Ada ibu bapa semakin jarang memeluk anak apabila mereka memulakan zaman persekolahan. Tapi tahukah anda terdapat banyak manfaat pelukan buat anak dan juga ibu bapa itu sendiri?
Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.
Ketahui manfaat pelukan
Ingat lagi ketika anak masih kecil, betapa bahagianya rasa setiap kali memeluk si manja? Indah bukan momen itu.
Tetapi kenapa kini anda jarang memeluk mereka?
Sedangkan terdapat banyak faedah saintifik yang boleh terjadi hasil daripada pelukan hangat penuh kasih sayang itu, khususnya dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak.
Ayuh kita bongkar apakah kebaikan pelukan kepada anak.
1. Memeluk anak menjadikan mereka lebih pintar
Anak memerlukan banyak rangsangan deria semasa otak berkembang dan membesar.
Kajian melibatkan bayi di rumah anak yatim menunjukkan mereka mengalami kecacatan kognitif yang teruk.
Tetapi apabila mereka dipegang hanya selama 20 minit sehari untuk tempoh 10 minggu, mereka memperoleh markah lebih tinggi dalam penilaian perkembangan otak.
Bayi baru lahir meneroka dunia melalui sentuhan – sentuhan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit, yang penting untuk perkembangan.
Daripada 5 deria, sentuhan adalah yang pertama berkembang. Jadi manfaat pelukan (antara sentuhan yang sering diberikan), dapat memberikan rangsangan yang diperlukan otak untuk pertumbuhan dan perkembangan normal.
2. Memeluk anak dapat menyihatkan mereka
Anak bukan sekadar memerlukan nutrien mencukupi untuk tumbesaran, tetapi sentuhan fizikal juga adalah penting untuk pertumbuhan.
Ads
Tanpa sentuhan, ia boleh menyumbang kepada keadaan yang dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.
Namun sebaik sahaja sentuhan kasih sayang diberikan, proses tumbesaran anak yang tidak sihat boleh berubah kepada sihat dengan cepat – itulah antara manfaat pelukan.
Berdasarkan sains, pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin – hormon yang dikaitkan dengan rasa percaya, selamat dan kasih sayang. Apabila hormon itu dihasilkan, ia merangsang hormon pertumbuhan tertentu dalam tubuh.
3. Pelukan menghentikan tantrum
Memeluk anak bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal mereka, tetapi ia juga menyokong perkembangan emosi.
Tiada apa dapat menenangkan seorang kanak-kanak lebih cepat daripada pelukan hangat individu yang menyayangi mereka.
Selain itu, pelukan juga cara paling berkesan untuk menghentikan tantrum.
Apabila anak kecil mengalami tantrum emosi, mereka melepaskannya sebagai tindak balas kepada sesuatu dalam persekitaran – mereka bukannya degil atau cuba merosakkan hari anda.
Mereka cuma hilang kawalan emosi dan tidak belajar bagaimana mengawalnya.
Manfaat pelukan dalam detik-detik ini akan menenangkan, mengajar mereka bahawa anda tetap ada bersama untuk menyokong semasa keadaan sukar dan membantu menghindari daripada berlakunya emotional breakdown.
Ads
4. Memeluk anak menjadikan mereka lebih tabah
Semasa dalam kesusahan dan tekanan, adrenalin dan kortisol dirembeskan ke dalam tubuh dan otak.
Oleh sebab anak tidak belajar cara mengawal emosi, tekanan berlarutan dalam tubuh boleh mencapai tahap toksik.
Jika ia berlaku, hormon tekanan ini boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak dari segi mental dan fizikal.
Ia juga boleh membawa kesan negatif semasa dewasa seperti peningkatan risiko penyakit fizikal serta kemurungan dan keadaan buruk yang lain.
Pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin, menurunkan tahap hormon tekanan, menahan kesan negatif ini dan membantu anak mengembangkan daya tahan.
5. Memeluk anak eratkan hubungan dengan ibu bapa
Semestinya pelukan akan mewujudkan ikatan lebih kuat antara anak dengan anda.
Pelukan akan meningkatkan kepercayaan, mengurangkan ketakutan dan mengeratkan hubungan – ia manfaat bersama. Memberi dan menerima kasih sayang fizikal ini baik untuk diri anda dan juga anak.
Ikatan ini perlu dipupuk sepanjang masa, walaupun ketika anak sudah membesar, keperluan untuk sentuhan kasih sayang ini tidak akan pernah terhapus.
Ads
6. Menguatkan harga diri
Manfaat pelukan kepada anak membantu meyakinkan bahawa diri mereka disayangi. Ia mengembangkan rasa keyakinan diri dan minda positif dalam diri anak.
Gabungan ini akan kekal bersama anak dari zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa peluk anak bagi meningkatkan keyakinan mereka.
7. Mengajar mengembangkan empati
Apabila anda peluk anak, wujud rasa kehadiran kalian berdua ketika itu – ia menghubungkan perasaan anda dan anak pada tahap emosi dan fisiologi.
Pelukan ini akan mengajar anak nilai empati – ia berlaku apabila mereka mengembangkan pemahaman tentang perasaan anda.
Pelukan itu juga mengajar anak bahawa rasa sayang adalah 2 hala dan dia boleh mempamerkan kasih sayangnya kepada individu lain.
Pendek kata, pelukan adalah pengajaran berkesan untuk menunjukkan anak erti mengasihi.
Memeluk anak dengan keinginan hati mereka
Walaupun individu yang ingin kita peluk adalah anak sendiri, tetapi sebaiknya pelukan tersebut haruslah kerana mereka ingin dipeluk – bukan atas rasa keterpaksaan.
Jika ia berlaku atas rasa terpaksa, manfaat pelukan yang dikongsikan di atas mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada siapa yang menduga, anak-anak yang pergi meninggalkan kita dahulu. Bagi ibu bapa, biarlah mereka dahulu yang pergi sebelum anak-anak. Namun ajal maut, semuanya kehendak Allah S.W.T.
Bagi yang masih bernafas, hargailah orang disekeliling anda kerana kita tak tahu bila masanya nyawa akan diambil. Hargailah anak-anak, sayangilah mereka. Hargailah ibu bapa, berjasalah kepada mereka.
Ini arwah anak saya. Anak syurga. Tiba-tiba teringat kat dia. Gambar ini di ambil seminggu sebelum beliau pergi pada usia 1 tahun 4 bulan. InsyaAllah akan sampai giliran ayah mu pula nanti.
Abang kakak. Kasihi anak-anak kita. Mereka adalah mutiara yang menerangi hidup kita. Hargai setiap saat apabila bersama mereka. Peluk cium mereka lama-lama.
Apabila berjauhan betapa rindu tak terkata. Tersangat rindu kepada mereka ini tak mampu nak diungkap dengan kata-kata.
Kepada ibu-ibu. Jaga kata-kata kita terhadap anak. Marah macam mana sekali pun, jangan sesekali ungkapkan perkataan buruk terhadap mereka. Apatalah lagi mengherdik mereka.
Ketika marah baca LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH. Dan ketika tidurkan anak baca Ya Latif banyak kali, supaya hati kita ini jadi lembut, anak-anak ada sifat simpati.
Ibu ibu lebih banyak masa bersama anak-anak, terutama ibu-ibu suri rumah yang mulia. Ibu ibu-ibu suri rumah yang mulia paling banyak diuji dengan gelagat anak-anak. Tak mengapa ibu ibu. Itu semua pahala dan tanda anak kita sihat membesar.
Kepada ayah-ayah para suami yang mulia. Hargai isteri kita. Hargai susah payah mereka besarkan anak-anak. Dari dalam rahim sehingga dewasa jiwa mereka sangat rapat dengan anak berbanding kita. Mereka akan sanggup buat apa sahaja demi anak-anak.
