Adakalanya bila anak kita demam, lepas sahaja beri ubat, kita biarkan sahaja dia main seperti biasa. Malamnya pula kita bersenang lenang tidur tanpa rasa takut suhu anak meningkat. Sebenarnya hal ini salah, mama papa perlu pantau suhu anak.
Selain memantau suhu, ada beberapa perkara lain yang mama papa perlu berikan lebih perhatian. Doktor Ezairy M.Sallih, Doktor Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) menyenaraikan beberapa perkara yang mama papa perlu ikuti sepanjang anak demam. Kena prihatian lebih sikit ya.
Kalau anak demam…
1. Periksa suhu. Takut-takut terlalu tinggi, boleh diserang sawan.
Ads
2. Kerap basahkan badan dan kepala. Supaya suhu badan dalam keadaan terkawal.
3. Pastikan makan minum anak dalam keadaan baik. Kalau minum pun tak nak, terus muntah-muntah… bawa segera ke hospital.
Ads
4. Jangan bawa ke tempat ramai orang. Bimbang lebih ramai mendapat jangkitan.
5. Kerap basuh tangan dengan sabun dan bersih. Jangkitan virus boleh merebak secara titisan udara atau permukaan yang telah didedah dengan cairan daripada hidung dan semasa batuk.
Ads
6. Sediakan ubat demam di rumah. Jika terlalu panas, segera beri ubat.
7. Dapatkan pemeriksaan doktor jika masih tidak sembuh walau sudah diberi ubat demam.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kerap batuk sudah semestinya buat kita rasa tak selesa. Tambah sayu bila mana anak terbatuk di kala tengah tidur. Malah tidurnya terganggu kerana batuk dan sesak nafas. Ibu mana yang boleh tahan bila melihat kesakitan anak.
Selain ubat yang dibekalkan oleh doktor, apa kata mama cuba empat langkah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini. Ia membantu meradakan sakit anak.
Anak batuk ketat dada berkahak banyak, selesai tak sampai seminggu. 4 step ini yang saya selalu dan suka buat bila anak dah mula batuk.
1. Sediakan air kembang semangkuk, sebagai pengganti air masak selagi mana anak masih batuk.
Rendam sebiji kembang semangkuk dalam air biasa. Tinggal je dalam jug sampai jadi berbunga. Minum sampai habis. Ganti dengan air dan kembang semangkuk baru, sampai lah anak baik.
Fungsi dia, nak kurangkan radang pada bahagian tubuh badan anak. Bila batuk, kita nak kurangkan radang pada paru-paru. Nak longgarkan kahak yang ada.
2. Mandi air suam 2 atau 3 kali sehari. Mandi berendam air suam, biar anak duduk lama sikit dalam toilet.
Upahlah 2 3 barang mainan masuk dalam toilet sekali. Anak saya dengan toilet, tak berapa ngam sangat, tak sampai 5 minit mesti akan keluar toilet biasanya. Tapi kalau masuk dengan mainan, setengah jam pun tak puas lagi dia main.
Nak longgarkan kahak jugak ni. Kalau ada magnesium flakes atau epsom salt, korang boleh letak je 1 2 genggam campur air suam dalam bath tub anak. Biar dia berendam dalam tu, dengan kahak pun boleh meleleh keluar dari hidung tau.
3. Kemudian, kita buat percussion. Tepuk depan dan belakang dada anak.
Kahak pekat yang terbenam, moga keluar akhirnya ke mulut atau sebagai najis bila anak buang air besar.
Saya ada kongsikan video, saya tepuk belakang badan anak. Buat 10 minit, baru betul-betul efisyen untuk longgarkan kahak. Buat je at anytime yang korang dan anak selesa. Lagi kerap buat, lagi banyak kahak akan keluar.
4. Yang terakhir, yang paling anak tak suka, pelbagai alasan dia akan bagi.
Sedut kahak guna nasal aspirator. Boleh guna yang manual, atau yang elektrik. Buat sampai dah takde dengar bunyi kahak bila kita sedut.
Saya suka guna yang manual. Sedut guna mulut kita, dari hidung anak. Walaupun penat nak menyedut tu, tapi puas hati bila tengok kahak pekat keluar dari hidung anak. Dan anak pun akan rasa sangat lega bila banyak kahak pekat dah keluar.
Cuba buat 4 step ni. Semua barang dalam gambar, korang boleh cari di farmasi atau kedai baby. Bila anak batuk, kita terdesak nak anak cepat sembuh. Kalau beli dari Shopee nanti lambat sampai.
Sekarang terus korang pergi cari kat kedai berdekatan rumah k. Tapi kalau nak standby sebab ada anak kecil tak pandai lagi buang kahak, korang boleh je Shopee kan semua barang tu.
Korang cuba tau. Mana tahu ikhtiar ini menjadi untuk anak korang jugak. Anak cepat sembuh, kita senang hati kan. ❤️
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tutup pintu tandas tu, jangan biar terbuka” orang tua-tua memang suka ingatkan kita agar sentiasa menutup pintu tandas.
Arkitek Jelaskan Kesan Tandas Dalam Bilik Tidur
Jika dilihat kepada trend reka bentuk rumah pada hari ini, kebanyakan bilik tidur akan disertakan sekali dengan tandas. Reka bentuk ini sememangnya memberikan kemudahan kepada penghuni bilik tersebut kerana tidak perlu berjalan jauh untuk ke tandas.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa tandas dalam bilik sebenarnya tidak mematuhi syariah. Oleh itu, ikuti perkongsian individu ini mengenai keadaan tandas di dalam bilik tidur.
Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.
*Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139.*
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah dulu saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : ” Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”
Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”
Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?
Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Rasullullah SAW ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
*1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”*
(HR. Bukhori 5624).
*2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012).*
*Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.*
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah itu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.
Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.
Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.
Biasanya tugasan menyediakan makanan di rumah adalah menjadi tanggungjawab wanita, iaitu kaum isteri. Tetapi sebenarnya, pada pandangan mata seorang wanita melihat lelaki rajin memasak adalah lebih hot.
Lelaki rajin memasak vs bertukang
Berdasarkan satu kajian, dikatakan lelaki rajin memasak adalah lebih menarik pada pandangan individu wanita berbanding lelaki yang melakukan tugasan pertukangan atau yang bersifat kelakian.
Ini adalah berdasarkan kajian dilakukan oleh saintis daripada London ke atas 20 pasangan Australia untuk menentukan jenis tugasan apa yang boleh meningkatkan keghairahan individu wanita terhadap individu lelaki.
Responden lelaki yang terlibat dikehendaki melakukan tugasan seperti pertukangan sendiri sehinggalah kepada tugasan membuat kek, membancuh kopi serta mengisar bahan masakan. Manakala responden wanita pula dinilai dari aspek tindak balas fisiologikal, emosi dan mental.
Hasil kajian
Daripada kajian yang dilakukan, didapati sebanyak 57.5 peratus responden wanita lebih terangsang apabila pasangan mereka membancuh kopi atau membuat kek berbanding melakukan tugasan pertukangan menggunakan gerudi atau gergaji, iaitu sebanyak 55 peratus.
Individu wanita terlibat juga dikatakan lebih gembira apabila pasangan mereka memasak berbanding melakukan tugasan rumah yang lain, termasuk menggosok baju atau memasang perabot.
Kajian juga menunjukkan tujuh daripada 10 wanita lebih menyukai apabila menerima kopi yang dibancuh sendiri oleh pasangan berbanding pemberian hadiah atau pelukan kasih sayang daripada pasangan.
Apa kata pakar
Menurut pakar perhubungan dan sexologist, Dr Nikki Goldstein, beliau tidak terkejut dengan hasil penemuan yang diperolehi daripada kajian. “Sebagai wanita, saya bersetuju dengan hasil kajian.”
Walau bagaimanapun, beliau mengakui perkara ini mungkin memberikan kejutan kepada lelaki. Ini kerana kebanyakan lelaki berasa bahawa seseorang individu wanita akan terangsang dan ghairah apabila melihat lelaki melakukan tugasan berbentuk kelakian.
Bagi Dr Nikki, melihat lelaki berada di dapur dan menunjukkan tahap kreativiti mereka merupakan satu perkara yang menarik. Ia memerlukan lelaki berfikir diluar kotak dan ini sudah tentu amat menarik bagi wanita.
Lelaki boleh melafazkan ‘Saya sayangkan awak, saya peduli tentang”, tetapi apabila mereka melakukan sesuatu seperti membancuh kopi, ia menunjukkan bahawa mereka mengambil berat.
Dr Nikki menyarankan agar setiap pasangan untuk meluangkan masa bersama di dapur untuk menguatkan hubungan. Dalam masa yang sama ia membantu untuk setiap pasangan berkongsi cerita mengenai aktiviti harian bersama.
Kesimpulan
Sebenarnya, individu lelaki memang merupakan antara mereka yang sangat hebat ketika di dapur. Lihat sahaja kebanyakan tukang masak sama ada di kedai makan biasa, restoran mahupun hotel, adalah lelaki.
Jadi, kaum lelaki sekalian, why not untuk anda sekali sekala menunjukkan skil memasak kepada pasangan anda? Manalah tahu ia mungkin boleh membantu mengeratkan lagi hubungan dan si dia bertambah sayang kepada anda. Tiada salahnya mencuba, bukan?