Anak lambat bercakap, mak ayah mulalah risau. Tanpa sedar, anak lambat bercakap disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit yang diperkenalkan pada mereka sejak kecil. Mungkin kita tidak tahu atau takut anak ketinggalan zaman kerana tidak pandai menggunakan gajet.
Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan berkongsi pertanyaan seorang ibu mengenai kebimbangannya jika anak ketinggalan zaman dek kerana tidak pandai bermain gajet. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Yang jelasnya, bukan hanya anak akan lambat bercakap bahkan ada beberapa perkara lagi yang membuatkan anak tertinggal perkembangan dirinya. Amat berbahaya!
Suka dengan soalan ni. Terima kasih puan yang sudi bertanya.
1) Mengenai umur anak tu, memang ada garis panduan pun. Bukan saya yang tetapkan. Tapi American Academy of Pediatric yang tetapkan. Mereka kata: – anak 18-24 bulan tak dibenar sama sekali diberi gajet. – 2-4 tahun, 1 jam aje sehari. – 5 tahun ke atas, 2 jam aje sehari.
Itupun, setiap sesi tak boleh lebih dari 30 minit. AAP dah buat kajian. Kalau tak ikut garis panduan ni, bertabahlah kita bila anak dapat macam-macam kesan sampingan.
2) Bab tak ikut peredaran zaman tu pula, biarlah anak ketinggalan. Asalkan mereka tak ketinggalan dari segi keperluan perkembangan. Antara kesan kelewatan perkembangan terhadap anak yang diberi gajet secara berlebihan.
ANAK HADAPI RISIKO SPEECH DELAY Bayangkan, anak perlu dengar 11 juta perkataan dari parents dalam setahun untuk dia bertutur 10 patah perkataan. Mana nak cukupkan kuota ni kalau mereka asyik dengan gajet.
Ads
KEMAHIRAN KOMUNIKASI SOSIAL ANAK TERJEJAS Kita mungkin rasa anak belajar banyak kosa kata dari gajet. Tapi, mereka hanya boleh sebut. Tapi tak reti nak guna dalam perbualan dengan orang lain. Lain kita tanya, lain dijawab.
GANGGUAN FUNGSI OTAK Apabila anak mengamuk bila gajet diambil dan menangis bila kita tak bagi gajet, maknanya anak dah tunjukkan tanda-tanda ketagih. Ketagih disebabkan hormon dopamin yang berlebihan di dalam otak. Hormon ini akan menjejaskan fungsi otak limbik iaitu otak memori dan emosi. Ia turut menyumbang kepada masalah tingkah laku anak.
TANTRUM Anak yang perkembangan bahasanya terhad, memang mudah tantrum. Sebab mereka tak pandai nak terjemahkan keinginan melalui perkataan. Bila mengamuk, baru orang tau mereka nak sesuatu.
MASALAH KESEIMBANGAN BADAN Rajin-rajin cek carta milestone. Adakah anak boleh melompat, berlari, memanjat, tak gayat bila naik buai atau tak termuntah bila bergerak aktif sikit. Anak kecil ni perlu bergerak untuk bina kemahiran badan. Tapi bila badan mereka ‘kena kunci’ dengan gajet, kemahiran badan tu tak ada.
Ini pun boleh mengganggu fokus anak. Masuk darjah 1, sepatutnya anak dah boleh duduk di kerusi diam-diam. Tapi anak yang ada masalah ni, badannya rasa tak selesa untuk duduk diam.
Ads
ANAK ADA MASALAH FOKUS Anak sukar tumpu buat sesuatu aktiviti yang diberi. Sebabnya ada 2. 1) Anak tak punya delay gratification sebab banyak dapat stimulasi dari kartun yang laju dan gajet yang memberi respon sepantas mencalit jari.
2) Sebab 2 deria yang diperlukan untuk fokus diganggu oleh pendedahan skrin yang berlebihan ; iaitu visual dan auditori.
MASALAH SENSORI Terutamanya sensori sentuhan. Anak punya masalah ‘geli’ nak pegang pasir. Geli nak pijak rumput. Tengok bola yang ada tekstur pun geli. Masalah ni boleh effect tahap anxiety dan stress anak.
