Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan persendirian yang diwajibkan bermula 1 Januari lalu seolah ‘diam’ seketika buat masa ini dan ramai rakyat tertanya-tanya adakah akta ini diteruskan atau tak?

Bagi menjawab persoalan ini, seperti yang dilaporkan Bernama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Pengangkutan untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan.

Bila-Bila Masa Dari Sekarang. JPJ Tunggu Lampu Hijau Untuk Kuat Kuasa CRS

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata sehingga kini pihaknya hanya melaksanakan tindakan secara advokasi iaitu memberi nasihat terhadap pengguna jalan raya yang tidak menggunakan kerusi berkenaan.

Keluarkan notis peringatan

Beliau berkata setakat ini, JPJ sudah mengeluarkan 1,897 notis peringatan terhadap pengguna jalan raya bermula awal tahun ini sehingga 30 Jun lalu.

“Kerusi keselamatan kanak-kanak atau ‘Child Restraint System’ ini termasuk dalam Akta JPJ 1987 dan sepatutnya pelaksanaannya pada Jun tahun ini, namun ia ditangguhkan pada satu tarikh lain oleh pihak kementerian.

IKLAN

Bila-Bila Masa Dari Sekarang. JPJ Tunggu Lampu Hijau Untuk Kuat Kuasa CRS

“Ia tertangguh akibat penularan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan CRS ini akan dilakukan apabila JPJ menerima arahan selanjutnya daripada kementerian,” katanya.

Katanya, statistik pada 2016 hingga 2018 menunjukkan sebanyak 1,707 kemalangan berlaku membabitkan kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

“Kemalangan berkenaan kebanyakannya membabitkan kanak-kanak seusia bayi hingga mereka yang berumur 15 tahun berdasarkan sumber Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman,” katanya.

Tak bermakna kerajaan diam, rakyat buat tak endah

IKLAN

Dalam pada itu, Shaharuddin menasihatkan masyarakat terutama pengguna jalan raya tidak bersikap sambil lewa terhadap isu ini.

Bila-Bila Masa Dari Sekarang. JPJ Tunggu Lampu Hijau Untuk Kuat Kuasa CRS

“CRS ini penting kepada kanak-kanak memandangkan mereka terutama bayi amat mudah terdedah kepada kecederaan serius kerana mempunyai otot bahagian tengkuk yang lemah berbanding orang dewasa,” katanya.

IKLAN

Tahun lalu, kerajaan mengumumkan penggunaan CRS di dalam kenderaan persendirian bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak daripada kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Bila-Bila Masa Dari Sekarang. JPJ Tunggu Lampu Hijau Untuk Kuat Kuasa CRS

Langkah baharu itu juga susulan statistik membimbangkan iaitu 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.

Bagaimanapun, tiada saman dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang bersifat mendidik terlebih dahulu.

Sumber: BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=UrGkvX0EjUQ

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI