Ads

Ibu Lepas Bersalin Jangan Lupa Jaga Diri! Ini 6 Cara Mudah Kurangkan Stres!

Ibu Lepas Bersalin Jangan Lupa Jaga Diri! Ini 6 Cara Mudah Kurangkan Stres!

Ada ibu yang tidak cukup tidur, makan pun sekadar mengalas perut, malah hendak mandi dengan tenang pun terasa tidak aman selepas melahirkan anak. Semuanya diberikan tumpuan pada bayi.

Namun, ibu perlu ingat bahawa menjaga diri selepas bersalin sama pentingnya dengan menjaga bayi. Ibu juga memerlukan rehat, pemakanan yang mencukupi dan sokongan emosi supaya dapat melalui fasa berpantang dengan lebih baik.

Menerusi perkongsian Dr Redza Zainol, beliau mengingatkan bahawa tempoh enam minggu pertama selepas bersalin merupakan antara fasa penting untuk ibu menyesuaikan diri dengan perubahan kehidupan selepas kelahiran bayi.

Dalam tempoh ini, ibu bukan sahaja sedang pulih secara fizikal, malah perlu menyesuaikan diri dengan rutin baharu, perubahan hormon dan tanggungjawab menjaga bayi.

Ibu Lepas Bersalin Jangan Lupa Jaga Diri! Ini 6 Cara Mudah Kurangkan Stres!

6 Minggu Pertama Selepas Bersalin, Ibu Jangan Abaikan Diri Sendiri

Ramai ibu menganggap selepas melahirkan bayi, mereka perlu segera kembali melakukan rutin seperti biasa.

Ada yang baru beberapa hari bersalin sudah mula mengemas rumah, memasak dan menguruskan anak-anak lain kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Hakikatnya, tubuh ibu baru sahaja melalui proses kehamilan dan kelahiran yang memerlukan masa untuk pulih.

Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), penjagaan selepas bersalin tidak sepatutnya terhenti selepas enam minggu sahaja. Pemulihan perlu dinilai mengikut keadaan setiap ibu, termasuk kesihatan fizikal, emosi, tidur dan penyusuan.

Sebab itulah ibu tidak sepatutnya memaksa diri untuk melakukan terlalu banyak perkara dalam satu masa.

Apa yang lebih penting, ibu mendapat rehat yang mencukupi dan berpeluang memulihkan tenaga selepas bersalin.

6 Cara Ibu Boleh Jaga Diri Dan Kurangkan Stres Selepas Bersalin

1. Suami Kena Main Peranan, Bukan Serahkan Semuanya Kepada Isteri

Selepas kelahiran bayi, ibu biasanya perlu memberikan lebih banyak perhatian kepada si kecil, terutamanya jika sedang menyusukan anak.

Dalam keadaan ini, suami boleh membantu menguruskan anak-anak yang lain, menyediakan makanan, menukar lampin bayi atau melakukan kerja rumah. Jangan tunggu isteri meminta bantuan barulah hendak bertindak.

Ads

Kadang-kadang, perkara kecil seperti membasuh pinggan atau menjaga bayi sementara isteri mandi sudah cukup membuatkan ibu berasa lebih tenang.

Ingat, menjaga bayi dan menguruskan rumah tangga ialah tanggungjawab bersama, bukannya tugas isteri seorang.

Ibu Lepas Bersalin Jangan Lupa Jaga Diri! Ini 6 Cara Mudah Kurangkan Stres!

2. Jangan Skip Makan, Ibu Perlukan Tenaga Untuk Pulih

Ada ibu terlalu sibuk menguruskan bayi sehingga terlupa waktu makan. Pagi hanya sempat minum air, tengah hari makan sedikit dan malam pula sudah terlalu penat untuk menjamah makanan.

Sedangkan selepas bersalin, tubuh ibu memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk membantu proses penyembuhan.

Lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusukan bayi, keperluan tenaga dan nutrien juga perlu diberikan perhatian.

Pastikan ibu mengambil makanan seimbang yang mengandungi protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber karbohidrat yang sesuai.

