
Berita baik buat ibu ayah! Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, pastinya setiap bantuan yang diterima cukup bermakna, lebih-lebih lagi buat keluarga yang mempunyai anak kecil dan sedang membuat persiapan menjelang akhir tahun.
Kerajaan mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 4 2026 mula disalurkan secara berperingkat bermula 4 hingga 6 November 2026, melibatkan seramai 5.4 juta penerima sedia ada di seluruh negara.
Dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.1 bilion, bantuan ini diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang berdepan pelbagai komitmen kewangan.
Mana tidaknya, daripada perbelanjaan dapur, keperluan persekolahan anak, bil bulanan sehinggalah persiapan menyambut perayaan, semuanya memerlukan perancangan kewangan yang teliti.
STR Fasa 4 2026 Dibayar Secara Berperingkat Mulai 4 November

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut kategori penerima yang telah ditetapkan.
Bagi penerima sedia ada, bayaran akan dikreditkan secara berperingkat mulai 4 hingga 6 November 2026.
Bagaimanapun, bagi penerima baharu dan pemohon rayuan yang telah diluluskan, pembayaran dijadualkan bermula pada 16 November 2026.
Jadi, ibu ayah yang belum melihat sebarang kemasukan wang ke dalam akaun bank tidak perlu terlalu bimbang kerana pembayaran dibuat secara berperingkat dan bukannya serentak kepada semua penerima.
Penerima disarankan menyemak status masing-masing melalui portal rasmi STR bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
Isi Rumah Layak Terima Bayaran Sehingga RM500
Daripada keseluruhan 5.4 juta penerima yang terlibat, seramai empat juta merupakan penerima kategori isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.
Sementara itu, baki 1.4 juta penerima terdiri daripada golongan warga emas yang tidak mempunyai pasangan.
Mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan kerajaan, isi rumah boleh menerima bayaran sehingga RM500, manakala warga emas tiada pasangan pula akan menerima RM150.
Namun begitu, jumlah yang diterima oleh setiap keluarga mungkin berbeza bergantung pada kategori kelayakan masing-masing.
Buat ibu ayah yang mempunyai anak bersekolah, bantuan ini pastinya dapat dimanfaatkan untuk membeli barangan keperluan seperti makanan, kelengkapan pembelajaran dan keperluan harian anak-anak.
Walaupun jumlah bantuan mungkin tidak mampu menampung semua perbelanjaan keluarga, sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan tekanan kewangan yang ditanggung.
PM Anwar Harap STR Ringankan Beban Keluarga Menjelang Deepavali
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyaluran STR Fasa 4 ini juga diharap dapat membantu meringankan perbelanjaan keluarga yang bakal menyambut perayaan Deepavali.
Menurut beliau, masyarakat India merupakan antara kumpulan penerima utama STR dengan jumlah melebihi 630,000 orang.
Justeru, bantuan berkenaan diharapkan dapat memberi kelegaan kepada keluarga yang sedang membuat persiapan perayaan, selain membantu penerima lain mengurus perbelanjaan harian dan keperluan akhir tahun.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha membantu rakyat perlu dilaksanakan secara adil tanpa mengira kaum, agama mahupun tempat tinggal.
Melalui pelaksanaan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kerajaan berusaha mengagihkan sebahagian hasil negara kepada golongan yang memerlukan bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Artikel Trending: STR 2027: Bantuan Hingga RM150 Sebulan, Keluarga Anda Layak Terima Berapa? Ini Syarat & Tarikh Penting Permohonan
Artikel Trending: KKM Dedah Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat, Amaran Bahaya Untuk Kanak-Kanak & Warga Emas
Artikel Trending: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Bagaimana Cara Penerima Mendapatkan Bayaran STR?
Bagi ibu ayah yang tertanya-tanya tentang kaedah pembayaran, Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa bantuan akan disalurkan melalui dua cara.
Pembayaran Terus Ke Akaun Bank
Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran secara terus ke dalam akaun masing-masing berdasarkan maklumat yang didaftarkan.
Pembayaran Tunai Melalui BSN

Manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh mendapatkan bayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Penerima juga digalakkan memastikan maklumat akaun bank mereka masih aktif dan tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika proses pembayaran.
Cara Semak Status STR Fasa 4 2026
Untuk semakan status pembayaran, ibu ayah boleh mengunjungi portal rasmi STR di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my
Pastikan semakan dilakukan melalui laman web rasmi sahaja dan elakkan daripada menekan pautan mencurigakan yang dikongsikan melalui mesej atau media sosial.
1.68 Juta Penerima Diingatkan Kemas Kini Maklumat
Dalam perkembangan sama, Kementerian Kewangan turut memaklumkan bahawa seramai 1.68 juta penerima dikenal pasti tidak mengemas kini maklumat permohonan STR selama tiga tahun berturut-turut.
Golongan berkenaan telah diberikan peringatan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya membuat pengemaskinian maklumat.
Langkah ini penting bagi memastikan bantuan kerajaan terus diberikan kepada individu dan keluarga yang benar-benar memenuhi syarat kelayakan.
Sehubungan itu, penerima yang terlibat disarankan mengemas kini maklumat melalui portal rasmi STR bagi membolehkan kelayakan mereka dinilai semula untuk tahun 2027.
Ibu ayah juga wajar memastikan butiran peribadi, maklumat keluarga dan akaun bank sentiasa dikemas kini sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Artikel Trending: Jerebu Sangat Berbahaya Kepada Bayi, KKM Beri Amaran Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah!
Artikel Trending: Wanita Wajah Cantik Lebih Ramai Anak, Ini Fakta Kajian Saintis Yang Ramai Tak Tahu
Arttikel Trending: Bella & Syed Saddiq Kahwin, Ramai Nak Tahu Status Mahram & Aurat Anak Tiri, No. 7 Paling Ramai Tak Tahu!
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Ibu Ayah, Gunakan Bantuan Untuk Keperluan Utama Keluarga
Dalam keadaan harga barangan dan keperluan harian yang memerlukan perbelanjaan berterusan, bantuan tunai seperti STR boleh membantu keluarga mengurus kewangan dengan lebih teratur.
Antara keutamaan yang boleh diberikan perhatian termasuklah pembelian barang dapur, susu dan lampin anak, keperluan sekolah serta pembayaran komitmen asas keluarga.
Bagi keluarga yang mempunyai anak bakal memasuki alam persekolahan pada tahun hadapan, sebahagian bantuan ini juga boleh disimpan lebih awal untuk membeli pakaian seragam, kasut dan alat tulis.
Menurut Kementerian Kewangan, peruntukan keseluruhan STR dan SARA bagi tahun 2026 adalah sebanyak RM15 bilion, hampir tiga kali ganda berbanding pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun 2016.
Semoga penyaluran bantuan ini dapat memberikan sedikit ruang kepada ibu ayah untuk mengurus kewangan keluarga dengan lebih baik.
Buat ibu ayah yang layak menerima STR Fasa 4 2026, jangan lupa semak status bayaran masing-masing. Mudah-mudahan bantuan yang diterima dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak.
Sumber: Kosmo

sekarang!