Sekiranya kita memuliakan isteri, bermakna kita telah memuliakan ibu kepada anak-anak kita. Saat kita mencium dahi, mengasihi mereka bermakna kita telah mengasihi ibu kepada anak kita.
Hidup tak lama. Nak sama-sama masuk syurga. Nak hidup bahagia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suatu ketika dahulu ketika mengandung anak sulung, pelakon jelita, Shima Anuar membuat pembaziran dengan membeli pelbagai barangan kelengkapan bayi yang banyak. Sudahnya masih ada yang tidak sempat digunakan, anaknya sudah semakin membesar. Tidak mahu perkara yang sama berulang, kali ini Shima mahu bersederhana dan membeli barangan yang perlu sahaja.
Melalui perkongsian di laman Instagram peribadinya, Shima berkongsi panduan kepada para ibu yang juga dalam perancangan untuk membeli barangan bayi. Shima menyarankan para ibu untuk membuat senarai barangan sebelum keluar membeli-belah.
Pertimbangkan sama ada ia betul-betul penting ataupun boleh dibeli kemudian sahaja. Untuk pakaian bayi pula, Shima memberitahu tidak perlu beli terlalu banyak kerana anak akan membesar. Selain itu, pelakon ini juga mencadangkan agar beli baju yang sesuai dipakai untuk kedua-dua jantina.
Tambah Shima lagi, elakkan pembaziran kerana benar kita akan cenderung untuk beli macam-macam. Semua benda mahu dibeli. Sambil itu, Shima turut bertanya jika ada tip lain yang mahu dikongsikan serta memberi peluang kepada peniaga atas talian untuk membuat iklan di ruangan komen.
Pa&Ma mendoakan agar kelahiran anak kedua Shima lancar dan kedua-dua ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.
Sebenarnya nak jimatkan masa memasak, ada macam-macam cara yang boleh dibuat ikut style masing-masing. Ada pasangan yang lebih suka beli stok bahan mentah seminggu sekali. Tak kurang juga yang yang suka beli barang dapur sebulan sekali atau pun dalam seminggu beberapa kali ke kedai tambah stok.
Terpulang cara yang mana kita selesa. Sebab semua itu tak salah pun asalkan kita tahu bajet untuk perbelanjaan keluarga. Mungkin bagi pasangan bekerja mereka lebih memilih untuk beli stok yang banyak terus untuk jimatkan masa. Manakala bagi suri rumah, ada yang selesa tambah stok seminggu beberapa kali.
Kali ini idea dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar yang menyiapkan semua bahan untuk setiap menu dalam tempoh seminggu sangat menarik. Bukan saja jimat masa, tapi jimat tenaga. Hanya buka bekas, terus masuk dalam periuk. Senang kan!
Assalamualaikum..baru siap pack bahan mentah untuk stok seminggu sebelum difrozenkan.
Lauk-lauk dah bersih siap-siap sekaligus semua sebelum masuk peti. Untuk bagi senang nak masak dan jimat masa. Style Baba, pack barang, Baba akan pack ikut portion dan jenis menu yang nak dimasak nanti (boleh tengok gambar).
Contohnya macam set tomyam tu dalam satu bekas lauk-lauk untuk masak tomyam Baba dah satukan siap-siap. Bila nak masak defrostkan dan bolehlah lebur dalam periuk. Cepat dan mudah kan. Pes pun ada sekali.
Set TomyamSet singgang
Set Sup Ayam
Sama juga kalau nak buat singgang ikan, satu bekas tu dah ada semua. Senang kan! Nak masak pun jimat masa dan yang penting balik pasar beli barang sekali buat semua.
Tak perlu dah nak bersusah-susah siang ikan, cuci ayam tiap kali nak masak.
Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat pada ibu-ibu yang ada anak kecil atau bekerja. Tak ada istilah salah dalam konsep nak jimat masa di dapur. Suami pun boleh tolong masak kalau dah siap pack macam ni.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.