3. Buat Aktiviti Yang Ibu Suka, Tak Perlu Rasa Bersalah

Siapa kata selepas bersalin ibu hanya boleh menghabiskan masa dengan bayi?

Ads

Ibu juga berhak mempunyai sedikit masa untuk melakukan perkara yang menggembirakan diri sendiri. Contohnya, menonton drama kegemaran, membaca buku, mendengar muzik atau berbual dengan rakan.

Tidak perlu mengambil masa berjam-jam. Kadang-kadang, 10 hingga 15 minit untuk diri sendiri pun sudah cukup membantu ibu berehat seketika daripada rutin yang memenatkan. Ibu kena ingat, mengambil masa untuk diri sendiri bukan bermaksud mengabaikan anak.

4. Rehat Bila Ada Peluang, Jangan Paksa Diri Buat Semua Kerja

Antara cabaran paling besar selepas bersalin ialah kekurangan tidur. Bayi yang baru lahir biasanya perlu menyusu dengan kerap, termasuk pada waktu malam.

Akibatnya, ibu mungkin hanya mendapat tidur yang terputus-putus dan mudah mengalami keletihan.

Dr Redza turut mencadangkan supaya ibu cuba mendapatkan rehat apabila ada peluang, termasuk ketika bayi sedang tidur. Jika ada pasangan atau ahli keluarga yang boleh membantu menjaga bayi, manfaatkan masa itu untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

5. Jangan Terlalu Memikirkan Kerja Rumah Yang Belum Siap

Ada ibu berasa tidak senang duduk apabila melihat rumah bersepah, pakaian bertimbun atau dapur belum dikemas. Walaupun baru bersalin, fikiran tetap sibuk memikirkan semua perkara yang belum diselesaikan.

Keadaan ini boleh menambahkan tekanan, terutama apabila ibu sedang menyesuaikan diri dengan rutin menjaga bayi.

Cuba utamakan perkara yang benar-benar penting dan tangguhkan tugasan yang tidak mendesak.

Ads

6. Jangan Segan Minta Bantuan Daripada Orang Terdekat

Ada ibu lebih rela melakukan semuanya sendiri kerana tidak mahu dianggap menyusahkan suami atau ahli keluarga.

Jika terlalu penat, mintalah bantuan daripada suami, ibu bapa, adik-beradik atau individu yang dipercayai.

Ibu Selalu Menangis Lepas Bersalin, Jangan Anggap Perkara Biasa

Selain menjaga kesihatan fizikal, perubahan emosi selepas bersalin juga perlu diberikan perhatian.

Ada ibu yang mudah menangis, cepat tersinggung, berasa cemas atau terlalu penat sehingga hilang minat melakukan perkara yang sebelum ini disukai.

Menurut National Health Service (NHS), sesetengah ibu boleh mengalami baby blues dalam tempoh awal selepas kelahiran bayi. Keadaan ini lazimnya beransur pulih dalam masa dua minggu.

Bagaimanapun, jika perasaan sedih berpanjangan, semakin teruk atau mengganggu kehidupan harian, ibu perlu mendapatkan pemeriksaan kerana ia mungkin berkaitan dengan kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression.

Antara tanda yang perlu diberikan perhatian termasuk:

  • Berasa sedih, kosong atau putus asa secara berterusan.
  • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasanya menyeronokkan.
  • Sukar tidur walaupun mempunyai peluang untuk berehat.
  • Terlalu cemas atau kerap merasakan diri tidak mampu menjadi ibu yang baik.
  • Mengalami kesukaran membina hubungan emosi dengan bayi.

Sekiranya mengalami tanda-tanda tersebut, ibu digalakkan mendapatkan bantuan doktor atau profesional kesihatan mental. Jika timbul fikiran untuk mencederakan diri atau bayi, dapatkan bantuan kecemasan dengan segera.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Dr Redza Zainol 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Cara Simpan Susu Ibu Dengan Betul, Khasiat Pun Tak Hilang!

Ini Cara Simpan Susu Ibu Dengan Betul, Khasiat Pun Tak Hilang!

Susu ibu sememangnya diakui akan kehebatan khasiatnya. Namun jangan dibiarkan susu hilang khasiatnya hanya kerana cara menyimpannya yang salah.