Anak-anak yang masih kecil akan menurut pertuturan dan percakapan ibu bapa dan orang sekeliling.
Apabila anak menghadapi masalah percakapan seperti bercakap dengan tidak fasih atau gagap, sebenarnya ini berpunca daripada:
Sikap ibu bapa yang mengajar anak bercakap dengan cara tidak betul
Mengejek percakapan anak apabila mereka tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan baik.
Apabila anak kita sering mendengar pertuturan dan percakapan yang tidak jelas seperti berdengung, mengada-ngada, olok-olok, maka anak-anak meniru percakapan itu sehinggalah dia dewasa.
Ads
Awas!
Ibu bapa patut mengelakkan mengulang percakapan anak yang tidak jelas dengan memberikan perkataan yang betul dan fasih supaya anak itu faham dan menurut percakapan yang sebetulnya.
Jangan mengejek perkataan dan mengulang pertuturan anak-anak yang salah dan tidak betul.
Ads
— ini bukan perkara yang harus dijadikan bahan jenaka!
Tabiat kanak-kanak mudah menurut kata-kata orang disekeliling terutama ibu bapa.
Ads
Jesteru itu, ibu bapa patut mengajar anak bercakap dengan intonasi dan huruf yang betul.
Baiki kesalahan sebutan anak-anak, bukan mengejek atau memperolokkan kata-katanya.
Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percayalah bila dari awal dah ajar anak buat kerja rumah dan berdikari, apabila anak besar kita tak perlu nak risau lagi. Memang tak dinafikan setiap ibu sayangkan anak sehingga tak bagi anak buat itu ini sendiri.
Namun kadangkala, perasaan yang terlampau sayang akan membawa kita ke arah terlalu memanjakan anak, lantas membuatkan kita membesarkan mereka dalam keadaan yang salah.
Ada beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian, dan bertegas dengan hati sendiri dalam membesarkan anak-anak:
Anak anda mungkin selalu menangis kerana marah atau ketakutan. Jelaskan kepadanya bahawa perasaan-perasaan itu adalah satu cetusan dan beritahunya apa yang perlu dibuat. Bincangkan juga mengenai perasaan anda dengannya.
Apabila dia membesar, dia akan tahu perbezaan di antara marah, kekecewaan, kesedihan dan kekeliruan. Dan dia juga akan tahu bagaimana untuk mengendalikan emosinya, serta ‘melepaskannya’ dengan cara yang betul.
Walau apa-apa pun yang akan terjadi pada suatu masa nanti, pada masa itu, pasti dia akan rasa sangat bertuah kerana anda melatih dia supaya berdikari sejak dari waktu kecil lagi.
Benar, kanak-kanak akan menjadi seorang pencinta buku apabila duduk di riba anda, sambil melihat anda membaca. Beritahunya apakah buku yang anda suka baca dan watak-watak kegemaran anda. Jelaskan kepadanya kenapa pentingnya untuk membaca.
Amalkan membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah semasa menemani anak melakukan aktiviti ini. Yang paling penting, jelaskan pengajaran berguna yang harus dia teladani.
Bijak, berani, kuat, berbakat, jujur. Ceritakan kepadanya tokoh-tokoh yang hebat; penulis, pengembara, saintis, ulamak, pemimpin dan sebagainya.
Ceritakan kepada dia bagaimana mereka ini hidup, apa yang mereka buat dan apa yang mereka telah berjaya capai. Dan bagaimana kecantikan dalaman di dalam diri seseorang adalah jauh lebih penting daripada apa yang ditonjolkan pada luaran.
Jadilah superhero kepada anak kita, jadilah contoh ikutan. Perkara ini akan berlaku dengan sendirinya tanpa kita perlu mengeluarkan sepatah ayat pun.
Walau bagaimanapun, anda harus tetap menunjukan kepada anak kecil anda betapa cantik, bijaksana dan jujurnya diri anda.
Bagi mereka, anda adalah manusia paling sempurna, paling ideal dan yang akan menjadi kayu ukur kepada insan-insan lain yang akan datang ke dalam kehidupan mereka.
Ajarkan anak kita dengan ucapan ‘tolong’ dan terima kasih’. Ajarkan juga kepadanya agar tidak lokek untuk menawarkan pertolongan, menjadi pemurah dan suka berbuat kebaikan.
InsyaaAllah, perkara ini walaupun kecil, akan memberi sumbangan yang besar kepada dunia. Pasti ganjaran pahala besar menanti anda.
Anak-anak kita pasti akan mengalami ketakutan dan kepenatan, kesakitan dan kesedihan, berkali-kali dalam sepanjang kehidupannya.
Adakalanya, disaat dia memerlukan anda, anda tidak mampu untuk berada dekat disisinya.
Oleh itu tanamkan tempat bergantungan dalam hatinya, iaitu Allah. Tuhan sekalian alam. Ini akan membuatkan hidupnya terus berjalan, walaupun semangatnya telah lemah.
Apabila mereka telah faham ini, mereka tidak akan sesekali rasa kesorangan. Dia ada Allah sebagai tempat bergantung dan meletakkan keyakinan.
Semaikan rasa kasih sayang dan perasaan berlembut mereka dengan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan haiwan, dengan bunga, dan dengan perasaan orang lain.
Semaikan perasaan berkasih sayang sesama makhluk. Semoga anak kita dibesarkan dalam perasaan yang penuh kasih dalam dirinya.
Ibu bapa yang baik akan mengambil tahu tentang pasukan bola kegemarannya, belajar lagu kegemarannya. Hadirkan diri anda secara aktif dalam hidupnya.
Bukannya hanya memerhatikan gelagat anak kita dari jauh. Hati anak akan lebih terkesan apabila dia mengetahui bahawa ibu bapanya menyokong minatnya.
Tutup TV, video game, dan tinggalkan telefon bimbit anda. Keluarlah bersiar-siar dengan anak anda dan biarkan kemana sahaja dia mahu pergi. Perhatikan reaksi mereka dan berkomunikasilah dengan mereka.
Pasti anda merasakan kebahagiaan apabila dapat mengisi masa dengan anak dan melihat mereka membesar didepan mata.
Semasa anak kecil kita sedang belajar berjalan, secara tak stabil dia hanya akan melangkah pergi beberapa langkah dari anda – dan kemudian dia akan kembali.
Kemudian apabila dia sudah sedikit besar, akan mula berjalan lagi sedikit jauh di sekitar rumah, tetapi dia akan sentiasa pulang setiap masa.
Dia akan tertunggu-tunggu senyuman bangga anda bila dia menunjukkan lukisan pertamanya kepada anda.
Apabila dia belajar membaca, dia akan membaca buku yang sama kuat-kuat sebanyak 20 kali. Kerana dia tahu ibunya akan sentiasa mendengarnya bila dia buat begitu.
Dan walaupun dia telah besar panjang, kuat dan boleh menjaga diri sendiri, dia mungkin masih mahu menangis dipangkuan anda – dia tidak mampu menyorokkan perasaannya daripada anda, ibunya.
Walaupun dia sudah mempunyai rumah, keluarga sendiri dan jawatan, anda adalah sentiasa permaisuri dihatinya. Padanya, anda adalah segala-galanya.
Sumber: Muhamad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan dinafikan khasiat air kelapa kerana ia cukup baik untuk anak kecil kita. Lebih-lebih lagi anak yang kerap sakit, demam, batuk dan selesema.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, air kelapa amat baik kerana mempunyai asid laurik. Komponen yang bersifat antifungal, antibakteria dan antivirus. Air kelapa boleh bantu tingkatkan imuniti anak secara semulajadi. Jadi sentiasa bekalkanlah air kelapa ini untuk anak kita.
Air kelapa dalam kotak, mungkin bukan air kelapa yang sebenar untuk anak.
Ini semua bahan tambahan yang tak sepatutnya ada kalau kita nak anak dapat khasiat yang optimum dari air kelapa.
Elakkan bagi anak-anak air kelapa yang ada bahan ramuan macam ni. Air kelapa, antara superfood untuk anak-anak.
Air kelapa ada asid laurik. Komponen yang bersifat antifungal, antibakteria dan antivirus.
Air kelapa boleh bantu tingkatkan imuniti anak secara semulajadi.
Kalau anak kerap sakit, wajib bagi air kelapa segar untuk anak minum selalu. Setiap kali sakit, demam, batuk, selsema, jangan tinggal langsung air kelapa tau.
