Deria bau (dikenali sebagai olfactory) berperanan besar untuk mengesan setiap rangsangan yang terdapat di persekitaran kita setiap hari. Bagi seorang kanak-kanak, peranan deria bau ini penting untuk mengukuhkan ‘sistem keselamatan’ mereka.
Tidak akan lengkap hidup kita jika kita tidak dapat mengesan bau yang merbahaya, seperti bau asap dan bau benda beracun. Kesedaran terhadap bau-bauan ini harus dititikberatkan sejak anak masih kecil lagi.
Dan kerana itulah, belajar dari persekitaran lebih baik daripada belajar dari buku dan flashcards semata-mata.
– Bau yang sedap adalah bau makanan
– Bau yang busuk adalah bau yang kurang menyenangkan
Ads
– Bau wangi datangnya daripada bedak atau perfume
– Sesetengah bau akan menghasilkan reaksi yang tertentu, contohnya bau asap akan membuatkan kita bersin.
– Bau makanan harus dikategorikan mengikut kumpulan makanan tertentu seperti buah buahan, sayur sayuran, bau nasi, makanan yang digoreng dan sebagainya
Ads
– Bau asap dan bau busuk adalah sebagai satu ‘indicator’ kepada sesuatu yang ‘tidak selamat’
Nampak tak betapa besarnya peranan deria bau ni dalam kehidupan kita? Anak yang tak terima banyak rangsangan bau, akan sukar menyatakan sesuatu bau itu menyenangkan atau tidak.
Dari situ, ianya mengaktifkan sistem keselamatan dalam diri mereka.
Ads
Sebab tu, macam dalam ceramah-ceramah saya selama ni, saya bagitau kat participants, kalau kita kentut sekalipun, bagitau anak:
Soalan biasa yang ditanyakan oleh ibu bapa di antara membaca, bercakap dan menulis, mana satu nak dimulakan dulu? Ini kerana ibu bapa risau anak-anak akan ketinggalan dengan rakan-rakan seusianya.
Bagi ibu bapa yang nak tahu lebih jelas, Terapis Cara Kerja, Liyana Raya ada jawapannya.
1. Bercakap
Usia KRITIKAL : 0-2 tahun.
Inilah elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia. Bercakap penting untuk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya orang sekeliling tahu apa yang hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham.
Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia, iaitu dalam masa 24 jam selepas dilahirkan. Greet anak, bagi salam… say ‘hi’, cium…. peluk, cakap apa saja nak cakap. Sembang saja. Memang nampak macam tak betul sikit bila duduk dekat ward, kita seorang-seorang sembang sambil bagi eye contact kat baby.
Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia, nak-nak dalam dua tahun pertama.
Seringkali saya tanya pada parents, ‘anak sudah boleh bercakap atau belum?’ Kebanyakannya jawab ‘dah, ada cakap… ABC, 123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.’
Saya cakap, itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua!
Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact, kena ada anak menjawab balik pertanyaan, sahut panggilan nama dari mak ayah, memanggil, bukan menyebut saja.
Pernah semasa anak saya admit di hospital, ada seorang ibu ‘bercakap’ dengan anaknya yang setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja. Kuat pulak tu! ‘B.U.K.U… BUKU!’ Agaknya dia target anak dia untuk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa, saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan ‘belajar’ melalui gadget. Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yang tak kena je, mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!
MENGEJA bukan bercakap!
MEMBACA bukan bercakap!
MENGIRA bukan bercakap!
Bercakap kena ada eye contact. Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak.
Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya. Bercakap adalah komunikasi, ada orang yang mendengar, ada orang yang membalas balik. Bercakap kena ada peniruan, baik meniru dari segi gaya atau bunyi bunyian. Pemberian gadget dan belajar di usia ini? Kalau boleh,elakkan!
2. Menconteng & Melukis
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Penting untuk anak anda belajar memegang pensel atau crayon atau berus lukisan yang besar pada ketika ini untuk sesi menconteng. Kalau risau anak conteng dinding, belikan kertas mahjong besar-besar, tampal kat dinding rumah. Kalau ada bajet lebih, catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat, redha je la dinding rumah kena conteng.
Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya. Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan. Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain). Menconteng mewujudkan midline crossing abilities. Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip).
Tak kisah nak conteng kat mana. Atas kertas, atas lantai, dekat dinding, buku… kita dah dewasa ni, tolonglah fikirkan cara terbaik untuk menggalakkan anak-anak menconteng.
Ikutlah masing-masing nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke…. yang penting, fikirkan cara! Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir, atas tanah, guna batu… guna ranting kayu… tak kisah apa pun, asal anak boleh conteng.
Waktu usia ni, janganlah force anak untuk menulis sangat. Asyik-asyik nak suruh tulis ABC, nombor, huruf jawi. Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG. Lukislah bentuk-bentuk yang ada di sekeliling kita.
Lukislah haiwan, tumbuhan, rumah atau apa saja. Layankan anak melukis. Gunalah water colour, crayon atau apa saja alatan melukis. Tak rugi spend duit beli benda-benda ni semua. Tak rugi!
3. Mewarna
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Ajarlah warna di usia ini. Aktiviti mewarna membantu anak-anak membentuk garisan lurus, menegak, menyerong, membulat dan sebagainya. Warna lukisan yang diwarnakan biarlah padan dengan usia anak.
aJanganlah disuruh mewarna lukisan yang complex. Kalau boleh, elakkan mewarna lukisan yang di dalam gajet. Mewarna di dalam gajet tidak membawa apa-apa makna kepada otot tangan. Macam mana nak develop motor memory terhadap garisan?
Di usia ini, tak payahlah risau kalau anak-anak masih lagi tak pandai warna dalam garisan. Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yang penting, dia tahu nak warna kat mana. Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna.
Tak payah bawak pergi mall, mewarna kat bahagian-bahagian yang ada lukisan-lukisan untuk diwarnakan, lepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je. Lebih baik kita lukis gambar kita satu family, suruh anak usia ni warnakan. Simple. Menjimatkan yang amat.
4. Menulis dan membaca
Usia KRITIKAL menulis: 4 tahun
Usia PERMULAAN mengenal huruf dan nombor: 4 tahun
Usia Permulaan membaca: 5 tahun ke atas.
Usia yang dikira LEWAT untuk boleh membaca: 11 tahun. Logiknya bila anak dah belajar garisan yang banyak-banyak melalui menconteng dan mewarna, persiapkanlah dirinya untuk menulis. Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah.
Boleh ajar menulis di satu sesi, kemudian ajar mengenal huruf di sesi yang kemudiannya pada USIA 4 TAHUN! Ini usia yang paling awal! Belum terlewat lagi. Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf, bunyi-bunyi huruf… mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun.
Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat, insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat. Kalau kita ‘terbalikkan’ semua proses ni, akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.
Kalau terasa ada kesannya, jangan segan nak bawa jumpa terapis untuk betulkan masalah yang ada. Sekian.
**Gambar sebagai contoh sahaja bukan galakkan untuk anak-anak conteng dinding.
Mak ayah sila tampalkan kertas besar didinding supaya anak-anak bebas bermain dalam masa yang sama dapat berkarya dengan selesa
Sumber : Liyana Raya (Terapis Cara Kerja)
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak ajar anak ke tandas dan tidak lagi memakai lampin perlukan masa. Yang penting ibu ayah kena kerjasama dan tak mudah putus asa. Mulakan dari awal usia, baru senang nak jadikan rutin pada si kecil.
Toilet training ada banyak fasanya ianya bermula dengan diapers free (bebas lampin). Penamatnya adalah :
Ianya proses berterusan dari mula diperkenalkan diapers free sekitar 18 bulan sehingga 6 tahun. Ianya merupakan proses yang panjang. lama kelamaan anak akan kurang memerlukan bantuan ibu bapa.
Mengikut perkembangan psikoseksual Freud, Anal stage berlaku pada umur 1 – 3 tahun. Di tahap ini, kanak-kanak menguasai kawalan pundi kencing dan usus ( bladder and bowel movement).
Sebagai ibu bapa, kita boleh tengok tahap anak sudah bersedia atau tidak dan mulakan dengan proses free diapers dahulu.
Biasanya sebelum betul-betul diapers free, setiap kali mandi saya buka diapers anak dan ajar cara buang air kecil. Minta anak mencangkung. Kita boleh guna perkataan seperti
” Adik kencing shhhh”.
Buat berulang kali sehingga anak faham.
Kemudian kita boleh mulakan diapers free dengan tidak memakaikan anak lampin lagi kepada anak.
Bawa anak ke tandas pada sela masa 15-30 minit sekali pada hari pertama. Kemudian jarakkan sela masa bawa ke tandas pada hari berikutnya.
Ada ibu bapa suka mulakan siang dahulu baru freekan malam. Pada saya terpulang mengikut keselesaan ibu bapa.
Pihak ibu bapa bekerja juga harus bekerjasama dengan pengasuh supaya latihan dibuat berterusan.
Pada pengalaman saya, saya selesa melatih anak pada umur 2-3 tahun. Pada saya lagi awal lagi senang cuma ia bergantung kepada masing-masing juga. Kesediaan ibu bapa sangat penting.
Saya pernah melatih anak sulung lambat umur 4 tahun sehingga dia berpegang yang diapers adalah pakaian dia seperti seluar dalam gitu. Umi trauma dengan kejadian tersebut dan melatih adik-adiknya seawal 2 tahun.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hobi bukan sekadar aktiviti suka-suka. Ia adalah “alat pembelajaran semula jadi” yang penuh potensi. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang aktif dengan hobi memiliki keseimbangan emosi yang lebih baik, prestasi akademik yang cemerlang, dan hubungan sosial yang lebih kukuh berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai hobi tetap.
Hobi seperti membina model, melukis, dan mencipta kraf mengaktifkan bahagian otak kanan yang berkait rapat dengan kreativiti, visualisasi, dan pemikiran abstrak.
Fakta menarik: Kajian dari University of California mendapati bahawa kanak-kanak yang sering melukis atau mencipta sesuatu mempunyai daya penyelesaian masalah 30% lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain.
Hobi juga bantu mereka membina kemahiran merancang, mengambil risiko dalam keputusan kecil dan menyelesaikan konflik dengan cara kreatif.
Aktiviti berkumpulan seperti kelas seni, kelab robotik atau pasukan sukan menjadikan kanak-kanak lebih selesa berkomunikasi, belajar giliran, dan mengekspresikan pendapat mereka dengan yakin.
Fakta menarik: Menurut laporan dari Harvard Graduate School of Education, kanak-kanak yang aktif dalam kelab atau komuniti lebih berempati dan proaktif membantu rakan-rakan mereka.
Ini bukan sahaja membina kemahiran interpersonal, tetapi juga menanam rasa hormat dan sikap kepimpinan sejak kecil.
Hobi juga merupakan saluran emosi. Bila anak tertekan atau keliru, hobi seperti menulis jurnal, melukis atau bermain alat muzik membantu mereka meluahkan emosi dengan selamat.
Fakta menarik: Data dari National Institutes of Health menunjukkan bahawa aktiviti kreatif seperti seni dapat mengurangkan hormon stres (kortisol) dalam masa 45 minit sahaja.
Ini menjadikan hobi bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga satu bentuk terapi emosi yang berkesan!
Hobi fizikal seperti berkebun, menari, atau berbasikal menjadikan anak lebih sihat, aktif dan ceria. Ia bantu menyeimbangkan masa mereka dari terlalu lama menghadap skrin.
Fakta menarik: WHO menyarankan kanak-kanak berumur 5–17 tahun perlu aktif sekurang-kurangnya 60 minit sehari, dan hobi fizikal boleh membantu mencapai sasaran ini tanpa tekanan.
Aktiviti ini juga memperbaiki koordinasi motor kasar dan halus serta mengurangkan risiko obesiti kanak-kanak.
Hobi yang konsisten mengajar anak tentang kepatuhan pada rutin, fokus jangka panjang, dan pengurusan masa. Mereka belajar bahawa kejayaan kecil datang dari usaha yang berterusan.
Fakta menarik: Kajian dari Michigan State University menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai hobi seperti muzik atau sukan menunjukkan tahap disiplin diri 28% lebih tinggi, dan ini dikaitkan dengan pencapaian akademik yang lebih baik.
Hobi bukan sekadar “isi masa lapang”—ia adalah senjata rahsia dalam membina peribadi anak-anak yang seimbang. Ia memperkayakan jiwa, menyuburkan minda, dan menyentuh aspek sosial serta emosi.
Sebagai ibu bapa dan pendidik, marilah kita terus memupuk minat anak-anak dalam aktiviti yang mereka suka. Biarlah hobi mereka menjadi tempat mereka belajar tentang dunia, tentang diri mereka sendiri, dan tentang erti usaha dan keseronokan sebenar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!