Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak, pengacara dan penyampai Radio Era terkenal, Johan memuat naik gambar gelagat suaminya di hari raya dengan anak tersayang, Chantiq di Instagram.
Bila baca kapsyen yang ditulis memang betul dan sama sangat sikap sebenar ibu ayah pada semua anak bila hari raya.
Bila sudah bergelar ibu ayah, hari raya automatik perhatian tertumpu pada anak-anak. Ragam anak-anak kecil memang akan menjadikan suasana hari raya ibu ayah bertambah meriah dan penuh kenangan.
Bila ada anak kecil, ibu dan ayah jangan harap boleh bergaya dan maintain cantik atau hensem dengan pakaian raya sepanjang hari.
Ragam mereka kadangkala menyebabkan ibu ayah terpaksa melupakan segala keinginan untuk melaram dan bergaya apatah lagi kalau anak jenis yang asyik nak melekat sahaja.
Ko pakai la ensem mcm mane pon pagi raya.. tp kalau ko sejenis bapak2 yg prihatin pasal anak.. n anak plak jenis yg nak melekat jek ngan bapak.. so lupakan sampin.. lupakan “ butang baju melayu aku mane pahhhh?…” haaaaaaa jagaaaaaa.. anak ko yg lain maneeeeeeeeee??? Sorg dok berlari, sorg dok bukak wallet kuarkan duit dr sampul, sorg dok melantak… haiissshhh.. yg mak2 slalu mcm mane???.. mcm aku slalu dok usha n tanya… haa.. angpow u mane?? ?.. nampak nauuu mama korg mata duitan?????
Ramai Netizen Setuju!
Ads
Ternyata apa yang dialami oleh pasangan selebriti popular Ozlynn dan Johan sama sahaja seperti ibu bapa lain yang ada anak kecil.
Ramai yang memberikan komen setuju bila ada anak kecil selain meriah suasana hari raya, mereka juga akan jadi ‘huru-hara’ dengan ragam si kecil.
“Penatnya, esoklah basuh dalam sink tu” pernah kita abaikan sampah di dapur, biarkan dapur dalam keadaan kotor sehingga esoknya? Sebenarnya perbuatan ini agak tidak bagus. Kenapa? Ikuti perkongsian ini.
Buat suami, pastikan sebelum tidur sampah dalam rumah terutamanya tulang tulang dan sisa makanan dibuang.
Kalau susah juga nak buang sebab tinggal pangsapuri (apartment) seeloknya ikat elok-elok dan masukkan dalam tong sampah, tutup sebaiknya sebelum dibuang esok.
Sebab? ‘Ramai’ sangat terliur tengok sisa makanan tu…
Buat isteri, basuh pinggan mangkuk periuk belanga sebelum tidur. Jangan biar sinki penuh pinggan sampai esok.
Baki makanan pada pinggan mangkuk tu mudah menjemput ‘dia’. Sebab tu mak mak kita dahulu pastikan tak ada pinggan tak bercuci sebelum tidur.
Buat anak anak perempuan & wanita… tolong basuh pad (haid atau nifas) sehingga hilang bau… ‘dia’ suka meratah barang kita…
Banyak perkara kita tak nampak, tapi kesannya banyak berkait rapat dengan life kita.
Buat suami, jadilah pendidik buat isteri & anak-anak… Elakkan sebelum terlambat
Dalam banyak-banyak kerja dapur, bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh.
Ada yang suka biar berlonggok dan ‘kumpul’ pinggan mangkuk banyak dalam singki barulah datang ‘mood’ nak cuci. Ataupun dibiarkan sehingga keesokkan harinya. Buang sampah pun begitu juga.
Ada sebab tertentu sebenarnya, kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih. Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas k0tor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata.Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang. Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan. Bahagian sinki mesti bersih.
Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran islam :
“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”
Pandangan ini juga turut dikongsi oleh Puan Tya Mohamad mengenai perkara ini. Berikut antara perkongsian beliau; Pernah dengar tak?
Pinggan mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam. Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang.
Saya pernah dengar dulu…masa zaman sekolah lagi.. Tapi, terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pon.. Tapi, tetiba ada yang reminder semula.. Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Ruginya selama ni tak buat sungguh2.. Bukan tak basuh pinggan, Cuma ikut mood…bila rasa lapang baru buat.
Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat terkadang x basuh dah.
Esok pagi baru nak basuh… Allah, tu la ambil ringan je..
Bila dah tahu, Rasa terpukul betul. Rasa nak putar semula masa. Macam2 rasa ada. Selama ni meremehkan sunnah? Tak serius?
Allahu…aku xsengaja… Nabi suruh pasti bersebab. Pasti hikmahnya besar. Lepas dah tahu, Sedaya upaya amalkan.
Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas2 makan tu, basuh juga.
Rupanya betul.. Bila dah settle kerja ni, Lapang dada rasa. Nak bergolek pon tak bersalah. Nak berjimba pon, relax je sebab kerja dah selesai.
Rumah pon rasa lapang je walaupun susun atur sama je macam selalu. Pada satu sudut lain,
Jin pon tak turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia. Tempat dia nak main tak ada sebab bersih je rumah kita.
Paling penting hikmah disebalik sunnah ini adalah menutup lubang2 kafakiran. Kita yang lemah ni memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu.
Ya Allah, istiqomahkan aku dalam melaksanakan sunnah kekasihMu. Ampuni daku andai terculas lagi..
Aku hanya insan lemah dan hina tanpa pertolongan Mu, ya Rabbal a’lamin.
Kredit: Adamhawa.my
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lain anak, lain pula ragamnya kan? Begitulah yang dikongsi oleh pelakon cantik manis, Ozlynn Wati apabila bercerita tentang perangai anak-anaknya.
Bercerita tentang anak kelimanya, Moleiq Hanania yang kini berusia 4 tahun, Ozlynn mengakui Moleiq seorang anak yang sangat rajin dalam membantu membuat kerja rumah.
Ada suatu ketika Moleiq menangis jika kerja yang ingin dilakukanya sudah diselesaikan oleh orang lain. Malah si kecil pipi gebu ini juga lebih memilih membuat kerja rumah berbanding memilih barang permainan.
“Moleiq ni ada satu perangai yang kadang susah betul nak baca.”
“lepastu sejenis yang kalau dia nak makna dia nak.. contoh basuh pinggan.. kalau dia cakap, dia nak tolong.. dia akan tolong.. tapi kalau kita dah terbasuh pinggan tu.. dia akan melalak.”
“Sebab dia cakap tu kerja dia.. tak dapat toys pon takpe.. dia takkan melalak.. tapi kalau tak dapat buat kerja.. mesti melalak.”
Tambah ibu kepada 6 cahaya mata ini, anak kelimanya ini memang dari kecil suka membuat kerja-kerja rumah.
“Lipat baju ke angkat baju ke, memang dari kecik.. dia dengan haziq memang ada perangai nih. Haziq pon pandai masak tau, Haziq baru 9tahun. Suka tolong dekat dapur.”
“Kalau papa dia nak makan ramen dengan cheese.. memang dia la yang masak semua.. tak ada siapa tolog pon.. rasa perangai Moleiq ni memang ikut abg Haziq..kuat makan pun sama”
Ozlyn dan Johan Raja Lawak dikurniakan 6 cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq
“Anak umur 5 tahun menangis ke tadika normal atau tidak?”
Normal ya anak menangis ke sekolah atau ditinggalkan di tempat baru. Anak umur 7 tahun menangis bila pergi ke sekolah rendah pun masih dikira normal.
ANAK MENANGIS KE SEKOLAH 😭
Masalah ini lagi normal kalau:
– Anak tak pernah dihantar taska atau pengasuh.
– Jarang keluar rumah.
– Ibu suri rumah, memang sentiasa bersama dengan anak.
Punca yang biasanya buat anak menangis ke sekolah.
❌️ TEMPAT DAN SUASANA YANG BARU
Bayangkan 5 tahun anak duduk bersama ibu, tiba-tiba ditinggalkan ke tempat yang baru dan tidak kenal sesiapa pun. Normallah dia akan takut dan rasa tidak selamat.
Ditambah pula, keadaan bising dengan suara murid lain bercakap kuat-kuat sehingga guru pun terpaksa menjerit untuk bercakap. Mungkin guru hanya bercakap biasa, tetapi bagi anak yang dalam keadaan takut suara guru yang kuat seakan-akan memarahi dia.
Biasanya anak yang sensitif pendengaran akan ada masalah dengan bunyi yang bising atau kuat. Boleh jadi punca utama kenapa anak menangis dan tidak suka ke sekolah. ⚠️
❌️ “SURVIVAL SKILL”
Anak yang dihantar ke taska memang akan mempunyai “survival skill” yang lebih tinggi sebab mereka sudah biasa terdedah dengan kanak-kanak lain, sudah biasa dengan keadaan hiruk-pikuk, keadaan kanak-kanak bergaduh ataupun suara guru menjerit/tegas.
Berbanding dengan anak yang kebanyakan masa duduk bersama ibu. Kalau ibu marah, dia tahu ibu marah dia seorang. Tapi kalau di sekolah, boleh jadi guru marah murid lain tapi anak rasa guru marah dia. Dia tidak tahu lagi cara nak kawal diri atau tenangkan diri sendiri. 😟
Sentiasa rasa takut-takut dan resah bila ada situasi hiruk-pikuk.
❌️ SUSAH UNTUK MENGIKUT RUTIN
Kalau dirumah, ada hari bangun tidur awal, ada hari bangun tidur lambat. Kalau lapar boleh terus makan. Tapi apabila dah ke sekolah, hari-hari perlu ikut rutin sama. Tak boleh main 24 jam, kena ikut jadual.
Jadi, memang normal anak akan lebih suka duduk rumah berbanding ke sekolah. Di rumah boleh buat apa-apa yang dia mahu tetapi di sekolah terpaksa ikut peraturan. Pijak rumput pun tak boleh 😅
❌️ ANAK JENIS KINESTETIK
Anak jenis kinestetik akan rasa sukar dan “terseksa” duduk lama di kerusi. Pembelajaran formal di kerusi dan meja mungkin kurang sesuai untuk anak.
