Pernah tak bila kita bawa anak keluar berjalan-jalan atau ketika di rumah tiba-tiba anak minta dukung. Tapi jawapan kita bila anak berbuat demikian mesti akan cakap kakak, abang atau adik dah besar. Papa mama tak larat nak dukung dah.

Perasan tak lepas kita cakap macam tu, terus berubah muka anak. Mereka terus diam atau ada yang mula buat drama sampai kita pulak marahkan mereka.

Sebenarnya sekali sekala kita layankan permintaan anak ni tak salah pun. Hubungan tu lagi mesra dan bonding antara ibu bapa lagi kuat.

Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai cara dia melayan anak sulungnya yang kadang-kadang minta dukung.

Selalu kalau berjalan dekat shopping mall atau pasar malam annur rania mesti nak berdukung.

Bila Anak Nak Dukung, Bukan Mengada-Ngada. Tapi Dia Rindu Pelukan Dari AyahAllahu, berat annur rania ni bukan sikit-sikit. Dekat 20 kilogram juga. Cukup sejam begini boleh patah pinggang di buatnya.

Tapi bila di fikir balik, bukan senang pinggang nak patah.

Tapi kalau tak dukung bonding ayah-anak boleh patah senang-senang je.

IKLAN

Bagi saya rania bukan saja saja nak mengada berdukung tapi sebenarnya dia masih tak boleh “move on”

Tak boleh move on dari melekat kat badan papa dia, hirup bau papa dia, bergurau senda dengan papa dia dan itu sahaja cara untuk dia duduk diam.

Kalau di biar jalan sendiri satu mall tu dia boleh tawaf.

Lagipun bonding ayah anak yang kuat ni banyak manfaatnya. Antaranya:

1 – Hubungan jadi semakin rapat kalau bonding kuat. Bila hubungan rapat mudah anak nak terima teguran nanti.

IKLAN

2 – Menurut kajian anak yang kuat bonding dengan ayah ni akan tinggi self-esteem dan self-confidence dia. Anak tak mudah mengikut pengaruh buruk bila dah besar nanti.

3 – Bila kurang rapat ayah dan anak, anak berkemungkinan tinggi akan jadi agresif sebab terlalu dahaga perhatian dari ayah. Anak jadi kuat tantrum, marah sesuka hati, cakap kasar dan kuat.

4 – Anak yang rapat dengan ayah ni tinggi adab nya. Itu kalau ayah ajar adab yang betul la, sebab anak tiru bulat-bulat apa yang dia lihat ayahnya buat.

5 – Anak akan anggap ayah sebagai “kawan baik” lebih daripada dia utamakan kawan sebaya. Sebarang masalah ayah jadi tempat mengadu pertama. Ini yang terbaik

6 – Anak yang kuat bonding dengan ayah ni ada kemahiran sosial yang bagus. Boleh berkomunikasi dengan baik sama ada dengan rakan sebaya atau orang lebih tua.

IKLAN

[Artikel Berkaitan]

Anak Minta Dukung, Ajak Main Tandanya Dia ‘Rindu’ Kita. Apa Salahnya Layan Sekejap

7 – Akhir sekali anak yang cukup perhatian dan rasa di sayangi dari ayah akan pandai memilih kawan yang berkualiti berbanding anak yang kurang perhatian akan suka berkawan dengan rakan yang bermasalah.

Masa berlalu dengan pantas. Tahu tahu anak dah besar panjang. Sampai satu masa nanti bukan setakat dukung nak peluk pun dia dah rasa malu.

Oleh itu, manfaatkan la masa yang ada ni sebaik mungkin kerana masa sentiasa akan cemburu dengan kita.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Sebenarnya anak bukan nak dukung sangat pun, tapi dia rindu pelukan dari ayah.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI