Bila Dapat Kertas Dan Pensil, Terus Melukis Ibu Ayah Kena Tahu Apa Ciri Istimewa Anak

Share

Bagi anak 1 kertas dan 1 pensil. Apa yang biasa anak anda buat? Majoriti ramai yang jawab anaknya melukis sesuatu.

Ini adalah ciri- ciri anak yang suka belajar secara visual. Ciri lain anak yang visual ini adalah:

  1. Jika kita bercakap dengannya sama paras, mata anak selalu tengok atas macam cuba mengingati sesuatu.
  2. Cakapnya laju, kadang ibu tak sempat faham.
  3. Tidak suka dibacakan buku cerita. Dia suka baca sendiri.
  4. Suka menulis sambil bercakap. Pot pek pot pek.
  5. Tidak berapa gemar pada rancangan televisyen yang bising. Kalau tengok tv pun tidak akan sampai setengah jam.
  6. Suka gambar objek yang mempunyai bentuk. Macam bola bulat. Papan tanda petak.
  7. Lebih faham arahan bertulis dari arahan mulut.
  8. Menunjukkan minat yang lebih kepada warna.

Alat bantu mengajar yang disyorkan: flashcard, tulisan berwarna, whiteboard, buku cerita banyak gambar dari tulisan.

Sumber: Aminah Binti Hussain

IKLAN