Anak perlu selalu bergerak, berjalan dan berlari. Pembelajaran pula dalam keadaan sambil bermain. 🏃♂️
Sebenarnya ada banyak sahaja punca yang buat anak menangis ke sekolah, jadi mak ayah yang sedang menghadapi masalah ini boleh cuba periksa kenapa anak tak suka ke sekolah.
Untuk atasi masalah ini, boleh cuba cara ini:
1. TARIK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR
Minat untuk belajar ini perlu dipupuk sejak kecil lagi dengan cara
– Selalu bacakan buku dengan anak.
– Cerita kepentingan ke sekolah.
– Beri anak tengok cerita situasi kanak-kanak di sekolah.
– Beritahu segala kemungkinan dan situasi yang mungkin boleh berlaku di sekolah supaya anak bersedia contohnya cara nak pergi tandas, kalau kawan ambil barang dan sebagainya.
Tetapi pendapat saya, tidak adil untuk kita terus beri komen pada mak ayah seakan-akan tidak pernah tarik minat anak untuk belajar sekiranya anak menangis ke sekolah.
Menangis ke sekolah dan minat untuk belajar adalah topik yang berbeza.
2. MENANGIS ITU NORMAL 🥰
– Kalau setiap kali anak menangis kita marah dia menangis atau suruh berhenti menangis serta merta, percayalah anak memang tak akan berhenti menangis malah akan lagi lama menangis.
– Beritahu anak yang kita faham kenapa dia menangis dan cerita juga kisah kita sendiri menangis ke sekolah (kalau ada).
– Beri masa anak menangis, kita diam sahaja teman anak menangis. Apabila anak sudah lega dan puas menangis, barulah kita ajar cara untuk tenangkan diri. Sentiasa beri sokongan terhadap keperluan emosi anak.
3. TANYA KENAPA ANAK TAK MAHU KE SEKOLAH
– Pasti ada punca kenapa anak menangis,
Tak mahu bangun pagi?
Mengantuk sebab tidur lewat?
Takut dengan cikgu?
Kawan-kawan bising?
Tak suka duduk lama?
Bosan?
4. CARI JALAN PENYELESAIAN
– Mengantuk sebab tidur lewat?
Pastikan anak tidur cukup, 3-5 tahun (10-13 jam sehari) 6-12 tahun (9-12 jam sehari).
– Takut dengan cikgu?
Beritahu yang cikgu tak marah, tapi suara cikgu memang kuat.
– Tak suka duduk lama?
Minta anak bangun awal sedikit dan minta dia berlari, melompat keliling rumah sebelum datang sekolah. Penuhkah tangki keperluan bergerak anak sebelum anak perlu duduk lama.
– Bosan?
Beri anak bawa 1 mainan ke sekolah (kalau dibenarkan) ataupun belikan keychain jenis “fidget toy” untuk tenang anak bila dia bosan.
– Takut suasana baru?
Boleh bawa 1 barang dari rumah yang anak memang sayang, supaya dia rasa selamat.
Dalam kes anak menangis ke sekolah, tiada sesiapa yang salah. Kita pun tak tahu cerita dari pihak guru, mungkin bilangan murid terlalu ramai untuk guru periksa masalah setiap seorang murid. Toleransi mendengar budak menangis juga berbeza setiap orang.
Tapi bagi saya
1. Mungkin terlalu awal untuk klasifikasikan normal atau tidak normal hanya dalam minggu pertama.
2. Anak 5 tahun sekiranya tidak membaca dan menulis masih dikira normal. Lagi-lagi 2 tahun menghadapi zaman pandemik, anak kurang terdedah dengan dunia luar.
3. Mungkin ambil masa untuk anak sesuaikan diri dengan persekitaran.
Tetapi kalau memang anak menangis sepanjang di sekolah, mungkin mak ayah boleh cuba hantar anak selang sehari dahulu. Beri anak timeline untuk bersedia, beritahu seminggu ini sahaja datang berselang seli hari. Minggu depan perlu hadir seminggu penuh.
Hari yang tidak hadir ke sekolah, buat simulasi ke sekolah. Pakai baju sekolah dan ikut jadual sekolah.
Jadi, mak ayah yang sedang mengalami masalah ini boleh cuba dahulu cara di atas. Kalau mak dah cuba pelbagai cara dan anak tetap menangis ke sekolah berterusan selama 2 minggu, mungkin boleh dapatkan bantuan terapis cara kerja.
Kebiasaannya kami akan lakukan penilaian kesediaan anak ke sekolah dan penilaian menulis. InsyaAllah kami dapat membantu mak ayah yang mengalami masalah ini. 🥰
Ada mak ayah yang ada anak 5 tahun ke? 🙋♀️
*Follow page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari sudut terapis cara kerja.
Setiap rumah mesti ada satu “zon misteri” atau tempat simpan barang-barang yang dah bertahun tak disentuh tapi tetap juga tak dibuang. Katanya, nanti boleh guna tetapi hakikatnya tersadai bertahun-tahun lamanya.