TAK PANDAI PEGANG PENSIL & PERALATAN LAIN Anak yang kurang aktiviti sebab banyak hadap gajet, mempunyai masalah motor halus yang lemah. Pegang pensel pun letih. Nak cedok air pakai senduk pun canggung. Nak suap makan sendiri cepat penat. Butang baju tak boleh. Ia sangat mengganggu akademik dan proses anak nak urus diri.
Ads
TAK RETI BERMAIN Ini lebih perlu dikhuatiri. Bermain tu fitrah anak-anak. Dari bermain, anak akan dapat banyak kemahiran yang mereka perlukan. Sampai ada kanak-kanak yang menangis bila disuruh main.
Panjang lagi senarai sebenarnya. Tapi, ini je pun dah buat kita (perlu) rasa sangat seram. Ramai yang nak anak pandai. Tapi ramai lagi yang tak tau, komponen kecil inilah yang jadi penyumbang terbesar.
Dan semuanya rosak disebabkan satu alat yang kita tak kawal : GAJET!
Sibukkan anak dengan aktiviti. Ajak mereka bermain bersama. Kerap-kerap keluar rumah dan teroka hobi baru. Di dalam rumah, kerapkan komunikasi. Lagi kerap kita sibukkan anak dengan aktiviti, lagi banyak progres pada anak tau!
Nampak comel tengok bayi umur 0-3 bulan baring dan pandang sekeliling tanpa faham apa-apa. Tapi awas ya ibu ayah, jangan cakap atau buat perkara yang tidak elok sebab bayi umur ini cuma ada minda bawah sedar jadi dia serap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Dr Rozieta Shaary atau dikenali sebagai Ibu Rose berkongsi apa bayi baru lahir hingga umur 3 bulan yang dianggap tak tahu apa-apa boleh buat. Walaupun baring melentang tetapi sebenarnya si kecil belajar banyak perkara dari pemerhatian dan pendengaran.
Ibu Rose
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu.
Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin mengangah sahaja.
Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja baby terbaring. Paling tidak pun bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.
Awas dengan apa yang anda cakap!
Namun, ibu bapa yang bijak tahu, pada usia ini anak tiada minda sedar. Yang wujud cuma yang bawah sedar. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.
Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar, serap lagi!
Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa ya. Sedar-sedar bila anak pandai bercakap, akhlaknya kasar dan perkataannya kasar. Dari mana datangnya ya? Sebenarnya dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!
Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu. Bila dia besar sikit, si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah.
Hmmmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan!
Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input, bacakan buku yang banyak gambar. Tapi janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!
Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda. Lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya. Bersembang? Ya bersembang, kata nak anak cepat bercakap.
Sumber: iburose.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Langkah Kementerian Pendidikan menukar warna kasut sekolah daripada putih kepada hitam disambut dengan pelbagai reaksi. Tapi bagi ramai ibu bapa, ini umpama satu kelegaan yang tak disangka. Nak tahu kenapa ramai ibu senyum lega dengan perubahan ini? Jom kita kupas.
Perbandingan Dulu vs Sekarang
Aspek
Dulu (Kasut Putih)
Sekarang (Kasut Hitam)
Penjagaan
Perlu dicuci dan dikapur setiap minggu
Hanya lap ringan jika kotor
Rutin Hujung Minggu
Projek wajib bersihkan kasut
Lebih banyak masa rehat atau bersama anak
Penampilan
Cepat kotor dan mudah nampak comot
Nampak kemas lebih lama
Stres Ibu Bapa
Tinggi, risau kasut tak cukup putih
Rendah, kurang tekanan
Keyakinan Anak
Malu jika kasut kotor
Lebih yakin dan bergaya
Info Menarik: Tahukah anda, menurut kajian kecil dalam kalangan ibu bapa di media sosial, lebih 85% bersetuju bahawa kasut hitam membantu mengurangkan tekanan pagi Isnin. Malah, ada yang mengatakan perubahan kecil ini membuatkan anak lebih bersemangat ke sekolah kerana kurang dimarahi akibat kasut kotor.
Tak Perlu Berperang Setiap Minggu Dengan Kapur Kasut
Sebelum ini, hujung minggu ibu bapa akan sibuk dengan rutin “mencuci dan mengkapur” kasut sekolah. Kadang anak pun lari sebab tahu ‘projek kapur kasut’ tengah berjalan! Kini, dengan kasut hitam, tugas tu terus hilang dari jadual mingguan.
Nampak Kemas Lebih Lama
Kasut hitam lebih forgiving dengan debu dan kotoran. Kalau anak main pasir atau terlanggar lopak air, masih nampak elok dan kemas. Tak perlu gosok sampai putih berseri macam dulu.
Jimat Masa, Jimat Tenaga
Tak perlu lagi berus kasut sampai lenguh tangan. Masa yang dulu habis untuk menyental kasut, boleh diguna untuk rehat atau luang masa berkualiti dengan anak.
Lebih Bergaya Dan Serasi Dengan Uniform
Ramai setuju kasut hitam nampak lebih moden dan sesuai dengan pakaian sekolah. Anak pun rasa lebih yakin sebab nampak smart. Kadang siap bergaya depan cermin sebelum ke sekolah!
Kurangkan Stres Ibu Bapa & Anak
Bila kasut sentiasa nampak bersih, tak adalah anak risau kena marah cikgu atau malu dengan kawan. Ibu pun kurang tekanan nak pastikan semuanya perfect setiap hari Isnin.
Kadang perubahan kecil boleh beri impak besar dalam rutin seharian ibu bapa. Kasut hitam mungkin nampak macam hal remeh, tapi hakikatnya ia memberi kelegaan dari segi emosi, masa dan tenaga. Terima kasih kepada siapa yang cadangkan idea ni dulu. Ibu bapa seluruh Malaysia angkat topi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum bayi keluar gigi pertama, sebaiknya ibu bapa dah mula membersihkan gusi mereka dengan kain lembut yang dibasahkan atau berus gigi jari khas untuk bayi, selepas menyusu dan sebelum masa tidur.
Ibu bapa perlu mula memberus gigi anak sebanyak dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi (selepas sarapan) dan sekali lagi selepas makan malam sebelum tidur. Ini untuk membiasakan anak supaya mudah menggosok gigi bila dah besar dan elakkan gigi cepat rosak.
Malah ada yang masih ragu-ragu adakah berus gigi jari sesuai untuk bayi?
Menurut Dr Iqbal Rosali berus gigi jari khas ini sebenarnya boleh membantu ibu bapa membersihkan gigi anak kecil lagi-lagi yang baru tumbuh gigi dan rasa tak selesa.
Finger toothbrush. Boleh ke? Betul ke? Bagus ke?
Finger toothbrush banyak di jual. Di pasaraya, kedai bayi, online pun ada.
Berus gigi jenis ini diperbuat daripada silikon. Berusnya tak sama dengan berus gigi biasa.
Finger toothbrush boleh membantu ibu bapa untuk bersihkan gigi anak kecil. Boleh juga guna untuk urut gusi anak kalau tak selesa gigi baru nak tumbuh.
Berus gigi jenis ini dimasukkan pada jari. Jadi pastikan jari ibu bapa muat-muat dalam sarungnya.
Finger toothbrush bukan alat mainan. Hanya digunakan oleh ibu bapa.
Sebelum guna basuh atau rendam dalam air panas untuk membersihkannya. Macam anda bersihkan botol susu.
Periksa dulu finger toothbrush sebelum guna. Pastikan tak ada koyak. Berus gigi cukup bilangan. Periksa juga yang sama selepas guna dan semasa membasuh
Bersihkan gigi anak dalam bentuk bulatan. Jangan digosok melintang atau ke kiri ke kanan.
Gosok ke semua gigi dan permukaan gigi. Termasuk gigi belakang juga.
Gosok dengan lembut pada gusi juga. Di situlah tempatnya berkumpul plak dan sisa makanan.
Semakin anak besar, biasakan dengan berus gigi kanak-kanak. Minta anak pula berus gigi sendiri. Untuk latih dia punya pergerakan motor.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.