Ads

Giliran Eusoff Pula Berjaya Khatam Al-Quran Pada Usia 5 Tahun, Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur!

Sejuk hati ibu ayah melihat kejayaan anak-anak yang masih kecil tetapi sudah mampu menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran!

Itulah pencapaian membanggakan anak lelaki Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie, Sheikh Eusoff, yang berjaya khatam al-Quran pada usia 5 tahun.

Lebih manis, kejayaan Eusoff ini menyusul selepas adik kembarnya, Sophea Emilia, terlebih dahulu menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran pada Ogos lalu.

Giliran Eusoff Pula Berjaya Khatam Al-Quran Pada Usia 5 Tahun, Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur!

Bukan calang-calang pencapaian, apatah lagi kedua-duanya masih di usia prasekolah dan bakal melangkah ke Tahun Satu pada Januari 2027.

“Giliran Eusoff pula khatam al-Quran. Alhamdulillah.

“Si kembar kini berusia lima tahun dan bakal mencecah enam tahun pada November ini. Mereka akan memulakan Tahun Satu pada Januari depan.

“Eusoff sedikit lambat berbanding Emilia untuk khatam al-Quran. Mungkin sebab budak lelaki banyak sangat bermain. Dia lebih aktif dan suka bermain tetapi tidak mengapa,” kongsinya.

Ads

Giliran Eusoff Pula Berjaya Khatam Al-Quran Pada Usia 5 Tahun, Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur!

Mula Kenalkan Iqra Seawal Usia 3 Tahun

Di sebalik kejayaan dua beradik ini, sudah tentu ada usaha dan komitmen ibu bapa yang sentiasa memberikan perhatian terhadap pendidikan agama anak-anak.

Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini pernah berkongsi pendekatannya dalam memperkenalkan pembelajaran al-Quran kepada anak-anak bermula dengan Iqra seawal usia tiga tahun.

Beliau juga meletakkan sasaran agar anak-anak dapat menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran sebelum mencapai usia enam tahun atau sebelum memasuki Tahun Satu.

Ads

Hasilnya, Emilia berjaya khatam pada Ogos lalu, manakala Eusoff kini turut mencapai sasaran tersebut.

Menariknya, walaupun anak-anak mempunyai pelbagai aktiviti harian termasuk bermain, bersukan dan mengikuti pembelajaran lain, pendidikan al-Quran tetap diberikan ruang dalam rutin mereka.

Kejayaan Eusoff Khatam Al-Quran Pada Usia 5 Tahun Jadi Inspirasi

Pencapaian kecil Eusoff itu tentunya menjadi satu peringatan dan dorongan buat ibu bapa bahawa tiada yang mustahil dalam membimbing si cilik mendekati al-Quran sejak usia yang masih kecil.

Lebih mengagumkan, kejayaan ini bukan sahaja memperlihatkan kemampuan Eusoff menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran, malah turut menunjukkan betapa pentingnya sokongan dan bimbingan ibu bapa dalam membentuk minat anak-anak terhadap pendidikan agama.

Ads

Giliran Eusoff Pula Berjaya Khatam Al-Quran Pada Usia 5 Tahun, Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur!

Bagi ibu bapa yang turut memasang impian melihat anak-anak khatam al-Quran pada usia 5 tahun, kisah Eusoff ini pastinya menjadi satu suntikan semangat. Bagaimanapun, pencapaian tersebut bukanlah ukuran wajib bagi setiap kanak-kanak kerana perkembangan mereka tidak semestinya sama.

Apa yang lebih utama adalah usaha memupuk rasa cinta terhadap al-Quran sejak kecil agar amalan membaca dan mempelajarinya dapat diteruskan sehingga dewasa.

Tahniah diucapkan buat Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga, semoga kejayaan Eusoff dan Emilia menjadi inspirasi buat anak-anak yang lain!

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: @drsheikhmuszaphar

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Cara Simpan Susu Ibu Dengan Betul, Khasiat Pun Tak Hilang!

Ini Cara Simpan Susu Ibu Dengan Betul, Khasiat Pun Tak Hilang!

Susu ibu sememangnya diakui akan kehebatan khasiatnya. Namun jangan dibiarkan susu hilang khasiatnya hanya kerana cara menyimpannya yang salah.