Boleh dikatakan sebaik sahaja seseorang wanita itu berkahwin, dia akan mengutamakan suami dan anak-anak. Suamilah yang menjadi sahabatnya. Segala minat dan kemahuannya akan diketepikan demi kebahagiaan keluarga.
Seperti mana isteri berkorban untuk keluarga, suami juga perlu begitu. Kebanyakan suami juga berhenti meneruskan minat mereka untuk lebih fokus kepada keluarga. Namun ada sesetengah yang masih suka memilih kawan-kawan berbanding isteri.
Dalam perkongsian Firdaus Shakirin, dia menyeru agar para suami untuk memilih kawan yang baik.
Lelaki bila dah kawin, tolong pilih kawan yg patut disimpan…
Yg membawa kebaikan, simpan dan jaga baik2…yg tidak membawa kebaikan, maka jarakkan sedikit drpd terus berkawan dgn dia…
Ini bukan utk org lain, ini adalah utk diri sendiri…
Perlu bersikap memilih sedikit selepas berumahtangga…sbb tak semua kawan tu memberi manfaat utk hubungan kita…
Ads
Ada kwn, dlm group wassup selalu share porno…
Ada kwn, bila berjumpa selalu tunjuk gambar perempuan seksi, lawa dan muda…
Ada kwn, bila bersembang selalu cerita cara nak tambah lagi…
Ada kwn, ajak ride ke sempadan utk buat benda yg tak ketahuan…
Bila kita xnak, bila kita bangkang atau tak sependapat dgn dirinya, dia kata kita ni takut bini, kena nasi kangkang dgn bini, kena rantai dan sebagainya…
Ads
Elok dijauhi kawan2 yg berperangai sebegini…yg ajak melepak tak kira masa, yg ajak keluar saja2, yg ajar cara nk menipu dan bagi jalan utk buat kemaksiatan serta yg nak kita tundukkan isteri utk buat apa saja yg kita suka…
Kita bukan lagi bujang…dia pun sama…
Kita dah ada keluarga dan setiap perbuatan serta tindak tanduk kita perlu pkir utk keluarga dahulu sbb keutamaan lelaki bila dah berumahtangga ialah mendahulukan tanggungjawab dan kewajipan dia…
Berhati-hatilah dlm berkawan, tak semua kawan tu kawan yg berkualiti utk kita terus simpan…klu kita tetap terus berkawan, lama2 kita mgkin akan kehilangan pasangan…
Renung-renungkan…
Isteri mahukan perhatian dari suami seperti mana yang dia berikan kepada suaminya. Isteri boleh faham kalau suami ada hobi dan sesekali memerlukan ruang untuk keluar melepak bersama kawan-kawan.
Tetapi janganlah selalu dan berceritalah tentang segala aktiviti yang dibuat dengan isteri supaya dia akan lebih memahami setiap yang anda lakukan. Beri juga masa untuk isteri ‘berehat’ dan keluar bersama rakan-rakannya jika ada masa. Sesebuah perkahwinan pasti lebih bahagia dan harmoni jika saling bertolak ansur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mencuri tumpuan apabila tampil lebih langsing selepas melahirkan anak kedua. Perubahan itu dapat dilihat menerusi beberapa gambar terbaru dimuat naik di instagramnya pada 1 Syawal baru-baru ini.
Penampilan terbaru Siti itu sekaligus membuatkan ramai pihak khusus peminat beliau teruja dengan gayanya memandangkan penyanyi kesayangan ramai itu baru saja melahirkan anak kedua pada 17 April lalu.
Kebanyakan peminat Siti meluahkan rasa gembira dan ada yang meminta beliau berkongsi tips. Mereka beranggapan mungkin Siti bersedia untuk membuat ‘comeback’ selepas ini.
“Siti Nurhaliza is back guys, cepat dia kurus”
“Macam zaman anak dara dulu, slimnya TokTi”
“Cantiknya tokti kurus-kurus ni mesti nak buat comeback,” tulis peminatnya.
Sementara itu, Siti turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjaganya sepanjang dalam pantang serta anak lelakinya, Muhammad Afwa.
Dalam tempoh berpantang itu, Siti cukup menghargai Kak Susy dan Kak Yeni yang begitu baik sekali menjaganya selepas melahirkan Muhammad Afwa secara pembedahan sehingga kembali sihat dan bertenaga.
