Batuk merupakan satu simptom biasa yang sering dikaitkan dengan selsema atau jangkitan ringan. Namun, apabila anak mula batuk berterusan selama beberapa hari tanpa tanda-tanda sembuh, ia bukan lagi sesuatu yang boleh diabaikan. Dalam kalangan ibu bapa, terdapat kecenderungan untuk menunggu dan melihat sebelum mendapatkan rawatan – satu tindakan yang boleh membawa risiko kepada kesihatan anak. Artikel ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya bertindak awal apabila batuk anak tidak reda-reda.
Apa Itu Batuk Berpanjangan pada Kanak-kanak?
Batuk berpanjangan merujuk kepada batuk yang berlaku lebih dari 5 hari berturut-turut dan tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Ia boleh menjadi kering atau berkahak, datang siang atau malam, dan kadangkala mengganggu tidur serta aktiviti harian anak.
Beberapa jenis batuk berpanjangan termasuk:
Batuk akibat jangkitan saluran pernafasan atas (URTI)
Batuk alahan/asthma
Batuk kokol (pertussis)
Batuk akibat refluks asid
Batuk akibat pencemaran udara atau asap rokok
Kenapa Batuk Anak Tidak Boleh Diambil Ringan?
Batuk yang tidak berhenti boleh menjadi petunjuk awal kepada masalah yang lebih serius seperti:
Ads
Jangkitan paru-paru (pneumonia) – jika tidak dirawat, boleh mengancam nyawa
Bronkiolitis atau asma – biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil
Kokol (batuk 100 hari) – sangat mudah menjangkiti kanak-kanak yang tidak dilindungi vaksin
Alergi atau reaksi persekitaran – jika tidak dikenal pasti, boleh menjejaskan kualiti hidup
Tanda awal penyakit kronik – seperti fibrosis sista atau TB
Kepentingan Bertindak Awal
Apabila batuk berlarutan, sistem imun anak bekerja lebih keras dan ini boleh menyebabkan komplikasi lain seperti:
Kepenatan fizikal dan gangguan tidur
Kurang selera makan dan kekurangan zat
Risiko menjangkiti adik-beradik atau ahli keluarga lain
Kelewatan tumbesaran akibat kurang rehat dan nutrisi
Tindakan awal seperti mendapatkan pemeriksaan doktor, menjalani ujian darah atau X-ray jika perlu, boleh membantu mengelakkan situasi menjadi lebih serius.
Ads
Keburukan Mengabaikan Batuk Anak
Mengabaikan batuk yang berlarutan boleh mendatangkan beberapa keburukan:
Ads
Penyakit menjadi kronik dan sukar dirawat
Ubat yang tidak sesuai mungkin menjejaskan kesihatan organ lain
Anak mungkin trauma atau mengalami gangguan emosi kerana tidak sihat berpanjangan
Kos rawatan menjadi lebih tinggi apabila penyakit sudah melarat
Tips dan Peranan Ibu Bapa
Beberapa langkah penting yang boleh diambil oleh ibu bapa termasuk:
Pantau simptom dengan teliti – catat bila batuk bermula, waktu ia lebih teruk, dan sebarang perubahan
Pastikan pengambilan air mencukupi – air membantu melegakan tekak dan melancarkan kahak
Elakkan pendedahan kepada asap rokok dan habuk – ini boleh memburukkan keadaan
Dapatkan nasihat doktor jika batuk berlanjutan lebih 3-5 hari – terutama jika disertai demam tinggi, sesak nafas, atau anak kelihatan lemah
Pastikan imunisasi lengkap – ini penting untuk mencegah jangkitan serius seperti kokol
Sebagai ibu bapa, kepekaan terhadap kesihatan anak adalah keutamaan. Batuk yang berlarutan bukan sekadar simptom biasa – ia boleh menjadi tanda kepada sesuatu yang lebih serius. Jangan tunggu hingga terlambat. Bertindak awal, dapatkan rawatan yang sesuai, dan jadilah pelindung terbaik untuk kesihatan anak anda. Kesedaran hari ini boleh menyelamatkan nyawa esok.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena cuti sekolah ini, ibu ayah boleh membawa ke tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Tentunya cuti sekolah selama seminggu ini sudah tentu pelbagai permintaan destinasi percutian yang anak-anak akan pilih. Buat ibu bapa yang kesibukkan dengan kerjaya dan masih belum merancang percutian, tempat-tempat ini tidak perlu mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar.
Perkongsian ibu kepada seorang anak ini, Puan Eswati Azni, modernmumthingy.com boleh menjadi panduan untuk membawa anak-anak ke tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Jom kita survey!
Terletak di dalam kawasan IOI Putrajaya Mall. Berskala agak besar dan penuh dengan aktiviti yang penuh mencabar. Rasanya kawasan aktiviti sebegini lahir dari rancangan seperti ninja warrios. Memang hero kecik tu selalu berangan dapat buat aktiviti sebegitu . Terdapat beberapa tarikan yang menarik disini seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider.
Yang menariknya untuk anak anak kecil juga dapat merasai pengalaman yang sama kerana juga di bina untuk saiz mereka. Pendek kata kawasan ini memang sesuai untuk semua peringkat umur. Amat digalakkan membawa anak anak ke sini kerana pasti adrenalin mereka akan meningkat dengan fasiliti yang disediakan. Orang kata cara budak budak lepaskan energy pastikan mereka selalu aktif.
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,
Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)
Harga Tiket: I
snin – Jumaat RM58/pax |
Sabtu, Ahad,
Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax
Kawasan ini juga terletak dalam shopping mall yang sama di IOI putrajaya Mall. Boleh di katakan setiap minggu ataupun kawasan Ice skating cuti sekolah memang penuh. Hari biasa mungkin agak kurang pengunjungnya. Walaupun terdapa beberapa shopping mall yang lain jugak menyediakan lantai ice skating, tetapi icescape ini merupakan satu kawasan yang agak menarik kerana terdapat tingkap atau cermin yang luas dan boleh menikmati pandangan luar.
Untuk mereka yang biasa berkungjung ICe Scape ini sebernaya boleh menjimatkan kos seperti memakan sarung tangan dan stokin yang sama. Jangan lupa bawa jika berkunjung kali ke 2
Kami pernah beberapa kali membawa Iman untuk beriadah di sini. Memang seronok melihat keletahnya buat pertama kali mencuba ice skating ini. Tapi sayangnya tidak jumpa gambar untuk dikongsi disini. Yang pasti anak anak yang ingin bermain di sini hati mesti kena kuat, jatuh terduduk dan terlentang itu fenomena biasa di kawasan ini.
Untuk anak anak yang biasa bermain atau pun sudah pandai, hari minggu bukan lah option terbaik untuk mereka, kerana kawasan ini terlampau sesak.
Mini Zoo Menara KL ini terletak di kawasan menara Kuala Lumpur. Tidak sebesar di kawasan zoo negara tapi ia mampu memberikan satu pengalaman yang berharga untuk anak-anak. Terutamanya mereka yang betul betul sukakan binatang
Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!
Harga Tiket:
Dewasa: RM32.00
Kanak-kanak: Rm27.00
Warga Emas: RM27.00
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,
Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)
Harga Tiket: I
snin – Jumaat RM58/pax |
Sabtu, Ahad,
Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax
5. KL CAR FREE RIDE KUALA LUMPUR
Aktiviti riadah bersama keluarga juga boleh dinikmati secara percuma di Kuala Lumpur ini. Boleh di katakan kami beberapa kali berjaya terlibat sama untuk program ini. KL car free ride ini diadakan setiap pagi dari jam 7 pagi hingga 9 pagi setiap hari pertama dan ketiga setiap bulan dan menawarkan jalan tertutup untuk orang-orang dari semua lapisan masyarakat untuk larian, skateboard, rollerskate, rollerblade atau hanya berjalan kaki. Pendek kata memang macam macam gaya.
Bila lagi nak merasa berjalan di Kuala Lumpur tanpa sesak dengan kereta kan! Kami sekeluarga lebih berminat untuk menaiki basikal, dan disinilah buat pertama kalinya Iman membawa basikal dan menyertai program sebegini. Memang seronok bila dapat ramai orang berduyun-duyun ke acara itu setiap kali diadakan.
Nampaknya kesedaran kesihatan yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia dan penghargaan mereka yang sering terlibat di dalam program KLcar Free ride ini.
Ia bermula dari Dataran DBKL (berhampiran Dataran Merdeka) dan membawa para peserta melalui jalan-jalan utama sekitar 7 kilometer di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.
Setiap kali program ini berlansung salah satu penaja OCBC Bank menawarkan 140 basikal untuk digunakan oleh orang ramai secara percuma.
Kami difahamkan, bukit gasing ini sangat sesuai untuk beginner macam kami terutamanya untuk aku dan Iman. Ianya betul betul terletak di kawasan segitiga kuala lumpur, dan boleh diakses dari beberapa kawasan seperti Pantai hillpark dan petaling jaya. Terdapat beberapa laluan mendaki di dalam taman untuk memenuhi semua peringkat tenaga dan kecergasan.
Hutan Simpan Bukit Gasing terletak di sebidang hijau 100 hektar yang membahagikan bandar Petaling Jaya (negeri Selangor) dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Titik tertinggi di bukit gasing ini adalah ‘Bukit Atas‘ yang terletak adalah kira-kira 160 meter. Itu menjadikannya’ bukit bayi’ mengikut piawaian Malaysia. Tetapi terdapat beberapa cerun curam di sini termasuk salah satu yang dipanggil Abu Baker Slope) dan ia adalah tempat yang baik untuk mendapatkan beberapa latihan untuk lebih mencabar.
Rata rata pendaki disini memang mempunyai pelbagai peringkat umur, dari kanak kanak sehinggalah orang tua. Kawasan ini menjadi kawasan favourite untuk mereka yang ingin menikmati alam sekitar atau melepaskan penat lelah bekerja sambil beriadah dalam masa yang singkat.
7.INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)
FRIM terletak di kawasan kepong. Ianya adalah kawasan terbuka kepada orang ramai tetapi ada dikenakan bayaran yang kecil untuk menikmati pelbagai aktiviti seperti jogging, hiking, berbasikal atau hanya berkelah. Terdapat beberapa laluan dalam FRIM dengan salah satu daripada yang lebih popular iaitu Rover Track yang menuju ke arah Kanopi Walk. Yuran tambahan dikenakan untuk Kanopi Walk dan tiket boleh dibeli di Pusat Setempat sebelum anda memulakan perjalanan.
Sebaiknya datang pada awal pagi kerana kawasan ini memang menjadi tarikan untuk penduduk setempat dan lebih penting memudahkan untuk mencari kawasan parking kereta.
Peminat basikal extreme juga memilih kawasan FRIM ini kerana terdapat kawasan curam untuk aktiviti yang lebih mencabar. Selain dari itu jugak sekolah dan IPTA juga memilih kawasan ini untuk aktiviti seperti berkemah.
Pokok-pokok besar merimbun di kawasan ini diselia baik oleh phak FRIM. Sambil beriadah boleh kita belajar beberapa ilmu mengenai pokok pokok di sini dengan membayar tour guide yang disediakan oleh Pihak FRIM.
Harga Tiket:
Masuk- RM1.05/Malaysian & RM5.30/bukan warganegara Malaysian |
Kereta – RM5.30 | Canopy walk – RM5/Malaysian & RM20/Non-Malaysian
Tahap kepayahan: Senang – Sederhana
8. PUTRAJAYA
Selain dikenali dengan nama pusat pentadbiran negara, di sini juga terdapat pelbagai tarikan menarik yang pasti memberikan pengalaman berbeza dan menarik. Boleh dikatakan putrajaya menjadikan pilihan terbaik untuk kami sekeluarga sekiranya ingin berbasikal dan beriadah kerana hampir dengan kawasan tempat tinggal kami.
Antara tempat aktiviti yang boleh dilakukan di sini
Ada beberapa tempat di senaraikan di atas yang dikenakan bayaran, tetapi ada juga yang masih boleh di nikmati secara percuma.
Petrosains juga tempat yang wajib di lawati jika ke kuala lumpur. Yang pasti ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Walaupun berada di dalam KLCC tempat ini seringkali menjadi tumpuan anak anak sekolah dari seluruh malaysia.
Petrosains, The Discovery Centre adalah tempat pameran interaktif pendidikan, hands-on interaktif dan menunjukkan sains adalah sesuatu yang sangat menarik dan menyeronokkan. Ia berjaya memaparkan sains untuk semua. Apa yang menarik di sinit terdapat pelbagai tema istimewa dan pameran perjalanan semasa lawatan didalamnya , dan kita juga berpeluang untuk mencuba dan meneroka setiap barang pameran secara fizikal dan mental. Anak-anak malah orang dewasa berpeluang untuk melihat bagaimana proses cari gali minyak dilakukan. Malah beberapa tempat pameran juga diadakan secara simulasi.
Jadi pastikan korang terjah sini yang merupakan salah satu dari 10 tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di KUALA LUMPUR
Ahli keluarga pasti dapat berkongsi pengalaman dan aktiviti yang menarik disini
Waktu operasi
Selasa-Khamis
9:30am – 5:30pm
Last Admission: 4:00pm
Sabtu, Ahad, & Cuti umum
9:30am – 6:30pm
Last Admission: 5:00pm
Isnin
Tutup (kecuali jatuh pada Cuti umum dan cuti sekolah )
10. MUZIUM NEGARA
Terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, Muzium Negara (Muzium Negara) yang dibina dalam gaya istana Melayu adalah penjaga sejarah negara. Galeri yang baru dinaik taraf ini memberikan pendekatan yang menarik dan inovatif untuk menerokai sejarah Malaysia dari zaman prasejarah hingga sekarang. Muzium Negara dibuka secara rasmi oleh Yang Mulia, Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.
Ianya merupakan satu tempat yang menarik untuk aktiviti sekeluarga yang mengenali dan berkongsi pengalaman untuk mengenali sejarah Negara kita.
Sesekali lawatan ke tempat seperti ini pasti akan memberikan impak yang sangat positif dalam mengenali sejarah negara kita. Malah pasti membuka pemikiran anak anak kita dalam pembelajaran mereka. Sambil melawat kita dapat berkongsi ilmu bersama anak anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana tidak mahu menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak mereka kan? Malah mesti kembang hati kalau diri kita dijadikan idola oleh semua permata hati kita. Sebenarnya kita semua mampu menjadi ibu bapa yang hebat. Kuncinya, sentiasa perbaiki diri dan tidak jemu menambah ilmu.
Bagaimanapun, sebagai ibu bapa kita juga tak terlepas dari melakukan kesilapan di depan anak-anak. Nak sama-sama mencipta kebahagiaan, amalkan tip menjadi ibu bapa terbaik untuk membentuk sahsiah anak-anak dari Prof Dr Muhaya
Cara mudah membentuk peribadi terpuji dan sahsiah anak-anak
Apabila sampai kepada ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang bermaksud “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”
Mintalah apa-apa sahaja hajat masa itu yang ada hubungkait dengan anak yang kita ingat tersebut. Habiskan bacaan Al-Fatihah.
Doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2) Pandang Wajahnya Semasa Dia Tidur, Ucapkan Bahawa, Ibu Nak (Nama Anak) Jadi Anak Yang Soleh Sayang!
Cuba amalkan (ada ustaz yang kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
3) Semasa Bangun Solat Malam, Solatlah Hajat Di Sisinya
Maksudnya kita solat dalam bilik anak dan dekat dengan anak kita. Jika kita selalu buat dan kita beritahu anak kita yang kita sering doakannya, anak tersebut akan dapat merasakan satu ikatan kasih sayang yang hakiki.
Yang mana mereka dapat rasakan bahawa kita sangat sayangkannya dan mahu anak kita menjadi anak yang soleh/solehah. Anak juga akan tahu yang kita sering solat hajat untuknya.
4) Minta Dikasihani
Ucapkan setiap masa yang kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika anak-anak tidak menjadi anak yang soleh/solehah bermakna mereka tak sayangkan kita. Sudah tentulah kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5) Peluk Anak Selalu Walaupun Anak Sudah Besar, Sebagaimana Kita Menatang Anak Sewaktu Kecil
Serlahkah aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita berbangga mempunyai anak sepertinya.
6) Maafkan Anak Kita Setiap Masa Walaupun Perbuatannya Amat Melukakan Hati Kita
Muhasabah diri. Berkemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak kita sebenarnya berpunca daripada dosa-dosa kita yang lampau.
7) Yang Penting Kita Jaga Tutur Kata
Jangan sekali-kali mengucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ianya berlaku secara tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk meminta maaf.
Mengakulah kepada anak kelemahan kita. Kita marah kerana kesalahan mereka. Bukan bermaksud membenci. Ceritalah dan nak buat macam drama pun boleh.
8) Amalkan Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim Supaya Kita, Anak dan Zuriat Keturunan Kita Termasuk Dalam Golongan Orang-orang Yang Tetap Mendirikan Solat.
Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
9) Selalu Ingatkan Anak, Tak Guna Ada Pangkat, Belajar Tinggi Hatta Hafal Al-Quran Sekalipun Jika Tidak Mempunyai Peribadi Yang Mulia
Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10) Masa Basuh Beras, Niatkan; “Ya Allah, Lembutkanlah Hati Anak-anakku (Sebut Nama) Untuk Faham Agamanya Sebagaimana Engkau Lembutkan Beras Ini Menjadi Nasi”‘
Kenapa kita nak anak faham agama? Kerana anak yang tidak faham agama boleh membawa bersama ibu bapanya ke neraka.
Basuh beras lawan arah jam (macam orang tawaf) sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Semasa melakukan perkara ini, hati jangan lalai, sentiasa ingat Allah selalu.
Amalan harian yang boleh dikatakan mampu dilakukan oleh semua ibu bapa. Cuma perlukan kesungguhan dan konsisten. Mungkin sekarang tidak nampak lagi, tapi setelah beberapa ketika, pasti kita tersenyum syukur mendapati sahsiah dan akhlak anak-anak kita sangat menyejukkan jiwa.
Sumber: www.myliferia.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita selalu bergurau dengan ibu bapa yang lain nak berbesankan mereka, atau nak jadikan anak mereka yang comel sebagai menantu. Bila tengok je anak kecil yang comel terus nak jadikan menantu. Mungkin kita anggap itu satu gurauan.
Puan Insyirah Solehah telah berkongsi di mana bahaya bila kita bergurau nak jodohkan anak-anak yang masih kecil walaupun hanya sekadar gurauan. Kenapa bahaya? Ikuti perkongsian ini.
Bila dah jadi ibu ni ada masa kita bergurau bila berbual dengan sahabat-sahabat yang dah jadi ibu ayah.
“Anak kau ni boleh buat jadi menantu aku.”
“Kita berbesan lah ya.”
Tak terlepas juga dari gurauan sebegini. Cuma tersentak bila dengar kuliah dari Ustaz Dr Khalid Basalamah (boleh cari di youtube) yang mengingatkan terutama para ayah agar menjauhkan diri dari bergurau senda perihal perkahwinan anak-anak.
Apatah lagi kalau bapa anak perempuan dan bapa anak lelaki “setuju” walaupun secara gurauan ia akan menjadi satu pertunangan. Subhanallah!
3 perkara yang tidak boleh dibuat gurauan:
1. Nikah 2. Talak 3. Rujuk
Nampak main-main, tak sengaja atau saja suka-suka nak bergurau tapi tak sedar dah berlaku syariat di situ.
Dr Khalid ada ceritakan sahabatnya bila ada kawan yang lain bergurau nak jadikan anak perempuannya menantu, sahabatnya diam. Tak jawab apa pun.
Dr Khalid tanya, “kenapa kamu diam?”
Sahabatnya menjawab, “sesungguhnya aku khuatir sekiranya aku mengangguk atau mengatakan setuju, kelak bila anak aku dewasa aku terpaksa meminta izinnya (anak kawannya) kalau dia (anak perempuannya) mahu menikah dengan orang lain.”
Aduh!
Ada rasa macam kena pulas telinga tak? Huhu. Ada perkara boleh dibuat bergurau, ada perkara langsung tak boleh dimain-mainkan.
Kalau nak diikut bergurau entah dah berapa kali anak-anak terpaksa bertunang tanpa kerelaan, phew!
Senyuman bayi bukan sekadar reaksi comel, tetapi petanda penting perkembangan emosi, pembentukan ikatan dengan ibu bapa dan asas keyakinan diri anak sejak awal kehidupan.