Apa saja minuman yang ada dalam peti sejuk rumah kita, itu lah yang anak-anak kita akan minum setiap hari.
Periksa, apa yang ada dalam peti sejuk rumah. Makanan minuman itu sebenarnya, ada jugak dalam perut anak kita.
Air kotak.
Air bergas.
Air kordial.
Air yogurt berperisa.
Susu kotak berperisa.
Elakkan, semua minuman tinggi gula dan pengawet macam ni. Yang mana sampai 3 tahun ada dalam peti sejuk kita pun, masih elok lagi keadaannya.
Sama-sama kita cuba ya, banyakkan real food untuk anak-anak dan kurangkan sebaiknya makanan tinggi proses dari anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cepat je rasa nak marah anak.. Tak kena sikit anak-anak terus jadi mangsa. Ini antara situasi ibu hari ini kerana terlalu stres dengan kerja dan dalam masa sama menguruskan anak.
Perlu diketahui, emosi yang bercelaru, badan penat, kepala serabut antara punca ibu bapa anggap anak suka cari pasal sehingga anak buat salah sikit pun terus berapi kemarahannya.
Jika difikirkan semula, ibu bapa yang ada anak dan mampu melihat perkembangannya setiap hari dikira sangat beruntung berbanding yang terpaksa berjumpa anak seminggu atau sebulan sekali.
Jadi ambillah peluang ini sebaiknya dan manfaatkan masa dengan anak sebaik mungkin kerana waktu kecilnya tidak dapat diputar kembali selepas ini.
Melalui perkongsian Dr Siti Ujila, beliau menyarankan supaya ibu menghargai anak ketika mereka ada di depan mata. Walau mereka menguji kesabaran, walau kita penat dan ada banyak masalah dan karenah anak-anak itu menambahkan lagi pening kita.
Takpe. Itulah nikmat menjadi seorang ibu. Seorang ayah.
Memang, kalau mereka salah..tegur dan ajarkan mereka. Tapi ambillah juga masa untuk bergurau bersama tentang apa yang kelakar yang mungkin berlaku sebelumnya.
Petang-petang bawa anak keluar, main lumba lari dan kejar-kejar.
Gelak-gelak bersama. Makan bersama sambil borak-borak apa yang jadi di sekolah tadi. Nyanyikan lagu kegemaran mereka bersama-sama sambil meniru gaya mereka dan akhirnya sama-sama pecah perut sebab tak tahan gelak.
Allahu, seronoknya punya anak-anak di sisi. Anak-anak bukan hanya amanah dan tanggungjawab. Tapi sebetulnya cara Allah agar hidup kita terisi dengan pelbagai warna kegembiraan dan kebahagiaan.
Kerana sebenarnya tanpa mereka, percayalah kehidupan seperti bumi kosong yang tiada apa. Anda akan lebih rela berdepan pelbagai karenah mereka, dari menghadapi hidup yang terasa kosong tanpa apa.
Hargai anak-anak. Berbahagialah hidup bersama mereka.
Hargai Masa Dengan Anak
Ya jika anda juga seperti saya yang selalu cepat marah dengan karenah anak-anak, cepat melenting cepat menghukum, saya ingin katakan bahawa anak-anak itu tak selamanya di hadapan mata kita.
Satu masa nanti, mungkin mereka duduk di asrama dan hanya pulang ketika cuti sekolah.
Satu masa nanti, mereka sibuk dengan urusan kerja sampaikan nak jumpa sebulan sekali pun susah.
Satu masa nanti, mungkin saja mereka ada di rumah tapi hanya ingin terperap di dalam bilik bahkan tidak mahu berborak-borak dengan kita walau duduk serumah. Kerana mungkin kita yang tidak mahu melayan ceritanya saat mereka kecil yang mahu bercerita itu dan ini.
Bahkan satu masa nanti, entah kita entah mereka yang akan pergi dahulu meninggalkan semua yang ada di dunia ini.
Ya Tuhan, ku tak tahu bagaimana menghadapi perpisahan itu. Seminggu mereka tiada di sisi saja buat aku bingung. Sunyi. Sepi.
Terima kasih kerana mengajarkan aku untuk lebih menghargai mereka saat mereka ada.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.