Pernahkah anda mengetahui berkenaan tandem breastfeeding? Bagi mereka yang tidak biasa dengan terma tersebut, tandem breastfeeding bermaksud penyusuan dua kanak-kanak atau bayi pada masa yang sama.

Ini boleh terjadi melalui dua situasi, sama ada seseorang ibu itu menyusukan dua orang anak yang terdiri daripada anak yang lebih dewasa dan bayi yang baru lahir atau menyusukan dua bayi kembar.

Bila Adik Lahir, Si Kakak Tetap Mahu Menyusu Dengan Mama! Jangan Risau, Tandem BF Banyakkan Susu

Adakah saya perlu menggantikan susu dengan makanan lain bagi anak yang lebih berusia?

IKLAN

Semua pasti tahu, bahawa susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi bayi dan anak yang sedang membesar. Kebanyakan ibu akan mula menggantikan susu dengan makanan gantian lain bagi anak yang lebih berusia sekiranya mereka telah mendapat kelahiran baharu. Sebenarnya, kelahiran baharu bukanlah alasan untuk anda menghentikan penyusuan terhadap anak yang lebih berusia.

Anda boleh melakukan tandem breastfeeding dan ia ternyata memberikan kebaikan kepada anda dan juga anak anda. Perlu diingat, bahawa sistem imun kanak-kanak tidak dibangunkan secara sepenuhnya sehinggalah dia berusia dua tahun. Oleh itu, susu ibu perlu terus diberikan kepada anak anda yang lebih berusia kerana ia akan memberikan antibodi yang menyokong imuniti yang sihat. Ini juga bertepatan dengan saranan WHO yang menyarankan agar anak diberikan susu ibu sekurang-kurangnya sehingga berumur dua tahun.

IKLAN

Bila Adik Lahir, Si Kakak Tetap Mahu Menyusu Dengan Mama! Jangan Risau, Tandem BF Banyakkan Susu

IKLAN

Adakah terdapat sebarang kebaikan atau keburukan tandem breastfeeding ini?

Setiap apa yang anda lakukan pasti terdapat pro dan kontranya yang tersendiri. Begitu juga dengan tandem breastfeeding, ia mempunyai kesan sama ada berbentuk positif atau negatif kepada kedua-dua pihak, iaitu ibu dan bayi yang disusukan. Berikut merupakan kebaikan dan kelemahan tandem breastfeeding ini.

Kebaikan tandem breasfeeding;

  1. Tandem breastfeeding boleh mengurangkan sifat cemburu dan meningkatkan ikatan antara adik-beradik
  2. Kanak-kanak belajar untuk berkongsi ketika usia mereka masih muda
  3. Tandem breastfeeding juga boleh mengeratkan hubungan antara ibu dan anak-anaknya
  4. Kanak-kanak yang lebih berusia akan terus mendapat manfaat daripada penyusuan susu ibu kerana penyusuan susu ibu akan memberikannya nutrisi, perlindungan imun, perlindungan usus selain manfaat terhadap emosi
  5. Tandem breastfeeding juga dapat melegakan pembengkakan payudara akibat pengumpulan susu
  6. Terdapat risiko yang rendah untuk mendapat kanser payudara pra-menopaus bagi ibu yang melakukan tandem breastfeeding
  7. Menggalakkan pengeluaran susu yang lebih banyak. Semakin banyak susu yang dikeluarkan, maka semakin banyak susu yang akan dihasilkan
    Bila Adik Lahir, Si Kakak Tetap Mahu Menyusu Dengan Mama! Jangan Risau, Tandem BF Banyakkan Susu
    Kelemahan tandem breastfeeding
    1. Tandem breastfeeding akan menyebabkan sesetengah daripada ibu yang menyusukan kanak-kanak mengalami penurunan berat badan berlebihan
    2. Perlu berhadapan dengan kritikan individu lain. Ini mungkin terjadi apabila mereka mengatakan bahawa bayi anda yang baru lahir akan mengalami kekurangan susu ibu apabila berkongsi penyusuan dengan adik-beradiknya yang lain
    3. Sesetengah ibu mungkin akan menyusukan anak atau bayi mereka pada waktu yang berasingan
    4. Sesetengah ibu juga mungkin akan mengalami rangsangan seksual yang lebih kuat apabila melakukan tandem breastfeeding, disebabkan oleh peningkatan tahap hormon tertentu.
    5. Sesetengah ibu juga akan berasa loya atau mual semasa menyusukan anak, dan hamil pada waktu yang sama
    .
    Bagi ibu yang tidak pernah menyusukan anak mereka dalam waktu yang sama, anda boleh melakukannya tanpa perlu khuatir dengan risiko yang tidak berasas. Ini kerana terdapat cakap-cakap orang yang mengatakan, tandem nursing atau tandem breastfeeding akan menyebabkan bayi yang baru lahir mendapat susu yang lebih sedikit. Dakwaan ini ternyata salah, kerana semakin banyak susu yang dikeluarkan, maka tubuh ibu akan menghasilkan susu lain dengan jumlah yang lebih banyak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI