Jika anda ke panggung wayang pasti anda dapat melihat beberapa pasangan yang membawa bayi ke panggung wayang. Membawa bayi ke tempat tersebut seolah-olah menjadi trend tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada bayi mereka.
Menerusi laman facebook Baby Language mendedahkan risiko jika membawa bayi yang berusia bawah 2 tahun ke panggung wayang.
Trend ibubapa bawa bayi ke panggung wayang: Anda sedar atau tidak, ia merbahaya? Screenshot pertama ialah balasan mesej dari GSC cinema Malaysia kepada saya sendiri. Dua screenshot terakhir adalah pengakuan pekerja panggung wayang luar negara.
Ads
Keduanya mengesahkan hal yang sama: panggung wayang BUKAN tempat buat anak di bawah 2 tahun.
Faktanya, pendedahan lama (anggaran lebih 2- 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko buat pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak kecil. (sumber: hearinglosthelp.com).
Ads
Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db. Bunyi wayang? Owhh…sangatlah banyak tingginya dari itu.
Ok pasti ada yang akan berkata, ‘Saya biasa je bawa baby gi wayang.Ok je tak de apa’ Soalannya, menonton wayang ini aktiviti ‘dambaan’ siapa? Ibubapa bayi atau bayi?
Tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka. Taman permainan, taman rekreasi, ‘outdoor nature theme park’, pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang mengunakan keseluruhan derianya untuk ‘berada’ di dalam situasi itu, YA ini aktiviti yang berhak mereka dapatkan.
Duduk menonton wayang? Ini untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.
Jika anda benar-benar perlukan ‘me time’ untuk menonton wayang, tinggalkanlah anak kecil anda sementara waktu kepada penjaga yang di percayai. Ini lebih baik dan selesa bukan saja buat anda, tetapi kepada orang lain juga.
Bayangkan anak masuk darjah satu, semangat nak belajar… tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih. Itu bukan sebab dia tak fokus, tapi sebab dia RABUN.
Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan. Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadangkan untuk mewajibkan saringan kesihatan mata bagi murid Tahun 1, sebagai langkah awal memastikan kesihatan mata anak-anak tidak menjejaskan pembelajaran mereka.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, seramai 55% daripada 2,008 murid Tahun 1 yang disaring tahun lalu di bawah Program Mata Hati Wilayah didapati mempunyai masalah kesihatan mata.
Daripada jumlah itu:
88% alami rabun jauh
4% alami rabun warna
8% alami masalah juling
Situasi ini menunjukkan keperluan untuk mengambil tindakan segera di peringkat sekolah rendah, terutamanya ketika minggu orientasi Tahun 1.
Apa yang lebih membimbangkan, ramai murid tidak sedar pun mereka rabun. Mereka mungkin fikir keadaan itu normal, sehinggalah prestasi akademik mereka mula terjejas.
Laporan World Report on Vision oleh WHO menunjukkan, kanak-kanak yang alami masalah penglihatan cenderung untuk:
Kurang keyakinan diri
Prestasi akademik lebih rendah
Kurang fokus dan motivasi belajar
Menurut Dr Zaliha, gangguan penglihatan juga boleh mengganggu:
Perkembangan motor
Kemahiran kognitif
Perkembangan bahasa
Sekiranya tidak dirawat dari awal, anak-anak ini mungkin mengalami kelewatan dalam perkembangan yang boleh berpanjangan sehingga dewasa.
Melalui Program Mata Hati Wilayah, murid yang dikenal pasti mempunyai masalah penglihatan menerima bantuan cermin mata. Hasilnya sangat memberangsangkan:
Sekolah yang terlibat termasuk SK Bandar Tun Hussein Onn, SK Jalan Bellamy dan SK Seri Bintang Utara.
Sebagai ibu bapa, kita adalah barisan depan dalam mengenal pasti perubahan pada anak. Tanda-tanda anak mungkin rabun termasuk:
Jika anak menunjukkan tanda-tanda ini, bawa mereka untuk pemeriksaan mata di klinik atau optometris berdaftar.
Cadangan untuk menjadikan saringan mata sebagai sebahagian daripada sesi orientasi Tahun 1 adalah langkah tepat dan sangat wajar. Ia bukan sahaja membantu mengesan masalah rabun dari awal, tetapi juga memastikan anak-anak dapat belajar dan berkembang dengan lebih baik.
Kesihatan mata adalah sebahagian daripada kejayaan anak di sekolah. Jangan pandang ringan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bergelar ibu ayah bukan hanya tahu cuci najis bayi sahaja tetapi, wajib kenal perbezaan warna najis anak. Ia petunjuk penting tahap kesihatan anak okay atau tidak.
“Eh, memang popo baby warna macam ni ya?” tanya Nisa yang baru melahirkan anak pertama kepada kakaknya.
Perasan tak najis bayi baru lahir ada macam-macam warna bermula dari dia dilahirkan. Sebenarnya penting untuk ibu bapa faham apa maksud warna najis bayi yang berbeza-beza itu. Ia penting sebagai petunjuk tahap kesihatan si manja anda.
Untuk belajar mengenali warna najis anda, baca lebih lanjut penerangan oleh Dr. Erna Nadia beserta dengan gambarajahnya sekali. Semoga bermanfaat.
NAJIS BAYI
Dah jadi ibu ibu ni, perasan tak kita dah jadi lebih teliti sampai najis pun kita nak belek. Busuk pun busuk lah janji bayi kita sihat.
Perasan kan warna najis bayi ni berbeza beza?
Jom kenali warna najis bayi berdasarkan dengan gambar di bawah.
1. NEWBORN ( BARU LAHIR)
– biasanya pada usia 1-3 hari.
– Hitam kehijauan
– Sedikit melekit lekit
– Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
– Ini adalah normal dan kita namakan dia mekonium
– Mekonium ini mengandungi hempedu, mukus, sel sel dari dinding usus, rembesan & cecair amnion atau ketuban)
– Tidak busuk.
– Selepas 2-4 hari, ianya akan bertukar kepada warna hijau tentera dan kurang melekit. Maknanya bayi anda telah muda hadam susu badan/susu formula.
2. BAYI YANG MENYUSU BADAN
– kuning mustard/hijau/cokelat
– Ada kalanya berbiji biji seperti biji sawi
– Kadang kala lembut atau sedikit cair
– Bertekstur seperti doh pastri
– Berbau wangi
– Adalah normal jika bayi yang mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari ( kurang dari 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.
3. BAYI YANG MENYUSU FORMULA
– Kuning atau cokolat
– Konsistensi seperti doh pastri atau peanut butter
– Lebih kenyal
– Lebih besar
– Berbau kurang enak
– Bayi wajib membuang air besar sehari sekali kerana jika tidak, dikuatiri sembelit.
4. BAYI KURANG HADAM
– Akan terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.
5. HIJAU
– Boleh terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk tambah darah.
– Boleh juga berlaku pada bayi yang baru nak diperkenalkan makanan solid
– Biasanya lebih pekat dan berbau.
6. OREN, KUNING DAN COKOLAT
– Normal jika diberikan susu badan atau susu formula.
7. DARAH HITAM
– Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting ibu dia. Mungkin bayi telah tertelan darah tersebut.
– Namun bawa juga bayi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Ada juga najis najis yang merbahaya dan perlu terus di bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
8. CAIR
– Hijau, kuning atau cokolat
– Normal pada bayi yang menghadapi cirit birit.
– Jika bayi kurang aktif, dehydrated (kurang air), merengek dan cirit birit berlanjutan dan menjadi semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.
9. KERAS
– Bayi sukar mengeluarkan najis
– Berketul ketul seperti batu kecil yang kering
– Bayi mengalami kembung perut dan merengek
– Bayi kelihatan seakan meneran sewaktu hendak buang air besar
– Samada disebabkan oleh sembelit atau baru belajar makan makanan solid, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.
10. MERAH DARAH
– Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
– Jika sekali dengan cirit birit, mungkin jangkitan bakteria
– Boleh jadi juga ada luka pada usus atau rektum atau anus.
11. MUKUS
– Berlendir
– Bewarna kehijauan
– Bermaksud ada jangkitan kuman
12. PUTIH
– Putih kapur atau kelabu asap
– Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya
– Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.
Dah jadi ibu memang banyak ilmu kena belajar dan perlu menjadi lebih teliti dan berhati hati dalam setiap tindakan.
Jangan ambil enteng tentang kesihatan anak anak kita.
Terus bawa bayi anda berjumpa doktor jika anda rasa najis dia pelik dari biasa.
Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir berkongsi berita gembira yang isterinya, Siti Raihanim Rohan selamat melahirkan cahaya mata ketujuh mereka, Selasa lalu.
Perasaan bersyukur menimang cahaya mata ketujuh itu dikongsi kepada Gempak dan Faizal mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan tahniah dan mendoakan bayinya itu.
“Waalaikumsalam. Masha’Allah Subhanallah. Terima kasih atas ucapannya. Alhamdulillah,” jawab Faizal ringkas atas kehadiran orang baru dalam keluarga mereka itu.
Penyanyi Mahakarya Cinta itu sebelum ini berkongsi mengenai kelahiran anak ketujuhnya menerusi instagramnya.
Meskipun hanya meletakkan emoji hati pada ruangan kapsyen pada foto tangan comel yang sedang menggengam jari, Faizal telah menerima ucapan tahniah daripada rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Akim Ahmad, Elly Mazlein, Anuar Zain, Hael Husaini dan ramai lagi yang telah memberikan ucapan tahniah buat Faizal.
Menerusi hantaran tersebut, menggambarkan Faizal gembira dan bersyukur atas nikmat dan rezeki diberikan Allah SWT.
“Alhamdulillah, thank you Ya Allah #happiestdayofmylife,” tulisnya.
Faizal Tahir dan isteri mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Mikael Zidane, Ahmad Rifa’ei Zidane dan Khalid Al-Walid serta tiga orang anak perempuan iaitu Siti Raudhah Nur Iman, Siti Rawdha Nur Jannah dan Siti Nawar Malaikha.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belon tersangkut dalam saluran pernafasan anak boleh menyebabkan saluran udara tertutup sepenuhnya. Ketahui kisah Uwais Al-Fateh, tanda-tanda tercekik, langkah kecemasan dan cara pencegahannya.