Alhamdullillah, service sangat baik & kak @susy.dinda.940 menjaga saya dari pantang melahirkan Aafiyah sampailah Afwa.. Dah macam keluarga kami.. inshaaallah semoga Allah SWT berkati setiap seorang dari kita semua yang sentiasa berbuat baik & mendapat pahala dibulan yang Mulia ini.
Kredit: Instagram ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19.
Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.
“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.
“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut,” kata kedutaan dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.
Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.
Difahamkan, terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku pada bulan Jun, yang turut melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu.
“Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan,” tambah kedutaan itu lagi.
Berdasarkan laporan daripada agensi berita Kazinform, seramai 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia dimasukkan ke hospital saban hari.
Menurut agensi itu lagi, sebanyak 1,700 kes pneumonia dikesan di seluruh negara pada Jun, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kazakhstan melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lepas untuk membendung penularan COVID-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.
Begitupun, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes pneumonia di negara itu.
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev sebelum ini mengatakan keadaan kekal serius dan masih terlalu awal untuk melonggarkan sekatan sepenuhnya.
Tambahnya, negara itu “sebenarnya menghadapi gelombang koronavirus kedua ditambah dengan peningkatan besar dalam kes pneumonia,” menurut agensi berita Rusia Tass.
Lagu “Justice for Zara Qairina” kini menjadi suara hati ramai rakyat Malaysia. Ia bukan sekadar alunan melodi, tetapi satu luahan rasa sedih dan pilu terhadap tragedi yang menimpa seorang anak remaja yang masih muda, Zara Qairina. Pelajar Tingkatan Satu ini terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah di Papar, Sabah pada 16 Julai 2025. Pemergiannya terlalu perit untuk diterima, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku di tempat yang sepatutnya menjadi ruang selamat untuk belajar dan membesar.
Di sebalik bait-bait lirik, tersembunyi luahan jiwa yang menuntut keadilan. Lagu ini menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan dengan telus, tanpa menyembunyikan apa-apa. Ia membawa harapan agar kebenaran terbongkar, dan keadilan berpihak kepada arwah serta keluarganya. Tuntutan ini bukan omongan kosong pada 9 Ogos 2025, bedah siasat semula akhirnya dijalankan, satu langkah penting untuk mencari jawapan yang semua orang tunggu.
Lebih menyentuh hati, lagu ini turut menyuarakan keperluan untuk melindungi anak-anak di asrama. Cadangan seperti pemasangan CCTV, latihan profesional untuk warden, dan saluran aduan yang selamat untuk pelajar menjadi antara mesej penting yang disampaikan. Lagu ini mengingatkan kita bahawa setiap anak berhak untuk rasa selamat, sama ada di rumah mahupun di sekolah.
Muzik ini tidak hanya bergema di platform digital, malah turut mengiringi perhimpunan solidariti di pelbagai lokasi. Di Labuan, lebih 3,000 orang berkumpul dengan satu tujuan menuntut keadilan untuk Zara. Ada yang menitipkan doa, ada yang membaca puisi, dan ramai yang menyanyi bersama, menjadikan himpunan itu lautan rasa sayang dan simpati. Penyanyi seperti Ai (dihasilkan oleh Wizrex), Sofia Rahmah, dan Nexa Wonder Kids menggunakan bakat mereka untuk mengabadikan kisah ini dalam lagu, sebagai tanda ingatan dan seruan agar tragedi sebegini tidak berulang lagi.
Namun, di sebalik gelombang solidariti ini, ada pesanan yang perlu dipegang erat. Lagu “Justice for Zara Qairina” mengajak kita bersatu dengan cara yang bijak tanpa menambah luka keluarga dengan spekulasi atau fitnah. Keadilan memerlukan kesabaran dan kejujuran. Setiap bait lagu ini adalah doa, setiap melodinya adalah harapan, dan setiap perkataan adalah janji masyarakat bahawa suara Zara tidak akan dilupakan.
Tragedi ini adalah panggilan untuk kita semua ibu bapa, guru, pihak berwajib, dan masyarakat agar lebih peka, lebih berani bersuara, dan lebih bertanggungjawab. Semoga perjuangan ini menjadi titik perubahan untuk sistem pendidikan yang lebih selamat, dan semoga suatu hari nanti, keadilan yang dicari akan tiba, demi Zara Qairina.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.