru, si abang mula lah jealous kan. Kadang-kadang anak masih belum faham, mereka rasakan ibu memberikan perhatian lebih kepada baby baru dan mereka rasa terabai. Tapi bayi yang baru lahir memang perlukan lebih perhatian dari si ibu. Pengalaman ini dikongsi oleh blogger terkenal, Irine Nadia di Instagramnya.
Abg Umar. Dia sayang adik dia, selalu datang dalam bilik belai-belai, cium-cium baby, tapi tu laa jeles. Macam kakak-kakak dia steady je dan dulu kakak dia dapat adik tak lah sampai macamni. Haha. Oh anak terunaku .
Umar masih menyusu lagi dgn ibu, rutin dia setiap malam sebelum dapat adik, lepas dia dah habis main, dah letih terus masuk bilik ajak ibu tido. Ni tadi dia nak menyusu, sekali adik terjaga. Letak Umar dekat tepi kejap, tengok-tengok dia cebikkk tutup mata sambil sedu-sedu keluaq ayaqq mataaaa. Tapi nasib baik la bila ayah dia datang, terus happy balik dan tido dgn ayah.
Ibu ni tahan je lah sebak kejap, kang layan perasaan satu keje x boleh buat huhu. Kasih sayang ibu semua sama rata untuk anak-anak.
Netizen turut sebak melihat video yang dikongsi oleh beliau di instagram. Video abang umar menangis tersedu-sedu. Ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka dengan anak-anak.
Ala kenapa saya pulak yang rasa sedih dan sayu ni
Ads
Boboi macam tu kot irine
Anak lelaki memang macam tu
Ads
Sama situasi anak sulung teruna saya bila dapat adik
Ibu ayah semestinya risau dengan keadaan anak yang tidak selera makan, suka mengamuk dan perutnya agak buncit. Sejauh kebenarannya? Apakah simptom yang sebenar? Paling menakutkan apabila ia boleh menyebabkan kesukaran pembelajaran.
Menurut Dr Rosni Jamaluddin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist, masalah kecacingan atau jangkitan cacing merupakan masalah yang boleh berlaku di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Walau bagaimana pun, kebanyakan jangkitan cacing tidak serius /teruk dan tidak memberikan apa-apa gejala atau mudarat. Ini menyebabkan ia mungkin tidak disedari oleh penghidap.
Kes kecacingan yang teruk dan serius lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat luar bandar atau di tempat di mana tidak terdapat bekalan air bersih. Ini adalah kerana kebanyakan kes jangkitan cacing berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan tanah yang mengandungi cacing atau telur cacing.
SIMPTOM KECACINGAN
Antara simptom atau gejala kecacingan yang teruk dan kronik adalah kurang berat badan atau terbantut tumbesaran, pucat atau anemia, sakit perut dan perut kembung atau membengkak. Malah, sebahagian pesakit kecacingan juga boleh mengalami kesukaran pembelajaran.
Segelintir pesakit mengadu kurang selera makan atau mempunyai selera makan yang aneh seperti tabiat suka memakan benda-benda yang kotor seperti tanah. Adakalanya disebabkan kitaran hidup sebahagian cacing yang akan migrasi ke organ-organ tertentu, pesakit mungkin mengalami simptom –simptom yang berkaitan dengan organ tersebut seperti sakit kepala, batuk, sesak nafas, sakit perut, hati yang membengkak dan sebagainya.
GATAL DUBUR & MENGAMUK/ MERENGAT
Setengah pesakit lain boleh merasa gatal di bahagian dubur. Ada kalanya pesakit atau ibu bapa sendiri boleh terjumpa atau melihat cacing di dalam najis kanak-kanak yang kecacingan.
Simptom seperti merengat atau mengamuk mungkin boleh dijelaskan sekiranya kanak-kanak mengalami sakit perut. Namun begitu, merengat atau mengamuk secara khususnya bukanlah merupakan simptom yang spesifik untuk masalah kecacingan kerana terdapat banyak lagi masalah lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak berkelakuan demikian.
JUMPA DOKTOR JIKA ANDA DALAM KATEGORI BERISIKO
Jika anak puan terdedah kepada gaya persekitaran hidup yang berisiko tinggi untuk menghidap kecacingan dan mengalami simptom-simptom tersebut di atas, anak anda disyorkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan penilaian yang lebih terperinci.
Doktor mungkin akan mengambil sampel najis untuk diuji di makmal bagi mendapatkan diagnosis yang tepat. Doktor juga boleh memberikan ubat yang sesuai untuk merawat masalah kecacingan tersebut, dan seterusnya memberikan nasihat lanjut tentang cara-cara untuk mencegah jangkitan daripada berulang.
PASTIKAN MEMINUM AIR BERSIH
Secara amnya, sentiasa pastikan air minuman dan air yang digunakan untuk menyediakan makanan semuanya telah dirawat dan dibersihkan. Lebih baik sekiranya semua air yang digunakan direbus sehingga mendidih terlebih dahulu. Cuci semua bahan masakan dan makanan dengan air bersih sebelum di makan, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan mentah. Kebersihan tangan dan diri-sendiri juga adalah penting agar jangkitan dapat dielakkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Echolalia adalah situasi di mana kanak-kanak mengulang semula apa yg mereka dengar. Echolalia ni biasanya terjadi disebabkan oleh beberapa keadaan iaitu
1. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autism – perlu dapatkan penilaian dan nasihat dari professional ya. Jangan pulak assume anak mengulang je autism.
2. Kanak-kanak masih tidak faham apa yang mereka perlu katakan. Contohnya, masih tak tahu untuk jawab soalan yang diberikan. Biasa terjadi pada kanak-kanak yang tengah belajar bercakap.
TIPS BERCAKAP DENGAN ANAK ECHOLALIA (ANAK ULANG APA YANG KITA CAKAP)
Tapi untuk kedua-dua situasi, ada cara untuk anda membantu kanak-kanak untuk memahami dan berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang betul.
Salah satu cara adalah dengan menterjemah apa yang perlu anak katakan mengikut situasi yang sesuai. Berikan ayat atau perkataan yang perlu anak sebut berkaitan situasi. Dengan cara ini kanak-kanak boleh berlajar ayat yang betul untuk mereka guna.
Kurangkan / elakkan bertanya banyak soalan dan memberi arahan.. sebab nanti anak akan echo apa yang anda cakap.. dan menjadikan ayat tersebut tak sesuai untuk mereka guna nanti.
Fahami apa yang anak anda cuba katakan, barulah anda boleh beri input yang betul
‘Panggil nama pun tak respons’ Azmi Saat risau anak usia 2 tahun belum bertutur lagi menjadi luahan yang menyentuh hati ramai ibu bapa. Setiap ibu ayah, dalam hati paling dalam cuma ada satu doa biarlah anak membesar sihat, ceria, dan cukup sempurna di mata Tuhan. Tak minta lebih. Cukuplah dapat dengar suara kecil itu memanggil, “Ayah…” atau “Ibu…” walau sekali.
Perkongsian di Instagram milik Azmi Saat yang merupakan vokalis Caliph Buskers, berkongsi keadaan cahaya matanya, Khalisa Insyirah yang kini mencecah usia dua tahun empat bulan berdepan masalah pertuturan buat ramai yang membaca terdiam seketika.
Khalisa kini sudah 2 tahun 4 bulan. Seorang anak kecil yang jarang sakit, tak banyak ragam, malah membesar dengan penuh keceriaan. Dalam banyak hari, yang dirasa lebih banyak bahagia daripada duka. Menjaganya bukan sesuatu yang membebankan, malah penuh momen manis yang tak ternilai.
Namun di sebalik senyuman itu, ada satu nikmat yang masih belum hadir.
Sehingga hari ini, belum ada sepatah perkataan bermakna keluar dari mulut Khalisa. Belum pernah kedengaran panggilan “Ayah” atau “Ibu”. Malah bila namanya dipanggil, dia tidak memberi respons.
Situasi inilah yang membuatkan ‘Panggil nama pun tak respons’ Azmi Saat risau anak usia 2 tahun belum bertutur lagi menjadi satu perkongsian yang begitu dekat di hati ramai ibu bapa.
Khalisa sekarang sudah 2 Tahun 4 Bulan. Alhamdulillah dia jarang sakit. Jarang sangat kami rasa susah menjaga dia. Jauh banyak yang seronok dari yang sedih. Cuma, satu nikmat besar yang belum kami rasai adalah panggilan Ayah/Ibu dari Khalisa. Sampai sekarang, Khalisa belum ada sepatah pun perkataan bermakna dari mulutnya. Malah, kalau dipanggil namanya pun Khalisa tak respond. Namun syukurnya banyak juga bijaknya dari sudut lain.
Dalam diam, mereka mencari pelbagai sumber untuk memastikan perkembangan anak mereka selaras dengan usianya. Sebab dalam hati seorang ayah dan ibu, takkan pernah berhenti berusaha selagi ada ruang ikhtiar.
Apabila anak usia 2 tahun belum bertutur lagi, kebimbangan itu bukan kecil. Tambahan pula apabila dipanggil nama pun tak respons, persoalan demi persoalan mula bermain di fikiran. Adakah ini fasa perkembangan biasa? Atau ada sesuatu yang perlu diberi perhatian lebih awal?
Syukur, akhirnya mereka dipertemukan dengan pusat intervensi awal yang sudi menerima Khalisa walaupun usianya masih kecil. Kebanyakan tempat hanya menerima kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Tetapi ada yang membuka pintu lebih awal – memberi peluang sebelum masa berlalu terlalu jauh.
Itulah harapan yang sedang mereka genggam.
Setelah puas mencari info, hubungi sana sini, Alhamdulillah kami dipertemukan dengan Super Kidz yang menyediakan khidmat Program Intervensi Awal. Kebanyakan tempat hanya menerima anak berusia 3 tahun ke atas. Berbeza dengan Super Kidz yang boleh terima untuk umur Khalisa.
Keputusan mendapatkan intervensi awal adalah langkah berani. Dalam situasi seperti ‘Panggil nama pun tak respons’ Azmi Saat risau anak usia 2 tahun belum bertutur lagi, tindakan awal sangat penting supaya perkembangan anak dapat dipantau dan dibantu dengan lebih sistematik.
Moga sedikit usaha Ayah dan Ibu ini, dapat bantu Adik untuk cepat bercakap. Ayah akan usahakan walau berapa pun kos yang perlu untuk kebaikan Adik. Ibu akan selalu berdoa moga Allah sentiasa jagakan Adik untuk kami. Mohon juga kawan-kawan doakan yang terbaik buat Khalisa dan kami ya
Seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja kos yang diperlukan, asalkan ada peluang untuk anaknya cepat bertutur. Seorang ibu pula tak pernah lepas berdoa, memohon agar Allah menjaga anak kecil itu setiap detik. Doa yang mungkin tak pernah putus walau dalam tidur.
Kadang-kadang, perjuangan ibu ayah bukan tentang melawan penyakit besar. Tetapi tentang menunggu satu suara kecil… yang belum kunjung tiba.
Kisah ‘Panggil nama pun tak respons’ Azmi Saat risau anak usia 2 tahun belum bertutur lagi membuka mata ramai bahawa setiap anak berkembang pada kadar berbeza. Namun sebagai ibu ayah, usaha dan doa tidak pernah berhenti.
Semoga setiap usaha yang dibuat menjadi asbab. Semoga satu hari nanti, dalam rumah itu akan bergema satu panggilan yang paling dinanti – “Ayah… Ibu…”
Dan semoga kita yang membaca ini, turut sama menyelitkan doa buat Khalisa. Kerana dalam dunia ini, tak ada hati yang lebih kuat daripada hati ibu ayah yang sedang berjuang dalam diam.